Panduan cara bagaimana untuk membuat orang tertarik dan suka pada kita

Share

Tidak kurang 3 orang pembaca blog ini telah meminta saya untuk menulis mengenai panduan cara bagaimana untuk membuat orang tertarik dan suka pada kita.

Baiklah saya akan kongsikan dengan anda pengalaman dan cara yang saya amalkan.

Mungkin ramai diantara anda yang sedia maklum, saya sekarang bekerja sebagai translator atau penterjemah di sebuah syarikat Jepun. Kerja saya memang banyak berjumpa dengan orang (sebab kena jadi penterjemah bagi boss). Setiap hari saya akan berjumpa dengan ramai orang dari berbagai-bagai latar belakang dan umur.

Melalui pengalaman kerja saya (dah 6 tahun kerja) yang memang banyak bertemu dan berjumpa dengan orang ini, ada 2 perkara asas yang boleh anda lakukan, dalam usaha membuatkan orang yang anda jumpa, minat dan suka pada anda.

Apakah 2 perkara asas tersebut?

  • 1. Murahkan SENYUMAN

Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan, SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja. Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati.

Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. Tapi cuma 1 saya nak kata, senyuman sayalah yang menjadi asbab pertemuan saya dengan isteri saya sekarang. :)

Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.

  • 2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)

Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan saja merupakan satu betuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.

Saya seringkali menerima ucapan salam dari pekerja Bangla yang bekerja di stesen minyak. Walaupun saya tak kenal dia, dan pekerja Bangla tu pun tak kenal saya, tapi dek kerana salam yang diberikan itu, membuatkan diri saya rasa dihormati. Saya juga rasa hormat dan kagum dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pekerja Bangla tu.

Pernah juga satu hari, ketika saya berjalan menuju ke surau di MidValley, ada seorang Pak Arab memberi salam pada saya, sambil melemparkan senyuman. Walaupun saya tak kenal Pak Arab tu, tapi dia telah beri salam dan senyum pada saya. Masa tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Seronok dan terharu sekali. Terus serta merta dalam hati saya, datang rasa hormat dan suka pada Pak Arab tu (walaupun saya tak kenal dia).

Kisah sebaliknya. Di kilang tempat saya bekerja ni, ada seorang boss (orang Jepun). Boss ni sebenarnya seorang yang baik hati dan pemurah. Saya sudah bekerja dengan dia sejak tahun 2003 lagi. Jadi saya memang kenal dia. Masalah boss saya ni, cuma ada 1 jer. Boss saya ni tak suka senyum dan jarang beri ucap selamat pada orang. Kadang-kadang, orang ucap selamat pagi pun dia tak balas.

Disebabkan oleh sikapnya yang jarang senyum dan jarang beri ucap selamat ni, boss saya ni terkenal sebagai seorang yang sombong dikalangan pekerja di kilang ni. Walaupun dia seorang yang baik hati dan pemurah (selalu belanja saya makan di restoran2 yang mahal dan selalu beli buah tangan dari Jepun untuk saya), tapi disebabkan dia susah nak beri ucap selamat, maka orang lain ingat dia sombong dan berlagak. Sedangkan saya kenal dia, boss saya tu bukanlah seorang yang sombong dan berlagak.

Tapi apa boleh buat, walaupun dia baik, tapi dari pandangan mata orang lain, dia seorang yang sombong dan tidak baik. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya, dia jarang senyum dan jarang beri salam atau ucap selamat pada para pekerjanya.

Sekian, itulah 2 perkara asas yang sangat penting untuk anda amalkan supaya orang lain suka dan tertarik pada anda.

  1. Murahkanlah SENYUMAN
  2. Sebarkanlah SALAM

* Info Tambahan *
Satu lagi usaha yang boleh anda buat untuk membuatkan orang lain tertarik,suka dan sayang pada anda ialah dengan membaca jampi, ayat atau doa pengasih. Berminat nak belajar ilmu pengasih? Klik Sini.

Sekian, semoga dapat amalkan ilmu yang kita dapat. (6100)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

17 thoughts on “Panduan cara bagaimana untuk membuat orang tertarik dan suka pada kita

  1. ye… betul tu tip2 di atas. Lagi satu saya nak tambah kita juga perlu bersikap jujur dan ikhlas pada seseorang. kalau setakat beri senyuman yang tak ikhlas pun tak boleh juga kan??.

    So, jujur dan ikhlas adalah penting untuk membuatkan orang suka dan tertarik pada kita :-)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @Akezna,
    mm…betol tu…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yanti Reply:

    sy pun setuju juga.klu senyum x ikhlas pun x guna juga.nti mcm senyum kambing plk.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ramadan Reply:

    @yanti, oug,,snyum yg ikhlas mnghasil kn cnta yg ikhlas pla nnti na,,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sue Reply:

    betul2…su sokong sangat…ala…bukan susah sgt pon nak senyum tu…tpi jgnlah senyum gatai lak..memang nk kena penyepak tuh…hahahaha

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zul Reply:

    hurm..susah nk wt neyh…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

  2. salam… dah lamer tak lawat blok pakar howto.. bukan aper sibuk memanjang bekerja n banyak berehat coz dah berbadan dua la katakan. thanks pada pakar how to coz yg tak jemu2 hantar artikel pada email saya. untuk tip di atas saya setuju sesangat, kita kalau nak org tertarik ngan kita n suka pada kita kita lah yang kene mulakan dulu….cam senyum n salam 2. kalu nak harap org lain yg mulakan dulu. sampai bila pun kita ni takder kawan n orag pun takut nak tegur kita..wasalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. ya..betul2 tu saya setuju dgn info tersebut. Mmg betul pun kita ni kena senyum, manis muka baru la ramai kawan n org pun tak takut nak berkawan dgn kita. Lagipun tak rugi ape pun senyum tu kan satu sedekah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Salam Isnin.

    Hmmm….. Kenali Diri Sendiri dengan Lebih Tepat & Mendalam, yakni mafhum hamba ialah kaji mengenal diri melalui kaedah astrology, Rahsia Tarikh Lahir, Nombor Peribadi, Warna Peribadi dan yang seumpamanya.

    Setiap dari diri kita telah dianugerahi oleh ALLAH ROBBUL JALIL dengan Kelebihan, Kekuatan & Keunikan serta Kejanggalan, Kepelikan & Keanehan tertentu yang tersendiri.

    Maka gunakanlah kesemua elemen2 tersebut ke tahap seoptima yang bisa termampu dengan penuh hemah lagi bijaksana yang kena pada lokasi, waktu & kondisi yang cantek (sesuai), mengikut perkembangan semasa.

    Maka untuk hajat ini, singgah le ke blog hamba. Di situ hamba ada infokan berkenaan Astrology Rahsia Tarikh Lahir, ikutilah kursus hebat dengan pakej menarik & berpatutan yang ditawarkan oleh Penceramah AbangLong.

    Serta untuk tambahan, cek di seksyen STM, berkenaan Rahsia Warna Diri oleh Dr Wan Alya Zara.

    Sekian, harap maklum.

    Salam Zahir+Batin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zura Reply:

    macam mana nak tahu semua tu??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. mm…betul tu…
    satu cara mudah tuk dpt tanggapan pertama y baik adlah dengan
    “SENYUM”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    rosse Reply:

    boleh saya bertanya..saya mahu daftar sebagai translator bagaimana?????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @rosse,
    maaf, saya belum pernah mendaftar di mana2 sebagai translator setakat ini.
    jadi, saya pun memang tak tahu macammana nak daftar.

    kerja saya sekarang memang translator,
    tapi translator dalam syarikat,
    bukan professional translator spt yang dilihat di TV tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  6. Maf ye.. Sye dak lepasan SPM. Awk blaja bhasa jepun dekat Universiti mna? mcm mna na jdi translator? apa yg ptut sye bt? subjek mna yg ptut sye skor? tlong5……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam