Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Kisah aku di pasar malam dan peringatan buat peniaga!

May 20, 2010 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Semalam, lepas balik kerja, aku ada menerima SMS dari isteri yang meminta aku belikan YONG TAU FU (betul ker ejaan ni?) sebagai menu makan malam nya. Entah kenapa, sejak isteri aku mengandung, kerap juga dia minta beli kan yong tau fu untuknya. Dalam minggu ni saja, dah 2 kali dia nak makan yong tau fu.

yong-tau-fu-01

Minggu lepas pula, dia ‘kemaruk’ nak makan nasi goreng kampung. Hampir setiap malam minta dibelikan nasi goreng kampung. Sampai pekerja restoran tempat aku beli tu pun dah kenal benar muka aku ni. Belum lagi aku sempat nak order, pekerja kedai tu sendiri dah tegur siap-siap;

“Assalamualaikum bang. Macam biasa ker bang? Nasi goreng kampung telur mata 1, bungkus?”

“Waalaikumussalam. Haah, orang rumah saya yang ketagih nasi goreng kampung. Sedap sangat kot nasi goreng kampung kat kedai ni. ” Jawab aku sambil ‘tersenyum kambing’ kepada pekerja kedai tu.

Oops termelalut pulak. Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal makanan kali ni. Tapi aku nak cerita pengalaman aku berhadapan dengan peniaga pasar malam yang tak perihatin terhadap pelanggannya.

Begini ceritanya…

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Tips bagaimana untuk elak rasa bosan

May 16, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Anda mudah berasa BOSAN? Tak tahu macammana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang saya kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu…

rasa-bosan2

  • Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif

Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??

  • Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati

Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini.

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Berhati-hatilah Dengan Solatmu

May 14, 2010 By: surihati_ku Category: Info Berguna

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
  • “Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
  • “Sudah, Alhamdulillah.

.

  • Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
  • “Ya.”

.

  • Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
  • “Tidak..”

.

  • “Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
  • “Tidak..”

.

  • “Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
  • “….”

.

  • “Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
  • “Tidak..”

.

  • “Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
  • “Tidak..”

solat_imad

  • “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
  • “….”

.

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Mati itu pasti! Apa yang kita kejar atas dunia ini???

May 12, 2010 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin berkongsi dengan anda sebuah lagi kisah kematian yang membuatkan saya terus berfikir, berfikir, dan befikir tentang TUJUAN dan MAKSUD HIDUP saya atas dunia ini.

Hati saya begitu terkesan dengan pesanan daripada salah seorang ulama besar India ini.

  1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ;  jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
  2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
  4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

(~Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih~)

Marilah kita hayati dan ambil peringatan tentang kisah benar, kisah kematian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu, PASTI AKAN MERASAI MATI!!! Persoalannya, BERSEDIAKAH KITA???

Karkuzari Jemaah Terengganu & Pelajar UMT - Husnul Khatimah di Jalan Allah


  • Bismillah-al-rahman-al-rahim..

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka. (HR Musnad Ahmad, Tabrani)

Karkuzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskankan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

huzaifaha1

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangakan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

Klik untuk lihat Peta Pamol, Sandakan - http://goo.gl/1h4g

  • Detik-detik kematian Allahyarham..

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Tips bagaimana untuk memperbaiki iman dan amal

May 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Pagi tadi saya ada terima satu email yang meminta saya berkongsi pandangan bagaimana untuk memperbaiki iman dan amal. Berikut adalah email yang beliau kirimkan kepada saya.

Salam. Macam mana nak perbaiki iman..?? Iman saya teramat lemah, tuan.
-Assya-

cara perbaiki iman

Berikut adalah beberapa tips yang sempat saya fikirkan…

Kalau nak perbaiki iman, kita kena ambil kira perkara berikut ;

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Pakej Lengkap Jodoh FaceBook

May 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Pengumuman

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum dan Salam hormat.

Kami, Team PakarHowTo ingin memaklumkan bahawa satu produk yang kami namakan “Pakej Lengkap Jodoh FaceBook” telah dilancarkan pada hari ini, 11 Mei 2010.

Pakej Lengkap Jodoh FaceBook ini ialah mengenai panduan bagaimana untuk mencari jodoh atau calon isteri dengan cepat dan mudah hanya melalui facebook.

Mengapa kami terbitkan ebook ini?

PakarHowTo menerima banyak e-mail dari para pembacanya yang meminta supaya menghasilkan satu panduan bagaimana untuk mencari jodoh dengan mudah.

Melalui pemerhatian kami, kebanyakan mereka yang mempunyai masalah sukar mendapat jodoh adalah disebabkan beberapa perkara, antaranya adalah;

  • Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk mencari calon wanita idaman yang sesuai.
  • Tiada keyakinan diri untuk berkenalan atau berhubungan dengan wanita.
  • Tidak pandai berkomunikasi dan tidak tahu bagaimana untuk melayan wanita.
  • Gagal memahami wanita, justeru gagal meyakinkan mereka untuk dijadikan teman hidup.

Disebabkan kurangnya atau tidak terdapat langsung sebarang panduan bagaimana mereka dapat mengatasi semua masalah-masalah ini, maka ramailah yang menghubungi PakarHowTo supaya menghasilkan satu panduan terperinci bagaimana untuk mencari wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup.

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Nabi Yunus a.s. Ditelan Ikan Nun

May 07, 2010 By: surihati_ku Category: Info Berguna

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam semua. Harapan Suri agar kalian sihat walfiat hendaknya. Hurm..malam tadi Suri ada ceritakan sebahagain kisah Nabi-Nabi kepada anak Suri sebelum dia tidur. Walupun usianya baru menganjak setahun lebih tapi Suri dapat rasakan yang dia benar-benar berminta untuk mendengar ibunya bercerita. Malam tadi kisah Nabi Yusuf. Mungkin malam nanti suri akan sambungkan kisah itu lagi kepadanya.hehe..

Hurm untuk hari ini pula Suri tertarik hati hendak berkongsikan kisah Nabi Yunus a.s. Ditelan Ikan Nun kepada anda semua. Ayuh kita menyelaminya bersama-sama sebagai pengajaran dan tauladan darinya. :)

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata “Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami”.

Nabi Yunus berkata “Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t”. Berkata Nabi Yunus lagi “Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat.”

petuah

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata “walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar.”

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Panduan Mencari Jodoh Dengan Mudah

May 06, 2010 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejak blog ini ditubuhkan hampir 3 tahun yang lalu, saya menerima beratus-ratus email (mungkin beribu-ribu?, saya tidak pasti angka sebenar) yang meminta pendapat mengenai pelbagai permasalahan. Saya dapati, kebanyakan daripada masalah yang dikemukan ialah yang berkaitan dengan masalah perhubungan antara lelaki & perempuan, samaada masalah perhubungan antara suami isteri, pakwe makwe, masalah dengan kawan, masalah keluarga dan macam-macam lagi.

Saya harus akui bahawa tidak semua email atau permasalahan yang dapat atau mampu saya jawab. Dan saya minta maaf sangat-sangat sekiranya ada email anda yang tidak dapat saya jawab.

Biasanya, kalau saya tak dapat atau tak sempat nak menjawab permasalahan yang dibangkitkan, saya akan kongsikan di blog ini. Dengan harapan agar anda semua, pembaca blog ini dapat memberikan pendapat dan pandangan anda. Dan Alhamdulillah, setakat ini, setiap permasalahan yang saya kongsikan di blog ini mendapat respon dan pandangan yang bagus-bagus daripada anda semua. Saya sangat menghargai sokongan anda.

Baiklah, dalam entri kali ini, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu permasalahan yang dibangkitkan oleh salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo iaitu berkenaan dengan masalah sukar mendapat jodoh. Pengirim email yang menggelarkan dirinya sebagai Razi, telah meminta saya menulis tentang panduan bagaimana untuk mendapat jodoh dengan cepat dan mudah.

Berikut adalah kandungan email yang saya terima beberapa bulan lepas.

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Kisah Benar - Jenazah yang istimewa dan dirahmati

May 04, 2010 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf sebab dah beberapa hari rasanya saya tak pedulikan blog ini. Sebenarnya ibu saya sakit dan di masukkan ke wad sejak Sabtu lepas. Jadi, kebanyakan masa saya dihabiskan di hospital la selama 2,3 hari ni. Tak sempat langsung nak ber’tenet’.

Namun, pagi ini, sebelum pergi kerja tadi, sempat juga saya curi masa untuk check email. Saya lihat dalam inbox saya ada beratus-ratus email yang masuk. Saya check satu persatu, dan mana yang sempat saya balas, saya balas.

Dalam banyak-banyak email tu, saya terbaca satu email yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca blog PakarHowTo iaitu saudara Isam Idris (bleazapp@yahoo.com). Setelah dibuka dan dibaca email tersebut, saya dapati kandungan email itu sangat bagus dan memberikan kesan pada hati saya.

Tanpa berfikir panjang, saya terus ‘copy & paste’ kan artikel tersebut untuk bacaan para pengunjung blog ini. Semoga apa yang diceritakan ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Mari kita hayati kisah ini sama-sama…

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →

Cara bagaimana untuk menasihati suami yang ego

April 30, 2010 By: PakarHowTo Category: "How To"

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Setiap hari, ada saja email yang masuk ke inbox saya mengadu macam-macam masalah. Kali ini saya nak kongsi dengan anda mengenai masalah seorang isteri yang cuba untuk menasihati suaminya yang ego dan panas baran.

Baca luahan hati ‘Puan S’ di bawah ini ;

Assalamualaikum..

Saya ingin tanya pendapat pakar Blog PakarHowTo. Harap sangat dapat membantu.

Usia perkahwinan saya sudah hampir 5 tahun dan mempunyai 2 org cahayamata. Sebelum berkahwin dan di awal perkahwinan suami saya seorg yang rajin ke masjid, solat tak tinggal dan biasanya di awal waktu. Kalau di bulan ramadhan solat tarawih biasa tiap2 malam… saya amat bangga mempunyai suami sedemikian.

3 tahun kebelakangan ni dia dah terlalu jarang ke masjid, dlm setahun boleh di kira. Dalam bulan ramadhan untuk ke masjid bertarawih terlalu susah baginya… boleh dibilang dlm 2 atau 3 kali dlm sebulan, atau tak pergi langsung. Kat rumah bila saya mengajak utk bertarawih bersama dia buat tak tahu… Saya nk mengajak ke masjid, agak susah sb tangungjawab utk menguruskan anak yang masih kecil di rumah.

Waktu maghrib & subuh slalui qadha. alasan balik kerja penat.. & sllau terlepas waktu maghrib. subuh pulak… sb bangun lambak & biasa terlepas. Bila saya kejutkan awal di marah atau dia tak peduli. kalau solat pun dah pukul 7am. Bila saya memberi teguran atau nasihat, selalunya saya di marahi dan membibitkan pergaduhan yang panjang…Kadang2 disebabkan teguran berhari2 tidak bertegur …& dia tidak langsung hiraukan saya dan ank2. Setiap solat saya selalu berdoa utk suami… harap Allah bukakan pintu hatinya.

suami ego, isteri kecewa

Mintak nasihat pakar. Bagaimana cara terbaik utk saya menasihatinya dan perlu atau tidak saya menasihati sb suami saya ni terlalu ego dan susah utk dibawa berbincang. Dia pulak jenis yg agak panas baran. Dlm apa2 hal saya susah utk diberi peluang bercakap…

Tolong bantu saya…

Terima kasih dan wsalam.

-Puan S-

Berikut ini adalah jawapan / pandangan saya mengenai permasalahan yang dibangkitkan.

Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya →


This page is copy protected