Perhentian Bas, Hentian jua Bagi Kebanyakkan benda.
Assalamualaikum dan bertemu kembali di topik yang hampir sama tetapi tetap berbeza.
Kepada golongan rakyat marhaen seperti kebanyakkan kita, perhentian bas merupakan satu keperluan atau mempunyai keutamaan yang tinggi dalam kehidupan seharian sebagai golongan pekerja.
Tidak dinafikan ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja atau pergi bersiaran di gedung membeli belah. Tetapi, dengan kenaikkan harga minyak yang agak mendadak (walaupun hari ini PM mengumumkan penurunan sebanyak 15sen), lebih ramai yang memilih pengangkutan awam seperti bas untuk bergerak kemana-mana atas penjimatan dan ekonomik.
Sudah pasti, sebagai seorang pengguna yang inginkan kemudahan dan keselesaan,kita sering impikan hentian bas yang bersih dan selesa sebagaimana yang dinikmati penumpang-penumpang kapalterbang yang menunggu di balai pelepasan di lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Bagaimanapun, sering dilihat hentian bas sebagai tempat menunggu dan menuruni bus dicemari dengan sampah-sarap yang besar dan juga kecil. Sering kelihatan sampah seperti bekas minuman, PUNTUNG ROKOK, juga yang paling banyak, tiket bas itu sendiri.
Begitulah nasib tiket bas yang bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang, naik bas dapat tiket, turun bas, tikaet pun buang. Tidakkah terlintas di benak kita yang ‘bijaksana’ supaya tiket yang sudah menjadi sampah harus dibuang di tempat yang sepatutnya. Lantai atau permukaan bumi di sekeliling hentian tersebut tidak memerlukan tambahan lanskap yang berwarna-warni(atau hitam putih tiket RapidKL, RApidPenang pun warna warni gak) dengan tiket bas yang kita beli itu.
Disebabkan sikap kebanyakkan kita yang kerap tidak ambil peduli tentang hal yang kononnya kecil dan remeh, maka, maruah negara pasti boleh tergadai di mata pelancong-pelancong asing yang mungkin menggunakan hentian tersebut. Usahlah kerana perkara yang kecil, sering kita salahkan Pihak Berkuasa Tempatan yang sering kita sedia maklum tidak ‘mampu’ menyediakan prasarana seperti bekas sampah yang mencukupi.
Jadi sebagai seorang dari golongan bangsa yang telah merdeka selama 51 Tahun, anjakkanlah pemikiran kita ke arah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang mengahargai kebersihan dan keindahan alam ciptaan Tuhan untuk dikongsi dengan generasi yang mendatang.




August 25th, 2008 at 10:01 am
aku setuju dengan hang Upak.
tahap kesedaran masyarakat kita untuk menjaga kebersihan terutamanya ditempat awam…masih lagi sangat2 lemah.
ada satu hari tu…
masa aku sedang menunggu seorang sahabat di sebuah perhentian bas…
seorang ibu bersama seorang anaknya (berusia lingkungan 4 atau 5 tahun) juga sedang duduk menunggu bas di perhentian yang sama.
anak tu aku lihat menikmati sebatang ais krim…
selepas saja dia habis makan…
lantas anak kecil itu terus campak batang ais krim bersama2 dengan plastiknya di belakang hentian bas tersebut.
yang paling menyedihkan ialah…
ibu kepada anak itu…
langsung tidak menghiraukan perbuatan anaknya itu.
dia buat selamba jer…
seolah2 perbuatan anaknya itu tiada apa2 masalah.
begitulah realiti tahap kesedaran masyarakat kita.
persoalannya sekarang….
apakah peranan kita dalam hal ini?
apakah ada sebarang usaha daripada kita dalam mendidik masyarakat kita ke arah yang lebih bertanggungjawab dan mementingkan kebersihan sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri?