Panduan Doa Memulakan tugas!

Share

Panduan Mudah Buat Blog!

Sejak akhir-akhir ni, saya memang busy giler. Kerja bertimbun-timbun atas meja. Ini nak kena buat, itu nak kena siapkan. Boss pulak asyik ‘push’ jer, kata yang ni nak cepat, yang tu nak ‘urgent’. Semuanya nak segera.Sampai naik pening kepala aku dibuatnya…huhu.

“Oit boss!! aku ni bukan robot! Bukan komputer. Kepala aku ni ada 1 jer, tangan aku ni ada 2 jer …bukan 4 bukan 10….mana boleh setel semua kerja sekaligus. Satu2 laaa…Aku tengah berusaha keras nak siapkan ni…isskkk…tak menyabor betul…rileks laaa boss…”

Haaa begitulah luahan hati aku ketika ini….huhu

Namun begitu, mental dan fizikal aku masih sedar dan waras. Aku rasa aku masih boleh kontrol perasaan dan emosi aku. Sungguhpun banyak benda nak kena buat dan agak berserabut, namun ‘still under control’. Aku masih positif dan fokus pada tindakan aku. Yang penting, kerja tak perlu tensen2 kan? Buat satu persatu. Buat ikut ‘priority’. Sikit2 lama2 jadi bukit. Kan kan kan?

Berikut ini saya kongsikan dengan anda satu susunan doa dalam Bahasa Melayu, yang boleh kita amalkan sama2, sebelum memulakan kerja atau tugasan harian kita.

‘Print out’ lah doa ini, dan tampal kat meja kerja anda. Sebelum memulakan tugas, bacalah doa ini dengan penuh perasaan dan hati yang tulus, mengharapkan pertolongan daripada ALLAH, semoga semua kerja yang kita rancang berjalan lancar.

Doa ialah Senjata Mukmin!

Berikut adalah petikan doa tersebut ;

“Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan
daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari
kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak
langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari
insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang
kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik
kepada yang lebih baik.”

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan
kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua.
Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan
untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu.
Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh
keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa
yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai,
berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam
menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami
tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga
pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan
usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke
dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu
jua Ya Allah!”

“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan
peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan
dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-
sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.
Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan ,
kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-
sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan
membuang masa.”

“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang
menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami
yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di
mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami
sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”

Klik Sini Untuk Download Doa Ini Dan ‘Print Out’

Aku suka berdoa!

Seelok2nya, doa lebih afdal dibaca dalam bahasa Arab. Tapi bagi orang ‘ajam (bukan arab) macam kita ni, tiada salahnya untuk baca doa dalam bahasa apa2 sekalipun. As long as, kita berdoa dengan penuh pengharapan dan tulus semata2 mengharapkan bantuan daripada Allah SWT. InsyaAllah pasti ALLAH akan kabulkan.

Masalahnya sekarang, ramai diantara kita ni yang tak baca apa2 doa pun sebelum memulakan kerja atau tugas kita. Maka rugilah kita. Sedangkan DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI ORANG2 MUKMIN.

Adakah anda ada baca apa2 doa sebelum memulakan tugas? Anda ada doa khusus yang boleh diamalkan sebelum buat kerja? Anda anda apa2 pengalaman baik/buruk berkenaan dengan kesan daripada doa yang anda amalkan? Kongsikanlah dengan semua pembaca blog ini dengan meninggalkan komen di bawah ini yer…. toche toche :) (2611)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

21 thoughts on “Panduan Doa Memulakan tugas!

  1. AssaLamuaLaikum…..
    emr,panjang lar doa nie…susah nak ingat…
    tapi kalau ada yang pendek insyaallah senang cikit nak ingat…
    tapi manusia ni,yang susah tak nak usaha tapi yang senang juga di cari…
    betul tak????
    hah..tolong jawab pakarhowto.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. waalaikumussalam Siti & Zul…

    terima kasih atas komen yang diberikan.
    wa caya sama lu…. hehe :)

    betul tu cik siti…
    kebanyakan kita ni memang suka komplen jer kerjanya…
    itu la…ini laaa…
    tapi dia bukannya nak amal/buat pun….
    tau komplen jer…

    so, janganlah kita jadi camtu yer…

    sebenarnya, mesej saya ialah…
    untuk mengajak kawan2 semua agar…

    kita sentiasa berdoa pada ALLAH sebelum memulakan sesuatu tugasan…
    tak kesahlah doa panjang ker…doa pendek ker…
    as long as kita berdoa…
    itulah yang sebaiknya… ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Hehhe,awat mberontak je bunyi..Sabarla ye..nama dah tugas..Doa tu wlpun pjg,tp kna fhm btol2,yakin dlm mengamalkannnya..Insyaallah,mudahan pemilik blog ini senantiasa dirahmati Allah dgn pkogsian ilmu ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Terima kasih Pakarhowto, panjang doa ini tapi insyallah akan cuba amalkan, semuga Allah berkati usaha Pakarhowto berkongsi ilmu utk kebahagiaan dunia dan akhirat pembaca2 blog ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Assalamualaikum dan Salam perpaduan,
    Terima kasih di atas doa tersebut.Segala yang baik jika diamalkan akan mendapat pahala.Setiap ilmu jika dipraktik dan diyakini akan mendatangkan kebaikan serta mendapat ganjaran.Semoga Allah memberkati kita semua

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Salam,
    nak kongsi sikit pasai boss tu!!! Memamg lagutulah kalau kita kerja dengan Boss, walau macammana kena kutuk pun, tiap tiap pagi akan pergi kerja juga. Sebab tu yang baguiinya kita jadi Boss, buat kerja sendiri, kitala Boss, kitalah kuli, mesti berubah mulai la ni, ok
    Tentang doa tu memang baguii, memang doa itu senjata mukmin, hanya kalau kita minta macam-macam bila Allah lambat nak kabulkan takut kalau kalau kita pikiak lagu lain pulak, tang tu kena hati hati sikit.
    Any how, ini perkongsian yang baik, muga menjadi ‘jariah’ buat saudara, amin……

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam,
    Doa yang pendek……ibarat je niat dalam hati….
    Seabaiknya…..memang ler yang panjang…..sebab kita ni hari hari buat dosa dgn Allah,ibu bapa,isteri,anak anak,,,,kengkawan….lagi lagi dengan boss…….jadinya bior berdoa hingga kita merasakan……itulah permulaan kepada kehidupan……….

    enggeh…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. salam…

    ok la bab doa ni dlm bahasa melayu xyah hafal

    print pastu tampal kat mana2 senang nampak.

    pastu baca la bila nampak. lama2 nanti xyah tengok
    kita da tau ayat2 tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan….

    sama-samalah kita amalkan yek……
    tapi jangan takat tampal kat dinding atau meja tapi tak baca….rugi tau…..

    salam…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. terima kasih atas panduan doa yang diberikan… slalu pagi2 sy baca robbizidni ilman nafia zukni fahma je… xpela…apa pun niat kite kerja semata-mata kerana Allah………………….
    terima kasih pakar how to…. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. salam…

    ko still jaga yasue ker?? ker dah tukar lain :D
    sian ko…tp biasa la dah nama pun keje ngan japanese kan…sabarrrrrrrrrrrrr jer lorrrrrrrr :p

    oh yer…kim salam ngan hoshi ekk…aku msg dia ari tu…bgtau aku still tak bleh kuar umah…hehehhe…bulan mac baru abih pantang…so pastu insyaallah kitaorg akan carik masa jumpa dia :D

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. Assalaamu…

    Hail to all commentators & Tuan Empunya Web. Doa yang berguna & bermanfaat buat kita semua, ALHAMDULILLAAH.

    Pada kesempatan ini juga, hamba ingin berkongsi akan satu Doa dengan kalian semua.

    Doa apabila ingin memulakan/melakukan/menangani tugas/kerja yang berat/sgt berat.

    Bismillaah…

    BISMILLAAHI TAWAKKALTU “ALALLAAH
    WA” TASOMTU BILLAAHI WAFAUW-WADH TU AMRI-ILALLAAH
    HASBIYALLAAHU WANI’MAL WAKIIL
    WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAA HIL ‘ALIYYIL ‘AZHIIM

    Mafhum:
    Dengan Nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, aku berpegang teguh kepada ALLAH, dan aku menyerahkan urusanku kepada ALLAH. Cukuplah kiranya ALLAH menjadi tempatku berpegang dan menyerahkan diri. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan ALLAH Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

    Beramallah dengan Doa ini secara berterusan (Istiqomah).

    Nota:
    Apabila kita ingin/sedang menghadapi suatu Pekerjaan yang dikira berat/sangat berat, baik dari segi jasmani mahu pun rohani, yang dianggap mustahil boleh dilakukan dengan tenaga@kederat normal/biasa, maka bacalah Doa ini sebanyak 7x. Insya’ALLAH, segala pekerjaan yang kita lakukan akan dapat diselesaikan tanpa menghadapi sebarang kesulitan walau sedikit pun. Ini kerana seolah-olah ada Kekuatan Ghaib yang LuarBiasa yang turut membantu kita dalam menghadapi/menyelesaikan pekerjaan tersebut.

    Sekiranya kalian ingin mengetahui akan bacaan dari tulisan jawi/arab, maka kalian boleh dapatkan satu buku agama berjudul “Rahsia Doa & Zikir Yang Dimakbulkan”, hasil penulisan Ustaz Maruwiah Ahmat, terbitan S.A. Majeed & Co. Sdn Bhd. No. 7, Jalan Bangsar Utama 3, 59000 Kuala Lumpur. Tel: 03 – 2283 2230.

    Buku ini juga boleh/mudah didapati dari kebanyakan kedai2 buku agama di sekitar lembah klang dan ibu2 negeri setiap negeri di Malaysia.

    Ada banyak lagi Doa-Doa yang High Class terkandung dalam buku tu. Doa untuk Kekebalan Jasad Tubuh, amalan untuk memberatkan pukulan tangan (kekuatan tangan seperti kekuatan pukulan baja/waja/besi), Ilmu Pembungkam (kunci mulut musuh dari berkata-kata yang tidak baik pada kita) dll lagi.

    Maaf Tauke Blog, promosi jap. Maklumlah, Ilmu2 yang Bermanfaat eloklah & wajar disebarkan.

    Sekian sahaja, Wallahu’alam…

    Wassalaamu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Assalamualaikum dan Alhamdulillah.
    Kepada pakarhowto dan AMINold FADZLANegger, saya memohon dihalalkan ilmu ini untuk saya amalkan.

    Terima kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam