Menginsafi Diri Kita Yang Sebenar

Share

As-Salam untuk semua..harap semua pengunjung setia di blog ini sihat dalam linduganNya..bagi yang kurang sihat tu mungkin ia sedikt sebanyak penghapus dosa-dosa kecil didunai ini..bersabarlah..

Hari ini Suri hendak berkongsikan selayar kisah untuk kalian semua sebagai renung kita bersama di dalam mentafsir “Siapa Diri Kita Sebenarnya”..
Diharap agar post kali ini akan memberikan input yang baik dalam memperkasakan keimanan kita kepada Allah sabagai hambaNya..AMIN.

Ayuh kita selami nya bersama..

Daku duduk disini..nun jauh teringat pesanan ayahnda di Melaka…”sudahkah di Qada” Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berepa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..”Subahanallah, betapa alpa nya diriku yang kerdil ini..Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat kami..

Peringatan buat diriku..kalian semua yang seringkali LUPA..Adakah kita seorang islam???Pernahkah kita terfikir..hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai waktu tika dan masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredahan Allah yang kita bisa cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, tsunami, timbul pula genjala murtad..fitnah..gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini adalah bala!! sebagai tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar orang islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa dengan kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar sendiri..

Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, rajin, bijak..walhal semuanya adalah kurnian dari Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalh datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambanya yang tidak bersyukur?
Adakah kita yakin kita seorang islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiah pula tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Tahukah anda bahawa Hassan Al-Basri pula menangis sehingga bejuraian air mata kerena menyesa melupai Allah dalam beberapa minit…Tetapi mengapa kita masih pula LEKA dibuai perasaan…tidakah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. tidakah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah..siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak….jadi, siapakah kita sebenarnya? kita hanyalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah??? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia..mengapa kita masih mendedahkan aurat..mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu…Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat, Feqah dan tasauf….dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut..tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh sekali dari mengamalkannya.

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat islam jika kita sendiri juga yang gagal memperhebatkan pertahanan diri.Ketahuilah..sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu..dan sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan kita memikul dosa. Kita takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat??? Siapakah kita menjelang hari kematian?Adakah kita seorang islam pada ketika itu? Bersediakah kita tak kala kita berhadapan dengan malaikat MAUT. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja..kita yakin kita telah melakukan segalanya perkara dnegan baik.

KITA SOLAT..
Kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan…
Kita yakin rezeki yang kita jamah diredahi Allah? Kita minum..
Kita yajin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa..
Kita tidak malu pada Allah? Kita cermerlang SPM,PASCAL,LOGIK,TITAS,C++..
Kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelang fintah kubur? kita sihat..
kita yakin Allah muliakan kita..kita sakit..
Kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapakah kita??

Kita adalah manusia yang berasal dari sekeping tanah yang hina..betapa hinanya kita..tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersediakah menempuh hari selepas kematian? bersediakah untuk kita melalui sakaratul maut? Burulah cinta Allah, SEBELUM Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI..!! Siapa kita?? Wallahu’alam.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: ada 4 perkara di pandang sebagai ibu iaitu:-
Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
Ibu dari segala IBADAT adalah TAJUT BUAT DOSA
Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

Dan berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran..
Kata renungan dari ayat Suci Al-Quran pada orang yang ingkar melakukan solat 5 waktu sehari semalam:-

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asar: Dijauhkan dari kesihatan atau kekuatan
Magrib:Tidak diberi santuna oleh anak-anak.
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
Al-Quran:Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

IKHLAS DARI TEAM PAKARHOWTO..SEBARKANLAH ILMU INI KEPADA SESIAPA KERANA KITA JUA AKAN MENDAPAT KEBAIKAN DARINYA MEMPELAJARINYA.. (647)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

14 thoughts on “Menginsafi Diri Kita Yang Sebenar

  1. SAlam Petang Jumaat,

    Alhamdulillah..atas Peringatan dalam Artikel ini..dapat juga kita muhasabah diri kita…

    thank a LoT!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    hai ocean..
    terima kasih sb sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ni..
    ya, sememangnya ia adalah untuk peringatan kita bersama2 ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. semakin tertekan apabila membaca peringatan ini, takutnya bila membayangkan yang mati dalam kubur itu adalah diriku sendiri…apakah mampu untukku menepis segala azab siksa kubur…ya allah lembutkan lidahku menyebut namamu selalu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam…hari ini banyak keserabutan dalam hidup nak minta tukar balik negeri sendiri pun susah coz i ni bidang lain, asyik asyik guna kabel… kabel eletktrik tu adalah….apa-apa pun lepas baca artikel ini berserah saja pada Allah…aku malu nak minta macam-macam lagi seolah-olah tidak bersyukur sedangkan apa yang kadangkala kita mahu Allah tak beri kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya…Ya Allah tolonglah aku, berilah aku ilham untuk menghadapi dan mengatasi masalah ini….Terima Kasih atas limpah kurniaMu memberi aku rakan-rakan dalam blog ini untuk mendalami Islam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Alhamdulillah, suatu peringatan yang baik. Semua ini telah saya pelajari satu tika dulu, namun arus masa yang berlalu ditambah lagi dengan kesibukan harian sedikit sebanyak menenggelamkan ilmu yang telah diperolehi. Terima kasih suri di atas peringatan ini. Betullah ilmu jika dipendam akan hilang akhirnya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam
    Apabila membaca artikel ni terasa diri ini masih kurang amalan di dunia buat bekalan di akhirat…satu peringatan yg cukup baik utk kita renungkan bersama..terima kasih buat pengirim..moga2 kita termasuk dalam golongan org2 yg dikasihi Allah s.w.t….insya-Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ashraf Reply:

    salam,,bila saya terbaca artikel ni,,terdetiik dalm hati sya yg ,,selama ni sya da bnyak mlakukan kesilapan,,sejak akhir2ni saya sering diburu rasa tidak tenteram,,perasaan sentiasa gelisah,,bila kji2 balik,,bru sya sedar ,,yg saya da jauh tngal kn allah,,saya tau ini mungkin sebahgian dari ujian nya buat sya,,saya mnysal sangt,jd sya harap,,kalian dapat berikan nasihat pada sya,,,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Keinsafan ku selalu tengelam timbul mengikut keadaan semasa..walu pun aku dah sampai ke berkeadaan senja …. dimana malam pasti tiba juga..di pagi belum geranti menjadi nyata..belum pasti aku maseh ada ke esok kan nya..tetapi bila sunyi tiba aku rasa hiba akan keisafan terhadap maha kuasa…tetapi bila riak riang kembali..aku pasti lupa semula..kocokman

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Kita manusia mmg mudah lupa, oleh itu terima kasih suri krn luangkan masa untuk artikel ni sebagai renungan kita bersama. Yang penting kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dari hari kehari….Insyaallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. alhamdulillah.. bersyukur lah dgn apa yg Allah kurniakan pada kita..
    walauapapun yang kita inginkan, jika sesekali belum terlaksana dan tidak dimakbulkan Allah, usahlah kamu berputus asa..

    setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.. segala ujian yg Allah beri sbnrnya menunjukkan Allah syg pada kita. tidakkah kamu semua terfikir, ketika kita dalam keadaan sedih, fikiran kita berkecamuk, hati resah.. masa tu la baru kita ingat Allah.. itula yang dimaksudkan Allah syg kita, Dia memberi kita peluang utk bersujud kepadanya bersungguh-sungguh dan memperbaiki kelemahan diri kita.. Allah Maha Adil.. dugaan yang diberi bukan utk melemahkan kita, malah menjadikan kita lebih kuat dari segi fizikal dan mental..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Assalamu’alaikum
    Alhamdulillah – kita pulangkan segala puji kepada Allah.
    Kehidupan kita adalah satu perjalanan. Semenjak Adam a s dan isterinya tergoda oleh iblis laknatullah kita ‘diusir’ dari kerahmatan syurga ‘tempat’ asal manusia. Itu adalah qada’ dan qadar yang telah ditentukan Allah Maha Pencipta. Sifat-Nya Maha Adil tetapi juga Maha Penyayang telah memberi segala kemudahan bagi kita terus hidup di Dunia ini. dan Allah bertegas yang iblis tidak ada kuasa atas mana-mana keturunan Adam dan Hawa melainkan yang SESAT tertipu dengan hasutan iblis dan syaitan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Tertipunya anak cucu adam oleh iblis dan syaitan laknatullah itu adalah kerana kejahilan diri kita – kejahilan disebabkan tiada ilmu atau tiada dihayati ilmu yang ada ATAU kerana engkar atau fasik. kedua-dua keadaan ini boleh membawa kita kepada keSESATan sepertinya sesat Adam a s dan isterinya. Allah bersabda untuk kita senantiasa peka kepada tindak tanduk musuh kita – iblis dan syaitan. Makhluk ini amat lecek – datuk penipu. Mereka bertindak sepertimananya air mengalir. Selagi belum mencecah dasar lautan (Hari Kebangkitan) air yang tidak terbendung akan terus mengalir. Bagaimana boleh kita membendung air? Bagaimana kita boleh mebendung iblis dan syaitan? Bagaimana kita hendak memartabatkan diri kita supaya kebal dari segala tikaman iblis atau syaitan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. terima kasih sya ucapkan kepada semua hmba ALLAH ..YG BNYAK beri pdapt dan nsihat kt sni,,sya dpt bnyak tips untk perbaiki diri yg msh tercari arah hidup

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam