Panduan berhadapan dengan suami yang ego tinggi

Share

PakarHowTo menerima 1 lagi email dari pembacanya yang meminta dikongsikan panduan bagaimana untuk berhadapan dengan suami yang ego tinggi.

Berikut adalah email beliau.

Assalamualaikum…
Minta nasihat PHT kalau boleh membantu. Macammana yer nak berhadapan dan menghadapi dengan suami yang ego tinggi. Segala teguran dan nasihat isteri tak dapat diterima. Benda yang betul tapi cuba nak berdolak dalik dan menafikannya. Padahal si isteri dah bercakap dengan berhemah, lemah lembut dan sopan santun. Suami hanya nampak salah silap isteri.

Dan juga macammana nak berhadapan dengan orang yang ‘cakap tak serupa bikin’. Tahu tegur dan nasihat orang lain, tapi diri sendiri tak betul dan tak amalkan apa yang dicakapkannya.

Sekadar ingin minta nasihat dan tips-tips berguna.
Terima kasih.

Saya ada forward masalah di atas ini kepada 2 orang rakan pejabat saya. Berikut ini adalah kandungan email jawapan @ komen dari 2 orang sahabat saya itu (untuk makluman, kedua-dua mereka adalah lelaki).

Komen Sahabat 1 (Mr. F)
Lelaki ego tinggi tu saya tak pasti camana nak hadapinya…Cuma kena sabar je la jalan terbaik…(maksudnya mmg kena makan hati la berhadapan dgn orang ego pasal kena selalu mengalah…walaupun kita betul hakikatnya..)

Tapi pada sy…biasanya setiap pasangan suami isteri akan ada masa untuk bersembang kosong seperti dalam kereta nak ke pejabat..duduk saja tgk TV pada hari ahad…so, baik gunakan waktu ni kita bercerita pada pasangan apa yg terjadi pada pasangan2 lain.

Cth: semasa bersembang antara suami isteri, si isteri boleh la cter kononnya kawan dia di opis dapat suami ckp tak serupa bikin/ego…so cter la apa2 dugaan yg dihdapi oleh pasangan..(reka je cerita atau cerita je pengalaman sendiri…) biar cerita tu sekurang2nya hampir2 kena batang hidung sendiri..atau sampai buat suami berpikir…

Tapi make sure bila cerita tu jgn la tujukan pada si suami..klu boleh bercerita tu biar dalam keadan santai…(cth dalam drama, buatkan la air kopi ke..tongkat ali ke..maksudnya sambil2 menggoda gitu…hehehe)

Ok itu sahaja dari saya Mr F.

Komen Sahabat 2 (Mr. H)
Aku tak tau nak cakap apa…memang ada suami yang macam ni…biasa la tak semua org perfect. Cuma suruh la suami dia tu selalu gi surau/masjid…mana la tau kot2 boleh muhasabah diri then boleh berubah.

Kalo takleh gak…gi je pejabat agama…mintak nasihat…hehehehe

Itu lah saja pendapat aku.  Harap maaf kalau ianya bertentangan dengan pandangan ko.

InsyaAllah, nanti (mungkin esok atau lusa) PakarHowTo akan berikan pandangan dan pendapat kami pula.

Anda pula bagaimana? Ada pandangan @ pengalaman yang ingin dikongsikan berkenaan dengan isu yang dibangkitkan ini? Sudi-sudikanlah mengomen yer. ;) (1687)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

26 thoughts on “Panduan berhadapan dengan suami yang ego tinggi

  1. susah juga kalo dapat lelaki yg ego atau isteri yg ego…
    asyik dia je yg betul kan :D….
    kalo cakap pown tak guna, nasihat pown tak guna..
    banyak berdoalah agar dibuka hatinya untuk berubah…

    tapi dalam kehidupan ini kita sering terlupa…
    kehadiran iblis dan syaitan yg tidak kelihatan.
    Kerjanya siang dan malam menghasut kita
    supaya bergaduh.. bercerai berai.. dan buat maksiat…
    oleh itu berhati-hati dgn fikiran negatif terhadap isteri atau suami..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Kena terima suami kita seadanya..sebab dah x boleh nak buat apa2 lagi,bersabar byk2.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    jamilah Reply:

    Memang ramai lelaki jenis ini. Perempuan pun ada ego yang melangit. Asyik nampak orang saja yang salah dan selalu mencemburui kelebihan yang ada pada kita

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ani_jb Reply:

    Suami dan isteri memang sama,masing2 ada egonya sendiri….jadi kena bertolak ansur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. salam,

    Pertama, sdri kena jadi solehah. pertingkatkan keimanan ke tempat lebih tinggi,cthnya solat jgn tinggal,lakukan diawal waktu dan tambahkan dengan solat sunat dan solat malam.

    Kedua,walaupun ada ketika suami salah dan dia tetap kata dia betul,iyakan saja dulu.lambat laun kebenaran akan terlihat jua cuma kita sebagai isteri jgn sampai tinggikan suara apabila berdebat. kena tahan hati dulu dan banyakkan bersabar demi kerukunan rumahtangga

    Ketiga,doakan suami baik dalam solat atau ketika dia tengah nyenyak tidur diwaktu malam. bacakan surah thoha yang boleh melembutkan hati suami yang ego (sdri boleh google untuk dpt ayat yg tepat)
    keempat,mintalah sungguh sungguh pada Allah untuk mengubah ego suami yang tinggi dalam setiap solat yang dilakukan. sesungguhnya apabila Allah memberikan kita ujian,adalah kifarah dosa yang telah kita lakukan dimasa lampau dan bermuhasabah selalu.

    Dalam satu kes yang saya dapat tahu,seorang isteri yang memperbaiki dirinya dan hubungannya dengan Allah(jadi wanita yg sebenar2nya solehah),turut dapat mengubah sikap suaminya yang amatlah ego dan panas baran. Insya Allah masalah sdri boleh diatasi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    na Reply:

    @aziemy, salam… yup, setuju sgt2. sebgai is3, walau apa yg berlaku dan bgm suami, tingkatkan kesabaran, dekatkn diri dgn Allah, sentiasa ingt janji : Allah hikmah dan pahala yg menanti. Pastikan diri is3: hamba Allah yg beriman, is3 & ank solehah,ibu mithali,insyaAllh semua akn baik dunia & akhirat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    wawa Reply:

    @na,

    yup,sy hampir setuju.tp bukan ke suami itu ketua keluarga,org yg septtnya nya membimbing dan menunjukkan cth yg terbaik kepd wife dan anak2? then kenape,wife yg kene berubah dulu utk makesure husben jd baik? pelik btl la…pelik tp benar…:P

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    aziemy Reply:

    @wawa, wawa,
    Memang Allah menjadikan sesuatu perkara itu ada hikmah dan cantik perancangan-Nya. isteri yang baik,sudah tentu untuk suami yang baik bukan? kalau mengikut hukum alam begitulah wawa ..- )jika suami tak boleh jadi pembimbing,tak salah jika isteri tunjukkan jalan dulu. sebelum kahwin ,masing2 adalah dari keluarga yang berlainan cara hidup, didikan yang diterima sudah tentu lain.mungkin dengan didikan agama yang mantap dari mana2 pihak,dapat saling baiki mana yg kurang. jadi bila didalam rumahtangga,suami isteri hendaklah saling melengkapi untuk mewujudkan ‘Baiti Jannati’ iaitu rumahku syurgaku

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    na Reply:

    @wawa, salam wawa… nk mengharapkan org lain berubah bkn senang, krn kita sdri pun susah utk berubah. :) Balaslh keburukn yg kita terima dgn kebaikn…hasilnya, Allh yg akn tentukn. Suami/is3 adlh anugerah Allh, jk yg kita dpt tak spt yg dimpikn, itulh ujian utk tingkatkn keimanan kita. Mmg kita ditemukn dgn org yg bbeza utk saling melengkapi, dan sbg is3 pahala amalan kita berganda krn title is3 itu. Anggap sj, kekurangan suami memberi pluang utk is3 mdpt pahala lbh dgn b’sabar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sindirayu Reply:

    As salam, saya baru mendirikan rumahtangga.. perkara begini juga terjadi pada saya. suami yang amat tinggi egonya. kadangkala ia mencabar kesabaran saya. bila saya diam dia marah, bila suruh jawab pun kena marah… bila dimarah. saya senyap kadangkala yg terkeluar air mata shj.. pun kena marah… saya cuba bertahan, kerana dia suami ku. mungkin banyak perkara yg harus saya perbaiki lagi sebagai hamba allah dimuka bumi dan juga seorang isteri… pendapat dan pandangan aziemy akan saya cuba terapkan dalam diri dgn kuat. insyallah… amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. actually ego lelaki atau wanita xde ape beza sgt.Berdasarkan kajian yg dijalankan hanya dgn didikan agama yang kuat dpt mengubah sikap mcm tu.Sebagai isteri jgn mudah putus asa.Tunjukkan sikap yg baik depan suami wpun suami tu degil tahap gaban.Hanya pada Allah tempat kita mengadu dan berserah.InsyaAllah dgn keyakinan kita semasa berdoa Allah akan makbulkan permintaan kita.ape pun kene tabah hadapi ujian Allah dan PASTI ada hikmahnya.InsyaAllah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. pkongsian yg bermanfaat..
    klu suami ego, isteri kna buang ego tu jauh2, mengalah dan bertolak ansur je.
    wpun kta x bsalah dlm hal tu, minta maaf…pasti suami akan rsa malu sdri nnti.
    sts bbuat baik utk suami..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Banyak-banyak zikir Ya Rahim (Maha Penyayang). InsyaAllah suami akan jadi lebih sayang dan lebih prihatin pada kita. Cuba dan anda akan lihat hasil yang menakjubkan. Tapi jangan lupa solat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. apapun kita pompuan, tetap kena mengalah. agama dan budaya kita mengajar kita macam tu. so jangan melebih2. lelaki lebih takpe…lagipun dia suami kita. dialah cinta kita. apalah salahnya kita follow je rentak dia. sabar, syukur apa yang dijodohkan kepada kita, solat, zikir, buat yang sunat dan sunnah, baik pada anak2, kawan2 dan saudara-mara ataupun semua orang yang kita kenal atau tidak kenal, akan menjadikan diri kita insaf, lebih redha, dan lebih kuat menghadapi dugaan. be happy with what u have rather than have nothing at all…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Kpd semua lelaki yg bergelar suami…especially suami yg mpunyai ego setinggi langit..faham & dalamilah maksud tersurat ayat di bawah:

    “Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Pingback: Panduan berhadapan dengan suami yang ego tinggi | Blog PakarHowTo

  10. assalam… saya setuju pendapat yg mengatakan isteri kena sentiasa bersabar… tetapi ingat isteri anda adalah manusia yg allah kurniakan hati dan perasaan. Jadi jangan kita ego dan sombong atas nama SUAMI…. kita boleh berbuat apa sahaja dengan isteri… Ingat hari ini kamu (suami/isteri) lukakan hati antara satu sama lain… tetapi ALLAH itu maha adil dan maha bijaksana… mungkin kita ditimpa musibah atau apa2 ujian… dengan siapa kita nak mengadu cerita ? bukankah dengan isteri atau suami?..Kesimpulannya.. jangan ego membabi buta…kelak anda yang akan rugi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. Assalam..mmg Allah dh tentukan pasangan yg tbaik dan utk saling melengkapi, ada suami baik tp pasti ada kekurangan pd si isteri, klu si isteri baik tp ada suami yg tgamak xpedulikan perasaannya..
    Mmg hukum Allah menetapkn pro n kontra dlm hidup rumahtangga, sbg umatnya kita wajib percaya pd ketentuanNya..
    Namun, andai tiada klu mental fizikal jiwa batin di seksa, mana mungkin mampu btahan jika asas pdNYA pn semakin jauh dr diri si suami..
    Selama manakah si isteri blh bdoa demi perubahan yg lsg tiada peubahan..ego kah bila ditegur dan dijwb dgn ‘kubur masing2′..
    Sy percaya setiap rumahtangga pasti ada bengkang bengkok, cuma jalannya amat jauh utk diluruskn..
    Semua dgn kuasa Allah yg maha Kuasa..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. salam mesra dari natie..

    suami natie pown jenis high egois… natie dh cuba pendekatan yg disarankan oleh mr f beberapa ketika dahulu malah till now.. effect dye mmg ada tp kejap je la.. pastu jd blk =)) mmg sifat azali ssh nak ubah mlainkan diri suami tu sdrk yg mahu berubah… tapi x salah kalo kt mcuba

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Mengenai suami ego,
    1. Sepatutnya tak boleh ego sebab; Rasulullah tak ego dengan isteri, malah dibelai2 nya isteri Baginda. Kedua, Allah tidak suka orang yang ego. sbb tu Allah mahu kita sentiasa bertawakal, berserah diri..apa maksudnya tu? maksudnya kita tidak boleh ego…bila kita menyerahkan diri kita kepada seseorang (dalam kes ini Allah), maka ia bermakna kita ini lemah dan perlu surrender kepada Allah. Lemah, jadi takboleh lah ego.
    2. TETAPI, memang Allah telah jadikan lelaki itu ada sedikit sifat ego, sbb, ego itu penting dalam seseorang yang perlu mengetuai keluarga, kalau tidak ada sedikit ego, habislah keluarga akan ditindas dan dilanyak oleh org yang lebih jahat.Kalau ketua keluarga tiada sedikit ego, lembik, tak ke naya.
    3. MASALAHNYA, certain lelaki, terutama lelaki Melayu, egonya terlebih. Sebab? didikan semasa kecil–tengok ayah macam tu, so dia pun ikut, Kedua, adat. Dalam adat Melayu, lelaki dilebih2kan, di dulu2kan. kalau makan, lelaki makan dulu, kalau masuk rumah, lelaki masuk dulu. berbeza dengan adat omputeh :”Ladies first”. Maka semua nya lelaki melayu perlu didulukan. cakap mesti dia dulu dulu, makan dia dulu, dsb, maka lama2 naik lemak le kawan tu. semua dia dulu dan dia betul. Ketiga, lelaki ego sbb nak menutup kelemahan. contoh: kita minta dia (dengan baik) buat sesuatu..dia tak nak buat, sombong, tak nak bagi respon, ..sbb apa? sbb dia tak tau nak buat apa yang kita minta tolong dia buat. contoh lain: bila apa yang kita cakap adalahbetul, dan dia sedar dia salah, maka nak tutup malu dia kan menengking kita balik, atau memarahi atau mengecil2kan kita. Keempat, sbb nak tunjuk bagus kat kawan2.

    Wahai para suami,
    ego itu pendting tapi sikit2 cukup la. hanya kerana anda lelaki dan suami tidak semestinya isteri hormat.. lelaki macama mana kah anda dan suami macam mana kah anda. Jika ego tak tentu pasal, melangit, bongkak, sombong, tetapi dayus, lemah, tidak memberi nafkah sewajarnya, tidak membimbing keluarga, pegangan agama longgar dan tidak bertanggungjawab, fikir2 lah samada patut kah anda sombong dan ego dan patutkah isteri bersabar dan menghormati anda?

    Wahai para isteri,
    memang dalam bab suami ego, amat sedikit yang puan boleh buat kecuali diam dan sabar. kalau puan mencabar atau menjawab, ia bagai mencurah petrol ke dlm api. betul mcm komen kawan2 lain, kalau nak cakap/tegur lelaki ego, cuba buat dalam bentuk cerita, kononnya ada kawan you kat ofis ada masalah ABC dan go from there. jangan kata suami yang salah atau bermasalah. Kedua, doa. Allah ada berfirman dalam surah Yasin, “Jika Allah mengkehendaki, maka dikatakan “Jadi” lalu jadilah ia.” Saya amat yakin dan berpeganag teguh dengan firman ini… TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH JIKA DIA MENGKEHENDAKINYA. ini bermakna tidak mustahil suami ego boleh lembut hatinya jika kita terus meminta dan berdoa dan Allah izinkan. Ketiga, doa lagi. sbb org ego biasanya bertindak menjatuhkan kita atau menganiaya kita, maka doa org yang dianiaya adalah makbul.

    Sekian . Wallahu’alam,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Mama Zarif,
    terima kasih yang tidak terhingga atas perkongsian dan pesanan ini.
    saya terharu membacanya….
    tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. Assalam,

    Menghadapi suami yg ego ni seorg isteri mmg perlu byk2 bersabar, gunakan cara yg paling lembut utk bercakap dan menegur kesalahannya. kita juga kena mengaku kesalahan kita. Dia juga mmg minta diri dia dimanjakan terlebih dahulu . Apa2pun menghadapi suami yg ego ni si isteri perlu byk2 berdoa agar suaminya menjadi suami yg penyayang…Baca lah doa pengasih selalu dgn tujuan yg baik. Insyallah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Wan,
    sangat setuju.
    untuk tegur kesilapan orang,
    perlu kepada cara yang paling lembut dan berhikmah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam