Panduan Cara Mohon Hajat Ditunaikan

Share

Dalam usaha untuk bermunajat dan berdoa agar ALLAH menunaikan segala hajat kita. Maka bolehlah amalkan cara di bawah ini.

Untuk tunai segala hajat: (contohnya hajat percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nya):

  • Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk)
  • Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
  • Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
  • Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan.
  • Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
  • Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita.

Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI.

Semoga dapat amal.

(1176)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

19 thoughts on “Panduan Cara Mohon Hajat Ditunaikan

  1. sekiranye saya solat asar pukul 6 petang….boleh kah saya mula membaca…………atau selepas masuk waktu asar terus solat dan baru la bermula ….?

    Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. saya ingin tahu bolehkah panduan yang diberikan itu dilakukan selain hari jumaat kerana bagi saya yang bekerja office hari jumaat saya masih lg bekerja jadi saya tidak berkesempatan langsung untuk melakukannya jadi bolehkah ia diganti pada hari lain.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. seelok2nya pada hari jumaat
    kerana hari jumaat ialah penghulu segala hari
    dan banyak fadhilatnya hari jumaat ni

    apa2pun, kalau nak buat hari lain pun
    tiada salah nya langsung

    buatlah dengan ikhlas semata2 mengharapkan
    pertolongan ALLAH SWT

    semoga ALLAH perkenankan hajat puan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Benar juga cakap pakar tu.

    Jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa setiap masa .Justeru itu jugak Jangan la baru nak memohon hajat baru nak berdoa.
    Sepatutnya seeluk-eluknya kita baca semasa hari khamis malam jumaat disamping membaca surah yasin.Insyaallah segala hajat akan termakbul.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @putrisalju,
    Yaa…paling asas ialah SOLAT!
    Jangan sekali2 tinggal solat.
    Sebab solat itu umpama kepala kepada badan.
    Kalau takde kepala, macammana badan nak berfungsi.

    Dan DOA itu ialah senjata orang mukmin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam