Nasihat untuk pendakwah

Adakah kamu seorang pendakwah? Adakah kamu seorang pejuang sunnah?

Kalau benar mahu perjuangkan sunnah…

  • Kamu tak perlu salahkan orang untuk tunjukkan kamu betul!
  • Kamu tak perlu burukkan orang untuk tunjukkan kamu baik!
  • Kamu tak perlu bodohkan orang untuk tunjuk kamu cerdik!

Tapi buktikanlah kebaikan kamu itu melalui percakapan, perbuatan dan akhlak kamu.

pendakwah

Bukankah Nabi sollallahu’alaihi wasallam diutuskan ke dunia ini untuk membawa rahmat ke seluruh alam?

Firman Allah subhanahu wata’aala dalam surah al-Anbiya ayat 107 (bermaksud) :

“Dan tidak aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.”

 

Sedarlah…

Sifat TAWADHU’, menghormati dan muliakan orang lain serta sentiasa berbaik sangka dengan orang lain itu lebih memberikan kesan pada hati orang yang kamu dakwahkan.

Bukankah Nabi sollallahu’alaihi wasallam itu adalah uswatun hasanah (sebaik-baik contoh tauladan)?

Bukankah Nabi sollallahu’alaihi wasallam itu mempunyai akhlak paling sempurna?

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.” (Hadith Riwayat Ahmad).

Oleh itu wahai para pendakwah…

  • Dakwah la dengan AKHLAK, bukan dengan TEMPELAK.
  • Dakwah la dengan PUJUKAN, bukan dengan KUTUKAN.
  • Dakwah la dengan HIKMAH, bukan dengan TOHMAH.
  • Dakwah la dengan BUDI PEKERTI, bukan dengan CACI-MAKI,¬†PERLI-PERLI, KEJI-MENGKEJI.

“Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya (akhlaknya).” (Hadith riwayat at-Tirmizi)

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(661)

1,446 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(10)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam