Nak kahwin tapi tak dapat restu, apa perlu dibuat?

Share

Tengahari tadi kira-kira jam 12:45, saya ada menerima satu email dari salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo yang mengadu berkenaan dengan masalahnya. Beliau meminta saya memberikan pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang dihadapinya tersebut.

Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan kepada saya. (Saya copy & paste seperti di bawah)

Saya bercinta dengan lelaki dari Pantai Timur. Dia ex-classmate saya mase degree. Dia dah kenal perangai dan hati budi saya. Tapi bila saya berjumpa ibu bapanya, mereka tidak menyukai saya. Boyfriend saya sekarang dalam dilemma, tapi saya tak mahu putuskan hubungan sebab saya berpendapat, setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya benar-benar mahu teruskan hubungan ini walaupun saya dengar ibu bapanya dah ada calon isteri untuknya. Setiap kali solat, saya akan berdoa supaya Allah lembutkan hati ibu bapa dia. Tapi saya kena usaha juga. Ada tak cara untuk cara ambil hati ibu bapa dia?

Berikut ini adalah jawapan yang sempat kami (PakarHowTo) catatkan.

Saudari,
Pertamanya, anda kena tahu apa punca masalah ini. Apa yang ibu bapa boyfriend anda tu tak berkenan dengan anda. Mungkin ada banyak faktor, dari segi penampilan ker, dari segi akhlak ker dan sebagainya. Apabila anda tahu apa puncanya, maka bolehlah anda ambil tindakan selanjutnya. Barulah anda boleh berusaha bagaimana untuk menangkan hati ibu bapa lelaki terbabit.

Kedua, anda kena minta boyfriend anda berbincang secara baik dengan ibu bapa dia sendiri. Kalau usaha tu datang dari anda sendiri mungkin susah (sebelah pihak saja?, mana berkesan). Mesti dapat support dari pasangan anda. Tu yang lebih penting. Kalau pakwe anda tu serius, dia pasti akan cuba pujuk ibu bapa dia dengan membuktikan pilihan hati dia adalah yang terbaik untuk dia.

Ketiga, anda kena ingat bahawa sesuatu perkahwinan perlu dapat keredhaan ibu bapa, terutamanya belah lelaki. Sebabnya, selepas anda berkahwin nanti, segala tanggungjawab dan kuasa akan berada dibawah suami. Dan suami pula perlu taat pada perintah ibu bapa dia. So banyak kemungkinan yang boleh berlaku kalau tak dapat restu. Perempuan pulak lepas kawin hubungan dengan keluarga sendiri akan kurang. Ibu bapa perempuan tidak mempunyai hak mutlak atau kuasa untuk tolong atau ambil tindakan apa-apa.

Nasihat saya jangan putus asa buat solat hajat dan istikharah. Qada’ dan Qadar tidak boleh diubah melainkan hanya dengan solat & doa sahaja. Rintihla pada yang MAHA ESA. DIA lah penentu segalanya.

Kemudian, redhailah apa yang ALLAH tetapkan, sungguhpun ia bercanggah dengan kehendak dan nafsu kita. Sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan ALLAH yang terbaik buat kita. Pasti ada hikmah yg tersembunyi. Yakinlah…

Sekian.

Kepada semua pembaca blog ini, sekiranya anda ada pendapat dan pandangan yang lain, tolong kongsikan di ruangan komen di bawah tu yer. Segala perkongsian pandangan dan pengalaman anda adalah sangat-sangat kami hargai. Terima kasih.

. (1673)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

16 thoughts on “Nak kahwin tapi tak dapat restu, apa perlu dibuat?

  1. assalammualaikum..

    saya pernah alami situasi begini.. saya bukan calon menantu pilihan dan ibu mertua saya pada masa itu dah ada calon pilihan untuk anaknya.. macam2 ibu mertua ‘kutuk’ saya supaya anaknya tinggalkan saya dan memilih gadis pilihannya.. saya sendiri pun pada ketika itu ingin mengundur diri je, ialah orang tak suka buat apa nak paksa.. tapi suami saya menentang keputusan saya dan mengatakan saya ni mudah mengaku kalah sebelum berjuang.. dia meminta saya tetap setia dengannya sebagai pendorong untuk dia memujuk ibubapanya demi menunaikan janjinya pada saya.. setelah berbagai dugaan, akhirnya ibunya terima saya juga.. ibunya mengatakan, mungkin jodoh kami kuat sebab itu akhirnya kami menikah jua.. namun itu memori lama.. kini, setelah 7 tahun berlalu ibu mertua saya semakin mengerti mengapa anaknya memilih saya sebagai isteri..

    untuk adik yang ada masalah, teruskan doa dan solat istikharah semampu yang boleh.. kalau benar dia jodoh kamu, dia akan tetap menjadi jodoh mu.. jika keadaan sebaliknya, redha lah dan ingatlah seseorang yang telah ditakdirkan buatmu ada diluar sana..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha, terima kasih ct maliha atas perkongsian kisah anda disini.kami jua amat terharu membacanya. Moga perkahwinan anda akan kekal hingga ke akhir hayat.

    benar tu tiada cara yang lain selain melakukan solat istiharah..moga degan petunjukNYA akn memudahkan kita mencari jaln yang betul
    .-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nnnn Reply:

    @ct maliha,

    haizzzz …
    memang payah la kalo xdapat restu dari fam..
    =_=!!
    masalah2…
    nak kawin awal.. parentz x bagi alasan dorg sb saya masih muda, masih study lagi..
    hurmm…
    rasa nak lari dari rumah jew.. hurm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. bykkan berdoa dan minta petunjuk dari Yg Maha Esa…sekiranya itulah jodoh yg Allah da tentukan…pasti akan bersatu suatu hari nanti…sy pun alami mslh yg sama…10 thn bercinta tetapi hubungan kami tetap x mendpt restu dari org tua dia..so semuanya berakhir begitu sahaja…ysakit, pedih, kecewa, marah semua bercampur baur…tapi klu da itu ketentuan Allah kita kena redha dgn ketentuan Allah..yg penting yakin dengan ketentuan NYA….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @yan, sabar sahajalah sahabt..setiap yang berlaku ada kemanisan dan keepahitannya. hanya Dialah yang Maha mengetahui segalanya.
    .-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Assalamualaikum

    Cerita saya, perent sy yg xberkenan dgn bf sy.mak ok pada mulanya,tp kerana taatkan suami (ayah yg xsuka bf-kerana taraf pendidikan),mak memujuk agar melupakan bf sy..

    Bf yakin dgn hubungan kami,dan meminta supaya kami bertahan dan terus berdoa. Minta sume tolong doakan hubungan kami..coz niat kami suci :- ingin menjadikan hubungan kami ini berlandaskan syariat & menuju ke jalan Allah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. saya seorang ustazah dalam kmntrian pljran,..dan mempunyai kekasih di kampung tempat saya mengajar,..dia seorang imam dan guru kafa,.,. dia lelaki baik yang pernah saya jumpa,.. hari raya tahun lalu saya menjemput dia datang kerumah untuk berjumpa dengan keluarga saya,,., selepas dia balik,..kuarga saya menentang kerana dia tidak setaraf dengan saya,.. saya kerja kerajaan dan berhak mendapat kerja kerajaan,.. sedangkan saya pilih dia bukan kerana harta tetapi kebaikannya,.. saya yakin rezki di tangan tuhan,.. padahal dia pun dapat elaun imam dan kafa setiap bulan,.. bagi saya e2 da cukup,., setakat ni dia masih sabar dgn dugaan ni,.,. saya pun begitu juga,,., tapi sampai bila kami harus bertahan,.,. tolong lah kami,.,. kami selalu berdoa kepada allah,., supaya lembutkan hati kuarga saya,.kuarga nya tiada masalah,,., yang pastinya saya selalu cemburu dengan kawan saya kerana mereka tiada msalah walaupun pasangan mereka tiada ic ,.kuarga mereka tetap mereka,.,sedangkan saya warganegara,kerja lagi tapi dorg tak 3ma,.,.tolong lah kami,.,.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. salam..dlm kekalutan perasaan saya on9 mencari jlan penyelesaian atas segala permasalahan sy ni.dan saya harap ada yg sudi membantu..bg pandangan..terlalu rumit dan sy kelu dan xtau nk buat pe..
    cter macam ni,saya kapel ngan seorg lelaki sebaya ngan saya.kenal sejak sek men tp start kapel ms di univrsiti after reunion..mgkn ms ml2 kapel sy xberapa nk syg die,n maybe ada nk suka2 mklmlah rs cm xserius lg..n then ada problem ktorg stop jap..tp jmpa blik after sy grad.tp kali ni sy btl2 serius ngan die.kedua2 fmly kenal,tp sy tau abg sulung die xbrpa suka sy..tp ktorg go on ngan berani..family sy pn xhalang tp xbrpa suka,sbb ktorg dua ni sm2 cm garang bg pndpt mereka..tp tb2 ada kes yg amat mendukacitakan sy awl tahun ni,bl ‘mr m’(kapel sy) tb2 ada affair ngan org lain.die tingalkan sy tanpa ckp pe2 pn.sbb lum 2 ada gak ktorg gaduh.die rs tercabar..tp skang die menyesal ats segala perbuatan die..die nk jumpa sy,dan mgkn ingin kembali pd saya.saya sendiri mmg xde hati ngan org lain.wlupn pe yg die wt sy ttp syg kt die..tp ada sdkt perasaan ragu n skt hati,n jauh hati..so skng sy bermain ngan perasaan tkt pisang berbuah 2 3 kali lg..xsanggup sy..bolehkah die berubah??benarkah die menyintai sy seikhlas hati??sy xde jawapannya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. thanks yang bg pandangan……sy akan trus berusaha, ape pun…sy rase pilihan terletak di tanagn teman lelaki saya…kalu dia benar2 ikhlas terhadap saya…dia tau ape yg perlu dia lakukan….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. pada kawan2 semua, apakah yang anda lakukan jika anda atau pasangan anda mengandung luar nikah lalu anda ingin berkahwin tetapi ibubapa anda tidak mengizinkan. apakah yang anda akan lakukan? perkara ini terjadi pada seorang kawan sy dan dia sedang buntu teramat sangat. hope anda semua boleh beri pendapat yang bernas.
    thankz..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Nape perlu letak diatas pihak lelaki? Kekadang para wanita perlu la bersabar untuk menghadapi dugaan ini. Kalu bukan jodoh kita perlu redha dgn ketentuanNya. Tapi kena la kaji nape family tak suka..cuba la amik iktibar untuk mengambil ati family bakal suami..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. family die x suka sy sb sy org jauh..
    blanja kawen mahal..
    parent dia pn dh mula cr calon utk dia.
    dia plak xnk sakitkan hati parent dia..dia nk trima je..
    7thn sy bcinta dgn dia..
    slah ke sy x 1 ngri dgn die..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. saya nk kawin dengan sahabat baik saya tp ibu saya tak merestui sebab dia adalah seorang janda yang beranak seorang tp sy tak fikir itu merupakan masalah…saya sgt sayangkan dia dan saya xmampu untuk kehilangan dia tolonglah bantu saya mcmana saya nk pujuk ibu saya…saya cuma nk hidup gembira dengan pilihan hati saya saya yakin saya mampu hidup bahagia dan gembira bersama dia…tolonglah bantu saya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. saya punya masalah lain sikit…mak n abah bf saya da setuju kami nak menikah tapi timbul masalah dengan tok bf saya..puncanya sebab terpengaruh dengan cakap orang yag kata kononnya keturunan MAMI (saya mix malay mami) ni kaki control dll..da pegi jumpa tok dia..tok dia cakap dia xdak masalah dgn saya semua ok cuma takut nanti kawen dengan cucu dia, saya tak bagi dia jenguk tok dia..sekarang saya dan BF saya ertekan betul dgn masalah ni..(fyi : tok bf saya ni jaga bf saya dari dia lepas pantang smpai sekarang)…sekarang sau family dia termasuk mak dan abah dia tengah pujuk tok dia tp da putus asa..semua bergantung untuk dia bersuara ja..tapi dia tak cukup berani nak suarakan kehendak hati dia sebab takut benda jadi lagi teruk…jadi tak tahu la sampai bila kena tunggu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. Nak pendapat semua..truk sgt ke jika sy mempunyai teman umur 27..dn sy 22..sy meminta restu pd fmly sy.tp ap yg sy dpt adlah kecewa..mereka x restui..alasan sbb die tua..sy terlalu muda..ni soal hidup..prempuan bkn barang mainan tok kite pilih2 mcm tu..prempuan pn ad maruah diri..even sy lelaki..mmg x patut buat mcm tu..x sesuai buang.bila suke ambik…haih..mohon pendapat..sy kebuntuan..sy mmg iklhas nk menikah awal jika boleh tahun dpan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam