** Berminat Buat Bisnes Melalui Internet?? ** Jika ya, sila baca kisah benar saya ini. Pada suatu hari, ada seorang kawan saya telah datang kepada saya dan bercerita tentang kejayaannya membuat 'side income' melalui internet. "Buat duit dengan internet? Waa menarik tu!" Saya menjadi teruja dan bersemangat. Saya tanya dia, di mana saya boleh belajar untuk membuat 'side income' melalui internet macam dia. Maklumla saya ni tak tahu apa-apa tentang bisnes internet ni. Yang saya tahu, baca email, balas email, baca berita dan chatting saja. Masa terbuang, apa pun tak dapat. Maka, kawan saya telah rekemen kepada saya untuk membeli satu produk. "Produk tu bagus giler. Dia ajar ko macammana nak buat duit di internet dari dari A sampai Z!",cerita kawan saya tu. Mulanya saya rasa ragu-ragu juga. Tapi setelah berfikir panjang dan oleh kerana nak sangat cari 'side income', maka akhirnya saya buat keputusan untuk beli produk tersebut. Ternyata, pelaburan saya tidak sia-sia. Produk tersebut memang sangat bagus! Yang paling saya suka ialah, VIDEO TUTORIAL langkah demi langkah yang diberikan. Ianya sangat mudah untuk difahami dan sangat praktikal. Saya tengok video, saya cuba buat sendiri. Kalau tak berjaya, saya ulang tengok dan buat sekali lagi sampai berjaya. Dan setelah beberapa bulan mempelajari teknik-teknik yang diajar melalui video tersebut, kini, syukur banyak-banyak pada ALLAH, kerana saya telah pun berjaya menjana wang melalui internet. Sekarang, kawan saya tu dah tak boleh lagi nak berlagak dengan saya, sebab 'side income' saya sekarang dah melebihi 'side income' nya. muahahahaha (jangan marah aaa.. :). Hmmm begitulah sedikit coretan pengalaman daripada saya, PakarHowTo. Kalau ada sesiapa yang berminat dan tak tahu nak mulakan bisnes internet, maka sukacitanya saya rekemen kepada anda, supaya dapatkan produk hebat tersebut.
Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut!

Bicara Kasih 3 - “Ceriakan wajah mu, Senyumlah selalu”

Orang selalu kata “Jangan menilai buku dengan kulitnya”
Tetapi hakikatnya majoriti kita menilai benda dengan luarannya

Pabila melihat seorang manusia contohnya
Ramai yang akan melihat luarannya saja
adakah mancung hidungnya
Adakah gebu kulitnya
Adakah licin dahinya
Adakah seksi bibirnya
Adakah mantap ‘body’ nya
Adakah tinggi dan sasa orangnya
Itu semualah yang dilihatnya
dan itulah yang menjadi fokus utamanya

Manusia ini…
Kerana ingin dilihat menarik
Kerana ingin dipuji molek
Kerana ingin digelar cantik

Ramai yang rela mukanya disuntik
Ramai yang redha mukanya di’plastik’
Belanja wang ringgit untuk fizik terbaik

Aduhai manusia ini…
Kenapa ini yang digilakan
Mengapa fizikal yang dipersoalkan
Kenapa dan mengapa luaran jadi taruhan

Walau cantik ayu dan rupawan
Tapi dalaman kosong tiada bersopan
Wajarkah ia jadi rebutan

Perlu engkau sedari
Memang manusia melihat begini
Fizikal dan luaran tetap dihati
Rupa manis cantik berseri
sentiasa mendapat pujaan hati

Habis…kalau begitu…
Apa yang perlu dibuat olehku
Mengikut manusia jadi begitu
Mengejar cinta berdasar nafsu
Kasih tak dapat lemah dan lesu

Apakah comel,cantik atau ‘handsome’nya seseorang itu
bergantung segalanya pada perkara begitu?

Wahai pemburu cinta sejati
Jika begitu yang manusia mahu

Tak usah gundah tak usah pilu
Ada rahsia yang perlu kau tahu

“Ceriakan wajah mu senyumlah selalu”
Jika ini diamal olehmu
Pasti dikau dipandang tak jemu.

Tinggal Komen Anda Di Sini