Panduan Adab Membaca al-Quran

Share

Semua perkara yang kita lakukan ada adab-adabnya. Ramai orang hari ini sangat tidak peka dan mengabaikan adab-adab sehingga perbuatan/amalan mereka tampak tidak sempurna dan cacat! Justeru adalah sangat penting menjaga adab dalam melakukan sesuatu terutamanya amalan terutamanya apabila beribadat kepada Allah SWT.

Berikut ini dicatatkan beberapa adab yang asas dalam membaca al-Quran sebagaimana disenaraikan oleh Al-Nawawiy dalam Al-Tibyan Fi Adab Hamalitl Quran :

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwudhuk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat.
  8. Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa.
  9. Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  10. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  11. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.

sumber : http://zahazanmohamed.blogspot.com (331)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

2 thoughts on “Panduan Adab Membaca al-Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam