Panduan Bagaimana Untuk Menyambut Ramadhan

Share

Seorang sahabat meminta saya menulis tentang panduan bagaimana menyambut Ramadhan mengikut cara yang dianjurkan oleh Nabi SAW.

Maka, saya pun membuat la beberapa bacaan tentang Ramadhan dan cuba meringkaskan point-point penting mengenainya.

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Dibawah ini adalah beberapa perkara yang sempat saya catatkan untuk peringatan bersama.

Pertamanya, perlu kita faham bahawa, Ramadhan ini bolehlah dikatakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SAW iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.

Berikut ini adalah beberapa panduan dan peringatan bagaimana cara kita menyambut Ramadhan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)

1. Jadikan Ramadhan sebagai bulan latihan kerohanian.
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

Jadi, mari kita azam dalam diri masing-masing, untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin, mengawal nafsu syahwat dan melakukan banyak kebaikan. Latihlah diri untuk mengawal hawa nafsu dan perangai buruk kita sepanjang bulan ini.

2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.
Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. ” (al-Qadr 97:1-3)

Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramadhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.

3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Allah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keazaman.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.

Jauhi perkara yang sia-sia (laghoo). Sebaliknya perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa… sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia.
Jagalah diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan. Lebih-lebih lagilah dalam bulan Ramadhan, memang hukumnya adalah lebih berat dan diberi penekanan.

7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
Kita sangat-sangat disarankan untuk sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan menjaga kebajikan serta saling membantu sesama Islam dalam menyelesaikan masalah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.

Dalam bulan Ramadhan ini, kita sangat-sangat dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita.

8. Lipatgandakanlah amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.
Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;

  • Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula banyakkan menghadiri majlis ilmu.
  • Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
  • Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
  • Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
  • Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
  • Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
  • Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
  • Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah SAW:

“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa

Begitulah 8 panduan yang sempat saya ringkas dan rumuskan untuk kita sama-sama dijadikan sebagai guideline dalam menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari saja lagi.

Semoga ianya sikit sebanyak memberikan kita manfaat dan dapat amalkan apa yang kita dah baca.

Sekian, selamat menyambut Ramadhan kepada anda semua ;)

This article was published on: Aug 19, 2009 @ 11:27
Re-publish : 27 Jul 2011

(1034)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

25 thoughts on “Panduan Bagaimana Untuk Menyambut Ramadhan

  1. Terima kasih kerana memberi peringatan sesama kita.
    Alhamdulillah, semoga dipanjangkan umur kita lagi untuk beramal dalam bulan barakah ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Terima kasih semua yang bagi komen.
    Setidak2nya, saya jadi lebih bersemangat untuk menulis artikel2 panduan sebegini.

    Apa2pun, yang pentingny, bukan bagus mana artikel tu ditulis,
    tetapi yang terlebih pentingnya,
    sejauh mana kah kita dapat amal apa yang kita baca/tulis.

    Selamat beramal… :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. salams..
    alhamdulillah, dengan panduan yg begini moga dapat menjadi ikutan dlm kehidupan kita yang akan menyambut ramadhan…
    mekasih kpd pakar

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Assalamualaikum WBT

    Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

    * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
    * Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
    * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

    Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

    Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf’ jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insya-Allah.

    Selamat Berpuasa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tegar Reply:

    @anuar,

    InsyaAllah kalo boleh minta kaji dulu sumber samada berautoriti atau tidak sebab nak kata hadis, sanad n perawi takde, kalo ayat al-Quran jauh sekali n something camnih boleh merosakkan akidah umat Islam.

    Mmg la bermaaf-maafan ini suatu yang baik, tapi dalam ayat camnih macam menjadikan bermaafan ini wajib, dan kalo ade yang tak buat, die akan paham, tak yah la die pose sebulan (tak gune pose). Kita bermasyarakat ada golongan awwam (awam) dan hawwas (alim) dan banyak boleh berlaku keslhan pemhmm ini pada golongan awwam ini.

    maaf kalo ada salah silap. just my 2 cent.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    noom Reply:

    @anuar,
    salam. terima kasih atas peringatan ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Ust,
    saya nak minta pandangan, 8 perkara panduan baik yg tertulis di atas, pada hemat Ust, bagaimana dapat kita praktikkan jika sepanjang bulan2 lain sebelum ini hidup kita dikuasai lebih perkara bathil dari yg baik.

    Sudah berapa tahun kita berpuasa, bersolat, dan lain-lain amalan khusus, namun masih di takuk tidak ketentuan, bagaimana cara utk saya memasuki Ramadhan ini dan keluar darinya nanti dengan mendapat istiqamah dari amalan Ramadhan nanti? Howto…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua……
    mudah2an diberkati segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini……insyaallah……amin…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Saya ingin kongsikan bersama, sejak ramadhan hampir tiba ini, saya teramat sibuk dengan menyusun surah-surah yang akan dibaca oleh setiap pegawai dan kakitangan, tapi walau bagaimanapun, sukur semua berjalan dengan lancar dan diluar jangkaan. Di sini saya mendapat iktbar, jika seorang kepada hanya memikirkan, why not kita panggil pegawai-pegawai dan kakitangan untuk sama-sama melibatkan barang kepala, insyaallah akan dipermudahkan, Terima kasih, wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Asalamualaikum
    Smua..harap-harap semua pembaca blog disini berada dalam keadaan sihat walfiat hendaknya.

    Syukur Alhamdulillah kali ini kita dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa yang penuh dengan seribu keberkatan dan fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yang lain.

    Bagi umat islam inilah hari-hari yang dinantikan oleh mereka untuk mengumpul pahala sebanyak yang mungkin bagi memperolehi Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

    Malahan terdapat juga segelintir dari mereka mengkhatamkan al-quran dibulan ramadan sebayk 30 juzuk sambil diperdengarkan alunan bacaan mereka disepanjang malam ramadan..

    Bahkan ada juga sesetengah insan yang cuba mengambil peluang untuk mengubah dirinya bersungguh-sungguh kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumya.Seperti menginsafi kesalahan yang lalu..kekesalan seperti itu mungkin sedikt sebanyak dapat mendekatkan dirinya kepada Keagungan yang Maha Kuasa..

    Namun,apa jua yang kita akan/bakal lakukan pada bulan tersebut jaganlah sampai ia boleh mencemarkannya adab tatasusila kita sebagai umat islam dalam menyambutnya.

    Akan tetapi hargailah kedatangan bulan ramadan ini dengan merebut sebanyak yang mungkin fadilat dariNya..

    SEMOGA RAMADAN YANG BAKAL MENJELANG INI AKAN DISAMBUT DENGAN PENUH KESYUKURAN, KESEDERHANAAN, KEKUSYUKAN..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @surihati_ku,
    bagus bagus…
    nampaknya gaya tulisanmu sudah diperbaiki.
    tiada lagi ‘shortform’…
    terima kasih…hehe ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    klon_surihatiku Reply:

    @PakarHowTo,
    erm, Mr.Pakar dah pandai buat lawak ek ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Salam Pakar dan para pembaca semua :

    Semuga kita diberikan kesihatan yg baik sempena bulan Ramadhan agar dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 yg lain dgn sempurna. Semuga kita semua akan sentiasa mendapat keampunan, keredhaan dan keberkatan dr Yang Maha Esa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Salam, pakarhow2

    SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA

    Semoga Ramadhan kali ini lebih baik lagi dari Ramadhan2 yang lepas2…(untuk diri sendiri dan semua peminat pakarhow2)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam