Ohhh aku rindu kamu

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Maaf kerana menyepi selama ni. Bukan sebab tak peduli. Cuma… macam biasa la asyik busy hari-hari. hehehe

Maafkan saya yer.

aku rindu kamu

Dulu sekitar tahun 2007 hingga 2010, saya sangat aktif berblogging. Setiap hari, pagi petang, siang malam godek blog. Fikir apa nak tulis, apa nak kongsi, gambar apa nak upload, balas komen, layan aduan followers… memang sibuk habis. Kadang-kadang, tidur pun mimpi blog. haha
Blog saya dulu ada lebih 10k followers/subscribers. Masa tu, saya anggap ia zaman emas blogging saya. Saya berjaya jana income cecah 4 angka sebulan (melalui iklan, affiliate dan tulis review).

Tiba-tiba, pertengahan tahun 2010, saya telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Mungkin ramai diantara korang yang tahu perkara ini. Saya telah ditipu lebih RM200k (penipu tu kenal dan kontek saya pun melalui blog). Ibu saya juga meninggal dunia pada tahun itu. Demi Allah, saya rasa tahun 2010 itulah tahun paling menyedihkan bagi saya.

Sejak itu, semangat saya hilang. Semakin lama, semakin saya tak pedulikan blog ni. Hinggalah pada hujung tahun 2011, hosting server blog PHT ni mengalami masalah sehingga menyebabkan semua data blog hilang begitu saja.

Banyak kali saya cuba kontek hosting provider, dan cuba pelbagai cara untuk mendapatkan back-up data serta menyelamatkannya. Tapi nasib tak menyebelahi saya.

Saya terpaksa set-up semula blog yang saya dah bina sejak Julai tahun 2007 lagi. Kena mula dari zero balik beb. Boleh bayangkan tak betapa remuknya hati saya masa tu….?

Walaupun saya dah set up semula blog. Tapi memang semangat untuk berblogging dah tak seperti dulu. Seolah-olah semangat itu lupus musnah bersama terlupusnya data dalam blog lama dulu.

Dan akhirnya kini blog PHT ni telah terbiar (atau dibiarkan?) bersarang, tidak dipedulikan lagi… huhuhu. Saya mohon maaf kepada pembaca setia blog ni.

Namun hari ini, entah mengapa, tiba-tiba terdetik dihati nak jenguk balik blog. Saya lihat entri terakhir di blog ni ialah pada 10 Feb 2016.

Ohh maknanya dah hampir 8 bulan saya tak pedulikan langsung blog ni…huhu

Bila difikir-fikir, dikenang-kenang pengalaman jatuh bangun bersama blog PHT ni, semangat berblogging saya kini berputik kembali.

Sampai bila lagi harus saya biarkan blog itu bersarang kan?

Ayuh kita bangkit kembali. Jika bukan sekarang, bila lagi?

Saya sangat berharap korang semua masih sudi bersama blog PHT ni dan setia memberikan sokongan.

Cuba-cuba lah komen sepatah dua. InsyaAllah saya baca semua komen dan akan cuba balas semuanya yer.

Terima kasih daun keladi.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(99)

804 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

6 Komen on “Ohhh aku rindu kamu

    • Kalau boleh saya bagi anugerah pengkomen setia,
      tak syak lagi ia adalah Puan Joyzieta 🙂
      Terima kasih yer sentiasa tinggalkan komen

        (Quote)

      BAGUS(0)TAK bagus(0)
  1. Assalamualaikum WBT,

    Apa pun Kak Wan tetap bersyukur sangat-sangat kerana blog ini lah yang menjadi teman setia Kak Wan sewaktu dahulu. Di waktu Kak wan memerlukan bahan-bahan bacaan yang membuat semangat Kak Wan terus bertahan.

    Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan Tuan.

    Terima Kasih.
    Kak Wan

      (Quote)

    BAGUS(0)TAK bagus(0)
    • Waalaikumussalam warahmatullah.
      Wahhh Kak Wan.... lama kita tak berbalas email kan?
      Saya masih ingat akak lagi. 🙂
      Terima kasih yer sentiasa setia memberi sokongan.

        (Quote)

      BAGUS(0)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam