** Berminat Buat Bisnes Melalui Internet?? ** Jika ya, sila baca kisah benar saya ini. Pada suatu hari, ada seorang kawan saya telah datang kepada saya dan bercerita tentang kejayaannya membuat 'side income' melalui internet. "Buat duit dengan internet? Waa menarik tu!" Saya menjadi teruja dan bersemangat. Saya tanya dia, di mana saya boleh belajar untuk membuat 'side income' melalui internet macam dia. Maklumla saya ni tak tahu apa-apa tentang bisnes internet ni. Yang saya tahu, baca email, balas email, baca berita dan chatting saja. Masa terbuang, apa pun tak dapat. Maka, kawan saya telah rekemen kepada saya untuk membeli satu produk. "Produk tu bagus giler. Dia ajar ko macammana nak buat duit di internet dari dari A sampai Z!",cerita kawan saya tu. Mulanya saya rasa ragu-ragu juga. Tapi setelah berfikir panjang dan oleh kerana nak sangat cari 'side income', maka akhirnya saya buat keputusan untuk beli produk tersebut. Ternyata, pelaburan saya tidak sia-sia. Produk tersebut memang sangat bagus! Yang paling saya suka ialah, VIDEO TUTORIAL langkah demi langkah yang diberikan. Ianya sangat mudah untuk difahami dan sangat praktikal. Saya tengok video, saya cuba buat sendiri. Kalau tak berjaya, saya ulang tengok dan buat sekali lagi sampai berjaya. Dan setelah beberapa bulan mempelajari teknik-teknik yang diajar melalui video tersebut, kini, syukur banyak-banyak pada ALLAH, kerana saya telah pun berjaya menjana wang melalui internet. Sekarang, kawan saya tu dah tak boleh lagi nak berlagak dengan saya, sebab 'side income' saya sekarang dah melebihi 'side income' nya. muahahahaha (jangan marah aaa.. :). Hmmm begitulah sedikit coretan pengalaman daripada saya, PakarHowTo. Kalau ada sesiapa yang berminat dan tak tahu nak mulakan bisnes internet, maka sukacitanya saya rekemen kepada anda, supaya dapatkan produk hebat tersebut.
Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut!

Gantung dan Buang Sekolah: Masih Relevankah

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerap kita dengari kes dan gejala sosial yang berleluasa di sekolah.  Terutamanya sekolah menengah. Ponteng, merokok, melawan guru sudah jadi perkara biasa dalam kehidupan sekolah kini.

Guru-guru terpaksa memainkan peranan  yang lebih besar bagi menangani masalah ini. Sejak hukuman rotan dimansuhkan beberapa tahun lalu dan kuasa guru disiplin bagaikan ditarik oleh golongan atasan dan para ibubapa, kini sistem demerit yang menjadi galang gantinya.

Melalui sistem ini, murid akan digantung sekolah dan seterusnya dibuang bila mencapai tahap mata yang diperlukan. (macam sistem KEJARA lah). Bagaimanapun, dengan perkembangan ekonomi, teknologi dan hiburan yang wujud kini, masih sesuaikah hukuman ini dijalankan supaya sepanjang tempoh penggantungan dan pembuangan pelajar akan insaf di atas perbuatan mereka?

Rasanye ia tidak sesuai lagi!!

Hukuman gantung sekolah pasti diterima mereka dengan hati yang terbuka, sekaligus mengizinkan mereka dapat ponteng secara ‘halal‘.

Pada pandangan saya,

Dengan perkembangan kini, hukuman khidmat sosial adalah yang paling sesuai dilaksanakan  bagi menggantikan hukuman gantung atau buang sekolah. Hukuman seperti membersihkan kawasan sekolah, membersihkan tandas sekolah, yang seperti kita sedia maklum, ianya tidak sebersih mana pun.

Biarkan mereka melakukan tugasan yang berat dan boleh menginsafkan mereka. Tapi, pihak sekolah juga harus menyediakan peralatan dan kelengkapan yang sesuai.

Ibubapa harus menerima dengan hati terbuka. jika kawasan sekolah sudah dibersihkan, banyak lagi rumah ibadat yang memerlukan khidmat pelajar pelajar ini.

Apa pandangan anda?

6 Responses to “Gantung dan Buang Sekolah: Masih Relevankah”

  1. PakarHowTo Says:

    sudah lama kutunggu artikel terbaru dari Upak.
    kini baru muncul.

    tenkiu for the posting Upak.

  2. Kapt Says:

    Ish hukuman gantung dan buang sekolah tu sangat tidak sesuai dengan zaman sekarang.

    Dulu memang orang malu kalau tak pergi sekolah atau anak diaorang tak bersekolah.

    Sekarang zaman dah berubah, orang jadi bangga coz tak ke sekolah. Bukan apa terasa diri HERO dan HEBAT, maklumlah lain dari yang lain.

    So yang paling sesuai ialah ROTAN je punggung diaorang khususnya di sekolah rendah. Bukan apa kalau tak ada rasa malu pun, sekurang-kurangnya sakit jugak la punggung tu kena dua tiga das.

    Amacam, mulai hari nie, mak bapak kena beli rotan dan bagi pada guru kelas, gerenti baik punya anak murid, tak percaya, cuba buat kat rumah dan lihat lah hasilnya.

    Selamat Mencuba

  3. TSS Says:

    Profession guru dah x dipandang tinggi lagi. Macam2 yg kita dengaq. Lebih menyedihkan ada cikgu yg kena pukul bukan saja oleh murid tapi mak bapak murid. Budak2 zaman ni manja sgt. Teringat kena public canning dulu. Ingat kan dpt simpati mak ayah, rupa2 nya kena tambah lagi 2-3 das kat umah…

  4. upak Says:

    Memang pun profession guru dipandang sebegitu kini.
    Bagus gak kena sebat macam kita dulu2 kan.
    Kebanyakkan ibubapa pun sering salahkan guru tanpa usul periksa. macam anak dia malaikat. anak ustaz pun bvlum tentu sebaik bapanya.
    itulah dugaan orang yang beriman.
    moga bila ada anak nanti kita mampu ubah situasi ini.
    Cikgu plak jgnla amik kesempatan belasah sampai msk spital plak budak2 tue.

  5. hmjebat Says:

    pernah di rotan dan dimarah cikgu waktu sekolah dulu. Masa tu memang la bengang kat cikgu. Tapi sekarang bila dah dewasa d matang ni, baru terfikir balik. Kalaulah ada peluang, sy mau jumpa balik cikgu2 yg pernah marah dan rotan saya dulu, nak ucap terima kasih banyak-banyak.

  6. Ismail N Says:

    Ya, good idea - khidmat sosial. In fact pesalah-pesalah juvenil & yg mereka disabit atas kesalahan ringan patut dikenakan hukuman sebegini. Kalau semua mereka disuruh bersihkan sekitar bandar, pantai dan sebagainya, sure M’sia dapat anugerah negara yg bersih dan sihat.

Tinggal Komen Anda Di Sini