Monolog dari hati

Sejak dulu, saya memang suka mencatat. Menulis apa saja yang terbuku dihati. Mencatit apa saja yang terlintas difikiran. Ia dah jadi hobi.

Ini cara saya melepas perasaan membelai rasa hati…

Korang macammana? Apa cara korang melepas perasaan…?

Berikut ini saya kongsi beberapa catatan monolog diri. Walau ia nampak peribadi. Tapi bagus untuk peringatan dan muhasabah diri.

monolog dari hati

Ayuh hayati…

Monolog #1 : Alangkah Degilnya Diri

Tidurku banyak.
Anganku panjang.
Amalku tidak bertambah.
Dosa maksiat menggunung tinggi.
Sedang maut semakin menghampiri…
Ohhh alangkah degilnya diri ini !

Monolog #2 : Sungguh, Aku Ingin Berubah

Nak berubah perlu hidayah.
Nak berubah perlu istiqamah.
Nak berubah perlu mujahadah.

Mujahadah itu bukan mudah.
Muhajadah perlu bersusah payah.
Menghenyak nafsu kerana Allah.

Ohh Tuhan, sungguh aku mahu berubah.
Mahu kembali kepada fitrah.
Hanya padaMu aku sembah dan berserah.

Maafkan aku. Ampunkan dosa-dosaku.
Aku bertaubat padaMu.
Tiadalah daya upayaku.
Selain mengharap belas kasihMu.

Ohh Allah, bantulah aku.
Kasihanilah diriku.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(171)

1,014 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

2 Komen on “Monolog dari hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam