Mutiara kata #7 – Apakah tanda Allah murka kepada kita?

Share

Hari ni saya nak kongsi kata-kata mutiara dari para ustaz lagi.

Daripada kita duduk bercerita pasal artis (artis tu bercinta la, artis ni bercerai la, artis itu dapat anugerah laa…), adalah lebih baik kita kongsi dan sebarkan mutiara-mutiara kata para ustaz ini.

Moga-moga kita dapat peringatan dan ada sikit sebanyak manfaat. InsyaAllah ada kebaikan dan semoga menjadi ‘saham’ kita di ‘sana’ nanti.

Mutiara kata #7 -
Apakah tanda Allah murka kepada kita?

“Di antara tanda berpalingnya Allah S.W.T dari seorang hamba adalah Allah S.W.T menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.” - Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff

tanda allah murka

“Ingat! Ramai orang-orang Islam di manapun mereka berada akan tetapi kualiti mereka seumpama buih yang timbul selepas waktu banjir. Kalaulah kita lihat umat Islam ramai tetapi tidak berkualiti macam mana kita nak berbangga dengan islam? Itulah kelemahan kita hari ini” - Ustaz Halim Din

kualiti umat islam kini

“Sebenarnya tanpa disedari ramai orang-orang Islam sudah berdakwah dengan cara mereka berbaik-baik dengan orang bukan Islam, bantu mereka, mana-mana mereka boleh tolong mereka tolong, akhirnya orang bukan Islam terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Kerana apa? Kerana akhlak yang mulia ini yang ditunjukkan oleh Rasullullah SAW ramai orang bukan Islam yang tertarik dan memeluk agama Islam.” - Ustaz Firi Abdullah

akhlak mulia


Sedia Membantu Menyelesaikan MASALAH HIDUP anda! (1903)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam