Pakai jubah serban itu kolot??

Salahkah aku nak rasa gembira dan bangga (bukan riak yer) dapat pakai jubah dan serban? Sedangkan kamu pun begitu bangga bila pakai kemeja dengan necktie dan suits (blazer).

jubah serban

Bersama pelajar Malaysia di Universiti Kagoshima

 

Salahkah aku nak bangga (bangga, bukan riak yer) pakai kupiah atau songkok? Sedangkan kamu pun begitu bangga pakai topi atau cap

Salahkah aku berasa suka dan gembira kerana dapat pakai pakaian seperti yang Nabi sollallahu’alaihi wasallam pakai? Sedangkan kamu pun begitu bangga dan megah sekali pakai necktie dan suits ala Barat, walhal pakaian itu bukan pun pakaian tradisional kamu!

Patutkah kamu anggap pakai jubah serban itu kolot, mundur dan tak modern…?

Dan pada masa sama, kamu anggap pakai necktie dan suits tu LEBIH bergaya, hebat, modern dan mulia?

Begitu?

Pakaian seperti jubah serban yang Nabi suka pakai, kamu anggap kolot dan ketinggalan?

Manakala pakaian ala-Barat dengan kemeja, tali leher dan suit tu kamu anggap ianya modern, hebat dan bergaya?

Kamu pandang rendah dan tengok sebelah mata saja pada orang yang pakai jubah serban.

Tapi pada orang yang pakai kemeja, tie dan suit… kamu pandang tinggi, hebat dan penuh kekaguman??

Begitu?

Ohhh!!!

Alangkah bercelarunya cara kamu berfikir dan menilai orang!

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(518)

1,273 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam