Masalah sukar hamil, apa penyelesaiannya?

Share

Saya dapati semakin ramai pasangan berkahwin yang sukar untuk mendapat anak.

Saya ada menerima banyak email dari pembaca blog ini yang meminta supaya berkongsi mengenai petua dan panduan bagaimana untuk mendapatkan anak. Justeru, banyak juga artikel di blog ini yang menerangkan tentang petua-petua, panduan-panduan, teknik dan tips-tips berkenaan perkara tersebut.

Malah, terdapat 2 ebook khusus telah ditulis oleh 2 rakan saya mengenai Panduan Senang Hamil dan Rahsia Mudah Hamil. Kedua-dua ebook ini membicarakan mengenai perihal permasalahan sukar mengandung dan panduan bagaimanana untuk mendapatkan anak. Saya ada membuat sedikit komen mengenai 2 ebook tersebut di sini.

Ada ramai juga pembaca blog ini yang menghantar email meminta saya berkongsi pengalaman mengenai cara bagaimana saya berusaha untuk  mendapatkan anak pertama. Saya juga sebenarnya hanya berjaya mendapat anak setelah 3 tahun menunggu dan berusaha tanpa jemu.

Apa yang boleh saya katakan kepada mereka yang mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan anak ialah, ANDA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERPUTUS ASA berusaha untuk mendapatkan anak.

Saya faham perasaan anda kerana saya juga pun dulu, 3 tahun menunggu dan berharap. Tapi saya tak pernah putus asa dan tak pernah berhenti berharap. Dan akhirnya, Alhamdulillah Allah telah kurniakan kepada kami anak yang comel yang lahir pada 21 Mei 2010 yang lepas.

PakarHowTo Junior

PakarHowTo Junior --> "Muhammad Nayyif Aasir"

Ramai yang bertanya, APA RAHSIA nya?

Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini, saya TIADA APA-APA RAHSIA pun untuk itu. Cuma, seperti yang saya katakan tadi, ANDA TAK BOLEH BERPUTUS ASA DALAM BERUSAHA.

Persoalannya, BAGAIMANA UNT UK BERUSAHA?

Untuk berusaha, ANDA MESTILAH MEMPUNYAI ILMU dulu. Anda perlu cari seberapa banyak info dan ilmu mengenai persoalan mendapatkan anak ni. Dan anda mesti cuba amal apa yang anda tahu.

Macam saya dulu, saya beli banyak buku panduan, ebook dan membaca banyak majalah dan artikel. Dan saya akan cuba praktik mana-mana ilmu, petua, panduan yang saya tahu, disamping tidak pernah lekang untuk berdoa bermohon pada yang Maha Esa agar dikurniakan anak.

Itu yang saya buat. Dan Alhamdulillah usaha saya berbaloi. Allah telah tunaikan hajat saya dan isteri.

Itu sedikit luahan perasaan saya berkenaan permasalahan sukar mendapat anak ni.

Adapun, tujuan post kali ini ditulis ialah ingin mewar-warkan kepada anda semua bahawa, seorang rakan saya iaitu Saudara Hafiz Wasa telah menulis sebuah ebook panduan kesuburan untuk lelaki.

Saya telah pun membaca ebook tersebut. Saya dapati ianya sangat baik dan saya rasa semua pasangan yang mempunyai kesukaran mendapatkan anak perlu mendapatkan ebook ini. Ingat, ILMU ITU SANGAT PENTING. Anda mesti berilmu dulu barulah boleh berusaha dengan betul.

Tahukah anda bahawa untuk mendapat anak, adalah sangat penting kesuburan lelaki berada pada tahap yang optimum.

Keabnormalan atau kekurangan sperma yang dihasilkan oleh pasangan lelaki akan memberikan salah satu faktor kepada kegagalan anda untuk menimang cahaya mata.

Saya dapati ramai lelaki diluar sana kurang mengambil berat mengenai kesihatan kesuburan mereka. Apabila berlaku kesukaran untuk memperolehi zuriat, mulalah pasangan wanita mereka yang akan dipersalahkan.

Sebenarnya, apabila berlaku kes masalah, kesuburan kedua-dua belah pihak perlu diselidiki. Dalam kebanyakan buku yang ada dipasaran hanya menyatakan bagaimana kaum wanita dapat mengesan waktu subur mereka. Tetapi untuk lelaki, saya tidak pernah menjumpai buku yang menerangkan perkara ini.

Jadi, saya ucap tahniah kepada rakan saya Saudara Hafiz Wasa kerana telah berusaha menghasilkan Ebook – Panduan Muktamad Kesuburan Lelaki!

Beliau telah mendedahkan bagaimana setiap lelaki dapat mengesan kesuburan mereka secara privasi dalam rumah mereka. Beliau juga mendedahkan 12 perkara yang menyumbang kepada ketidaksuburan lelaki.

InsyaAllah, nanti bila saya ada masa, saya akan berikan ulasan dan komen terperinci mengenai isi kandungan ebook tersebut.

Sekian.

(647)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

3 thoughts on “Masalah sukar hamil, apa penyelesaiannya?

  1. Salam Akhi. Sesungguhnya hati ingin sekali datang ke rumah tengok baby yang comel ni. Bila cerita bab kehamilan ni pada pandangan saya bukan hanya perlu dilihat pada aspek kesihatan batin sahaja. Banyak faktor lain yang perlu dilihat.

    Allah pun tak berikan rezeki pada kita jika si suami dan isteri belum lagi bersedia untuk terima kehadiran anak. Naluri keibuan dan kebapaan perlu tinggi sebelum menimang anak.

    Faktor-faktor lain seperti suami isteri stres, kerja tak ikut masa, kurang berdoa perlu dilihat juga. Pada saya buat suami isteri baru berkahwin janganlah fikir untuk rancang dapat anak dahulu sebab Allah nak bagi rezeki di luar pemikiran kita. Rancang anak bila anak dah ramai atau kehidupan terlalu mendesak sahaja. Jika selain dari itu rasanya tak perlu rancang sebab implikasinya bahaya juga.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Motivasi Kerja,
    Benar tu syeikh.
    Setuju 100%.

    p/s- Meh la datang rumah, minum teh + borak2.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam….sy dh bli ebook yg dicakapkan tu.Insyallah akan dijadikan panduan utk mendpt zuriat.mg terdpt byk panduan & ilmu yg berguna.sblm ini pn ada jugak bli ebook drpd (psgan suami istri jugak tp dh x ingat nama)..skrg dpt email berguna drpd Fatina Aziz apa yg patut dibuat.mmg btol, ilmu perlu ada selain doa & usaha.saya cuma melakukan sebaik mungkin utk kebahagiaan bersama.Mudah-mudahan Allah perkenankan hasrat saya & suami.Insyallah……

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam