Panduan dan jampi untuk mengurangkan panas baran suami

Share

Maaf sebab lama tak update blog. Saya tersangat sibuk kebelakangan ini. Macam-macam hal berlaku. Sabor jer lah…huhu

Apapun, dalam post kali ini, saya nak kongsi 1 artikel yang saya rasakan sangat baik terutamanya kepada mereka yang telah berumahtangga.

Artikel ini adalah berkisar tentang permasalahan rumahtangga. Di bahagian jawapan yang disediakan, ada diterangkan panduan bagaimana menghadapi suami yang panas baran dan didedahkan juga mengenai ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan untuk mengurangkan panas baran suami.

Baca, faham dan cubalah amalkan insyaAllah. Lagi bagus kalau dapat disebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Terima kasih.

Soalan:

SAYA mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2:

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.” (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155:

“Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156):

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.”

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”.

Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:

  1. Doa (kurniaan)
  2. Rahmat
  3. Hidayah daripada-Nya

Manakala di dalam ayat seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud.

“Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya.”(2:157)

  • Bagi mengatasi masalah baran suami,

Cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:

“Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! ” (21:69)).

Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

  • Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami;

Bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ” (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

  • Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.
  • Puan juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
  • Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama ALLAH yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.
  • Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).

  • Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin

Sumber : Utusan Malaysia (2622)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

17 thoughts on “Panduan dan jampi untuk mengurangkan panas baran suami

  1. Suami yang tengah marah jgn dilawan. Biarkan dia ckp sendiri jgn sekali-kali dijawab apabila dia sedang marah. Kita diamkan diri dan beristifar banyak-banyak. Kalu boleh semasa dia tidor baca Surah Toha dari ayat 1-5 diubunnya dan berdoa kepada Allah supaya lembutkan hatinya.

    Saya kalau suami saya sedang marah saya tak jawabpun apa dia tanya pada saya. Saya boleh tak cakap dengan dia selama seminggu pun. Bila masa makan saya tak ckp sepatahpun perkataan lama-lama dia tahu saya tak suka bila dia marah lantas dia minta maaf dengan saya balik. Bila dia minta maaf saya masih bisu lagi. Lama-lama bila rasa sunyi mulalah dia buat lawak minta saya senyum tapi saya buat tak tahu atau buat-buat sibuk buat kerja rumah. Mulalah dia perli saya dan minta bantuan anak saya
    tapi kadang-kadang anak saya menyebelahi saya. Dia minta maaf banyak kali dan bila saya puas hati baru saya maafkan dia. Mujur suami saya ni kurang sikit panas baran. Dia kalau marah dia diam dulu kalau berlarutan baru yang tunjukkan belangnya. Kalau dia marah saya anak-anak akan menangis dulu. Minta pada Allah semuanya berjalan dengan baik. Amin…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @Rosnah, Tindakan puan tu lebih kurang mcm merajuk la ekk..best la puan suami pujuk blk..syukur la mcm tu..kesian tgk insan2 yg dpt suami xbertanggungjwb..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna, huhu..kalu blh jgnlah di amalkan sluu..nti suami mkan hati pula..kita sbg kaum hawa jgllah terlulu mgikutkan hati..ingat dia suami anda..jdi jgnlh sesekali anda melukai hatinya walau sedikitpun….hukumnya ttp berdosa..syurga kaum hawa bertapk asl di hati suami bukan pada kedua ibu bapa lagi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ros Reply:

    @Leyna,

    Taklah merajuk cik leyna oii cuma kadang2 kena jual mahal sikit.
    bak kata cik surihati jangan amalkan selalu nnti suami merajuk lagi susah dibuatnya. Suami sya ni seorg yang baik hati tapi jangan sekali2 bagi dia marah jadi kenalah berhati-hati selalu tapi saya kalu dah buat salah cepat-cepat minta maaf dari dia,jadi dia tak jadi nak marah..pandai-pandailah memujuknya huhuhu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salamualaikum.
    terimakasih atas info di atas.
    satu lagi tip…amalkan membaca surah Al Baqarah.
    suami sy selalu membaca dlm solatnya dan dia menyuruh sy mengamalkannya.byk kebaikkannya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @salmi, Alhamdulillh kern saling ingat mengingati..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Alhamdullilah salmi bagi lagi satu tip amalkan surah Al Baqarah. Lagi satu surah ini memang bagus jika kita amalkan semasa hendak pindah rumah baru sebelum kita duduk kita baca surah ini dari awal sehingga habis untuk menggelakkan syaitan duduk dlm rumah baru kita. Insyallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. gud things to share..sy blm kawin tp ianya satu info yg sgt berguna utk dipraktikkan dlm menghadapi situasi sukar yg cmni..percaya dan yakin Allah sentiasa bersama kita…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. @najihah, benar tu adik manis..ilmu yang baik adalah utk d kongsi..nati bila kita mengalaminya pasti kita tdk akan kekok dan kebuntuan lagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ADH Reply:

    @surihati_ku, salam semua…adh nak mintk tlg pada sesape yg pandai baca alquran tlg bagi adh bacaan utk surah al waqiah ayat 35 – 38…dalam bhsa rumi pun xpe…coz adh confius bacaannyer…trma kasih…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. salam semua…adh nak mintk tlg pada sesape yg pandai baca alquran tlg bagi adh bacaan utk surah al waqiah ayat 35 – 38…dalam bhsa rumi pun xpe…coz adh confius bacaannyer…trma kasih…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Alhamdulillah,bagusnya join blogpakkarhowto,dapat tips ,thanks pada yang bagi pendapat,tolong menolong pada isteri yang teraniaya,moga dapat mengembalikan keharmunian rumahtangga..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. saya dalam proses penceraian akibat krn suami pana baran..suami tk pernah naik tangan tp suami sering bergaduh dengan ibu bapa dan keluarga saya.. suami sering menjatuhkan maruah saya di hadapan khalayak ramai… saya buntu…. betulkah keputusan saya ni… saya baru berkahwin selama 2 tahun…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. suami saya kalau saya diam lgi dia sakit hati..saya lg pelik..asyik nk mengamuk mcm org xde arah..saya redha je ngan suma nie..dh lali pun..mampu menangis ja..tmbh2 tengah pregnant nie rasa tertekan jgk..tp kuatkan hati…suami saya tegur ckit pn xboleh,mak ayah dia pn dia xendahkan tambah la saya nie..lagi la xberguna kalau nasihat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam