Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Putus cinta – Kenapa begini nasibku?

February 07, 2011 By: PakarHowTo Category: Luahan Hati, Pakwe Makwe

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Pertamanya, saya nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pengunjung blog ini.

Dah lebih seminggu saya tak update blog ini. Sebab saya bercuti selama seminggu sejak Sabtu minggu lepas.

Di kampung (Baling), tak ada internet. Kalau nak main internet kena keluar ke bandar. Tu yang leceh tu.

Apa-apa pun, mulai hari ini, saya akan aktif kembali. InsyaAllah lepas ini saya akan cuba update blog setiap hari.

Harap dapat sokongan daripada anda semua.

Baiklah, untuk hari ini, saya kongsikan 1 masalah cinta yang dihantar oleh seorang pembaca blog ini kepada saya tempohari.

Kalau anda ada apa-apa komen atau pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah tu yer. Terima kasih ;)

Putus cinta – Kenapa begini nasibku?

Salam..

Saya telah bercinta hampir 5tahun dengan seorang lelaki yang dikenali secara kebetulan. Dia mendapat no telefon Saya melalui seseorang. Peringkat awal percintaan memanglah indah.

Namun panas tidak berpanjangan. Terlalu banyak dugaan dan onak dalam percintaan kami. Antaranya bekas kekasih yang dianggap adik sering menganggu dirinya. Saya telah mengundurkan diri demi memberi laluan kepada perempuan tersebut yang sangat cintakan dirinya. Namun dia berkali-kali menyatakan pada saya wanita tersebut hanyalah adik. Wanita tersebut pernah curang dan kini dia telah ada saya, wanita yang dia cari selama ini. Saya menerima dirinya kembali kerana perasaan cinta telah berbunga waktu itu.

Bukan setakat itu dugaan percintaan kami, gangguan dari anak saudaranya yang meminati saya turut membawa pelbagai bencana di dalam hubungan kami. Kami hampir putuskan hubungan kerana tindakan anak saudaranya yang diluar dugaan. Terlalu banyak untuk saya corertkan di sini.

Hampir 4 tahun hubungan kami tidak dimeterai dengan ikatan yang sah. Dia tidak pernah berunjung ke rumah untuk bertemu keluarga saya. Malahan sepanjang perkenalan, hanya beberapa kali kami bertemu di KL. Tidak pernah dia memperkenalkan saya kepada keluarganya. Hati saya seringkali dilanda duka dan kecewa dengan sikap tidak bersungguhnya.

Saya benar-benar pertahankan hubungan ini walau dugaan yang melanda sangat hebat. Paling tidak dapat saya lupakan sewaktu dia ditangkap basah dengan pekerjanya. Saat itu kami telah merancang untuk bersatu. Saya dikhabarkan dia telah dikhianati oleh wanita tersebut. Saya sudah tidak mampu berfikir dengan waras saat itu. Saya dapat rasakan dunia sudah kelam. Bagaimana untuk saya lalui hari-hari ni dengan bebanan yang terlalu berat untuk dipikul. Hari-hari saya dihiasi dengan air mata. Namun kerana cinta yang terlalu mendalam Saya tetap menantinya sehinggalah dia sah bercerai dengan wanita tersebut.

Saya tidak bertanya samaada benar itu satu sabotaj atau memang dia juga sukakan wanita tersebut. Saya tidak mampu untuk fikirkan banyak perkara saat itu. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya.

Dia masih mengungapkan kata cinta kepada saya selepas kes tersebut selesai. Namun sikapnya berubah. Dia tidak lagi menghubungi saya seperti biasa. Saya masih memberi kekuatan padanya untuk teruskan hidup. Saya tetap berusaha untuk selamatkan hubungan kami. Saya terlalu cintakan dirinya. Saya luahkan kesangupan saya untuk hidup bersama denganya kerana saya telah melalui onak duri yang sangat bahaya sepanjang bercinta denganya. Saya tidak mahu sia-siakan masa yang telah kami habiskan bersama.

Tapi akhirnya segala usaha saya sia-sia jua. Kali terakhir saya bertanya padanya hanya kata putus yang saya dapat. Dia rela lepaskan saya pergi. Tangisan saya usah dikira masa tu. Saya tertanya-tanya sendiri kenapa dia perlakukan saya begitu. Setelah segala keukaran yang saya lalui selama ini.

Saya terpaksa pergi jua. Saya cuba teruskan hidup seperti biasa. seolah-olah tiada kelukaan di jiwa. Saya tukar no hp dan padam no hp dia dan juga keluarganya. Saya harus kuat dan tabah lalui segalanya. Hidup saya kembali sunyi tapi sekarang lebih tenang. Tidak saya nafikan bukan mudah untuk saya lupakan dirinya. Dia tetap hadir di dalam mimpi saya.

Kuasa Allah mmg hebat. Siapa sangka dia mencari saya semula. Diringkaskan cerita dia mendapat no baru saya melalui seseorang yang mengenali saya. Namun saya sudah tidak mahu lagi diganggu olehnya. Saya menangis kerana dia datang kembali. Walau saya masih sayang tapi saya tidak sanggup melalui kelukaan buat kali kedua.

Namun, fikir punya fikir, akhirnya saya terima dirinya kembali dengan harapan dia akan berubah dan kami ada peluang untuk hidup bersama. Kali ini hubungan kami lebih baik berbanding dulu. Dia sedikit berubah dari segi pertuturan. Rancangan untuk hidup bersama semakin hampir namun sikap tidak bersungguh dia buat saya rasa kecewa kembali.

Telah saya nyatakan padanya saya hanya akan tunggu dia sehingga hujung tahun 2010. Sudah hampir 5 tahun bercinta rasanya sudah sampai masanya untuk tamatkan dengan ikatan yang sah.

Rancangan tidak menjadi juga kerana keluarganya kemalangan. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran tersebut. Saya lanjutkan lagi tempoh tersebut pada tahun ini. Tapi selepas kejadian tersebut dia terus berubah sikap. Dia jarang hubungi saya. Dia seolah-olah ingin menjahui diri.

Saya teringat kisah dulu bagaimana dia biarkan saya bermain teka teki dengan sikap dia. Tanggal 19 Jan dia ucapkan kata putus. Selepas kami berchatting melalui facebook. Tidak saya sangka sama sekali kerana dia memberikan alasan untuk putuskan hubungan ialah kerana saya telah berchatting dengan seorang pelajar lelaki.

Pada saat itu juga saya mengambil keputusan tutup akaun FB Saya. Saya merasakan tidak wajar sama sekali tindakan dia. Dia lukakan saya kali kedua.

Keluarganya cuba menyatukan kami semula. Dia perlukan tempoh untuk berfikir. Selepas 3 hari keputusanya tidak berubah. Dia tetap putuskan hubungan. Dia tidak dapat menerima kerjaya saya sebagai guru katanya. Dia tidak mahu ada seorang pun lelaki dalam hidup saya.

Telah berkali-kali saya nyatakan pada dia, hanya dia seorang lelaki yang saya cintai dalam hidup saya, selebihya adalah sekadar teman sekerja. Saya telah buntu dan akhirnya saya menerima kata putus dia tanpa kerelaan.

Sangat tidak wajar alasan yang diberikan pada saya selepas hampir 5 tahun bercinta. Dia sepatutnya sudah arif dengan kerja saya. Mana mungkin saya dapat menerimanya kali kedua dia putuskan hubungan. Dia yang datang cari saya kemudian dia yang putuskan hubungan.

Saat ini hati saya menangis pilu. Kenapa lelaki yang sangat saya cintai lakukan begini pada saya? Tidak cukupkah kebaikan yang saya beri selama ini? Kenapa saya dilukai lelaki yang sama? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Saya tidak mampu terima semua ini…

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

32 Comments to “Putus cinta – Kenapa begini nasibku?”


  1. sabar lah, kerana ini semua dugaan dari Nya.. dahulu saya juga pernah ditinggalkan setelah 10 tahun menjalinkan hubungan cinta.. gelap sungguh dunia rasanya.. tapi tuhan lebih teliti perancangannya.. selepas 6 bln saya sendiri, akhirnya tuhan hadirkan saya lelaki sebagai teman hidup saya.. sebulan saja kami berkenalan, dia telah melamar saya.. kini tuhan telah kurniakan cahaya mata sulung buat kami.. dunia gelap selepas ditinggalkan kekasih yang dicintai selama 10 tahun, kini sudah dapat saya lupakan.. kerana dia bukan jodoh saya.. sedalam mana pun cinta, sekiranya bukan jodoh, tak akan bersama juga.. tapi yakinlah, tuhan akan mengkurniakan pengganti yang lebih baik dari kekasih saudari tu.. yakinlah pada tuhan.. kerana segalanya dalam aturanNya jua..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sue Reply:

    @hani,

    KADANG 2 TERLINTAS JUGAK FIKIRAN NI..ADA BAIKNYA HIDUP BEGINI YANG SINGLE.. TUNAIKAN TANGGUNGJWAB PADA IBU DAN AYAH YANG MASIH LAGI ADA..BESAR JUGA PAHALANYA..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. istikharah, minta petunjuk

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. seharusnya,teman lelaki saudari,brfikiran lebih terbuka dlm prhubungan slagi tidk melanggr batas2 dlm agama…memang sikap kbnyakn mnusia,leka n lalai…x blajar dr ksilapan n pngalaman…x reti nk menghargai apa yg dh ada d ‘tangan’,dh terlepas bru nk mnyesali….lebih baik sesal skarng,dr sesal kemudian hri…saudari bru brcinta,blum lg melayari bahtera perkahwinan….bgaimana jika saudari dh brkahwin,n suami masih brsikap demikian,pasti akan karam bahtera d lautan….so,fikir2kn la…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. awatlah teman laki dia macam teruk sangat aih…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    4
  5. aaaa leer sunyik la pakarhowto bercuti…apa2 pun pada yang pengirim masalah ni banyak-banyak la buat istikharah minta petunjuk..tapi kalau saya dah cari lain da…belum kawen da bermasalah cemane?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. smpai ati die..kenapa laki cmtu eh? bkn senang nk ade org syg sepenuh ati..bile ade pun tk dihargai..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    atie Reply:

    @siti,
    btul3..knapa ada psangn tu bila dapat pasangan setia,dia wat hal…tp bila pasangan tu sebaliknya….dia lak setia..ya allah…tabahkanla hatiku ini jua…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. sabarlh..mnusie sntiase dduga dlm hidup ini.X usah kenang lg llaki yg bnyk mmbwa mslh cmtu,jodoh ada utk sume insan…pertingkatkna keimanan pd ALLH..usha,insya ALLH..semuanya akn baik2 aja.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Ada hikmah setiap apa pun kejadian yg menimpa kita,redha je…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. APA JUA YANG BERLAKU TENTU ADA HIKMAHNYA…LELAKI SEBEGITU SEPATUTNYA LEBIH MENGHARAGAI WANITA YANG BEGITU SETIA PADANYA, SANGGUP BERHADAPAN APA SAHAJA DEMI CINTANYA.. TAPI BEGITULAH CINTA MANUSIA, SELAMANYA BUKAN ABADI DAN KEKAL, WALAUPUN LAUTAN API SANGGUP DIREDAH TAPI AKHIRNYA KEKECEWAAN JUGA YANG DAPAT.. TAPI DALAM SITUASI YANG KITA LALUI SEBENARNYA PENGAJARAN DAN IKTIBAR YANG PASTI YANG KITA AKAN DAPAT..ITULAH ILMU YANG ALLAH INGIN BERIKAN KEPADA KITA.. APA PUN CINTA PADA ALLAH YANG KEKAL BAHAGIA DAN ABADI.. BUAT PENGIRIM, TABAH DAN SABARLAH MENGHADAPINYA…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. tinggal kn je lelaki camtu..buat bazir air mata jer..peluang hanya sekali..klu dh dua kali pn masih x hargai x kn nk bagi peluang ke tiga lak?? pasni klu dia cari lagi x yah layan..klu dia betul2 dh berubah bukti kn kesungguhan dia,pasti kn dia benar2 dh berubah bukan hanya seketika..cuba kaji setiap kebenara kata2 dia, kenali rakan2 terdekat dan keluarga dia untuk mengenali dan memahami dia luar dan dalam takut2 dia ada masalah mental sbb tu sekejab ok..sekejab x ok.. jgn terpedaya sekali lagi!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    wo shi seha Reply:

    @GLaM,

    setuju… tegas kan diri sendiri untuk menolak dia. jgn terlalu lembut tuk laki macam ni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    mcmtu eh…ayuh kawan2,be strong n tough….!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. mungkin dia bkn jodoh awak..buat istikharah…cari org lain…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. lupakan jelah lelaki mcm tuh.sy jgk pernah dikecewakan oleh lelaki yg sudah pun berjanji utk melamar sy menjadi suri hidupnya dulu.pelbagai rintangan juga dh kami tempuhi bersama,cinta pertama mmg susah nk sy lupakan dulu tapi Alhamdulillah,setelah berdoa hampir setiap kali sy teringatkan ex-bf,sy telah dpt padamkan perasaan dan hampir setiap memori bersamanya.

    Pedih…HATI DAN JIWA MEMANG SGT PEDIH dikecewakan kerana CINTA.
    Tapi bersabar la,kerana setiap ketentuan Allah itu ada hikmah yg besar disebaliknya..cuma kita perlu bukakan deria utk menyedarinya.
    Bersyukur la apabila lelaki tersebut belum melamar anda,kerana lelaki yg tidak bertanggungjwb sepertinya hanya akan membuatkan anda menangis sepanjang hidup anda.

    Pandanglah ke depan,masih ramai jejaka-jejaka yang mungkin jauh lebih baik drp dirinya..
    Tabahkan diri,Good luck!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. memang payah lelaki sekarang…bersabar banyak2..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. cinta cinta cinta!!! cinta zaman modern kena berhati hati permianan silat pasangan,terutama orang lelaki.mereka madu dan juga racun dalam kes di atas.lemah kerana aura cintanya sahaja tidak cukup.apakah selama itu anda hanya melayan perasaan dengan aura cintanya sahaja.sudah tentu anda perlu juga buat selidik pasal siapa dia,perangai dia, kesukaan dia, kebencian dia,bukan belaian kata kata cinta dia sahaja didengar.5 tahun memang terlalu lama utk anda membuat keputusan.anda juga tidak tegas dengan keputusan,mana tidaknya anda telah diputuskan sampai 2 kali.ada kemungkinan pasangan anda itu sedikit tidak cun dalam berfikir.ada baik hubungan diputuskan daripada mengikatkan tali perkahwinan dan jika keadaan seperti itu terjadi anda tentulah bertambah parah jadinya.sekarang bila sudah kembali tenang kerna telah sembuh daripada trauma cinta,anda banyakkan solat dan bertaubat serta berdoa moga kebahagiaan akan hadir dalam hati dan kehidupan anda.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    jamilah Reply:

    Bersabarlah mungkin Allah nak beri yang lebih baik. Saya juga pernah melalui nya, memang pedih hanya Allah saja yang tahu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    syifatulnaim Reply:

    @jamilah,
    betul tue Allah uji sbb saudari mampu..maka bermunajatlah kepadaNya sebanyak2 mungkin kerana hanya cinta kasih syg Allah yg kekal abadi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. gila punye lelaki tgal kn je..tlalu sygkn Allah mgtasi sgala2nya wt pe sygkn mnusia lelaki yg xguna gtu…buang ms, merosak jiwa n emosi sndri ..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. kl0 mmg sdh bkn jodoh ntra saudari dgn mantan saudari itu mka tnnglkn sja lh dea wl0p0n pda hkkat nya sgt pdh utk mlupakn owg yg sgt ktk cnta…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. sungguh pedih kisah saudari..
    benarlah.. cinta itu buta..
    xpe laaa.. lepaskan je dia.. memang amik masa yg lama utk get over him… mmg sgt sukar.. tp, life must go on.. nak x nak.. kita kena b’jalan ke hadapan jugak.. walaupun sukar utk terima kenyataan.. sukar utk lupakan kepedihan n kesakitan, insya Allah.. kita akan b’temu sinar bahagia juga.. sandarkan cinta kita kepada Allah, Rasul, diri sendiri n juga keluarga… sayangilah dri sdri dulu.. itu lebih penting drpd menyayangi lelaki..

    saya m’doakan kebahagiaan saudari di dunia dan akhirat.. =)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. sabar jela..

    mgkn bukan jodoh saudari dgn lelaki tu..
    mgkn dia bkn yg terbaik….
    Tuhan Maha Mengetahui apa yg kita tdak ketahui …
    Marilah kita sandarkan cinta pd Tuhan yg Esa..
    Sayangi diri kita, hati kita dan keluarga kita sebelum kita menyayang orang lain…

    saya doakan sadari akan bertemu jodoh yg baik. amin…
    doa org teraniaya akan termakbul…
    berdoalah, mintalah ketenangan drNya…
    Semoga dipermudahkan segala urusan…amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. saya pn mengalaminya kot…..
    kkdg sy rasa prasaan sy da ok..tp kkdng perasaan sy x ok…tahla..smpi bila…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Saya rasa dia mgkin BUKAN jodoh awak..jodoh dia dan jodoh awk mungkin ditakdirkan tuhan dgn org lain..mane kita tau? so buat ape nak kejar2 dan frust menonggeng lagi..yg pergi biarkan pergi.. Walau hebat mcmana pun cinta kita kat seseorg tu tapi kalau dah bukan jodoh kita, tetap tak kan jadi2 jgk..
    Tetapi jika Allah dah mmg tentukan jodoh awak dgn dia..tetap jugak korang akan berjumpa dan kahwin gak satu masa nanti..tidak mustahil jadi mcm kes Prince Charles kat England tuh..hehe
    Apapun selagi kita org Islam, Rukun Iman tetap kena yakin dan percaya betul2..rukun iman no.6 kata apa?..percaya kepada qada’ dan qadar (nasib dan takdir yang tuhan tentukan utk kita)..setelah byk usaha, pujukan dan harapan yg awak dah buat, The best thing to do ialah tenang, bina semangat awak kembali dan “terima je apa yg tuhan telah tentukan”..Hidup harus diteruskan dlm keadaan baik dan mengikut peraturan..Kena ingat kes mcm awak bkn awk sorang je hadapi dlm dunia ni, ada yg lebih teruk lagi..so you are not alone..ramai lagi org yg sayang kat awak, hanya mungkin awak je yg tidak menyedarinya..gud luck!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. MCM si*l ..laki mcm nie pon wjub dlm dunia ni…klw ak dpt gurl yg setia mcm nie..ak akn jga elok2..ni smpai 2,3 kali wat hal p ke jdah..gurl tu pon 1 hal…senang sngt pcaya kt laki tuhhh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. sedey biler org yg kiter syg bt hal.. tak hargai kiter.. aku melalui perkara yg sama.. now dah putus..sumtimes im ok..sumtimes im not.. but i learn a lot dr dugaan ini.. but mmg sgt pedih untuk dilalui..terasa sunyi.. but my mumm awiz said enjoy ur life now…upgrade urself.. just go wit the flow..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. komen2 yg bernas…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    23
  24. sabarlah saudari..dalam kasihan, saya tetap kagumi saudari..
    sikap lembut hati untuk memaafkannya walaupun acap kali dia menyakiti hati saudari..jika saya letakkan diri saya di tempat saudari, mungkin saya tak setabah saudari..bagi saya, ada insan yang lebih baik yang Allah takdirkan untuk menemani kehidupan saudari.Dan tiap kejadian itu, pasti ada hikmahnya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    24
  25. sya lelaki, tpi di tinggalkan..
    sama saja lelaki mahupun prempuan, hati berbeza2…
    kami hmpir nk dirikan rumahtngga. tpi dia ubah fikiran di saat akhir.. skrng dia dh ada lelaki yg lain.. ntah la brapa lama dia akan bertahan dgn laki trsebut..
    stahu saya, pmpuan yg dh dinodai, mmg sukar diterima utk dijadikan isteri… saya pn x faham sgt dgn fikiran dia yg amat singkat itu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. sy dapat rasakan kepedihan hati saudari…sy juga dilukakan untuk sekian lama..kecurangannya yang blaku di depan mata, sy masih snggup terima dan bsabar 2 tahun lamanya. dia xmenunjukkan kesungguhannya untuk memiliki sy…sangat berbeza layanannya bbanding dengan teman curangnya. sy juga tpksa menutup fb kerana terlalu sakit melihat kemesraan mereka, gambar, luahan mcm2 lagi…
    sehingga pmpuan tsebut cuba pisahkan kami..sy tetap bsabar dan terima dia kembali..sy juga bingung keinginannya nak siapa sebenarnya..tapi sy tetap rasakan pmpn tsebut jadi pilihan hatinya kelak..sy cuma minta dia bterus terang dan jujur katakan yg sebenarnya bukan dia semakin lukakan hati sy biarkan masalah ini blarutan..
    sy ingin akhiri ini semua sy tak kisah lagi jika semua pengorbanan sy selama 2tahun ini sia2… sy xsanggup merana dan harus fikir ttg masa depan…
    daripada sy terus merana mgharap sesuatu yang xpasti..sy cuma bharap mereka bdua akan sedar dan merasa penderitaan sy 2 kali ganda sakitnya.
    jadi saudari kuatkan hati..fikir ke depan lelaki busuk hati bgitu mmg patut ditinggalkan dan syukur anda tlepas dari dia..
    mmg payah lupakn dia tp kena kuatkan hati.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26

1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Putus cinta - Kenapa begini nasibku? | Blog PakarHowTo 04 03 11

Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11