Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Panduan cara beli buah durian yang baik

November 10, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Malam minggu lepas, sedang saya duduk bersantai di ruang tamu, tiba-tiba isteri saya menyuarakan hajatnya untuk makan durian.

“Eh sayang, bestnya kalau dapat makan durian kan?” kata isteri saya.

Mengenangkan dia sedang mengandung, maka saya fikir ada baiknya saya turuti kehendaknya. Mungkin inilah yang dikatakan MENGIDAM orang mengandung. Maka eloklah dipenuhi.

Walaupun saya pernah dengar cakap orang sebelum ini mengatakan, orang yang sedang mengandung tak boleh makan durian. Tak bagus, PANAS katanya. Sama juga kesnya tentang makan buah tembikai, ada orang kata, orang mengandung tak elok makan tembikai. SEJUK katanya.

Aduhh…PANAS tak boleh. SEJUK pun tak boleh. Habis? Apa yang bolehnya. Bingung betul. Haaa begitulah yang terjadi kalau kita asyik dok dengar orang kata. Ini tak boleh, itu tak boleh. Ini bahaya, itu bahaya.

Saya tak ingin katakan kita tak usah dengar cakap orang. Nak dengar boleh, tapi janganlah percaya bulat-bulat dan anggap semua yang diperkatakan tu tak boleh tidak mesti diikuti.

Berbalik kepada durian tadi. Hmmm betul ke orang mengandung tak boleh makan durian?

Pada saya, takde lah sampai tak boleh makan. Kalau teringin nak makan, makan sajalah, apa salahnya. Cuma yang tak bolehnya makan secara berlebihan. Nak makan boleh, tapi JANGAN LA MELANTAK sampai dua 3 biji. Yang berlebihan itulah biasanya yang memudharatkan.
Kalau setakat dua tiga ulas, go on. Makan sajalah. Tak usah risau.

Oklah, cukup cerita pasal itu. Dalam post kali ini sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips cara bagaimana untuk memilih atau membeli buah durian yang baik.

Berikut ini beberapa tips yang saya dapat hasil pembacaan dan bertanya kepada abah dan pakcik-pakcik saya.

  • Tengok luaran atau kulit durian

Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.

Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, ‘Don’t judge a book by its cover’. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.

  • Tengok duri buah durian

Menurut abah saya, kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja.

  • Cuba rasa berat buah durian

Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.

  • Cuba cium baru buah durian

Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu

  • Tengok tangkai buah durian

Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.
Dan lagi satu, pakcik saya kata, ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.

  • Kupas dan rasa isi buah sebelum beli

Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.

Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.

Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey, kata kita dah bayar mahal-mahal, tapi isi macam ‘cibai’. Oppss termencarut skit. huhu

Jangan tertipu dengan tokey

Jangan tertipu dengan tokey

Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.

Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pilihlah buah yang benar-benar sebelum membeli. Ingat, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya. Kan kan?

Sekian, selamat makan durian. ;)

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

21 Comments to “Panduan cara beli buah durian yang baik”


  1. Memang sedap durian ni…… suka sangat

    Jom KLIK

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Emm..dpt tips baru lg..sebelum ni beli durian selalunya sy pergi pasar payang..then pergi dekat ramai org berkerumun..huhu…pasni boleh la pakar bagi tips nk pilih tembikai pulak..tgk orang beli tembikai asyik tepuk2 je tembikai tu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna, kalu buat masak pengat durian mesti sedap..betul tak leyna?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @surihati_ku, betul..memang sedap..org trg sebut pulut durian..pengat tu mkn pulak dgn nasi pulut..satu lg cara org trg mkn, durian tu letak dalam nasi campur air panas, garam dan gula. Buat ala-ala pengat jugak..pun sedap..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna, aduh.nYAM.NAYAM..kosonglah suri disini..kalu balik K.kANGSAR mti dpt bayk kutip buah durian..hehe..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @surihati_ku, betul..memang sedap..org trg sebut pulut durian sebab pengat tu mkn dgn pulut. Ada satu lagi cara org trg mkn durian ni..durian tu campur bersama dengan air panas, nasi, gula n garam. Buat ala-ala pengat..pun sedap..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    wah..camni dah make resepi barulah..hik..hik..

    hoho..rupanya leyna org trg ek?..:)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Salam Pakar. Demo memang pakar ko bab-bab makan durian ni? Hehe..terima kasih atas info ni. KAwe anak tokey durian jugak..jadi memang berahi pelik durian ni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. bila baca pasal durian ni ingat kat arwah ayah….buah kegemarannya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Salam,

    Huhuhu tenkiu..pakar..erm…suka sangat makan durian..
    ..dapat masak jem durian ..makan ngan roti..sedap…..

    dapat makan durian yg isi nya gebu..huhuu best nyer..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ocean,
    saya memang ‘hantu durian’.
    sebut jer pasal durian…meleleh air liur…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. bagus ni, antara buah kegemaran.. selalu orang lain tolong belikan, kali ni boleh le pilih dan beli sendiri plak..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ct maliha,
    Saya dulu selalu kena tipu dengan penjual sebab terlalu percayakan diorang. Rupanya ramai penjual yang tidak jujur dan ikhlas dalam berniaga. Tau nak untung jer kerja diorang…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. sebagai tambahan tips untuk membeli durian:

    1. Angkat buah dan goyangkan. Kalau ada bunyi isi berlaga di dalam, maksudnya buah itu masak dan isinya matang. kalau tak nanti dapat isi keras atau tak matang. Dan pastikan ada bau.

    2. Biasanya yg berat tak berapa matang. Yg ringan lagi baik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @cikgu,
    Salam manis cikgu,
    terima kasih diatas info yang berguna ini. kami amat menghargainya bersama pembaca blog disini ..

    tapi tang nak angkat buah durian dan goyangkan satu persatu tu tak bolehlah saya nak buat.melainkan golongan llki jelh yang boleh diharapkan..hik..hik..buka apa golongan perempuan ni kena jaga tangan dia sikit takut tercalar-balar..luka..huhu..jangan marah cikgu Suri hanya bergurau sahaja..;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. terima kasih info yg berguna tu…sebelum ni mmg sy tak tau cara nak pilih durian..selepas ni blh cuba tips yg diberi pakar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nani,
    hai nani.
    sama-sama..jadi kalu dah tahu tu janglah lupa praktikkan yer.. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. mm…x sangka plak nk beli durian pun ader tips2 nye…
    bagus2…lain kali musim durian boley praktik….ehehe…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. jika nak tentukan warna isi durian ..putih atau kuning….sila potong tangkal….kalau tangkal kuning..isinya kuning begitulah sebaliknya…tapi awas kalau tangkainya hitam….takut isinya dah jadi mutiara!!!!hihihi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. sy suka durian..thanks bagi tips untuk pilih durian yg baik:)
    .-= farah´s last blog ..Buah D Apa Jenis Ni – Buahnya Di Pangkal! =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. waaah makasih mas infox…brmanfaat ^^,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11