Kisah isteri hendak berlaku curang… (Mesti Baca)

Share

Saya tidak pasti, adakah cerita di bawah ini merupakan cerita benar atau rekaan semata-mata? Namun, ada mesej pengajaran yang sangat penting dan wajib diberi perhatian serius oleh kita semua. Terutamanya yang sudah berumahtangga.

Bacalah dan ambil pengajaran daripadanya.

Kantoi isteri hendak berlaku curang!

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak).

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.

Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke CC (Cyber Cafe) berhampiran rumah kami. Di sana, aku cuba mendapatkan isteriku
melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.

Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku
menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu
isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.

Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam. Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju.

Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan
temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.

Gambar sekadar hiasan...

Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.

Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.

Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam…….aku pun menghidupkan lampu. Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat,menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan… Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu
begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yang sangat-sangat malang.

Adakah aku dayus kerana tidak melepaskannya?

Apa-apapun, pengajarannya ialah ; Jangan sesekali memberani kan diri anda untuk membuat sesuatu hubungan sulit #######!!!?? ? !!!! dan jangan melayari chatting!!! Dan jangan berbalas email!!! Dan jangan bermain SMS!!! dengan lelaki lain (selain suami anda). Nanti buruk padah dan akibatnya. Seperti pepatah Melayu, jangan bermain api, nanti membakar diri. Ingat, dosa berzina (bagi yang dah kahwin ialah REJAM SAMPAI MATI). Tidak takutkah anda pada ancaman Allah Ta’ala itu??

Saya pelik, kenapa akhir-akhir ini perempuan sekarang ini menjadi lebih berani dari lelaki? Apakah itu tandanya kiamat telah sangat hampir?

-Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah-

Sumber : Faizal Mohamed
(4162)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

59 thoughts on “Kisah isteri hendak berlaku curang… (Mesti Baca)

  1. Astaghfirullahalazim…..kisah yg hmpir sbegini juge prnh sye bce,tp x smpi naik ke bilik hotel.Bg sye,pe pun pbuatn kite,ddahului dgn niat.Jike mmbuat sst dgn niat x baik,akn dpt pmblsn yg x baik juga.Ada kbaikn chatting,walau pun tdpt juga kburukannya.Semuanya tpulang pada diri kite sndiri.Nasihat pada suami sbegini,beri peluang pd isteri,krna kite x layak mhukum sseorg jk mrk bnr2 insaf.Jk sbaliknya,anda bhak mceraikannya.wallahualam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @joyzieta, beri peluang ada baiknya juga sebagai pengajaran bagi menghukum si isteri..

    gunakan it sebaiknya tapi bukan pada ke arah keruntuhan rumahtangga..dll hal keburukan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. insaflah sebelum terlambat..sebagai isteri jgnlah kita sesekali berniat utk menduakan suami.dosa nya amat berat dan x tertanggung di azab Allah nanti..nauzubillah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. nauzubillah…subhanallah wabihamdih subhanallahilazimm… rabbanafirlana zunubana.. allahuakbar..lailahaillallah…dunia nak kiamat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. kesiannya si suami tuu..dpt istri gitu. nauzubillah..mtk di jauhkn.now ni mmg byk crite2 gini, dunia dh akhir zaman.smoge kita yg baca nih ambik iktibar dr kisah si suami itu..apa2 pun, bg sy si suami dh ambik lngkh yg btul,siasat trperinci sikap buruk istri dia tuh.. wallahua’lam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Nasihat saya kepada si suami, bimbinglah isteri anda ke jalan yang lurus dan jangan biarkan dia terus hanyut. Anda telah melakukan perkara yang betul dengan tidak mengambil tindakan yang terburu-buru.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @nora, benar tu..pujuk dan komunikasilah baik nasihat ingatkan dia pada Tuhan selalu.semoga hatinya akan lembut hendaknya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Sedihnye ): Kesian awak . Harap awak bersabar banyakbanyak . Dekatkan diri dengan Allah , dan . kalau boleh , carilah pengganti yang lebih baik .

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. cerita yang hebat byk pengajaran….tidak ada yang mustahil….kesimpulan wanita itu layak ke neraka….minta dijauhi..Allah jangan tertimpa pada kita sendiri… kasihan lelaki itu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 1. tahniah kerana telah berjaya memerangkap isteri dgn cara yg sgt licik.
    2. sedih, kerana anda mendapat isteri yg ‘berani’
    3. walau apa pn cubalah selesaikan masalah tersebut dgn baik. jika segala ikhtiar telah dilakukan, namun tiada perubahan, berpisah adalah jalan terbaik.
    4. lelaki yg baik u

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @melur, mahliga di bina untuk mendapat pahala..jika perpisahn di pinta tu mungkin satu keputusan yang memeritka..

    klu blh elakan penceraian sebab ia mampu menggegarka Arasy Allah ..huuu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  9. 1. memang terkilan dan sedih baca kisah anda tu
    2. tahniah kerana dpt memerangkap isteri dgn cara yg agak licik
    3. fikirkan jalan penyelesaian terbaik.
    4. jgn bimbang, lelaki yg baik memang utk perempuan yg baik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @melur, benarlah seperti yang dikata kebanyakan pengkomen disini..huhu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Astaghfirullahalazim….
    Saudara dah minta isteri taubat nasuha ke belum???
    Adakah dia menunjukkan keinsaffan???
    Jika tidak, elok saudara buat istikharah…minta petunjuk dari Allah swt
    Jika tidak sesia je saudara masuk neraka kerana menjadi dayus. Nauzubillah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ain, neraka..itulah yang di geruni oleh setiap insan…

    tersalah jalan pulanglah kembali ke pangkal jalan sebab Tuhan itu maha pengamun akan setiap kekilafan uamt-umatnya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. Perghhhh…
    Sungguh bodoh perempuan itu…
    Nafsu didahulukan,,,
    klu aku tengok muka suamipun rasa malu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Dr Ezam, kena bersungguhn mohon maaf pada suami..sampi suami maafkan..klu tidak nerakalah temat didiami..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. isteri tu gatal sangat agaknya… tak cukup satu. walaupun dia bersama suamainya ketika itu, apakah hukumnya?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @noraini, godaan dunia..amukan it..salah guna makan diri..

    pandangan suri hukumnya berdosa. taubatlah segera selagi pintu sedang terbuka luas..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. bukan gatal tu tapi nk test market lps kawin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @dewi, bala betu tuh huhu buatnya kena sakit sipilis..hiv hooo…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    siti nor aziah mihat Reply:

    saya jugak hairan dengan perlakuan para wanita ini… ntah apa lagi yang di cari dalam sesebuah perkahwinan… memang banyak sangat kes sebegini… bukan saja saya dapat dari it malah kat sekeliling saya juga ada rakan2 wanita yang sebegini… dah letih beri nasihat tapi kot telinga mereka tu setebal kulit gajah koottttttttttt….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. salam..ya banyak isteri skang yg cuba test market…alangkah bagusnya kalau saya blh jadi isteri seperti tu…tetapi sy masih lagi isteri yg tidak pernah curang kpd suami…kadang2 terpikir juga nak buat perangai kerana suami sy tak pernah setia dgn saya tetapi sy tak pernah skali pun membuat perangai…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yana Reply:

    tindakan sdare tu btl tp klu sdare still syg dye, sdare kne lbh tegal n bmbing dye supaya btaubat. klu x, sia2 je sdare wat strategi licik tu. mb dye akn gelabah jap je than akn wat balik…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    dewi Reply:

    @Nasya,

    kita berdua serupa….wlaupun kita ni kategori hot market….takut blsan Allah….suami still affair dgn xgf dia yg berstatus isteri org

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Nasya Reply:

    @dewi,
    itulah lelaki….yg halal ada nak yg haram jugak….kadang2 pmpuan nie pun menyakitkan hati gak…dah tahu suami org dia nak jugak….anyway alhamdulillah…sbb kita masih lagi menjadi isteri yg setia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. tindakan sedara btl…tp sedara kne lbh tegas lg n bimbing istri supaya btaubat…klu x, x guna strategi licik tu dijalankan…mb dye akn gelabah jap je….than akn wat balik..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @yana, kembalilah pasa agama kita semula..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. Ya Allah…
    Peliharalah kami khasnya isteri-isteri agar setia pada suami kerana godaan dunia begitu hebat..

    Jadikanlah kami seorang isteri penyejuk dan penenang pada suami kami..
    Jadikanlah kami seorang isteri pemberi semangat agar suami kami berjuang di dunia MU untuk memperolehi kebahagian abadi di SYURGAMU..
    Amin…

    Keampunan MU terhadap seseorang isteri yang telah berlaku curang itu akan meramaikan kaum hawa di Surga Mu.
    Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada isteri-ister yang pernah melakukan kesalahan seperti ini..

    Jadilah kita sebagai seorang saudara yang dapat membantunya dan bukan menghukumnya.. Kerana yang lebih layak ialah Allah SWT.. AmpunanNya luas dan apabila Dia memberikan hidayahNya tak kira siapa hata kepada seorang pelacur sekali pun.. Insya’Allah.. akan menjadi seorang wanita SOLEHAH..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @nang, ulasan dan permintaan yang mendalam.. :)

    isteri baik, patuh pada suami dan agama itulah pilihan yang bakal masuk ke syurga nnti

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. ….iya mmg betul hanya Allah shj yg boleh menghukumnya..ttpi cara dia memang betul2 memalukan kaum Hawa….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nasya, tahu tak apa..patutnya isteri mohon maaf pada suaminya.selagi hati suami tak tenteran selagi itu isterinya berdosa..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. napa lah xpuas dgn sorang suami..tamaknya pempuan ni..yg kite ni ank dra tlajak pn pdai kwal nfsu jgk.. hindari zina!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @aimi, jika iman nipis..tiada pegangan yang kuat..terpengaruh maka begitulah jadinya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. Assalamulaikum,

    Para sang suami, sesungguhnya istri adalah tanggujawabmu..tetapi sekiranya nafkah zahir & batin tidak dilaksanakan mengikut suruhan Allah, maka lalai lah si istri. Bahtera perkahwinan dinahkoda oleh si suami..memang dalam kes ini, si istri amatlah berdosa kerana curangkan suami, tetapi si suami harus merenung kembali apakah yang “tercicir” semasa membimbing si istri?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

  20. MasyaAllah…ni la padahnya kalau slh mnggunakan teknologi..kalau nafsu menguasai akal..nasib baik curang kpd suami sendiri…kalau dgn org lain, x ke haru..pd suami isteri sekelian…jlnkan tnggungjwb yg d amanahkan kpdmu dgn sebaik2nya..jika setiap mereka tahu akan peranan mereka dlm rmhtngga yg d bina..InsyaAllah x kan jd ketelanjuran sebegini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. apa pendapat korang kalau perempuan yang bakal menjadi isteri korang, telah mengaku dengan bakal suami nya yang dia telah berzina lebih dari belasan orang….??..sekarang dia tidak melakukannya lagi….dengan di bawah bimbingan org yg mmpu mmbentuknya sbagai isteri yang soleh..,dia tidak lagi melakukan….malah mahu bertaubat…amin…apa pendapat kamu semua??….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. Byk perkara perlu direnungi oleh kedua pasangan sebelum keadaan ni blaku..mungkinkah datang dari si isteri @ si suami. suami sbgai ketua keluarga perlu bijak dlm mengendali rumah tangga dan isi2nya,..isteri dan anak terutamanya. jika cukup makan pkai sekalipun, @ berlebihan, tak menjamin kebahgiaan rumahtangga jika isteri tidak mndpt kpuasan dlm phubungan suami isteri. Bagi saya, ketelusan hati yang penting. Suami mesti byk btanya isteri adakah dia bahagia dengannya dan isteri jgn malu2 utk nyatakan samada puas @ tidak. sentiasa bereksperimentasi dgn psgn masing2 dan sentiasa ingin nmpk menarik di mata pasangan sprti masa bcinta dulu, itu yg menyemarakkan rs cinta pada jiwa masing2…kemudian sentiasa bterus-terang dan menerima komen dengan tenang dan berazam utk berubah demi cinta pd pasangn kita..Contohnya gaya rambut yang lebih 10 tahun tak btukar, tidak salah utk ubah demi kpuasan pasangan, gaya bpakaian yang sama juga perlu berubah. Suara mcm halilintar mrhkan anak2, cuba berazam untuk ubah supaya suami dengar pun senang dek kelembutan kita…percaya @ tidak pasangan akan lebih hormat jika kita (terutamanya isteri) melayan @ marahkan anak2 dgn suara yang lemah lembut bukan dgn amarah…bygkan dgn kemarahan, hilang sifat2 feminin dalam diri seorang wanita. Jika isteri dalam keadaan hadas besar (haid) tak bermakna suami perlu menjauhi secara total..Berkasih sayang, berpelukan, berciuman tidak salah…ibarat isyarat awal pada sang isteri/suami supaya bersedia kelak isteri sudah suci..Hadiahi juga pasangan dgn hadiah2 suprise mengikut hari yg tertentu (harijadi memg wajib, ulanhtahun perkahwinan juga) @ tidak perlu mengikut hari2 tertentu. Kejutkan pasangan dgn hadiah di bawah bantal @ mengikut kreativiti dan nyatakan bahawa anda juga perlukan kejutan sprti itu. Seseorang perlu mulakannya, dan Insyaallah, pasangan yang dungu pun akan terikut2 habit kita jika slalu zahirkan dan nyatakan..Hmmm bayangkan jika semakin lama kita berumahtangga, semakin bosan pula jika tidak diubah mana yang patut pada diri sendiri…Iya kan, umur pun semakin banyak..takkan nak surrender pada masa, jika tidak sendiri yang rugi..Percaya atau tidak…jika pasangan berubah hati @ buat hal, mesti ada perkara pada diri yang pada matanya yang kurang..tanyakan..dan ubahlah demi keutuhan rumahtangga anda berdua..jadilah orang lain jika itu yang terbaik untuk dia dan anda..Kita tak rugi apa2, malah untung kedua2 nya dapat….Sekarang anda faham apa yang saya cuba sampaikan? Perkara2 kecil dalam rumahtangga yang selalu anda lupakan/remehkan…sebenarnya inilah yang selalu anda terlepas pandang…Cubalah dan lihatlah hasilnya…mesti nekad dan kuat semangat terutama di awalan percubaan..Buat selalu dan lama2 akan jadi habit..bILA dah jadi habit, tak lah sesukar mana…bila ia sudah menjadi sebahagian dari diri anda…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    leena Reply:

    @isteri bahagia, saya setuju dengan pandangan isteri bahagia. jangan salahkan isteri 100% bila isteri tega berlaku curang. muhasabah diri sendiri apa yang tidak kena dengan anda sehinggakan isteri anda boleh berbuat begitu. ada suami yang sangka beliau terlalu baik tetapi lupa yang beliau telah abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami yang sebenar. beliau lupa bahawa beliau telah gagal menjadi seorang suami yang baik. jika seorang suami itu mendidik dan membimbing isterinya dengan baik mengikut ajaran agama, tentu perkara seperti ini tidak berlaku. tanya diri anda sendiri jika isteri boleh rasa hatinya kosong walaupun ada suami. jika anda sayang isteri, tunjukkan kasih sayang anda…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

  23. hahaha….best giler citer nie…bule buat carekarama tv3 nie….bg kesedaran kt pompuan2 kt luar sane…yg dh kawin dan blum kawin….supaya bersedia dgn byk idea,kalo takmo kantoi ngan suami….hahahha…..moral of story bukan laki2 je yg makan luar,pompuan pn same je……hahahaha…….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. Assalaamu Alaikum
    Segala ketentuan dtg dr Allah.
    Segala kekuatan adalah milikNya.
    Segala kelemahan adalah dr kite.

    Islam diasaskan dgn iman.
    Manakala ruamtangga dgn saling percaya mempercayai.
    Begitulah besarnya nilai ini dlm r/tangga.
    Ianya suatu yang mengambil masa yang lama utk dibentuk.
    Tapi amat mudah hancur.

    Jika isteri tidak mamasak, membasuh pakaian, mengemas rumah itu tak mengape.
    Jika isteri tidak menutup aurat kuat membebel, itu boleh dididik.
    Sebab itu semua tidak melibatkan soal kesetian.

    Atas sebab ape sekali pun, isteri yg baik tak akan tergamak buat sedemikian.

    Jika isteri boleh melakukan perbuatan seperti itu..
    Ape lagi nilai yg tinggal sebagai seorang isteri.

    Berat telinga mendengar, berat lagi bahu memikul.
    Isteri yg selama ini kite kenal..
    Tiba2 dia menjadi begitu asing sekali dlm hidup kite.
    Tibe2 kite tak kenal siape dia.

    Walau pun isteri dah menunjukkan keinsafan..
    Itu antara dia dgn Allah.
    Kite sebagai insan yg lemah, mampukah kite teruskan hidup dgn dia.
    Masih adakah lagi kepercayaan, keserasian.

    Allah jadikan kite berpasang-pasangan supaya kite bahagia, tenang..
    Jika itu semua masih ade, teruskanlah dengan dia.
    Jika tidak, eloklah berpisah, cari jalan masing2,
    Semoga tiada siapa yg derita.

    Segala yg benar datang dr Allah.
    Segala yg salah adalah dtg dari sy sendiri.
    Mudah-muhan dengan dugaan ini
    Dapat kite dapat lebih mendekatkan diri dgnNya
    Amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. Biasa lah adik..kalo kita dah puaskan beri makan atas bawah..nafsu keiblisan dia lak puas puas…. tak ingat kan dirie jugak..tak tau lah den ..pompuan bisa (bukan semua pompuan) kalu cantik sikit..di impit pulak oleh si batang,..raso diri dah ek ek ek selalu..lupai daratan…nak pula yang lebeh dari kito belagak nyo tak terkiro..dio raso saham nyo tinggi..maso di kerabat dek jalang jalang…casanova.

    Aku faham akei perasaei adik..amat terguris nyo perasei mu..di kalbu perit mait ..raso di guris dek pisau blade..laksano kaco terhempas ke batu..dunio nie tak bermakno lagie masoo tu..bersabor lah adik..sripts perjalanei hidup mu doh bagitu.

    Bagemano puin sudut lain lak..keadaei pompuan nie dok sebatie bagitu dalei jidup jiwo dio..impian script perjalanei wayang kulit nyo.

    Ado jugak berkeadaei gitiu sobab pasangei nyo maien kayu tigo-medua kei nyo-makei atas bawah tak mencukupi,keadeiei pergaulan sekitarei,nafsu keshaitanan..raso gah dengei paras rupo yang menarik.. canggih lak dari segi pengetahuan pendapatei pangkat mengastasie kito…tambah lak yeing selalu di himpit oleh si jantan hidung belang

    Selok elok betina macam nie, main puas puas pakei bulu mato kucing-ball bearing, bior dio merangkak..baru lego..bilo dia merayu (pastie belaku) nok nok kembali dikemudian harie ..tondang jerr..tampa pengampunei..maaf bahaso kasar…wallauallam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. salam kepada rakan2 semua….nak tanya sesuatu ada kah benar dalam mimpi ku itu isteri ku telah berzina dengan orang lain masa aku tak ada di rumah….tolong beri petunjuk yg benar ya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam