Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Keliru,tertekan dan rasa hilang sabar…

October 20, 2009 By: PakarHowTo Category: Pakwe Makwe

2 hari lepas, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca setia blog pakar. Biarlah saya rahsiakan namanya atas sebab2 tertentu.

Berikut ini saya kongsikan masalah beliau. Mungkin ada kawan-kawan di luar sana yang sudi berkongsi pendapat dan pengalaman bagi menangani masalah beliau ini, kami sangat2 mengalu-alukannya…

Salam…

Saya ingin mengutarakan masalah yang sedang saya alami. Sebagai pengenalan, saya kini telah pun bertunang dan Disember ini saya akan bergelar seorang isteri.

Kemusykilan saya berpunca dari sikap tunang yang makin hari makin saya tidak faham. Hubungan kami sering tegang. Tunang saya cepat marah dan sukar untuk mengakui kesilapan dirinya. Jika saya merajuk dia tidak akan memujuk sebaliknya marah pada saya. Alasan untuk tidak dia memujuk kononnya dia jenis yang tidak pandai memujuk.


Perkara ini telah saya rujuk kepada bakal ibu mertua saya. Beliau mengesahkan bahawa anaknya itu sememangnya cepat marah. Saya jenis yang cepat sejuk tetapi tunang saya pula jenis yang suka memanjangkan pertengkaran. Oleh yang demikian, saya yang memujuknya walau ape yang berlaku adalah berpunca dari dirinya.

Adakalanya saya rasa amat tertekan. kerana saya ibarat terpaksa merayu untuk memulihkan keadaan. Saya rasa diri saya tidak dihargai. Dia akan mematikan talian telefon sesuka hati jika berlaku pertengkaran. Apakah yang harus saya lakukan?

Saya rasa maruah diri saya tercabar dengan tindakannya. Saya juga rasa tahap kesabaran saya mulai hilang…

-Gadis keliru-

Haaa apa pendapat / komen anda? Katakanlah anda berada di situasi seperti gadis di atas, apakah yang anda akan lakukan? Pernahkah anda berada dalam situasi sebegitu?

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

35 Comments to “Keliru,tertekan dan rasa hilang sabar…”


  1. Well, kalu saya di tempat awak, dh lama saya tinggalkan orang mcm ni. Nak buat apa hidup berumahtangga kalu asyik kita jer yg mengalah.

    Lagipun baru tahap bertunang, belum terlewat untuk awak bertindak.

    Ingat, Perkahwinan adalah satu perkongsian, bila sebut perkongsian, kena ada GIVE and TAKE.

    Kalu asyik kita jer yg kena GIVE, sampai bila???

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @serena, IBARAT MAKAN MATI DAN BERENDAM PERASAAN LAH kelaknya nanti ..huhu..

    [Balas Di Sini]

    SHMY Reply:

    saya perna merasakan situasi ini.namun yang lebih menyakitkan dia ada perempuan lain.lebih setengah tahun saya tahu semua itu tapi saya tahankan hati kerana dia berjanji akan meninggalkan perempuan tu bila kursus habis namun semua tu cuma tinggal janji bahkan sekarang dia tinggal d rumah perempuan tu.tahap sabar manusia ada batasnya dan mungkin tuhan masih sayangkan saya, akhirnya saya sedar akan semua kebodohan saya selama ini.sekarang saya sudah mengamil keputusan untuk meninggalkannya dan yakin dengan janji Allah bahawa setiap perbuatan kita d dunia ini akan diberikana balasan yang setimpal.oleh itu saya yakin yang perempuan itu akan merasakan apa perasaan saya apabila orang yang di sayang dirampas dari dia.semoga Allah akan memberikan ketenangan kepada saya.

    [Balas Di Sini]

    iza Reply:

    @serena,
    lebih baik berfikir panjang sanggupkah hidup dalam keadaan tertekan seumur hidup….jangan buat kesilapan..kerana perkahwinan adalah untuk seumur hidup…lebih baik lakukan solat istikharah…

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Setuju ngan Serena. Untuk apa nak hidup bersama dengan org yg tak tahu nak menghargai diri kita. Saya pernah alami seperti mana yang Gadis Keliru hadapi. Mmg rasa tertekan sgt2. Tindakan & sikapnya terhadap saya, seolah2 saya tiada perasaan & maruah diri. Disebabkan tidak tahan lagi dengan sikapnya, saya mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengannya. Alhamdulillah, sekarang hati saya semakin tenang.
    Sblm kita melangkah lebih jauh, baik kita fikir2kan apa yang terbaik untuk diri kita. Apa pun bawalah berbincang terlebih dahulu.

    Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana yang diharapkan.

    ‘Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treat you right, forget about the ones who don’t, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes
    your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.’

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    bagus lah kata2 awk..leh sy forward kat fren sy.huhu…

    [Balas Di Sini]

    has Reply:

    @najihah,

    sila kan :)

    [Balas Di Sini]

    nur Reply:

    fasa brtunang fasa yg paling penting…kita kenal hati budinya..dan ujian jika brtunang terlalu lama….istikharahlah…kalau itu jodoh kita…dont worry….ni ujian je bagi org yg nak mendirikan mesjid……lelaki kdg2 perlu tarik tali..kita melepaskannya bebas namun dia masih dalam genggaman kita….jika kita marah…ambil mase…don be too emo….kawal…diam…tengok sejauh mane dia akan brdiam juga…..sometimes he has to value his fiancee….and shud learn it…kadang2 bila dah kawen…maslh akan selesai

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Salam,
    kan agama dah bagi panduan nak pilih pasangan…
    salah satunya pilihlah yang beragama,
    orang yang ada agama ni biasanya kalau marah pun taklah sampai lupa diri,
    saya cadanglah,
    elok tinggalkan aje,
    solat hajat minta Allah temukan yang lebih sesuai…….
    ini pandangan, kalau tak serasi jangan marah!!!!!!!!

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Assalam…..
    Untuk gadis keliru…..mohonla petunjuk dariNya….pk masak2 sbb bila dah menempuh alam rumahtgga kita susah nak keluar….saya pernah alami masa saya bertunang ngan suami…dia mmg cepat marah…tapi alhamdulillah bila dah kawen nie…dia ok…org laki kenalah pk byk…dugaan masa bertunangla tu…apa2pun mintak petunjuk dariNya…..

    [Balas Di Sini]

    4
  5. salam..
    Kalau masa bertunang nie dah nampak sikap panas baran yg macam tu, nanti kahwin lagi la plak…dugaan masa bertunang mmg hebat…mana tahan kalau asyik kita aje yg kena pujuk die… eis.. x da la maknenya kalau mcm tu… yg penting gadis keliru awk kena la wat keputusan yg bijak, belum terlambat lg…okey..

    [Balas Di Sini]

    5
  6. suzimarini says:

    Salam,

    Gadis keliru, mohonlah petunjukNya & pertimbangkanlah buruk baik keputusan yg akn diambil demi kesejahteraan hidup di masa dpn. Jgn sia2kan hidup yg singkat ini. Pasangan yg trbaik adalah yg saling membahagiakan. Terus terang, lelaki baran, ego, pembohong dan seumpamanya tak menepati ciri2 suami yg menyenangkan. Pilihan di tangan anda!

    [Balas Di Sini]

    mama5 Reply:

    ya mama5 setuju dgn kenyataan ni, selagi blm terlambt fikirkn la..

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Kepada saudari pengirim e-mail,

    Saya anggarkan tempoh pertunangan saudari adalah selama setahun dan usia saudari sekarang adalah 24 tahun…

    Kalaulah dalam tempoh setahun tempoh pertunangan ini saudari berasa keliru, tertekan & hilang sabar dengan pasangan saudari, bagaimana untuk meneruskan hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat.. maaf cakap, kalaulah tuhan takdirkan saudari hidup sehingga usia 60 tahun, ini bermakna saudari kena berhadapan dengan situasi ini selama 36 tahun.. macammana agaknya???? kalau setahun pun dah tak larat…

    Ya, saudari perlu berdoa agar pasangan saudari berubah tapi yang PASTI saudari perlu BERSEDIA andainya pasangan saudari tidak perubah ataupun lebih teruk ari sekarang…

    [Balas Di Sini]

    mama5 Reply:

    selagi blm telambat buat la keputusan yg bijak…takut nanti bila sdh branak pinak si suami masi tdk jga berubah lagi la susah sbp sgt tdk baik utk disaksikn oleh anak2 nanti..percaya la..ni pengalaman sendiri ni..

    [Balas Di Sini]

    7
  8. salam. terpanggil utk beri pandangan…

    drp brief story ternyata sdri begitu menyayangi beliau kerana sanggup mengalah dan bersabar…namun harus diutamakan matlamat & objektif sebenar perkongsian hidup iaitu PERKAHWINAN yang dituntut oleh agama..

    suami mesti tahu tanggung jawab & isteri mesti tahu peranan..sekiranya satu pihak sahaja berusaha menyelamatkan keadaan, tidak akan wujud rumahtangga yang bahagia…itu yang pertama

    2nd…dalam apa jua insiden atau situasi, cuba jangan libatkan pihak ketiga seperti ibu mertua atau sesiapa. samada dengan pasangan ini atau pasangan lain kelak, dari peringkat awal lagi, cuba praktikkan ‘menyelesaikan masalah bersama’..

    cuba bertenang dan duduk bersama beliau & communicate dari isi hati masing2…

    perasaan cinta, kasih dan sayang hanya lahir dari hati yang ikhlas…

    situasi yang sdri sdg hadapi perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum ikatan perkahwinan dijalin…kalau tak nanti lagi complicated ni..

    finally yang ini mesti buat ye…hadapkan diri ke hadrat Allah dgn hati yang tenang..solat dgn khusyuk dan berdoa..mohon padaNya petunjuk dan dibukakan jalan penyelesaian mengikut ketentuanNya…mohonlah apa jua yg sdri hajatkan..(tapi yg baik2 saja ye.. :) InsyaAllah..yakinlah..Dia Maha Mengetahui..

    itu saja..good luck. wassalam

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    dh buat slt istikharah tp blm wujud lg keyakinan n ketetapan hati pd pasangan kita..may belum dpt petunjuk lagi..sentiasa berharap pada Allah..

    [Balas Di Sini]

    wanhasmadiazmi Reply:

    @najihah, sdri tak perlulah mengambil risiko lagi dalam hal ini..apa2 pun selamatkan diri sendiri terlebih dahulu…buat masa ini, fokus kepada kerjaya atau perkara2 yang boleh meningkatkan kualiti diri dan life..BE STRONG!!emotionally and financially…sebab kalau mengikut pandangan saya..sememangnya dia tidak layak untuk menjadi suami saudari..apa2 pun ‘report’ direct’ pada Allah s.w.t diatas sejadah..wassalam.

    [Balas Di Sini]

    wann Reply:

    @najihah, tak usahlah saudari mengambil sebarang risiko dalam hal ini..tinggalkan sahaja, biarlah dia sedar dan terima sebagai pengajaran. yang penting saudari perlu fokus kepada usaha2 meningkatkan diri sendiri..BE STRONG emotionally & financially..hidup berumahtangga ni banyak nak pakai duit nanti :) InsyaAllah saudari akan dipertemukan dengan calon yang sesuai..kalau keresahan atau apa2 pun, sentiasa ‘report direct’ pada Allah s.w.t diatas sejadah ok..tq. wassalam.

    [Balas Di Sini]

    wann Reply:

    @wann, banyak bersabar (sabar ni istilahnya senang tapi nak buat tu susah)..insyaAllah sdri akan dipertemukan dgn calon yang sesuai..

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    terimakasih n sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk kita smua..

    [Balas Di Sini]

    8
  9. ct maliha says:

    mungkin tunang adik tu stress ataupun sindrom pra perkahwinan.. lelaki ni kadang kala susah benar nak faham.. adakalanya dia sendiri cerita semua sekali serba serbi bagi kita faham..
    nasihat kak ct, cuba kenang kembali kenapa dan mengapa adik terima pinangan dia dulu.. adakah perangai dia dulu sama macam sekarang ni? kalau sama, harapan untuk dia berubah tu ada, tapi kurang la sikit.. kalau dulu dia ok hingga adik boleh terima pinangan dia, harapan untuk berubah tu banyak le sikit.. mungkin dia ada banyak perkara nak difikirkan, ia lah hari kawin dah dekat.. bila dah kawin ada tanggungan, nak sediakan macam2 untuk isteri.. jadi nak layan kita ni, dia dah anggap pekara remeh.. ada banyak saya tengok pasangan macam ni, sebelum kawin macam2 masalah.. bila dah selamat ijab kabul, elok je..
    jadi adik kenangkan lah diri dia yang dulu, kalau dari dulu dia begitu.. dan adik tak sanggup makan hati, fikirlah yang terbaik untuk diri sendiri.. walau seramai mana kita minta pendapat orang sekali pun, keputusan tetap kita yang kena buat..

    [Balas Di Sini]

    9
  10. salam….Fikir semasak-masaknya sebelum terlambat, banyak dah kejadian yang boleh dijadikan panduan…apa-apapun kembali pada Allah…

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Minta ppetunjuk dari ALLAH. Tapi pada pandangan peribadi saya, tinggalkanlah..
    Hidup berumahtangga bukan semudah yang kita sangka.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @maz, yeap, benar tu maz hidup berumahtangga memerlukan pengorbana dan mcm2 hal yang perlu kita tempuh termasukkalh persediaan dari SEGI KEKUATAN FIZIKAL, MENTAL, ROHANI..

    [Balas Di Sini]

    11
  12. nur_Qasih says:

    salam ukhwah…. bersabar lah… ade hikmah setiap perkara yg berlaku kt dri kite, selalu nye klu lelki 2 pns baran die akn dpt pempuan penyabar jd bertuah la anda krana mnjadi isteri yg penyabar itu. keras mcm mne pon lelaki 2 klu kite ckp lemah lembut runtuh juga ego nye nnt…

    mungkin ni dugaan pn anda di hari2 bahagia yg bakal mnjelang nt, muhasabah diri supaya anda bersedia utk berada di samping die bkn utk esok lusa tp utk seumur hidup anda, anda akn berbakti pd suami anda…

    semoga bahagia dn mnjadi isteri solehah dn ibu yg penyayang…. wallahua’llam…

    [Balas Di Sini]

    12
  13. mcm2 prob timbul time kapel la, bertunang la n kawin. seme tue ujian. sy pun keliru ng bf sy sorang nie…ekonomi xstabil tp sibuk2 nk ajak bina impian n ckp2 sal kawin…nk belanja mkn bulan2 pun pinjam ngn sy..sy juz boleh rasa duit gj dia untuk bln pertama jer n untuk 3minggu berikutnya sy la yng kena kuarkan duit..minyak kete, makan,topup…cakap syg sgt2 kat kita..mmmm…….

    [Balas Di Sini]

    intanpayung Reply:

    @najihah, klu mcamna ni potensi utk menanggung semua expenses selepas kawin adalah tinggi…susah hidup nnt..duit gaji kite habis x bersisa..

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    tq coz bg pandangan..sy pn fikir cmtu gk..xkn kita yang kena tanggung suami plak kn..byk cantikk!pepun sy berserah kpd Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita..sentiasa berharap padaNya agr tidak tersalah buat keputusan n pilihan.sesal kemudian xdk gune..

    [Balas Di Sini]

    maz Reply:

    Buat najihah… Bahaya nie…. dari kita menahan sakit hati sendiri uuntuk selama-lamanya, baik kita cari solution yang terbaik untuk hidup kita lebih gembira pada masa hadapan…

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    tq coz bg pandangan..sy pn fikir cmtu gk..xkn kita yang kena tanggung suami plak kn..byk cantikk!pepun sy berserah kpd Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita..tp dia bersungguh sgt nk kawin ngn sy..sentiasa berharap padaNya agr tidak tersalah buat keputusan n pilihan.sesal kemudian xdk gune..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @najihah,
    berehatlah untuk seketika..
    jangan selalu mengusutkan fikiran anda..carilah ketenangan.walau sesaat..jagan mudah membuat keputusan secara melulu takut nanti bila kptusan yang dibuat akan memberiakn natijah yang buruk pula..

    renung,fikirkan baik2 setiap kewajaran yang hendak anda lakukan..

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    tq kak suri..skang fikiran dah xkusut lagi..
    cuma kdg2 rasa sunyi bila xdk teman yang blh kita share mslh,nk kongsi cerita suka n sedih n lucu..fitrah manusia ingin hidup berteman.ingin menyayangi dan disayangi…sebagai manusia biasa,sy juga leh lari drp perasaan cemburu n sedih ng keadaan..

    [Balas Di Sini]

    13
  14. saya juga pernah punya pengalaman begitu tapi dengan bekas teman lelaki la..saya pujuk dia.. sebab dia jenis yg xreti nk pujuk orang merajuk..
    tapi akhirnay saya xtahan.. saya minta putus dan kami hanya sekadar berkawanje..tapi mcm awk nie lainlah.. cuba awak bawa dia ke tempat yg tenang n xbanyak org dan tanyakan pada dia perasaan dia yg sebenarnya kepada awak.. dan awak terangkan lah pada dia perangai dia yg awak xberapa berminat dengan harapan dari kejujuran itu bertambahlah kasih sayang dalam hubungan awak n dia.. pastikan nada suara ketika itu tidak terlalu keras takut dia tersalah anggap plk.. ok? chaiyok3..

    [Balas Di Sini]

    14
  15. @iza,
    salam rizal terima kasih atas pandagan itu? mungkin itu adalah jalan yang terbaik sekali

    [Balas Di Sini]

    15


Leave a Reply