Tilawah al-Quran Sudah Bermula
Semalam, 18 Ogos 2008, Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang aku tunggu-tunggu setiap tahun telah bermula. Biasanya Tilawah Quran peringkat antarabangsa ni akan diadakan di PWTC, tetapi tahun ini, diorang tukar tempat. Kali ini, ianya berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.
Aduh…melepas aku untuk tengok secara live tilawah tahun ini. Tak dapat la aku untuk turut serta memeriahkan majlis2 agama yang seringkali hambar dan dipinggirkan oleh masyarakat Islam sekarang. Tapi takper, aku akan pastikan diriku terpaku di depan TV setiap malam insyaAllah, untuk mendengar alunan2 bacaan ayat suci al-Quran daripada qari2/qariah2 dari seluruh dunia.

Sahabat2ku…tidakkah kita sedar….majlis yang seumpama ini adalah satu syiar Islam, yang memerlukan sokongan padu daripada kita semua ummat Islam??
Terkadang…aku berasa sedih melihat bangsa seagamaku buat endah tidak endah seolah2 meng’anak tiri’kan majlis2 agama. Lihatlah bagaimana hebatnya dan hangatnya sambutan yang diberikan apabila program2 hiburan seperti akademi fantasia, gengstarz dan sebagainya…
Lihat pulalah bagaimana hambar, pudar, lesu, lemah dan longlainya sambutan yang diberikan kepada program seperti akademi quran…tilawah quran…ceramah2 agama….
Aduhai….betapa perkara berkaitan agama itu dipinggir2kan malah diperleceh2kan…bukan oleh orang kafir, tetapi oleh orang Islam itu sendiri.
Aduhai…betapa dungu dan tidak fahamnya kita terhadap kebesaran Islam dan maksud hidup ini….
Teringat aku akan kata2 seorang ustaz dalam satu ceramahnya….
” Kita ni especially bebudak muda remaja bangsa Melayu sekarang…terlalu leka berhibur…terlalu banyak dengar muzik…terlalu asyik melayan lagu2 rock…lagu2 jiwang…sehingga takdak masa langsung nak dengar Quran….takdak masa langsung nak dengar Hadith2 nabi….”
“Sebab tu lah anak2 muda skang hatinya keras….degil…..takmau dengar kata…pantang ditegur…..apabila ditegur saja, ia melenting….ia maki hamun….pukul guna kekerasan….malah ada yang sanggup membunuh…”
Mengapa ini semua boleh terjadi?? Memang banyak sebabnya…..
Tapi salah satu puncanya ialah…kerana terlalu banyak berhibur…dan banyak mendengar muzik yang melalaikan kita daripada mengingati yang maha Esa…
Aku bukanlah anti muzik….bukan juga anti hiburan…
Yaaa…berhibur itu HARUS hukumnya….
Tapi perlu kena caranya….dan berpada2 lah jangan melampaui batas…
Janganlah terlampau asyik dan lalai sampai dah tak ingat mati!!
Ni tak….dahla Quran/Hadith kita malas nak baca….
Takkanlah nak dengar Quran/Hadith pun kita tak mahu??!!
Kalau tak baca pun…..sekurang2nya kita dapat dengar pun jadiklah…tak gitu??
Sebab itulah suka aku mengingatkan sahabat2 semua untuk kita sama2 ubah skit paradigma tu.
Janganlah kita biarkan diri kita terlalu khusyuk dan seronok sangat berhibur,
sehingga kita terlupa MAKSUD dan TUJUAN HIDUP kita atas dunia yang menipu daya nih.
Ustaz aku pernah kata….siapa yang suka dengar quran/hadith….maka Allah akan menurunkan sakinah(ketenangan) kepadanya…Dan Nur2 al-Quran akan sentiasa menyelubungi hati dan jiwanya….Sehingga hatinya akan menjadi lembut dan mudah menerima nasihat serta cenderung untuk melakukan kebaikan.
Moga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah pada kita semua…amin.




Tinggal Komen Anda Di Sini