Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Sejenak Ke Alam Rumahtangga

December 09, 2009 By: surihati_ku Category: Luahan Hati

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Assalamualaikum…untuk semua harap kalian sihat didalam RahmatNya..

Erm.. kira-kira sebulan yang lepas Suri merayau-rayau disensawang maya ini. Terus Suri jatuh hati pada sajak..luahan ini. Hurm, yea kea? hehehe…Nukilan siapa? Suri pun tidak pasti..tapi seingat Suri, ia ada tersimpan didalam blog intim.wordpress.com.

Apa-apa pun Suri harus berterima kasih kepada Insan yang mencoret renungan ini kerana ia sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir kembali Masjid yang telah kita bina bersama pasagan kita. Marilah kita hayati bersama-sama untuk renungan sepintas lalu..

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

(Bahagian 1)

Psst…
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkapkan juga dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu..

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakan belaian.

Masih gagal jua ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
Bagaikan riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang….buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalu ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya..
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
“Sayang abang tak ulang lagi”
katakan “Sayang…abang alpa”
bisikkan “Darling..I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekkan kasanova, tapi hati suci..

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…
Kalu kena cicahnya
Enaknya akan terasa..
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

(Bahagian 2)

Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya “Seabadi permata…segermerlapan intan”…
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesal diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir..
Permata yang dipilih
Perlu digilap semula.

Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-banyang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi JANGAN berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
Bisikkanlah “Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
Marilah kita mencari rezeki
dengan keringat yang tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang
Kalungan cintamu, di jiwa ini.”

(Bahagian 3)

Puuuh…
Akan tiba masanya bila “isteri” di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi..
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurangan cinta kita ?
jika berkurangan, nyatakanlah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan ‘boday’
Kalu ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam,amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredahaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambahkan bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

(Bahagian 4)

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti satiamu suami ?
apakah tandanya hanya akau di hatimu ?
Kekadang disergah kita
ketika keringat masih membasah
baru menjegah pintu rumah..

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al- Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci pakaian kita
dia yang membantu membersihkan rumah kita..
lalu apalah salahnya kita bersabar dengan sedikit karenahnya ? ”

(Bahagian 5)

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segengam api.
Telah banyak kita mendengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini..
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguris pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya..

atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
bersatulah kita tempuhi
Nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biarlah kita rasa : rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri..
Tidak kutagih setia, sesetia Hawa..
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu….
seorang isteri..

(Author Unknown)

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

32 Comments to “Sejenak Ke Alam Rumahtangga”


  1. mmm…sayu rasa hati.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @shams,
    salam..shams

    hurm..betul tu..

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Bagus puisinya walaupun ayat-ayatnya simple.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja,
    hai !Motivasi Kerja..
    selalunya ayat yang simple tulah mudah dan senang orang nak memahaminya ;)

    [Balas Di Sini]

    2
  3. huhuhuh …

    arigato..gozaimasu…

    bravo…

    erm…tere nye..wat ayat power..

    suke sangat…!!!

    “pencinta sastera ke…?”

    [Balas Di Sini]

    suha Reply:

    buat lelaki… renung2 kan la..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    Cak! hai…ocean,
    masa sekolah menengah dulu memang suri ada amik sastera..

    [Balas Di Sini]

    3
  4. alhamdulillah kalau dapat lelaki yang betul2 memahami jiwa org pompuan..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @suha,
    heee… :) bertuahlah wanita tu gamaknya

    [Balas Di Sini]

    4
  5. insaf rasa, banyak buat salah kat isteri….

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @syed,
    hai! syed..
    kembalikanlah semarah rumahtangga anda bersamnya kembali pasti syed tidak akan rugi tika melakukannya..dan hargailah dia dengan sabaiknya :)

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Begitulah ceritanya pancaroba alam rumahtangga…..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @hazman aka species1980,
    As-salam, hazman aka species1980…
    Begitulah lumrah adat tika berumahtangga..ada manis ..pahit…duka..dan bermacam-macam rasa dihati lagi..

    Apapun kesabaran dalam menangani hal rumahtangga kita haruslah bijak dalam menangani dengan baik agar kerukunan rumahtangga akan kekal harmoni dan bahagia. ;)

    [Balas Di Sini]

    6
  7. begitu lah ceritanya kisah rumahtangga yang perlu dilalui….

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Assalamualaikum Suri

    Puisi yg lengkap dgn kata2 yg mudah difahami dan baik utk dijadikan panduan bagi mereka yg bakal dan tlh melalui hidup berumahtangga…utk renungan bersama tidak kira tua muda…llki atau wanita..insyaAllah rmhtangga yg dihiasi gelak tawa dan saling faham memahami akan mendpt keberkatan dan keredhaan drpd Allah s.w.t….mudah2an

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nani,
    As-salam untuk Nani..
    ya Nani, harap-harap pada semua pembaca agar dapat menjadikannya sebagai sebahagian panduan dalam melayari rumahtangga untuk kebaikan bersama pasangan masing-masing ;)

    [Balas Di Sini]

    8
  9. menarik dan tertarik bagi sekeping hati
    seorg isteri yang ingin disayangi….
    love…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @suryna,

    :) TRUE LOVE :)

    [Balas Di Sini]

    siti siti zulaika Reply:

    betul tu seorang isteri mesti bertanggungjawab

    [Balas Di Sini]

    9
  10. penyu_langsat says:

    sajak pendek penuh hikmah….

    sekadar ingin berkongsi ….. intipati sajak walaupun ringkas begitu bermakna…. soal ini banyak dibicarakan secara detail dalam buku…”MEN ARE FROM MARS, Women Are from Venus” by John Gray dengan buku lanjutannya “WHY MARS and VENUS COLLIDE” …banyak menceritakan perhal memahami jiwa pasangan .

    Bukan nak mengiklan…tetapi berkongsi pengalaman setelah berjumpa kaunselor rumahtangga mengenai bahan bacaan yang boleh membantu…InsyaAllah.

    [Balas Di Sini]

    10
  11. RedLadyBird says:

    Firstly, penulis nie lawyer ker?? byk gak jargons laws yg dier pki…
    eventhough sy still single, tpi message dr sajak…. delivered precisely…
    kalo suami2 kat luar… leh jdikan nie.. sbg… panduan…. n si isteri… leh jdkan nie sbgi iktibar.. n diperhalusi setiap bait sajak nie… Tahniah.. InsyAllah… n Congrats to the author… n tq suri… pertengah kn dlm blog nie..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @RedLadyBird,

    Hai ! RedLadyBird..
    alahai RedLadyBird bisalah kalau nak masok court mesti ada lampiran afidavit punyer ibarat lampiran untuk sesuatu kes yang bakal dibualkan dalam mahkamah tu kelak…

    hurm,
    bagi pihak pelelong rumah berlesen pula mereka juga wajib menyediakan afidavit ini utk pihak mahkamah sebagai dokumen pengesahan untuk menjual rumah disana..

    Sajak,
    BAGI.. yang single tu bacalah dan hayatilah ia sambil jadikannya ilmu didada..
    BAGI..yang telah mendirikan rumahtangga pula saling memperbaikilah diri sesama pasagan antara satu sama lain agar KEHARMONIAN RUMAHTANGGA AKAN BEKEKALAN HENDAKNYA..AMIN :)

    [Balas Di Sini]

    11
  12. besnya citer nie macam dalam iklan

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @siti siti zulaika,
    salam..siti siti zulaika ai sampai cam tu sekali ke? hehe..segalanya serba ada disini..

    [Balas Di Sini]

    siti zulaika Reply:

    ala saje je

    [Balas Di Sini]

    12
  13. bertuah isteri si penulis sajak ni.. pasti hatinya terubat bila suami hadiahkan sajak puitis untuk dirinya.. kalau semua suami macam penulis ni, tak de kes isteri tak puas hati.. ;)

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha,
    salam mesra..
    hehe..ct maliha buatku tersenyum..

    [Balas Di Sini]

    13
  14. hurm…mmg la…untung kalau dapat suami yg romantik dan memahami.kalau suami yg buat tak tau je… kita merajuk dia buat tak tau.. mcm mana lak?

    [Balas Di Sini]

    14
  15. i like it so much…..

    [Balas Di Sini]

    15
  16. ermm… Sejuk hati bila bc…

    [Balas Di Sini]

    khaza Reply:

    setiap kali saya membaca :sejenak kealam rumahatangga,
    setiap kali tanpa saya sedari airmata mengalir,tersentuh perasaan
    saya.bukan senang mempunyai seorang suami di era ini yang bolih
    mengamati hati seorang isteri.lebih2 lagi isteri yang lama usianya.
    yang memerlukan lebih perhatian dan bimbingan dari seorang suami.
    syabas saya ucapkan pada penulis.

    [Balas Di Sini]

    16
  17. setiap kali saya membaca luahan hati:sejenak kealam rumahtangga.
    setiap kali saya tanpa sedari air mata mengalir,sungguh menyentuh
    perasaan saya.bukan senang mempunyai seorang suami yang tahu
    mengamati hati seorang isteri di era ini.lebih2 lagi bagi isteri yang lama
    usianya,memerlukan lebih perhatian dan bimbingan dari suami.
    syabas,saya ucapkan pada penulis.

    [Balas Di Sini]

    17


Leave a Reply

CommentLuv Enabled


This page is copy protected