Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Kisah Rumahtangga Tragis (Mesti Baca) – Part 2

May 10, 2011 By: PakarHowTo Category: Kisah Benar, Luahan Hati, Masalah Rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Sebelum ini, saya pernah kongsikan sebuah kisah rumahtangga yang tragis di blog ini. Kisah benar tersebut saya dapat dari salah seorang pembaca setia blog ini melalui email.

Semalam, sekali lagi, saya telah menerima email dari beliau. Email ke-2 tersebut adalah kesinambungan daripada email luahan hati beliau sebelum ini.

Banyak sekali pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah @ pengalaman beliau ini. Baca dan hayati apa yang ingin beliau cuba sampai dalam tulisan ini.


Luahan Hati Seorang Isteri

Assalamualaikum Pakar,

Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah saya di ruangan blog pakar,saya simpati dengan pemergian emak dan ayah pakar,semoga ALLAH tempatkan mereka disisi orang-orang yang soleh.

Pakar,

Disini saya ingin berkongsi sama apa yang telah terjadi pada diri saya setelah suami saya meninggalkan saya dan setelah saya membaca komen-komen pembaca blog pakar,saya merenung dan mengkaji semula kisah-kisah silam saya,saya temui KENAPA ALLAH memberikan semua itu pada diri saya,saya terlalu hargai komen-komen dari pembaca blog pakar dan saya panjatkan doa kepada ALLAH semoga pembaca-pembaca yang memberikan komen ke atas kisah saya dilindungi ALLAH senantiasanya,hanya ALLAH yang maha kaya berikan ganjarannya pada kalian.

Pakar,

Kalau pakar tidak keberatan siarkanlah kisah ini untuk saya kongsikan kepada pembaca-pembaca lain dan menjadi tauladan kepada yang lain dalam menjalani kehidupan harian sehinggalah suatu masa kita tidak diberikan nafas lagi untuk hidup di dunia ini.

Gambar adalah sekadar hiasan...

Gambar adalah sekadar hiasan...

Pakar,
Setelah suami saya tinggalkan saya,saya hidup penuh dengan kesedihan dan airmata,saya pulang ke rumah orang tua saya,sesak didada tak dapat saya lindungkan lagi,saya kongsikan juga kisah sedih saya bersama emak dan ayah saya,terkejut besar emak dan ayah bila tahu apa yang anak perempuannya alami.Setitis air mata saya jatuh,sepuluh kali ganda air mata emak saya jatuh ke bumi mengenangkan nasib anak yang dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

Ayah saya pujuk saya dengan kata yang lemah lembut,ayah peluk saya,ayah ceritakan pada saya kisah Syaiditina Fatimah dan penghuni syurga yang Rasullulah pernah sebutkan kepada beliau.Ayah kata,itulah lelaki yang saya pilih untuk dijadikan titian ke syurga,apa sahaja hadapi dengan ikhlas dan taat,Allah tidak menzalimi umatnya,tetapi kita yang menzalimi diri sendiri. Kata ayah lagi,“Andai suami kamu pujuk kamu dan ingin pulang ke pangkuan,terimalah dirinya dan bertawakkal lah kepada ALLAH,dari Allah kita datang dan kepada ALLAH kita kembali,Jangan balas dengan kata-kata yang kesat dan kasar,kerana ini bukan ciri seorang isteri di dalam islam,contohilah emak kamu.”

Kata-kata ayah buat hati saya kembali kuat dan saya semakin merindukan suami saya.Sungguhpun begitu,Saya masih hidup dalam kekosongan ,saya pergi ulang alik ke hospital untuk pemeriksaan mengandung dengan menaiki motorsikal sejauh 20 KM hanya dengan itu saya mampu,saya tidak kisah dengan itu semua,didalam hati sentiasa doakan keselamatan suami dan anak saya yang saya kandungkan ini dan semoga suami saya pulang ke pangkuan saya dengan penuh kasih sayang dan perubahan yang positif. Saya bermunajat pada Allah,jika benarlah dia itu jodohku dunia dan akhirat,pulangkanlah dia sebagai suami ku dengan penuh rasa kasih dan sayang.Selama dua minggu saya bersendirian dan hidup dalam kemurungan,suatu hari,saya terima satu sms,suami saya sms pada saya,dia terlalu rindukan saya,dan dia nak berjumpa dengan saya pada esok hari.

Saya bertemu suami saya di rumah mertua saya,suami saya mohon maaf pada saya apa yang telah dia lakukan,suami saya tanya pada saya,adakah saya masih sayangkan dirinya lagi atau sebaliknya,saya akui dengan ikhlas,saya masih sayangkan dia.Memang terasa juga yang saya terlalu bodoh kerana tunduk kepada cinta,tetapi kalau tidak adanya dugaan ,cubaan dan neraka .Mungkin dialah orang yang saya tidak ingin temui lagi.Dan kita dijadikan Allah perlukan kasih sayang dalam hidup ini.

Setelah itu,suami saya kata,yang dia sudah mendapat pekerjaan,dan sementara waktu ini,dia minta saya tinggal dahulu di rumah orang tua saya dan dia di rumah mertua saya sementara dia belum cukup modal untuk tinggal bersama saya.Dan suami saya katakan yang dia ingin mulakan hidup baru bersama saya.Saya terimanya dengan ikhlas walau di hati masih ragu-ragu takut berulang semula apa yang pernah terjadi.Saya pulang kerumah orang tua saya,dan saya berhubung dengan suami saya melalui sms sahaja.Terasa seperti mula bercinta dulu-dulu,rasa sayang,rasa rindu,sungguh susah nak diungkapkan.

Pakar,

Nak dijadikan cerita ,selepas beberapa hari saya bertemu semula dengan suami saya,datanglah kerumah saya sepasang suami isteri mencari saya,saya agak fobia dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini.Saya tak berminat untuk bertemu dengan pasangan suami isteri tersebut,tiga hari berturut-turut pasangan suami isteri itu datang ke rumah orang tua saya,akhirnya saya akur,dan saya katakan yang saya tidak pernah kenal dengan mereka.Tetapi,mereka meluahkan hajat mereka untuk berjumpa saya,rupa-rupanya arwah anak mereka adalah kawan rapat saya suatu masa dahulu.Dan semasa anak mereka menghampiri ajal,anak mereka ada mengatakan sejumlah hutang yang perlu di bayar pada saya kalau dia meninggal.Allah lebih mengasihi anak mereka,dan mereka bertemu saya untuk membayar hutang anak mereka.

Perkara ini buat saya terdiam dan bertapa hebatnya kebasaran ALLAH,betul ayah cakap,ALLAH tak pernah menzalimi umatnya.Saya bersyukur sangat dalam ketiadaan,saya diberikan rezeki untuk menyambung semula hidup ini.Saya terima bayaran pasangan suami isteri itu.Saya menjadi bingung seketika,apa yang patut saya lakukan dengan duit-duit itu.Saya rujuk diri saya pada emak dan ayah,kerana saya terfikir,duit-duit ini wujud sebelum rumahtangga saya,jadi saya perlu rujuk dahulu kepada emak dan ayah,dan bimbang perkara lama terjadi semua.

Dengan duit itu,saya cari rumah sewa atas nasihat emak dan ayah,dengan duit itu saya beli kereta tunai atas nasihat emak dan ayah,dengan duit itu saya dapat langsaikan semua hutang piutang saya dengan manusia,dengan duit itu saya dapat bantu emak dan ayah,dengan duit itu dan atas nasihat ayah dan emak saya dapat langsaikan seluruh hutang suami saya di bank dan juga manusia.Kami berpindah ke rumah sewa kami dengan satu tekad,ingin mulakan hidup baru.

Setelah segalanya selesai,ada sedikit baki kami buat simpanan untuk rumahtangga kami,dan dalam masa yang sama saya ada juga ketepikan sejumlah simpanan sebagai simpanan kecemasan pada emak saya sekiranya terjadi sesuatu pada saya,saya masih ada simpanan untuk teruskan langkah dalam hidup ini.Dan perbelanjaan bulanan,kami gunakan duit gaji suami saya.Perubahan yang amat besar terjadi pada sikap suami saya begitu juga hidup saya,saya terasa seperti mengenali lelaki yang lain dalam hidup ini.Saya ingin mulakan hidup yang baru dengan harapan suami saya tidak mengulangi kesilapan lalunya.

Kisah suami saya bersama isteri pertamanya,sepanjang dia tinggalkan saya,dia pulang ke rumah isteri pertamanya untuk bertemu anak-anaknya dan isterinya,malangnya,suami saya dihalau dari rumah sana.Dan pada waktu yang sama,isterinya memohon cerai pada suami saya dan memperkenalkan kepada suami saya lelaki yang bakal dikahwininya setelah habis tempoh edah.Dan yang saya tahu,suami saya ceraikan isteri pertamanya dengan talak satu.Sekarang ini,suami saya memohon hak penjagaan anak pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah.

Pakar,

Saya berjanji akan jadi ibu tiri yang baik pada anak-anak tiri saya,dan semoga mereka membesar dan mengenali saya sebagai ibu tiri mereka yang selalu prihatin pada nasib mereka.Saya tahu tentang kisah ini semua bila satu malam suami saya luahkan segalanya pada saya.Saya simpati dengan nasib suami saya,semoga dia bahagia di samping saya,dan saya akan menjaga suami saya dengan penuh rasa sayang,ikhlas dan saya akan taat pada dia.

Kisah kes mahkamah saya pula,pengadu telah menarik semula kes di mahkamah,dan memohon maaf pada saya .Saya bersyukur pada ALLAH kerana masih menyebelahi saya,Selesailah satu masalah lagi dalam hidup saya.Dan yang terkini,ayah mahukan saya membantu saya mengendalikan semula perniagaan ayah yang tergendala separuh jalan dulu-dulu.Saya akan bantu ayah saya hingga ayah mampu tersenyum puas,dan pada emak saya,semoga ALLAH selalu lindungi emak apa jua keadaan emak dan selamat hidup emak dunia dan akhirat.

Pakar,

Setelah melalui segalanya yang teruk dalam hidup saya,saya jadi takut untuk mencepai kesenangan dan kemewahan,cukup memadai dengan hidup sederhana dalam hidup.Saya akan ingat selalu,ALLAH itu tidak pernah menzalimi umatnya kecuali kita sendiri yang menzalimi diri kita,kerana:-

  1. Semasa mengecapi zaman kesenangan,saya merupakan seorang anak yang bengis,mudah mengamuk,membidas kata-kata orang tua saya,ALLAH marah dengan sikap saya,hingga saya dapat suami yang bengis dan saya tidak mampu berkata-kata apa.
  2. Semasa mengecapi zaman kesenangan,saya akan habiskan masa terluang dengan kawan-kawan saya,pernah emak saya tinggal seorang dirumah,saya tinggalkan mak tidur keseorangan dan saya rela menemani kawan saya yang tinggal seorang dirumahnya.Kesannya,Allah marah dengan sikap buruk saya itu,kawan-kawan semua tinggalkan saya masa saya susah,hanya emak yang masih ada bersama doa dan airmata dia.
  3. Semasa mengecapi zaman kesenangan,saya ketepikan ayah sebagai wali,saya bernikah dengan suami saya di Thailand,atas alasan saya mengelakkan maksiat.Itu adalah salah,walau ayah tak marah dan nikah kan saya semula,saya tetap salah dalam hal itu pakar! sungguh-sungguh saya menyesal,saya minta ampun pada ayah dan emak,dan balasannya,susah sungguh saya nak rasa bahagia dalam rumahtanggan saya,dan suami saya mudah berubah hati.

Pada pembaca-pembaca budiman yang lain,ini bukannlah cerita rekaan,cerita drama di Astro atau TV3 atau TV2,ini adalah kisah benar,dengan nama ALLAH,inilah yang saya alami segalanya berpunca dari kesan kesilapan sikap saya.Dan saya temui ketenangan dalam hidup,bila saya menjadi seorang yang bersederhana dalam hidup,saya ubah sikap-sikap buruk saya,dan saya dapat rasakan semuanya berjalan dengan elok dalam hidup ini jika kita hidup mengikut aturan.


Maafkan saya dengan coretan hati saya ini,semoga dapat menjadi satu tauladan pada yang lainnya,dan saya doakan semoga insan-insan lain dapat hidup dengan sejahtera dan selamat….

Doakanlah saya sejahtera dan selamat hidup saya dunia dan akhirat…

Wassalam…..

-Hanis Zulaikha-

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

42 Comments to “Kisah Rumahtangga Tragis (Mesti Baca) – Part 2”


  1. syukur Alhamdulillah..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    fija Reply:

    ya allah kak,,,kisah akak ni sedih sgt,,buatkan air mata saya keluar masa baca luahan akak ni,,,dari part 1 smpi part 2…saya kagum,,,akak seorg yg tabah,,,moga keluarga,,n kehidupan akak sntiasa berada d bawah rahmatNYA..aminn……

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Ya Allah,sedihnya kisah ini,kisah paling sedih yang pernah saya baca,betapa murni kasih sayang ibu ayah hanis,semoga Allah memberikan kebahagian kepada hanis dunia dan akhirat,amiiiinnnn….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Alhamdulillah…Segala ujian allah puan hadapi dengan tabah dan redha dan itulah kemanisanya.Ada sesetengah manusia bila di uji Allah , semakin cetek imannya serta tidak meredhai perjalanan takdirnya malah semakin menyalahkan takdir.Sesungguhnya ,setiap ujian dariNya kerana DIA amat merindui umatnya yang jarang-jarang merenget pada nya memohon sesuatu DARINYA.Amin..semoga puan di tambah keberkatan dalam kehidupan dunia sementara ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. syukur alahamdulillah dengan kebahagiaan yang dikecapinya sekarang….teringat movie kat tv2 hari tu”ampunkan dosaku mak”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    4
  5. joyzieta says:

    alhmdulillh..berkat ksbrn,sgala mslh tlh dpt dselesaikn…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. hasniza says:

    Assalamulaikum….

    Coretan puan, membuatkan saya banyak muhasabah diri tentang diri saya pada masa lalu. Ini kerana, saya juga pernah menyakiti hati kedua ibubapa saya.Luahan daripada hati puan, membuatkan saya lagi mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, ALLAH SWT kerana setiap dugaan yang diberi oleh-NYA kerana inginkan hambanya kembali mengingati kembali kepada-NYA dan memperbetulkan akidah diri sendiri ke jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT. Walau apepun dugaan yang diberikan oleh-NYA kepada hambanya, bertujuan untuk mengangkat martabat keimanan diri setiap umat-NYA.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. joyzieta says:

    syukur alhmdulillh…semua mslh tlh dpt diatasi,berkat ksbrn + sifat x bputus asa anda.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. hamba Allah says:

    alhamdulillah…

    Assalamualaikum…

    Setelah membaca pengalaman puan ini. Ia membuatkan saya menjadi lebih kuat. Sy merupakan seorg ibu muda, dan pernah mengalami pengalaman yg buruk juga berkaitan masalah kewangan dan rumahtangga. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang… Allah buka pintu hati saya untuk berfikir semula wang ringgit bukan ukuran pada kebahagiaan…

    Kepada puan, tahniah kerana telah berjaya mengharungi dugaan ini dengan lindungan dr Allah s.w.t. Saya doakan puan bahagia dunia dan akhirat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. syukur alhamdulillah…..”segala puji bagi Allah yang berhak dipuji adlh Allah”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. saya terkesima membaca coretan ini….betapa Maha Pengasih dan Penyayang Nya Allah terhadap kite sebagai hambaNya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. mohdradi says:

    Salam….
    Alhamdulillah puan da jumpa satu sinar baru dlm hidup puan…Semoga puan lebih cekal menghadapi dugaan yang mendatang..Perkahwinan mengajar kita mencari sesuatu kesempurnaan tp masih dlm konsep kesederhanaan..Percaya la puan Suami yang baik hanya untuk isteri yang baik..Itu janji ALLAH SWT pada umatnya…amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Syukur Alhamdulillah…kak tumpang gembira ….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Subahanallah..amin berkat sbr hanis, semuga bahgia dunia n akhirat. Sesungguhnya Allah maha penyayang lagi maha mengasihani.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    jamilah Reply:

    Berulang kali aku membacanya, rasa tak puas dan nak baca dan baca lagi. ALLAH sayang kamu, ALLAH sayang kita…. Ya ALLAH

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. jamilah says:

    Betapa sedih sekali aku membacanya. Berulang kali aku membacanya. Sungguh, aku tidak jemu. Ini adalah pengajaran buat kita semua. ALLAH sayang kamu, ALLAH sayang kita….Ya ALLAH

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. alhamdulillah puan..segala aper yg berlaku..pasti ade hikmahnya…(cepat atau lmbt jaer)…syukur ya allah..moga puan makin diberkati dan dirahmati…..segala yg berlaku..mesti ade sebab dan akibat……tahniah puan…..moga menjadi anak yg solehah…isteri yang solehah dan ibu yang solehah…saya doakan puan dr jauh…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. kisah ini memberi kesedaran kepada diri saya dalam mengharungi kehidupan. semoga hidup kita akan diberkati oleh ALLAH di dunia & akhirat. amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. Syukur alhamdulillah dengan rahmat dan petunjuk dari allah. semoga kita semua mendapat hidayahnya. semoga Puan akan berjaya membina mahligai yang diimpikan. InsyaAllah. Walau siapapun kita, jangan lupa memohon dan bersyukur selalu pada Allah yang Esa. Wallahualam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. Suka membaca says:

    bila sy membaca kisah ni…ada 2 benda yg bermain dlm minda…yg pertama adalah…kisah ini direka kerana semuanya merakamkn kebaikan dan menunjukkan penulis adalah mangsa keadaan dlm kisah ini…. menguatkan rasa hati sy apabila membaca ayat yg mana penulis menyatakan perkahwinan ini direstui oleh isteri pertama…klu direstui kenapa perlu berkahwin disempadan? tidakkah itu sgt mengelirukan?

    Kemungkinan yg ke-2 adalah kisah ini benar dan benar-benar wujud manusia yg berhutang dgn banyaknya sehinggakan selepas kematian beliau..ibubapa tampil membayar jumlah hutang tersebut dgn cash….alangkah kayanya manusia di bumi malaysia ini… beli kereta cash…bayar hutang2 diri sendiri dan juga hutang suami… Allahuakbar….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    mysm Reply:

    betul…terlalu byk keraguan dlm ‘kisah benar’ ini…
    apa2 pun,yg baik kita jadikan teladan…

    webmaster: commentluv plugin needs updating! :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mysm,
    OK baik, malam nanti saya update plugin tu.
    Sorry for any inconveniences caused.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. Kecapilah rezeki yang allah turunkan pada umatnya dengan rasa bersyukur..

    Latest Entry: Free Latest Infomation

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Salam, sedih sy baca kisah puan.. Besarnya dugaan yg allah berikan, alhamdulillah puan dapat menghadapi cabaran dan dugaan Allah dengan tenang.. Kalau sy di tempat puan rasanya saya tak sekuat itu untuk hadapi dugaan.. Cerita puan memberi kesedaran pada saya supaya berbuat baik pada semua org terutama pada ibu bapa.. sy juga berdosa pd kedua ibu bapa sy kerana berkahwin tanpa pengetahuan mereka… Menyesal kerana membelakangi mereka tp apakan daya sy insan kerdil, sudah terlambat untuk berpatah semula.. walaupun mereka maaf kan sy, sy tau mereka tetap kecewa dgn tindakan sy… Pada semua jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan tauladan.. Utamakan keluarga dalam semua perkara.. Allah itu maha adil, setiap perkara yg berlaku mesti ada hikmahnya.

    Puan, Semoga Allah merahmati dan melindungi keluarga puan insyaallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. Tok Ibu Nia says:

    Alhamdulillah…daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali, walau dalam apa jua keadaan pun. Kita sebagai hamba Allah, hendaklah sentiasa ingat kepadaNya dan juga segala perintahnya.
    Walauapa pun saya juga juga kagum dengan ketabahan dan kekuatan yang puan ada untuk mengharungi kehidupan ini.
    Semoga puan berbahagia dengan kehidupan ini dunia dan akhirat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. salam,
    kisah puan ni mmg tragis. mengalir air mata sy membacanya. namun, syukurlah Allah itu maha pengampun dan maha pengurnia. sbg hambaNya kita harus sentiasa ingat kepadaNya dalam senang dan susah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. alhamdulillah syukur……berkat ksabaran puan.Mmg besar ganjaran sabar di sisi ALLAH SWT.Segala2nya atas kuasa dan kehendak ALLAH YANG MAHA KUASA..sy tumpang gembira… moga puan bahagia dgn kehidupan sekarang…dan menjadi isteri solehah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    23
  24. ctmaliha says:

    alhamdulillah… moga bahagia selalu, jika selalu ingatkan ALLAH, ALLAH juga akan ingat pada kita.. yakinlah pada kuasa ALLAH..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    24
  25. muslimah says:

    Saya mendapat kekuatan setelah membaca kisah puan. Betapa hebat dugaan yang puan lalaui, akhirnya Allah menghadiahkan sebuah kebahagian yang tidak bertepi. Sesungguhnya setiap ujian Allah ada hikmahnya. Puan seorang yang sangat penyabar. InsyaAllah kisah puan ini menjadi semangat pada saya untuk lalui dugaan dalam hidup ini. Semoga hidup Puan sekeluarga dilimpahi rahmat Illahi selamanya. Ameen..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. sejak sy membaca kisah puan dari part satu dan part dua ntah knp sy xdpt menahan air mata.sy dpt rasakan keikhlasan puan yg lahir dari hati yg tulus. kdg2 teringin sgt nak bersemuka dgn insan yg bernama HANIS ZULAIKHA ni.
    smg puan bahagia d samping suami dan anak yg d lahirkan kelak. selagi hayat masih ada gunakan sepenuhnya utk mencari keredhaan Allah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26
  27. Antoo Kak Limah says:

    Slm,
    Sy pun 2nd wife,biase la mane de istri pertama nak restu hubungan kita walaupun kita nak buat secara jujur,tp kadangkala terpaksa nekad sebb nak mengelakkn sesuatu yg lebih berdosa..smpai skrg istri pertama masih x dpt menerima sy,bukan kata istri pertama je,abis semua kaum kerabat sblh suami & madu sy bencikan sy..sy faham.mungkin jika sy ditmpat dia pun sy akn mcm dia gak…coretan akak ni sekurang2nya boleh bgtahu pada semua ISTERI PERTAMA ..bahawa TAK SEMUA ISTERI KEDUA TU JAHAT!!!
    Apa yg berlaku dlm hubungan suami istri tu,hanya tuan punyer badan sj yg tahu…x boleh nak menilai org dr luar…sy berpegang pada satu perkara…
    “”Bila Allah tidak mmberikn apa yg kita mahu harini,ketahuilah..Allah sebenarnye telah sediakan sesuatu yang lebih baik utk kita di masa depan..InsyAllah..Hanya lambat @ cepat shj””
    Manusia bebila boleh berubah…terletak pd diri sendri utk tentukn mahu lebih baik @ lebih jahat…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    27
  28. Alhamdullillah, sungguh terharu dn terpaku seketika mmbaca kisah yg penuh tragis ini..amat memberi pngajaran kpd para istri yg mudah trngadah apabile diberi sdikit ujian trmasuklah diri sy sndiri…apapun syukur padaNYA,kerana akhirnya mngurniakan kbahagiaan hakiki buat anda..sungguh janji ALLAH itu BENAR…DIA MAHA memuliakan dan menghinakan kepada sesiapa yg dikehendakiNYA..Teruslah mnjadi isteri yg diteladani…aminnn

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    28
  29. oya nak tambah, mgkin anda terlalu disayangi Allah sehinggakan memberi ujian yg sangat hebat ini kerana tahu akan kemampuan anda mghadapinya…bergembiralah wahai teman, sungguh dari kesengsaraan dn penderitaanmu itu akan terhapus segala dosa2mu sehingga kelak dikau pergi menghadapNYA tanpa ada sedikit pun dosa…itulah HIKMAH Allah kepada orang2 yg sabar…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    29
  30. Muhammad Farid says:

    salam…

    subhanallah.. kisah puan ni mmg menyentuh hati saya.. mmg sayu..
    dan saya ucapkan tahniah kpd puan kerana berjaya melalui dugaan dgn redha dan kesabaran, Allah bersama dgn org2 yg sabar. semoga Allah merahmati puan dan seisi keluarga…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    30
  31. shanani says:

    salam,

    satu kisah yang memberi teladan dan pengajaran,,,,,disebalik musibah ada nikmat yang tersembunyi,,,,intipati semuanye adalah “kesabaran’,,,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    31
  32. salam..
    kisah yg penuh dgn pengajaran dan teladan. sedih membacanya…
    sesungguhnya , Allah Maha adil. semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya. semangat dan kesabaran Puan menjadi pedoman utk mereka yg masih mentah dalam asam garam rumahtangga.. , syukur dan terharu membaca pengakhiran cerita yg menuju ke arah kebahagian..
    ALHAMDULILLAH…
    semoga mimpi2 ngeri terkubur selamanya menjadi lipatan sejarah , yg hanya tinggal sejarah …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    katy Reply:

    @suzana,

    Betul tu suzana,semoga mimpi ngeri hanis dan keluarganya hanya tinggal sejarah dan jangan berulang lagi….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    suzana Reply:

    @katy,

    yuppp.. aminnnn …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    32
  33. membaca kisah saudari mambuatkan saya menginsafi diri dan mensyukuri apa yang saya ada sekarang. Semoga Allah terus menyinari kehidupan saudari pada hari yang akan datang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    33
  34. Alhamdulillah….sesungguhnya Allah itu maha adil, maha pengampun dan maha penyayang. Rahmat Allah itu sgt luas dan tidak terbatas kepada hamba yg berpaut padaNya…insyaallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    34
  35. assalammualaikum….cerita kak hanis benar2 membuka pemikiran saya untuk mengharungi hidup ini dengan tabah…saya tidaklah sekuat dan setabah akak…saya juga berharap agar jika diizinkan akak dapat memberi bimbingan kepada saya…..jika kak hanis baca msg saya ini tlg email saya…liana_aulad@yahoo.com
    saya benar2 inginkan bimbingan….sekian wassalam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    35
  36. Alhamdulillah…kak hanis mndapat rahmat Allah stelah bersabar dgn segala dugaan yg berlaku tnpa mengeluh…benar..Allah maha besar..Allah maha adil…Allah tidak akan mnzalimi hambaNya walau sedikit pun…bahkn segala ujian yg dtg kdangkala salah satu bentuk kasih syg dri Allah…sungguh byk pengajaran dlm crita yg kak hanis kongsikan…

    bt semua pmbaca…marilah kita ambil pengajaran dri kisah kak hanis…tidak kira apa jua bentuk dugaan yg dtg pda kita…kesabaran serta iringan doa adalah sgt penting….dri kesabaran kita itulah Allah berikan kebaikan pada kita hingga ke akhirnya…InsyaAllah….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    36


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11