Panduan Bagaimana Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar

Share

Semua orang nak dapat berjumpa dengan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar. Sebab ganjaran orang yang beribadah semasa Lailatul Qadar sangat lumayan. Nilai pahalanya seperti beribadah 1,000 bulan. Siapa yang tak mahu, kan?

Jadi, semua orang tercari-cari malam 1,000 bulan itu. Persoalannya sekarang ;

  • Siapa yang tahu bilakah malam itu akan muncul?
  • Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatulqadar?
  • Sekiranya berjumpa dengan Lailatul Qadar, apakah yang hendak kita pohonkan? Amalan apakah yang patut kita lakukan?
  • Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?

Semua persoalan diatas seringkali bermain di benak fikiran saya pada setiap kali datangnya Ramadhan. Anda bagaimana? Ada jawapan untuk semua persoalan-persoalan di atas?

Baiklah, ni saya kongsikan sikit sebanyak info yang saya ada yer.

  • Siapakah yang tahu bila Lailatul Qadar berlaku?

Jawapannya ialah, TIADA SIAPA yang tahu. Lailatul Qadar adalah rahsia Allah ta’ala. Hatta Rasulullah SAW pun hanya suruh kita cari Lailatul Qadar pada 1o malam terakhir Ramadhan. Baginda sendiri melipat gandakan usaha dan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Kita bagaimana?

  • Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatulqadar?

Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.

Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.

Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.

  • Sekiranya berjumpa dengan Lailatul Qadar, apakah yang hendak kita pohonkan? Amalan apakah yang patut kita lakukan?

Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1,000 bulan atau 84 tahun.

Boleh juga mengamalkanlah zikir berpahala 2 juta ini semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani).

  • Apakah yang patut kita doa pada malam al-Qadar?

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?”

Baginda SAW menjawab,“Ucapkanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.)

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

  • Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?

Sebagai perumpamaan : Orang yang menembak akan mengetahui samada tembakannya itu telah mengenai sasaran (misalnya burung yang ditembak). Walaupun dia tidak melihat burung itu mati, tetapi dia boleh/dapat merasainya.

Selain itu boleh juga dengan melihat pada amalan kita di tahun berikutnya, adakah amalan kita semakin bertambah atau semaking berkurangan, misalnya kita semakin kerap berjemaah di masjid bagi kaum lelaki. Begitu juga dengan kejahatan, apakah kita mampu meninggalkan kejahatan atau dosa yang biasa dilakukan pada tahun sebelumnya. Perubahan baik kepada amalan kita adalah tanda seseorang untuk Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar.

Sekian. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat kita sama-sama ambil peringatan dan amalkan mana yang boleh.

Sebelum saya tutup entri kali ini, saya nak kongsi 1 gambar carta menunjukkan jangkaan bilakah Lailatul Qadar akan berlaku berdasarkan pendapat para sahabat rodhiallahu’anhum dan ulamak silam.

bilakah-malam-lailatul-qadar-1432h

Marilah kita sama-sama berusaha mendapatkan Lailatul Qadar kerana ianya cukup istimewa hanya untuk kita, ummat Nabi Muhammad SAW.

All the best. Saya berdoa semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk beribadah sebanyak mungkin pada saki-baki Ramadhan yang masih ada ini. Aaminn.

(584)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

3 thoughts on “Panduan Bagaimana Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar

  1. Terima kasih di atas info dan bimbingan yang dikirimkan.bersyukurlah bila setiap selepas Ramadhan kita mengalami perubahan dalam diri untuk menambahkan amalan dan ibadah dalam beragama.inilah yang dikatakan dalam info di atas bahawa hanya kita sendiri yang dapat merasakan Lailatulqadar itu.selebihnya ialah dari gambaran yang dapat dirasai ialah suasana alam yang indah cerah,sejuk yang luar biasa, keadaan tumbuhan lain daripada masa bukan di bulan Ramadhan,dan pagi pagi selepasnya terdengar bunyi bising kicauan burung seperti riang ria; yang jarang kita hayati selain Ramadhan.Ramadhan memang luar biasa dari bulan yang 11 itu, patutlah dikatakan malam terpilih itu 1000 bulan.rumah rumah ibadah dipenuhi umat yang berusaha mensucikan diri dengan solat,zikir,tasbih,solat terawih(malam lain tidak dibenarkan berterawih)bersedekah,sedekah kepada anak anak yatim dan orang yang miskin.kerana semua amalan baik mendekatkan diri kepada ALLAH Rabulalamin,akan mendapat pahala yang berlipat ganda.rezeki pada bulan itu juga semakin melimpah bagi peniaga sama ada baru apa lagi yang baru bertatih untuk kerjaya itu.bukan sahaja kepada umat Islam malah umat lain yang berniaga juga semakin melimpah rezeki mereka (apakah mereka masih tidak melihat dan memahami kebesaran Islam).inilah kehebatannya bulan Ramadhan yang semakin ke penghujungnya Ramadhan mahu meninggalkan kita, kita berasa sungguh sedih kerana belum tentunya kita boleh bertemu Ramadhan yang penuh luar biasa itu pada tahun seterusnya,melainkan dengan izinNYA.Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat bergembira pada Idil Fitri.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. terima kasih atas info diatas,semoga ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari yang lalu.semoga kita dpt mengamalkan apa yg telah disarankan dan semoga kita dpt dpt lailatul qadar dengan amalan yg telah kita lakukan itupun dengan izin Allah.ramadhan semakin meninggalkan kita,entah2 ini lah kali terakhir kita bertemu dgn ramadhan.sedih rasanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Terasa begitu cpt masa berlalu…..Ramadhan tlh sampai ke penghujungnya…Moga segala amalan diberkati Allah S.W.T & dpt bersamanya lagi di masa akan dtg….insyaAllah…aminnn

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam