Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
Jangan kencing berdiri!
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.
Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah artikel tentang ‘Rahsia Alis Mata Wanita‘. Benarkah ada rahsia yang tersembunyi di sebalik bentuk alis mata seorang wanita? Anda tidak percaya? Cubalah baca dan nilaikan sendiri…
Rahsia Pada Alis Mata Seorang Wanita
Pertama sekali, apa itu alis mata?
Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia.
Kedua, apa fungsi alis mata?
Melindungi mata dari bendasing.
Alis mata bagi seorang wanita adalah salah satu daripada aset kecantikan.
Sama juga macam rambut, alis mata ada macam-macam jenis. Ada yang lebat, ada yang nipis, ada yang lembut, yang halus, yang kasar, yang jarang-jarang, yang bengkok, yang lurus dan macam-macam gaya lagi lah.
Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang ini, maka ada kajian dan ramalan yang dibuat tentangrahsia atau tanda yang tersembunyi disebalik perbezaan alis mata setiap orang.
Adakah bentuk-bentuk alis mata memberikan tanda-tanda tentang sikap atau perangai seseorang (khususnya wanita)?
Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana.
Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.
Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu huduh.
Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.
Dia mempunyai tutur kata yang lembut.
Otaknya cerdas.
Bersifat agak kelakar.
Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.
Saya tak berniat untuk tulis panjang dalam entri kali ni. Hanya sekadar ingin membuat tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat ebook percuma mengenai ‘5 Langkah Asas Memulakan Bisnes Internet‘. Ebook percuma ini mempunyai 20 muka surat kesemuanya.
Kepada yang berminat boleh lah klik pada gambar ebook dibawah ini.
**Sambil baca artikel, sambil dengar lagu ni, best wooo**
Salam Jumaat buat para sahabatku sekalian.
Post kali ini mungkin agak berlainan dari biasa sedikit. Tapi ia benar-benar menarik minat Suri untuk mengetengahkan kisah ini kepada anda semua. Sesungguhnya manusia itu sering lupa. Dan pada waktu yang sama juga kita juga dituntut untuk megejar kebahagiaan dunia apatahlagi persediaan untuk bekalan ke akhirat. Daku sering lalai maka acapkali daku lalai maka kejutkanlah daku..sedarkanlah daku segera agar dapat kukembali kepada dunia yang nyata ini dan sekaligus mengukir bait-bait doa buat yang telah pergi.
Apalagi yang harusku layarkan agar mereka gembira tika itu?? maka sudah tentunya doa seorang insan yang kerdil ku hadihkan buat mereka pada setiap malam Jumaat..Mungkin dengan cara begini hatinya akan berasa tidak sabar menanti hari yang penuh kebahagiaan ini.
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.