Mengapa hidup kita jadi kelam kabut?

Mengapa hidup kita jadi kelam kabut, tak tenang, berserabut, kucar kacir dan tiada keberkatan?

Sebabnya ;

  • Hidup kelam kabut datang dari SOLAT yang kelam kabut
  • Hidup tak menentu datang dari SOLAT yang tak menentu
  • Hidup yang bercelaru datang dari SOLAT yang celaru
  • Hidup tiada keberkatan datang dari SOLAT tak diberkati

Solat kunci kebahagiaan

Percayalah.

Hidup kita mungkin serba lengkap. Mewah. Kaya raya. Tapi hati tak pernah puas dan tiada ketenangan.

Sebabnya? Puncanya apa?

Puncanya tak lain tak bukan.

Kita GAGAL sempurnakan solat kita !

Yaa, puncanya ialah SOLAT kita.

Cuba perhatikan solat kita!

Hakikatnya :

  • Semua masalah berpunca dari SOLAT yang tak sempurna (suka ponteng dan tinggal)
  • Hidup tertekan berpunca dari SOLAT yang tak khusyuk
  • Hidup bermasalah berpunca dari SOLAT kita yang bermasalah

 

Percayalah :

  • Hidup yang cemerlang puncanya dari SOLAT yang cemerlang
  • Hidup yang tenang pucanya dari SOLAT yang tenang dan khusyuk

Cuba renung maksud Kalamullah ini :

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan.” (Surah al-Mukminuun ayat 1-2)

Yaa, kalam Allah itu sudah PASTI BENAR.

Benarlah, rahsia kejayaan dunia dan akhirat ialah pada SOLAT YANG KHUSYUK.

Jadi, kalau mahu BERJAYA…

berusahalah untuk SOLAT DENGAN KHUSYUK.

 

Ayuh. Jom!

Mari kita perbaiki solat kita!

Yang selalu tinggal solat…

  • Ayuh bertaubat dan kembali pada Allah. Kita janji pada diri untuk tak akan tinggal solat lagi selepas ini. Kita jaga sungguh-sungguh solat kita.

Yang selalu lambat solat…

  • Ayuh mari kita janji pada diri untuk tidak lengah-lengahkan solat lagi

Yang selalu solat sambil lewa (cincai-cincai, janji buat jer)…

  • Ayuh mari kita janji pada diri untuk solat dengan sungguh-sungguh, sehabis baik, sepenuh hati dan sekhusyuk mungkin.

Yang selalu solat sendiri…

  • Ayuh mari kita janji pada diri untuk berusaha sedaya mungkin untuk pergi solat berjemaah di masjid atau surau.

Sesungguhnya kunci kejayaan dunia dan akhirat… ialah pada SOLAT.

Sesungguhnya kunci kebahagiaan kita dunia akhirat… ialah pada SOLAT.

  • Hayya ‘alassolah. Hayya ‘alalfalah.
  • Mari tunaikan solat. Mari menuju kejayaan.

Semoga saya (terutamanya) dapat amal apa yang saya sampaikan ini.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(273)

992 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam