Panduan Cara Bagaimana Menghentikan Dengkuran

Share

Anda mempunyai masalah berdengkur semasa tidur? Suami/Isteri ada berdengkur sehingga mengganggu anda tidur? Sila baca artikel Panduan Cara Semulajadi Bagaimana Menghentikan Dengkuran seperti di bawah ini;

Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.

Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.

Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.

Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.

masalah berdengkur

Terdapat beberapa cara mudah bagi membantu anda tidur dengan aman, nyenyak dan tanpa tabiat dengkur yang mungkin mengganggu orang lain. Berikut ini adalah beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan dalam usaha menghentikan dengkuran.

1. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.

2. Berurut
Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.

3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

4. Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.

5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.

6. Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
Dengan mempastikan anda tahu bagaimana hendak bernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamalkan corak bernafas yang sihat pada setiap malam. Oleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur. Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.

7. Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.

8. Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.

Anda tahu kaedah lain untuk mengurangkan atau menghentikan dengkuran? Kongsikanlah dengan kami di bahagian komen yer. Terima kasih. ;)

P/S- Kalau nak dapatkan panduan khusus menghentikan dengkuran dengan berkesan, sila ke laman ini.

(2319)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

16 thoughts on “Panduan Cara Bagaimana Menghentikan Dengkuran

  1. selalunya kalau tidur berdengkur buatkan isteri tidur lena. Kalau tak dengkur wife tak dapat tidur… anak aku yang umur 11 bulan pun tidur berdengkur. Kalau dia tak dengkur pun aku tak boleh nak tidur…heheeh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @gaban,
    selamat pge!gaban
    hehe..lawk sunngguh awk ni..hik..hik..tak pelah asalkan awak tdo dgn aman sudahlah.. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. kalau husband ada masalah ni cuba sentuh badan dia…..
    insyaallah diizinkan ALLAH dia terus senyap…
    takkan pun ubah posisi tidur dia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. saya berdengkur kuat giler!!dah mcm2 cuba.x jugak ok.ingat nak buat rawatan prosedur pillar..bole tak bagi nama tempat2 yg bole buat rawatan ni.coz dah byk website saya surf semua nya citer pasal bahayanya berdengkur but xde pun cerita pasal kos rawatan dan tempat yg patut pegi utk buat rawatan prosedur pillar ni plak.yg saya tau hanya kat HUKM jer.takan la xde tempat2 lain kot.tension toi.sape2 tau bagi lah info ek!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. saya tak tahan dgn suami saya hampir 6 tahun kami berkawin dan setiap mlm berdengkur macam-macam cara dah saya laku kan,masi juga tak berubah…dah hampir 2 kotak BREATHE RIGHT di guna kan masi tak berkesan pun…saya stress bila nak tido malam,klu saya dapat tido nyenyak waktu dia tak da kat rmh…tolong lah apa patut saya laku kan lagi da buntu,macam2 petua di cuba tapi tak da kesan pun.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. sejak sy melahir anak.masalah berdengkur sehinggah skrg masih blm dpt diatasi lg,suami sy selalu tegur masalah denguran sy ni membuatkan sy malu terhadap suami sy sedangkan suami sy tiada masalah dengkuran apa cara untuk mengatasi masalah ni

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. haha..sya agak berdengkur sbb sy dr dlu ada alahan..huhu..thanx tuk petua nie..tp abah tido dengkur jugak..kalo dia xdengkur mmg saya xdapat tidur..hehe..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam