Blog PakarHowTo

Membantu menyelesaikan MASALAH HIDUP anda :)
Subscribe

Muhasabah diri – Jadilah orang yang bersyukur!

November 25, 2009 By: PakarHowTo Category: Bebas

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Artikel adalah sumbangan dari : Mohd faizal zakaria (uknows_1503@yahoo.com.my)

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.

Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.


Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

20 Comments to “Muhasabah diri – Jadilah orang yang bersyukur!”


  1. Ya, setiap insan perlu muhasabah diri. Setiap sesuatu yang berlaku ke atas kita ada hikmah/maksud tersendiri. Andai kita ingin memiliki sesuatu tapi kita tidak berpeluang memilikinya janganlah mudah menyalahkan takdir kerana belum tentu benda yang ingin kita miliki itu akan membawa kebaikan kepada kita.

    Saya ada contoh yang telah terjadi kepada rakan serumah saya dulu di mana dia pada mulanya bertubuh kurus kering, berkulit gelap dan berambut kerinting tapi tidaklah terlalu teruk. Dia selalu mengeluh tentang fizikalnya itu dan ramailah teman-teman yang mengesyorkan produk untuk membantu dia. Akhirnya dia berjaya mengubah fizikalnya kepada sedikit berisi, berkulit cerah dan rambut juga sudah menjadi lurus dengan teknik rebonding.

    Namun sayangnya, apabila dia miliki semua itu dia menjadi seorang yang lupa hukum hakam di mana dia suka menunjuk-nunjuk akan kecantikkan yang baru dimilikinya. Apabila merasakan dirinya cantik maka daripada berbaju kurung kepada berbaju ketat, tudung pula terbang entah ke mana dan ramai lelaki yang didampingi. Nasihat rakan-rakan akan perubahan melampaunya itu tidak diendahkan.

    Tapi semua itu tidak bertahan lama apabila kecantikkan yang dibanggakan itu akhirnya hilang sekelip mata. Kulitnya rosak dan gatal akibat penggunaan produk untuk kulit manakala rambutnya pula menjadi kering dan menggerbang. Tertekan dengan keadaan itu selera makannya hilang dan tubuhnya kembali menjadi kurus kering malahan lebih kurus drp sebelumnya.

    Akhirnya ada teman yang mengatakan kepadanya; “Patutlah Allah tak bagi kau cantik sejak lahir, sebab Allah dah tahu kau akan salahgunakan kecantikkan tu dan menambahkan dosa kau je”. Semenjak itu saya tidak tahu ke mana kenalan saya itu membawa diri kerana dia telah keluar dari rumah itu tanpa memberitahu sesiapa dan kami gagal menghubunginya lagi. Walau di mana dia sekarang harapan saya semoga dia sedar akan kesilapannya dan kembali menjadi dirinya yang dulu.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    Salam petang Leyna,
    Suri tertarik akan cerita rakan Leyna tu.

    Terima kasih :) Leyna diatas perkongsian cerita anda diruangan pakarhowto ni kerana ia sedikit sebanyak menjadikan pengajaran buat tatapan pengunjung di blog ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. 200% setuju…barangsiapa yg bersyukur Tuhan akan tambah nikmat pada mereka dan barangsiapa yang kufur akan menerima balasan yang pedih..so jadilah hamba yang sentiasa besyukur ngan apa yang dimiliki.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @najihah,
    Salam Manis najihah,
    Ya. Suri sokong akan pandagan najihah. kita hidup didunia ni haruslah bersyukur keatas nikmat yang Dia kurnikan pada kita.kerna ia adalah sebahagia sifat yang disukai olehNYA. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Tq.harus sedar siapa diri ini….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    hai emma,
    sama-sama emma.
    hurm, itulah manusia kejadiannya berasal dari tanah yang hina..setitis air mani..segumpal darah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. assalammualaikum……

    wah… agak insaf sya bca artikl awk nie….
    tp bgus jgak…
    dpat mmbka mata org laen n mmbri teladan pda org yg
    slalu lpa dri…
    thanks……….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Asalamualaikum

    Banyak betul maklumat yang berguna terdapat didalam blog ini

    Saya berharap agar saudara terus menulis dan dapat memberi maklumat yang berguna pada semua

    Asalamualaikum

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Muhasabah adalah proses yang diperlukan oleh diri secara fitrahnya. Muhasabah akan membongkar segala kebaikan dan keburukan yang pernah kita lakukan. Apabila ada pembongkaran maka kita akan sedar siapa diri kita yang sebenarnya. Akhirnya kita akan kembali kepada Allah jua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Assalamualaikum,

    Seharusnya kita bersyukur di atas nikmat yg tidak terhingga yg diberi Allah s.w.t. kpd kita..Kekadang kita terlepas pandang golongan yg tidak bernasib baik seperti kita…hingga membawa kpd sikap ego n bangga dgn kekayaan yg dimilikinya…yg mana ia hanya lah pinjaman drpd Allah s.w.t. di samping menguji keimanan hambanya.samada bersyukur atau tidak dengan nikmatNya. Moga2 kita terpelihara drpd kehidupan dunia yg boleh melalaikan kita…insyaAllah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. mm..hendakla kita brsyukur dengan ape y kita ader…
    bila satu nikmat da hilang baru la kita mncari2….
    baru mula nk mnghargai….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. semoga sy menjadi insan yg sentiasa bersyukur dgn nikmatnya yg tdk terkira di muka bumi ini…amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. salam…

    seronok membaca maklumat2 dlm blog ini…terima kasih banyak…byk2 syukur…Alhamdullillah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. bersyukur dengan apa yang kita miliki.. disaat kita rasa kita ‘teruk’ sedar lah ada insan lain yang lebih ‘teruk’ dari kita… muhasabah diri dalam setiap hari yang kita lalui..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. MEMANG BETUL SETIAP MANUSIA PERLU BERSYUKUR….
    TAPI RAMAI TERMASUK AKU YANG TIDAK BERSYUKUR TERUTAMA KESEMUA KEJADIAN ALLAH YANG FREE… UDARA, KEHIDUPAN, TUMBUH-TUMBUHAN….

    TERMASUKLAH KASIH SAYANG…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. alhamdulillah.. banyak pengajaran yang dapat dengan info2 menarik dari blog ni.. hmm. bersyukur dengan apa yg Allah dah beri pada kita.. jika kita dah dikurniakan wajah yang cukup sempurna(lawa) or (hensem), jgnlah lupa dr.. jgnla gunakn kecantikn yg Allah kurniakan utk kepntgan dr sendr,.. kecantikan itu tidak akan kekal.. tapi hati yang bersih akan kekal di mata Allah S.W.T.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. minta izin utk share ye….tQ

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. as slm
    sy nk share blh ya!
    yqvm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. subhanahuAllah..hinanyer diri ini..bersyukur apa yg dimilki..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaanNya..sesungguhnya setiap yg bnyawa pasti akan ada dugaanNya, cuma kita kita kena selalu beringat pd siapa kita dtg, dan pada siapa kita akan kembali..subhanaallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11