Panduan Cara Tinggalkan Maksiat

Share

Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini, ada baiknya saya menulis tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama/ibadah.

Semoga apa yang dicatatkan ini sedikit sebanyak memberi peringatan dan panduan kepada kita bersama insyaAllah.

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan beberapa panduan cara bagaimana kita dapat meninggalkan perbuatan maksiat yang dibenci dan dilaknat oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya untuk meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (perkara yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya).

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.”

Sahabat2ku, ingatlah sungguh2 amaran yang ALLAH telah berikan pada kita.

Apa kata ALLAH?
Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” - Surah An Nur : Ayat 24.

“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.

Berikut ini adalah beberapa panduan cara bagaimana kita dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam perbuatan maksiat yang mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Sama2 lah kita beringat yaaa.

  • 1) Menjaga Mata

Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

  • 2) Menjaga Telinga

Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

  • 3) Menjaga lidah

Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

* Ingat betul2 pesanan Rasulullah S.A.W. ini. Sabda baginda : “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.”Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

  • 4) Menjaga perut

Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

  • 5) Menjaga Kemaluan

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

  • 6) Menjaga Dua Tangan

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

  • 7) Menjaga Dua Kaki

Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Yaa sahabat2ku…apabila kita menggunakan anggota tubuh kita bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kita tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan ALLAH kepada kita.

Akhir kata, mari kita ingat pesanan Nabi SAW pada kita. Apa kata baginda?

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.

Jadi apa kata anda? Sudah terjagakah seluruh panca indera kita dalam mentaati perintah ALLAH dan menjauhi larangannya?

Hmmm….cakap memang senang. Tulis benda ni pun bukannya susah mana. Yang payah dan susahnya ialah MACAMMANA NAK AMAL? Nak praktikkan segala ilmu yang kita ada. Aduhai…peritnya melawan nafsu ini kan…..?

Sumber rujukan : Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali)
Olahan & Susunan Ayat : Krew PakarHowTo.Com (1468)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

13 thoughts on “Panduan Cara Tinggalkan Maksiat

  1. Slm Wbt..Syukur alhamdulillah ats peringatan n info yg dberikan..Saya setuju bahawa bukan mudah untuk terus istiqamah mjg dri kita dr maksiat..ckp mmg senang..tulis pun mmg senang..Mudahan kita smua sntiasa dislmatkan d dunia akhirat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Atie…

    tenkiu balas email saya.
    insyaAllah kita sama2 lah cuba amal.
    memang susah nak jadi baik ni.
    banyak sangat dugaan dan godaan.

    yang penting…
    kita kena sentiasa niat dan berazam utk jadi baik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Amin, moga Allah perkenankan doa kita.

    Salam kenal dari saya juga, Bro Maman…
    thanks kerana sudi singgah ke blog saya.

    jadi, saudara mahu datang ke Subang?
    bila? saya tinggal tidak jauh dari Subang.

    ohya…
    saya pula akan pergi ke jakarta dan bandung
    pada tanggal 25 hingga 29 Disember ini.
    Saudara tinggal di bahagian mana di Indonesia?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. bgus kata2 ni….
    mmg susah nk tngalkan bnde yg dh sebati dlm diri (maksiat)
    aku org muda yg mmg bnyk wat maksiat…dh taubat,pastu wat lg…
    sampai ade 1 thap cm mls nk bertaubat..terukkan…
    aku tgh berusaha memperbaiki diri..
    bercinta mmg menyusahkan kalau x pndai jg diri….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    citer kita samala..buat maksiat then tobat pahtu wat maksiat lagi..mmg susah nk kawal nafsu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. saya amat teruja membaca artikal PakarHowTo yang banyak emeberi manfaat kepada diri saya….. saya berterima kasih di atas ilmu yang dikongsikan ini. boleh tak lain kali sampaikan maklumat mengenai fardu ain pulak…

    Assalamualaikum

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. semuanya hendaklah datang dari hati nurani kita sendiri…nak berubah kena dari diri sendiri…lepastu kena taubat nasuha…insyallah berjaya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Sy nk mnta tlg ,kwn sy pernah dihasut oleh abg dia supaya mlakukan maksiat dgn nya sewaktu dia berumur 8 tahun lg..olh sbb trpengaruh dgn abg dia ,dia mula mlakukn maksiat slps itu ..dia pernah mnyalahkn abg dia sbb mngajar dia mlakukn maksiat ttapi abg dia x mngaku malah abg dia ckp y adknya sndiri y mahukn ..dia cuba brubh dn bertaubt ttapi godaan syaitan slalu ada utk dia mlakukn maksiat ..dia pnah ckp dkt sy supaya bimbing dia utk mlupakn perkara mksiat ..ttapi sy x reti..sehingga skrg dia tdk prnah mnceritakn perkara ni dkt family dia.dia nk brubh tp dia slalu rasa y dia brbeza dgn prempuan lain..dia mgkin sudah rosak dn prkara tu mnyebbkn dia mnjadi lemah .dia brasa semua org bruntung sbb masih dara dan
    dia brasa diri dia ni hina .bertaubatlh sjauh mne pun tp dia still dh tak de maruah .so dia brasa y dia ni x brguna da.mcm mana nk bntu dia agr dia kmbli ke jln y bnar dan trus yakin kn diri dia y dosa dia Allah akn ampunkn ..dan lastly mcm mne cara supaya dia trus yakin mneruskn khidupn dan berfikir bahawa dia sama je dgn org lain ??
    Itu sje ..maaf kalau komen ni trlalu pnjg ..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam