Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

June 11, 2010 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Saya ingin mengajak anda semua untuk membaca kisah benar di bawah ini. Anda baca dan cuba fahami apakah pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini?

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

segelas susu

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

—————————————
Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.

-Dr Howard Kelly-
—————————————

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini? Cuba terangkan di bahagian komen, apakah input positif yang anda dapat….

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

35 Comments to “Kisah segelas susu yang penuh pengajaran”


  1. jgn mengharapkan sesuatu selepas melakukan kebaikan.. cerita yg bagus.. tak sangka ade kisah benar sebegini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    aman Reply:

    salam………..thanx dgn kisah yg penuh bermakna yg dipaparkan.memang menarik n penuh pngajarn

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    1
  2. cerita yang menarik, seswai untuk diceritakan kepada pelajar, sebagai pengajaran dan tauladan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    2
  3. segelas susu memberi tenaga dan mencerdaskan minda….
    ganjaran membuat sedikit kebaikan dengan ikhlas hati dibayar dengan kebaikan yang berlipat ganda dan lebih berharga lagi..
    .-= ibuintan´s last blog ..BBQ keluarga mertua =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    3
  4. tersentoh hati dan saya rasa macam saya merasai , tersentak hati ini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. SUBHANALLAH …. itulah… KEIKHLASAN !
    Hanya Amal Ikhlas sahaja yang diterima Allah. Balasannya…. terserah pada Allah. Di dunia atau Akhirat ? Samada segera atau …kemudian hari.

    Rahmat Allah untuk seluruh alam … Wallahhua’alam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. masih adakah lagi keikhlasan yang sebegini?
    kalau pun ada, smua kerna nama…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Salam, cerita yang sungguh menyentuh perasaan..saya ambil artikel ni untuk postkan di blog saya ya..^__^..akan disertakan dengan back link ke sini…Terima Kasih.
    .-= Alessandro´s last blog ..Aku pula yang nak bagi Awards! =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Tak dapat ambil..
    .-= Alessandro´s last blog ..Aku pula yang nak bagi Awards! =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. tersentuh juga.. :)

    mengingatkan yg dalam hidup nie, buat baik takyah lah berkira..
    buatlah dengan ikhlas walaupun perit.
    kerana setiap sesuatu kebaikan yg kita lakukan, pasti akan diberi balasannya InsyaAllah.. :)
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Original Perfumes Currently On Stock =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Salam, ikhlas ini dalam erti kata susah nak ditafsir dengan kata-kata.kadang-kadang susah juga kita nak ikhlaskan hati kita bila kita buat sesuatu. kita kata kita ikhlas tapi hati kecil kata sebaliknya.kita cubalah ikhlaskan hati apabila kita buat sesuatu.bagi saya ikhlas ini sangat susah untuk ditafsirkan samada dengan kata-kata ataupun dengan perbuatan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    10
  11. ct maliha says:

    hidup didunia ini janganlah telalu berkira sesama mahluk ciptaan tuhan.. semua yang ada didunia ini kepunyaan-NYA.. tidak salah kita memberi, jika kita ada.. ALLAH telah janjikan setiap yang kita beri pada sesama mahluk pasti akan dibalas dengan berlipat kali ganda..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    elia Reply:

    oh Allah, sungguh tersentuh hatiku. cerita yang menarik dan menakjubkan. syabas.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. aliahusron says:

    alhamdulillah… kisah yg penuh pengajaran dan myntuh hati. alangkah bhgianya kalau gadis kecil itu adalah aku atau kaum kerabatku. petunjuk allah ada di mana2. cuma kita yg perlu meneliti dan mengaplikasikan .

    syukur krn ditemukan dgn blok Pakar How to ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. berbuat baik tapi meminta balasan…ganjarannya lebih berganda.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    13
  14. far_Dyana says:

    ALLAH shj y dpat membalas keikhlasan pemberian kta kpd seseorang..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. wo shi seha says:

    Allahuakbar… Allah sahaja yang dapat balas setiap perbuatan hambanya.. Buat baik biarlah selalu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. @wo shi seha, buat jahat janganlah diamalkan. takut tak sempat nak taubat je nnti

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. buat baik akn dibalas baik…insyallahh..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. semoga menjadi tauladan kepada kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. maksud cerita diatas ialah segala sesuatu yang baik akan dibalas dengan kebaikan walaupun dengan segelas susu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Nura Azata says:

    Salam…

    kite kalau buat kbaikan, x pyh mntk ganjaran, sbb satu hari nnti, Allah SWT sndri akn krmkn seseorg/sesuatu sbg ganjaran

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. indah chahayya says:

    salam,
    maha suci Allah yang menciptakan sekalian alam..kebaikan hati tidak memerlukan pembalasan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. pertolongan yang ikhlas walau sekecil mana nilainya tetap akan mendapat balasan dari yang maha esa

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. salam…harga bagi sebuah keihklasan tidak dapat dibayar oleh wang mahupun emas, setiap keihklasan itu ada ganjarannya disisi Allah s.w.t…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    23
  24. Setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas pasti akan ada balasannya… begitu juga dengan sebaliknya jika kita lakukah kejahatan pasti akan ada hukuman yang menanti di kemudian hari..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    24
  25. saya selalu beri makanan dkt bdk-bdk yg main kat depan rumah saya, tapi semasa sedekah tu, saya mohon pd Allah dlm hati semoga apa yg saya beri itu akan dibalas oleh Allah kpd saya pula (contoh mohon dimurahkan rezeki saya) mcm tu kire ikhlas ke tak arr?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. kisah ini megajar tntg erti kemanusian…sbb wlupun bdk puan 2 miskin tapi dia stay tlg org yg krg upaye dari dia……so kite same2 amik pedoman gan cerite diatas…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26
  27. RUBY, TAMPIN says:

    SUBHANALLAH… SESUNGGUHNYA BENAR JANJI ALLAH.. WALAU SEBESAR ZARAH KEBAIKAN YANG KITA BUAT DENGAN HATI YANG IKHLAS, BALASANNYA ALLAH JUA YANG AKAN MENILAINYA..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    27
  28. jangan berkira buat sstu, niatkan IKHLAS kerana ALLAH SWT.Harapkan balasn dari ALLAH jua di akhirat kelak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    28
  29. naziha'ain says:

    budi baik di balas baik… insyaALLAH.. yg penting hati ikhlas… =)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    29
  30. teori ini berlaku …
    kebaikan dibalas dengan kebaikan. …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    30
  31. sesungguhNya janji Allah itu benar, buat baik dibals baik…walaupun mungkin kebaikan yang dilakukan tidak dibals serta merta tapi pasti akan dibals juga…buat kebaikan mesti ihklas kerana Allah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    31
  32. Allah tidak pernah berdusta….
    Yakinlah janji Allah pasti benar….
    Kebaikan dibalas Kebaikan…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    32
  33. sedih sgt

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    33


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11