Keluarga sendiri atau adik-beradik,mana yang lebih utama?

Share

Belajar Buat Blog Sendiri Dengan Mudah!

Semalam, saya ada menerima satu email yang panjang dari salah seorang ‘rakan cyber’ saya (bertaraf ‘akak’ kepada saya). Beliau melontarkan satu permasalah yang sukar untuk saya jawab. Begini ceritanya.

Menurut beliau, beliau ada satu masalah, iaitu keluarga suami beliau sering meminta wang untuk berbagai2 sebab. Pada setiap bulan suami beliau memang sering memberikan wang kepada mak, ayah dan adiknya yang masih belajar.

Masalahnya, bukan itu saja, keluarga suaminya juga selalu meminta pertolongan untuk keperluan2 yang lain juga, yang beliau rasakan itu tidak patut. Malah, barangan lain juga contohnya kereta pun ditinggalkan di kampung suami beliau untuk kegunaan keluarga suami beliau.

Keluarga Bahagia

Kawan saya tu sebenarnya bukanlah kedekut atau berkira sangat sebenarnya. Dia faham, suaminya juga ada tanggungjawab terhadap keluarga mak ayah dan adik beradiknya.

Tapi apa yang merisaukan kawan saya tu ialah, kalau semua perkara nak dirujuk kepada suami dan minta bantuan suami beliau jer, macammana diorang nak kumpul utk hari tua diorang? Begitulah luahannya.

Jadi apa pendapat anda dengan masalah kawan saya ni? Antara keluarga sendiri dan keluarga adik beradik, yang mana satukah anda lebih utamakan? Apa jalan penyelesaiannya kepada masalah ini? Apa pandangan anda? (2101)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

55 thoughts on “Keluarga sendiri atau adik-beradik,mana yang lebih utama?

  1. Ini pendapat saya…

    Pertama,
    ingin saya ingatkan bahawa,
    kita sebenarnya tak perlulah risaukan sangat pasal rezeki ni.
    Jangan tensen, jangan tertekan sangat.
    Sebab yang memberi REZEKI tu adalah ALLAH ta’ala.
    Rezeki masing2 ALLAH dah tetapkan.

    Kedua, kita kena yakin bahawa,
    kalau kita pemurah dengan orang lain,
    ALLAH pasti akan lebih pemurah dengan kita.
    Kita bagi seringgit pada orang,
    ALLAH akan beri 10 kali ganda
    malah berkali2 ganda lebih banyak pada kita nanti.
    Yakinlah.

    Ketiga,
    pasal perbuatan suami akak tu,
    dari satu segi, saya memang setuju dengan akak,
    manakala dari segi yang lain,
    saya faham tindakan suami akak tu.
    adapun, pada saya, apa2pun kenalah BALANCE!!
    kena la SEIMBANG!!
    suami akak perlu bijak dalam meletakkan PRIORITY /
    KEUTAMAAN.

    Memang tak salah nak bantu keluarga mak bapa…
    atau adik beradiknya.
    tetapi janganlah pula sampai mengabaikan keluarga sendiri pula…
    suami jangan la lupa dia ada isteri dan anak2 sendiri yang perlu dijaga.
    sepatutnya yang lebih utama dan pertama dulu ialah ISTERI DAN ANAK2.
    Kalau dah selesai yang tu, barulah pada adik beradik.

    entahla…perkara ini kompleks sebenarnya.
    ia bergantung kepada kebijaksanaan suami akak dalam menentukannya.

    pada saya, jalan terbaik ialah KENA BERBINCANG
    dan BERMESYUARAT…
    akak kena duduk dengan suami…
    berbincang elok2…tulus ikhlas dari hati ke hati…
    luahkan perasaan akak dengan rendah diri…
    dan suami akak pun kena la terangkan hasrat dan perancangannya…
    masing2 kena bersikap terbuka…
    masing2 kena lah bertolak ansur..

    entahla kak ooii…
    benda ni, memang senang jer nak cakap…
    tapi nak buat….punya la susah…
    kita kena BERBINCANG…kita kena BERMESYUARAT…
    waahhh wahh…cakap memang senang….kan?
    tapi nak praktik?
    hanya ALLAH jer yang tahu….
    betapa susah dan sukarnya…

    Saya pun kak….kadang2….
    susah juga nak duduk berbincang dengan isteri…
    yer laaa…masing2 ada ego masing2…
    kadang2 sampai bertekak dan berperang mulut…
    akhirnya kata sepakat tak juga dapat.,….huhu

    tapi tulah….
    yang penting KITA KENA BERTOLAK ANSUR lah…

    saya pasti,
    SUAMI AKAK NAKKAN YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA DIA
    dan KELUARGA MAK AYAHNYA juga.
    akak pun begitu juga kan…
    AKAK PUN NAKKAN YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA AKAK SENDIRI kan?

    jadi, sebenarnya tiada jalan lain melainkan,
    BERBINCANG DAN BERTOLAK ANSUR.
    masing2 kena hormat antara satu sama lain.

    Ingat, pasti ada SATU PIHAK KENA BERALAH
    dan SATU PIHAK KENA BUAT PENGORBANAN.
    Ini tak dapat nak elak…

    kalau dua2 nak menang…dua2 ego….
    dua2 hanya pentingkan diri sendiri saja…maka SUSAHlah

    Ingat….
    MATLAMAT KITA IALAH UNTUK HIDUP BAHAGIA…DUNIA AKHIRAT.

    Masing2 kena tau tanggungjawab masing2.

    Masing2 kena sanggup berkorban untuk kebahagian hidup bersama…

    Saya harap akak bersabar dan banyakkan berdoa
    agar ALLAH murahkan rezeki keluarga akak.

    Ingatlah bahawa yang beri rezeki tu
    BUKAN SUAMI atau BUKAN ORANG LAIN…

    yang beri rezeki tu ialah ALLAH TA’ALA.

    Jadi, tenangkan hati, damaikan jiwa,
    banyakkan berdoa pada Allah supaya dimurah dan diberkatkan rezeki.

    moga hidup akak sekeluarga bahagia selamanya…amin.

    sekian, all the best….ceria2 selalu… :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Salam,
    Sebenarnya jawapan ada pada kawan saudara, cuma dia perlukan keberanian untuk bersuara atau membuat keputusan. Seelok-eloknya cari orang ketiga (yang dipercayai atau dihormati oleh suami) yang boleh sedarkan suami tentang tindakannya selama ini. Apa-apa pun biarlah seperti menarik rambut dalam tepung. Insyaallah selamat. T kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. Ini cerita yang biasa didengar…..

    Bagi saya……
    “Information and Communication is The Way To Succes”

    a)Sesungguhnya menjadi kewajipan anak lelaki membantu ibu bapanya bila memerlukan,meringankan beban kepada keperluan seharian.
    b)Membantu adik juga menjadi tanggungan si abang pabila ibubapa tiada pendapatan…..lebih lagi dalam keadaan sekarang….lagi lah perit.

    Kiranya sisuami tu sememangnya mampu dan pendapatanya tidak menjangkau kepada duit si akak tadi……saya rase tidak ngaper le membantu keluarga….tapi kalau sebaliknya…..saye rase x braper elok ler……takut takut nak buat pahala…..tapi lebih banyak dosa yang dapat……dah tak ikhlas……penat penat kerja,duit bagi kat orang…lain

    Ape pun untuk akak….saya sarankan,bersemuka dengan kedua ibu bapa bersama suami sekali….luahkan biarpun pahit….agar sama sama mendengar….agar dapat kata sepakat…..

    …..kerana akhirnya kebahagiaan keluarga itu atas hasil usaha diri kita sendiri…..orang lain hanya mampu melihat sahaja……di kejauhan….

    turu yok….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. bg sy,memg suami tnggjwbnye dgn mak n fmly nye tetp menjd tnggjwb nye wlupn dh berkwin..
    tp suami perlu pndai membahagi kn..
    suami kne adil dlm mengatur kehidpn dan tanggungjwb.akak bg la nasiht or ckp baik2 dgn suami akak,samarata or adil.rezeki kn leh cri,jgn isau…akak pn kne mengumpul gak…jgn hrpkn seblh pihak je..
    kne stnby dr skrg..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mak iti Reply:

    Seorang anak lelaki tgjwb kpd parent’s mmg wajib hg kehujung nyawa, w/pun dah bkeluarga, tp kalau kpd adik beradik ni…dahulukan isteri n anak2 kat umah dulu, klu ada lebeh blh la bantu tu pun klu diaorang x kawen lg, n suami bkemampuan, klu sumer refer kat suami tutama dr segi RM kalau aku pun naik hangin….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. hi kak, saya pun mengalami masalah yang sama kak, Saya baru je kahwin stahun setengah, jadi bila masalah macam nie timbul saya rasa tertekan. Kadang2 saya rasa tak dihargai suami saya.

    Suami saya ada ramai adik bradik, lelaki 4 perempuan 3, tapi sikit2 suami saya yang jadi tumpuan. Suami dan saya pun bekerja, bila mak bapa dia masuk hospital, suami saya kena jaga, tinggalkan saya kat rumah sorang2 sampai seminggu, tapi saya tak kisah la, yang penting suami sayangkan saya.

    Kak, kalau suami akak tu sayangkan akak, dan pandai bahagikan antara akak dan family dia, rasanya tak jadi masalah kak. jangan la akak kecik ati, saya faham sangat macam mana rasanya kak. Saya blajar la memahami dan berada dalam keadaan suami saya. Mungkin kasih sayang dia yang tak terhingga kepada family dia akan buat dia rasa dia perlu ada tanggungjawab.

    Kalau akak punya suami, bagi pinjam keta dia, tapi suami saya, bagi terus jer keta dia kat adik dia kak, saya makan hati tapi saya cuba nak faham. Asalkan dia sanggup bayar keta yang kami ada sekarang sama2 dengan saya.

    Pasal simpan duit untuk hari tua tu, saya setuju la kak, memang kurang sangat la..tapi mak saya selalu je pesan, bersabar dan pasti ada rezeki yang lebih dari itu di masa akan datang.

    Apapun kak, dalam hal nie kesabaran kita sebagai isteri amat diperlukan. Dan suami akak sangat memerlukan sokongan akak. Dia pun tertekan sebenarnya, cuma lelaki tak tunjukkan macam kita wanita nie.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Salam…

    Saya juga mempunyai seorang kawan lelaki seperti suami akak juge.Dia mempunyai abg2 lain tp hanya dia yg dihrpkan membantu keluarga.setiap bln,wangnya akan disalurkan ke keluarga shj sehingga diri sendiri&keluarga xcukup.

    Aper yang boleh saya katakan semuanya perlu seimbang.Jika kiter terlalu menumpakan keluarga sehinggakan isteri&anak2 terabai pun tak boleh.Dalam kehidupan berumahtangga,kiter mesti sentiasa berterus terang&berbincang.Pn perlu menyedarkan suami pn.Tp,mungkin dengan cara pn meminta kawan yang paling baik dgn suami pn untuk menasihatkannya sbb kadangkala bile si isteri memberi nasihat,si suami tak bleh terima.

    Apa pun yg paling penting suami dan keluarga suami pn perlu faham keadaan ini agar suami pn tidak akan rasa serba salah di kemudian hari..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam,
    hb saya selalu ckp kita kena sentiasa redha n bersyukur pada Allah, kalu kita berbuat demikian kita tak akan merungut apa yang berlaku. yang dalam kes akak ni suami akak kena adil. mmg la kita kena ada simpanan untuk masa depan kita n ank2, kalu itu ada buat akak, takpe jgn risau tapi kalu sebaliknye akak kena berbincang dgn suami akak akan masalah ni.
    apa2 pun akak kena sabar n tabah ye akan dugaan ni, mungkin ada rahmat disebalik kejadian.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Assalamualaikum,
    Masalah yang biasa berlaku kepada kebanyakan org yg dah berkahwin.Tangungjawab anak lelaki kepada kedua ibubapanya tidak akan putus…Apatah lagi kalau kedua ibubapa dah tua ,tidak bekerja lagi….wajiblah bantu dari segi kewangan…apatah lagi jika adik-beradiky ang lain pun susah juga..ada pulak adik yang masih bersekolah…Abang yang boleh dikatakan senang sikit pastilah mnjadi tempat untuk meminta pertolongan.
    Walaupun keluarga sendiri perlu diutamakan,janji kalau keperluan isteri,anak-anak tidak pernah diabaikan itu dah ok..lagipun isteri bekerja..tp yang tidak menjadi puashati isteri kerana isteri merasakan dia banyak mengeluarkan belanja juga….tapi belanja untuk anak-anak sendiri,dapur sendiri banyak pahalanya…janganlah terlalu berkira sangat.
    Tengoklah orang lain jauh lebih susah daripada keluarga kita,nak makan pun susah.sedangkan kita suami isteri bekerja.entahlah sebenarnya saya bercerita tentang keluarga saya sendiri…mak ayah saya dua2 sudah pencen tapi kini terpaksa memelihara 3 cucu yang masih bersekolah,iaitu anak kepada kakak saya,seorang ibu tunggal.kakak saya sendiri masih jaga 2 anak yang lain.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Assalamualaikum buat pn yg mengemukan masalah ini. Nani bersetuju dgn pendapat pakarhowto dan komen2 dari rakan-rakan.

    Bagi pendapat Nani, memang tak dapat dinafikan anak lelaki mempunyai tanggungjwb terhadap ibubapanya selagi ia bergelar anak. Tapi dalam kes pn ni keutamaan kepada kelurga sendiri harus diambil kira juga.

    Jangan disebabkan dulukan keluarga di pihak suami keluarga sendiri terabai.

    Perbincangan dari hati ke hati amatlah diperlukan bagi menangani masalah ini. Sekiranye pn memendam rasa tidak puas hati dgn tindakan suami pn..Nani khuatir hubungan suami isteri boleh tergugat.

    Apa yg penting pn ckp elok2 ngan suami pn, dan cuba fikir bersama cara terbaik bagi menghadapi situasi ni.

    Suami pn harus memainkan peranan dlm menjelaskan kedudukan kewangan klurga beliau kepada kedua orangtuanya. maksud Nani simpanan perlu ada demi masa depan keluarga sendiri, tak boleh 100% dari pihak suami pn saja. Adik bradek yg lain harus ada rasa tanggungjwb terhadap ibubapanya

    Dalam erti kata lain sama2 penting keluarga sendiri dan ibubapa, cuma bagi yg dah berkeluarga keutamaan harus diberi kepada keluarga sendiri kerana hanya diri sendiri sahaja yg tahu akan masalah keluarganya, org lain hanya dapat melihat.

    Setiap anak baik lelaki maupun perempuan ingin memberi sumbangan terbaik buat orangtuanya, yg penting mereka tidak diabaikan. Sebagai suami dia harus tahu pengorbanan seorang anak ada batasnya, sebelum dan selepas kawin adalah satu situasi yg berbeza.

    So, Nani harap pn banyak bersabar dan berdoa kepada Allah s.w.t agar mempermudahkan perjalanan hidup puan sekeluarga. Setiap kebaikan dan pengorbanan pn akan mendapat balasan daripada Allah s.w.t. suatu hari nanti. Kiranya kita berbuat baik kepada seseorang insyaAllah hidup kita akan diberkatiNya.

    Nani doakan agar rtangga pn bahagia dunia dan akhirat..Mudah2an…Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. tak salah membantu org yg lebih memerlukan…lebih2 klau lelaki tu anak sulong harapan keluarga,…bahkan satu tanggungjawab,..dok gitu,..wpun dh berkeluarga takkan nak tutup mata…jika mak+ayah , n adik beraik dlm kesusahan,..depend pada keadaan & situasi yg macm mana,..and then, kedua2 pihak kena tolak ansur rasanya,..jgn pihak keluarga membebankan anak plak…yg penting kita telah menjalankan tugas kita sbg anak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. salam…..pada pandangan saya mungkin suami akak tu serba salah.die seorang sumi dan juga seorang anak.die mungkin tak perasan dengan apa yg die dah buat…mungkin akak perlu sedarkan die tg die masih ada tanggungan lagi selain adik,ibu,dan ayahnya………
    ini sekadar pandangan daripada saya………
    wassalam…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. pd pendapat sya,dua-dua penting tapi setelah kita punya keluarga sendiri,itu faktor pertama yang perlu kita jaga.kedua adik beradik kita.Ini tak bermakna mereka tak penting,penting tapi kita seimbangkan..harap faham pe yang sya nak sampaikan..sya faham kadang-kadang saya juga mengalami situasi yang sama…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. salam..
    pd pndpt saya,benda nie mungkin terjadi disebabkan ketidaktegasan suami akak tu dlm menangani mslh nie..
    x salah kita menolong kuarga sendiri,tp berpada2..perlu tahu mana satu keperluan n mana satu kehendak..n yg ptg jgn abaikan kuarga sendiri..mgkn sebagai anak lelaki,suami akak tu tahu tggjwbnya bkn pd akak tu shj tp sebaliknya pada ibu bapa..sbb lelaki,syurganya terletak di bwh tpk kaki ibu..redha ibu,bhgialah dia..
    apapun,besar pahalanya sekiranya akak tu sabar dan redha..yakinlah rezeki yang Allah berikan berpadanan dengan usaha kita..dn org yang sabar nie sebenarnya byk ganjarannya..percayalah pada rezki yang Dia berikan..insyaallah mana tahu dengan izin Nya,Allah permudahkan akak tu n suaminya segala urusan di dunia dan di akhirat..insyaallah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. salam…pada pandangan saya lah..nk citer panjang xleh gak coz sy xpnah kawin lg. klo suami akak tu tidak tertekan n dpt handle kedua2 pihak(family n akak) rsnye xde masalah…yg jd masalah ialah rase tidak puas hati sket lah..biase lah org pompuan…sket sbanyak akan ade prasaan mcm tu.tp sbagai nasihat utk sy n akak…soal kesenangan family suami akak ,xsalah kiranya suami akak berlebihkan family sendri coz itu tanggungjawab die…ape2 hal bykkan komunikasi..bincang2…klo pendam2…lg trase hati…tanpa family, mak n ayah suami akak…xmungkin akak akan hidup bersama orang yg akak cinta…maybe ini ujian bagi akak dalam kehidupan umah tangga akak…klo hidup mewah tp xbahagia, baik hidup miskin tp bahagia..rsnye lbh baik difikir cara nk improve kan kebahagiaan akak n suami akak dr fikir rasa tidak puas hati…ok itu sahaja.maaf klo pendapat saya ini mengguris hati sesiapa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

  15. Salam semua,

    BismillahirRahmannir Rahiim…

    Semoga kita di dalam rahmat Allah dan semoga mendapat taufiq dan hidayah dariNYA,amiin..

    Setelah membaca dan menilai inti pati dari coretan kisah yg di lalui hamba allah ini, apa yg saya dapat lihat disini, keluarga sebelah suami telah mengambil kesempatan yg agak keterlaluan.

    Memang tidak salah jika menghulurkan bantuan kpd sesiapa terutama ahli keluarga baik sebelah suami ataupun isteri.

    Ada peribahasa melayu yg amat bermakna dan kesannya sangat mendalam yaitu ” Buat Baik Biarlah Berpada-pada”

    Kita memang di galakkan membantu tapi bantulah pada tahap di dalam kemampuan kita dan jangan sampai mengabaikan tanggung jawab kita terhadap keluarga sendiri dan ahli keluarga sebelah isteri.

    Disini, saya ingin sarankan supaya si isteri berbincang dgn suami beliau utk mencari jln supaya mereka dapat menolong semua pihak termasuk perbincangan mengenai wang simpanan utk keluarga mereka sendiri utk waktu susah atau sebagainya.

    Komunikasi memang sgt penting dalam apa jua perkara. Terapkan lah berbincang secara aman sekiranya timbul masalah.

    Mohonlah selalu kpd Allah utk memberi kesabaran dan di pertingkatan keimanan kerna setiap yg berlaku sesungguhnya Allah hendak menguji kita dan sekiranya kita sabar dan usaha menyelesaikan masalah ini dgn tenang dan sabar, insya’Allah ganjaran dari NYA amat besar….

    Segala yg salah dan silap dtg dari saya sendiri dan segala yg benar dtg dari Allah Subhanallahu Wata’aala.

    Wassalam
    Gadis Misteri

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. Salam.
    Pada saya rezeki tu di tangan tuhan. Kalau kita rasa mampu utk tolong keluarga @ adik beradik, kita berilah setakat yg mampu. Insya allah tak berkurang rezeki akak sekeluarga. Sekarang suami akak tolong keluarga & adik-beradik dia, satu hari nanti adik-beradik dia pulak yg tolong dia. Lagi satu, suami akak tu nanti akan dijadikan contoh oleh anak2 akak sebagai bapa yg bertanggungjawab pada ibubapa & adik-beradiknya. Insyaallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. Begitulah ragam dalam sesebuah rumahtangga ni, seribu satu macam ragam keluarga suami/isteri dan mentua. Ujian dari Allah tak akan pernah habis selagi kita hidup. Akak tu perlu banyak-banyak bersabar. Redha dalam semua tu akan jadi sedekah yang pasti balasannya pahala yang berlipat ganda. Semua tu ujian dari Allah. Semua tu dariNya … maka mengadulah padaNya juga. Mengadu dan berdoa agar semua dipermudahkan olehNya. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, dan sesungguhnya ujian Allah itu tidak akan membatasi kemampuan hambaNya. Allah Maha Mengetahui. Aduan serta doa yang ikhlas pasti akan didengar dan jalan penyelesaian pasti akan Allah tunjukkan… inshaallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. Salam dari saya,,untuk pengetahuan semua suami tu ketua keluarga,dia yang kena pastikan semua kelengkapan keluarga sendiri mencukupi terlebeh dahulu setiap bulan misal kata bil2 semua berbayar,duit rumah dah settle tiap bulan,bukan pe bila tertangguh bil2 akan bertambah jadi bulan depan jadi terlebih budget orang kata…jadi andai banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan…orang lelaki suka begitu bila ada duit suka beli benda lain dari bayar bil…orang pempuan tak suka mendahulukan apa2 yang tertangguh ada balance baru boleh shopping itu pun boleh beringat2 lagi,
    Disini saya nak kata jugalah keluarga suami pun jangan lah terlalu mengharapkan anak lelaki nya membantu segala2nya,tanpa memikirkan perasaan anak dan menantu…adat2 lah kalau pun nak mengharapkan bantuan,jangan semuanya…kalau tiap2 bulan anak dapat bagi duit tidak banyak sikit pun dah kira ok …jangan lah membebankan mereka,walaupun apa yang mak nak boleh dapat…
    kepada isteri tu banyak kan bersabar,andai dia bekerja kurang sikit rasa tekanan tu,tapi bagaimana pula isteri tu tidak kerja,saya rasa sungguh membebankan…silap2 boleh gaduh je…selalu rasa jauh hati…banyak2 lah mendekatkan diri dengan Tuhan,tenangkan hati kita dengan zikir…Insyaallah Allah akan melapangkan rezeki dan perjalanan hidup kita…memang saya tahu tidak semua beruntung tapi redolah itu cubaan dan dugaan hidup kita….Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. Salam sejahtera semua..

    Bila dah hidup berumahtangga,macam-macam dugaan..

    menjadi tanggungjawab suami untuk menyara 2 keluarga sekarang..keluarga suami + isteri serta anak-anak.

    1. Buat belanjawan ..
    contoh : Gaji suami RM 1500,
    cakap baik-baik dengan suami..baca doa pelembut hati dulu pastu baru cakap “abang wajib beri isteri dan anak2 nafkah zahir & batinkan..apa kata tiap2 bulan abang bagi kami separuh daripada pendapatan abang.” RM750 isteri ambil. lepastu suami yang kena fikir daripada baki gaji tadi berapa agak2 nak bagi pada keluarga ibu bapa adik2. kalau dia bagi 750 juga, suami dah tak ada duit nak pegi menge’teh’.

    2. Bila suami minta duit pada isteri, kalau tak ‘kritikal’, tak perlu bagi.masalah duit ni, macam2 boleh jadi.saya belajar dulu suami sekurang2nya bagi 10% hasil pendapatan pada keluarga ibu bapa sudah cukup.

    3. Ye, saya tau,lain orang, lain ragamnya.mungkin bila kita wujudkan sistem macam ni rasa tak adil.so untuk lebih adil,pendapatan suami bahagikan kepada beberapa bahagian kalau takde anak lagi bagi 3 bahagian kalau ada anak kita andaikan 1 anak ialah separuh daripada dewasa.
    Contoh: suami, isteri, 2 anak, ibubapa suami.
    Gaji daripada 1500 tadi bahagikan kepada 4 bahagian
    suami dpt 375, isteri 375 anak 2 orang 375 ibubapa suami 375 juga. duit anak 2 orang tu, biar isteri simpan masuk bank. guna untuk belajar je..adik2 suami, buat tak tau je.suami kena cakap terus terang, gaji berapa je nak tanggung semua minta maaf banyak2, memang tak mampu.

    4. Kalau rasa suami rasa isteri macam kongkong duit dia, tolong terangkan semula kaedah win2 situation ni.duit isteri tu selalunya termasuk duit barang dapur.isteri masak, suami juga yang makan nanti..isteri kena sediakan bekal untuk suami bawa pergi keje.jangan cakap sebab nak kena bagi ibu bapa suami duit yang banyak, beritahu ekonomi negara semakin bermasalah dan kita termasuklah dalam negara tersebut. so kena amalkan berjimat cermat..

    5. Apa pun doalah yang paling penting.apa jua yang kita buat mesti dengan niat positif..suami tu pilihan kita sendiri,isteri mesti berbangga dapat suami yang suka “menolong” keluarga..hehe..cuma betulkan pembahagiannya saja.kurang sikit rasa geram tu..jangan pula doakan ibubapa suami mati cepat ye..orang perempuan nafsunya tinggi.banyak2 berdoa ye. Buat baik dibalas baik,jangan risau, apa yang suami buat baik pada keluarga mesti dapat yang baik2 juga nanti tapi kalau suami buat jahat pada isteri dan anak2 dapat juga balasannya. jangan risau ye. akak baca je ayat seribu dinar, insyaAllah pasti ada sumber2 kewangan yang tak disangka2 waktu2 kritikal.amal dan yakin ok!

    6. Moga mendapat hidayah dan keberkatan dalam rumahtangga yang dibina..Amin.

    Kalau ada yang terlanjur kata, mohon keampunan,saya cuma memberikan pandangan sahaja. Wallahualam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. salam…

    sy faham sgt dgn masalah puan..krn mak sy mempunyai masalah yg sama mcm puan…
    pndpt sy :

    …sepatutnya,seorang suami patut mendahulukan keluarganya dahulu…diikuti ibu bapa dan adik2 nya…

    tetapi..jika suami rasa duit nya lebih…tp kdg2 tu tak lebih mana pun..tp di gagah jugak nk bagi.BIARKAN..

    memang senang ckp..hati sakit sbnrnya…tp PERCAYALAH ..slaLunya ORG MCM NIE REZEKINYA TAK PERNAH PUTUS…DAN ALLAH AKAN MURAH KAN LG REZEKINYA..

    slalu lah pujuk hati…dan berdoa supaya suami puan lembut hati..utk menerima teguran puan

    dan puan slalulh ingtkn dengan cara lembut,dan bg tau aper yg patut dia bayar dan settle tiap2 bln..

    sy mintak maaf jika perkataan dan bahasa sy menyinggung perasaan puan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. salam…

    kes akak ni sy mcm pernah terbaca..sy juga mempunyai pendapat seakan-akan sama mcm pembaca lain…namun sy bukanlah faham sgt..sbb sy pun blm kawen…feel dia lain sikit..marah pun lain..sakit pun lain..

    apapun saya harap akak bolehlah:-

    1) duduk berbincang dgn suami..kalau tak mampu gunakan org y suami percaya..akak bincang dgn dia n suruh dia bincang dgn suami akak.

    2)kalau payah nak cakap..akak tulis lah dalam dairy..lepas tu buat2 la letak dairy akak tempat suami suka lepak..nnt mesti suami buka dan baca…

    3) bila dh bincng dgn suami..ajak suami bersemuka dgn keluarga dia..jelaskan dgn hati ke hati…insyAllah mertua akan faham.mak n ayah mayb akan marah atau geram..tp dgn tu sahaja masalah boleh terungkai….

    4) cubalah untuk berpakat dgn suami..kalau blm ada kewangan utk hari tua…try lah ajak suami buka akaun bersama..tiap2 bulan dia wajib masuk rm300 ke rm 400 ke utk hari tua.

    5)y penting atas diri akak sendiri..mana perginya keberanian kita sebagai wanita…di mana hak kita sebagai isteri.sy bukan ajar akak untuk kurang ajar dengan suami…tapi sy nak akak pk..dia permata hati akak…dan akak berhak untuk menjeratnya ke dalam hdp akak..caranya..berdoalah semoga rezeki suami akak sentiasa bertambah..kasih sayangnya pada akak semakin meningkat sebagainya meningkatnya tanggungjawab suami akak pada keluarganya…berdoalah agar di matanya dan hatinya sentiasa berseri dgn nama akak walaupun di batinnya mungkin terbeban memikirkan kesulitan dia sendiri…kita manu tau bukan???

    akhirnya..sy harap akak tabah dlm meniti liku kehidupan ini..usahla akak terlalu risau memikirkan beban kwangan hari tua..mana perginya wang gaji suami aku…ada kereta mcm takder kereta..percayalah akak..bila kita pemurah dgn org…dgn seikhlas hati..lebih2 lg dgn keluarga suami akak..percayalah..Allah telah sediakan seribu nikmat dan hikmah yang tersembunyi untuk akak..bezanya lambat atau cepat je…

    percayalah akak…dalam hidup..apa bila kita memberi dan menerima tanpa mengharap apa-apa balasan…itulah perkahwinan,..itulah cinta…itulah keikhlasan..itulah kasih sayang….yakin lah pada diri..akak mampu menghadapinya…

    ” kasih Tuhan pada manusia umpama kasih mentari pada alam..memberi cahaya tanpa mengharapkan imbalam…faham kn..”

    fikir-fikirkanlah kakakku…semoga hidupmu dilimpahi ketenangan syurga firdausi…amin3…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. Assalamualaikum ,

    Alhamdullilah ternyata web ini banyak membantu utk pembaca sama2 berkongsi masaalah. Kesabaran memang perlu dan perlu selalu berdoa kepada Allah.

    Walau bagaimanapun, ingin saya kongsi bersama utk para suami perlu mengambil kira pendapat isteri dalam hal sebegini kerana isteri sebahagian dari diri anda, walaupun bukan sedarah sedaging tapi pengorbanan isteri sebenarnya adalah sangat besar.

    Satu kesan negatif yg saya dapat lihat apabila situasi sebegini berlaku dan suami berpendapat dia berhak memberi siapa sahaja kerana wang itu adalah miliknya sebenarnya perasaan kasih sayang isteri kepada keluarga suami akan semakin pudar mungkin yang tinggal hanyalah perasaan hormat antara sesama insan. Insan yg muda mesti menghormati insan yg lebih tua.

    Jadi siapa harus dipersalahkan ? Isteri atau suami ?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. Masyaallah..serba slah nak bg pndpt coz atie x kwen lg..Spt mna yg dperkatakan oleh pkar sendiri ckp senang tp nak mhadapinye yg kna penuh kekekuatan iman..Walauapun kat sni atie nak kgsi slh stu amalan atie..Insyaallah Allah akan buka jln untuk akk..Jgn rsau Allah mha MENDENGAR dan MAHA MENGETAHUI..Yg penting akk kna yakin..Bendanya simple je yg atie nk kgsikan tp insyaallah akk akan rs dekat n dpt kekuatan dan pertunjuk..Kalo akk ada kelapangan,rjin2la bgn solat sunat awl pg trutama dlm jam3 lebih smpai sbuh..then perbanyakan zkir,selawat nabi..then kalo ada lebih klapangan cuba amalkan zikir ayt kursi 170x..Insyaallah kalo akk buat ditempat yg tenang yang hanya blampukan cahaya tempat kiblat sahaja sudah memadai..coz time tu kiranya kalo akk luahkan apa yg terpendam,akk mst akan rs terlalu dekat sgt2 dgn Allah..Pasl zkir ayt kursi ni sbaik2nya buatla mlm jumaat..Sebenarnya zkit ayat kursi ni mustajab pd bilangan yg terpilih..antaranya 16,50,170,313x..
    Akk, atie doakan akk tabah menghadapi ujian Allah ni..mmg bukan senng mhadapinya, dengan rs tgjwb suami akk tp biarla adk brdik keutamaannya selepas akk..mlainkan bonda kpd suami akk yg sentisa berada thap keutamaan plg ats..Org yg beriman mmg pnuh dgn ujian Allah.Tp akk, percayalah,Allah xkan uji walau sehalus zarah dgn sia2..renungkan dgn mata hati apa hkmahnya..Allah juga xkan uji hambanya tanpa kemampuan kita..Allah tahu apa yg blaku dblakg,dhdpn kita kak spertimana mksud yg tkandung pd ayat kursi..Jika akk x tenang bykan istgfar dlm hati insyaallah Allah akan buka jalan utk akk..
    Rsnya ni aje dlu yerk..Akk dcsuss elok2 dr hati ke hati dgn suami akk..Insyaallah mst suami akk fhm selagi x mlanggar hukum agama kite..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. assalamualaikum
    tergerak hati saya untuk memberi komen untuk kali ini. untuk bercerita lebih pun saya bukanlah orang yang dah berkahwin apatah lagi kekasih. tapi apa yang saya lihat dan lalui selama ini rasanya boleh saya kongsikan bersama. saya paham masalah puan. mungkin faktor umur saya yg masih muda tidak melayakkan saya berkata namun apa yang berlaku sekeliling saya rasanya mungkin boleh jadi pengajaran. saya ada seorang abang yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak n coming soon akan tambah lagi sorang. rasanya mengejutkan jika saya katakan abang saya tiada pekerjaan. pelikkan? macam mana dia nak tanggung keluarga dia dan dia adalah anak sulung. jadi mesti timbul persoalan bagaimana dengan tanggungjawab dia sbg seorang suami ayah dan juga abang sulung yang sememangnya besar dan berat untuk dipikul. saya tak nak memburukkan abg saya sendiri. tapi berbalik kepada masalah puan rasanya seribu rahmat suami puan mampu menanggung sekeluarga dan juga keluarga suami. kekadang terpikir apakah benar yang saya nampak berlaku depan mata saya sendiri. untungnya kami sekeluarga tinggal bawah satu bumbung. jadi secara zahirnya mak ayah saya yang masih menanggung. namun saya rasa abg saya tau tanggungjawab dia mungkin nasib tak menyebelahi dia. walaupun kekadang abg saya pinjam duit dr saya tipulah kalau saya kata saya tak terasa langsung bile abg sendiri pinjam duit adik dia yang masih belajar. tipu jika saya kata saya tak terasa. namun dia tetap abg saya. saya sendiri tak tergamak nak menghampakan prmintaan abg saya. sebab saya tetapkan hati saya yang abg saya guna duit tu untuk beli keperluan anak dia anak sedara saya sendiri walaupun saya tau bukan itu yang dibuat. namun saya cuma manusia biasa yang sentiasa mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat keluarga saya. sentiasa saya mendoakan bukakanlah pintu hati abg saya untuk mencari rezeki menanggung keluarga. sebab ayah saya dah bersara dan saya tak sanggup lihat mak saya memerah keringat mencari rezeki. terus terang saya katakan saya tak sanggup nak biar mak saya bekerja mencari rezeki. dan sebab itulah saya hidup sebagai seorang pelajar dan jauh drpd keluarga saya hidup guna duit pinjaman. tak tergamak nak minta dgn mak dan ayah saya. sebab saya tau bagaimana kedudukan kewangan keluarga saya.. kepada puan rasanya elok bawa berbincang dengan suami. saya bukan lah pandai sgt bab dalam rumahtangga ni. tapi rasanya itu jalan yang terbaik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. Salammualaikum..saya x tahu nak bagi pendapat mcm mana sbb lum kawin lagi tp saya cuba….
    saya sendiri o.k.u lumpuh separuh badan…yang banyak membantu saya mak, abah, abang,adik 2 yang lain…budi dan jasa diorang xmampu saya nak bayar dgn duit atau balas hanya doa aje lah semoga d murahkan rezeki dan selamt dunia akhirat

    1.)Ok pada saya kalau suami bantu ibu bapa adik2 d kampung yg masih balajar atau sebulan sekali membantu membeli barang2 keperluan harian.. mengikut kemampuannya 2 mamang patut sbb dah tanggungjawabnya..betol x?

    2.)pada saya mungkin suami akak ni ada kerjaya yang bagus…gaji yang besar sbb tu lah ,adik baradik rujuk dan minta pertolongan darinya sbb mereka rasa keuwangan suami kak kukuh…tp adik beradik belah suami 2 agak2lah …. jangan lah sampai pekara yg xpatut pun nak rujuk kat suami kak…pikirlah suami kakak pun ada tanggungjawab jugak…

    Apa pun yg paling penting saya harap akak berbincanglah dgn suami…anggaplah yg lepas tu sebagai satu sedekah je…semoga dgn izin allah akan ada jalan penyelesaiannya bg akak sekeluarga dan keluarga mentua….amin…salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. Bismillahirrahmanirrahim
    assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh…
    pertama-tama sekali saya mohon maaf, jika apa kuahan pandangan saya nanti tidak sebaik yang diharapkan. walaubagaimana pun saya serah segala-galanya pada Allah, agar kita sama-sama menerima kebaikkan dariNya.

    bagi pandangan saya, pertama sekali kita kembali kepada sirah Nabi s.a.w…satu riwayat menceritakan : bahawa satu ketika Nabi s.a.w sedang duduk, lalu didatangi seorang sahabat yang bertanya : siapakah orang yang perlu aku muliakan? lalu Nabi s.a.w menjawab : ibu. sahabat itu bertanya lagi : siapa selepas itu Rasulullah? lalu Nabi s.a.w menjawab : ibu. lalu sahabat itu bertanya lagi : siapa lagi selepas itu ya Rasulullah ? Nabi menjawab : ibu. sehinggalah ketiga kalinya. lalu sahabat itu bertanya lagi, baru Nabi s.a.w menjawab bapa.

    Sebuah hadis lagi kita lihat, satu ketika Nabi memerintahkan kepada sahabat-sahabat berkumpul untuk regi berjihad, lalu tiba pada seorang sahabat, Nabi s.a.w bertanya : adakah engkau mempunyai tangungan? lalu sahabat itu menjawab : ya Rasulullah, seorang ibu. lalu Rasulullah memerintahkan kepada sahabat itu untuk kembali menjaga ibunya.

    dari dua hadis yang kita lihat ini, dapatlah kita mengambil satu rumusan. bahawa ibu bapa itu satu tangungjawab yang amat besar bagi kita seorang anak, lebih-lebih lagi seorang anak lelaki. tanggungjawab yang tidak pernah putus sehinggalah keakhir hayat kita. walaupun ibubapa telah tiada tapi setidak-tidaknya doa yang wajib sentiasa kita hulurkan, sehingga dalam satu hadis Nabi s.a.w mengatakan : yang bermaksud : derhakalah seseorang tersebut yang tidak mendoakan kedua ibubapanya di dalam sehari semalam.

    jika dilihat dan hendak dibandingkan dengan jihad ketika itu, sedia kita maklum bahawa ummat islam ketika itu terlalu sedikit dan memang diperlukan terlalu amat sangat tetapi disebabkan tangungjawab terhadap ibubapa itu lebih besar hendak Nabi katakan, lalu ia melarang dan memerintahkan supaya kembali menjaga ibubapa tersebut.

    walau bagaimanapun, bagi saya ibubapa yang pertama dan keluarga tidak sesekali disisihkan, tanggungjawab juga tidak terlepas. cuma kebijaksanaan suami tersebut untuk membahagikan yang terbaik untuk dua pihak tersebut. bagi si isteri, setiap kebaikkan yang dilakukan oleh suami, lebih-lebih lagi kepada ibubapa, pasti Allah akan membalas yang terbaik buat kita. usah risau simpanan hari tua, lebih-lebih lagi harta yang diberikan bukan untuk berpoya-poya tetapi untuk dua ibubapa, is adalah pelaburan yang paling terbaik dari segala pelaburan kerana pelaburan ini kita buat betul dengan Allah…terus terang saya katakan dengan apa yang telah saya alami sendiri, setelah emak berhenti kerja, duduk bersama saya, mulai dari emak duduk bersama, dapat saya rasakan kecukupan rezeki buat kami sekeluarga bahkan bertambah baik hari demi hari. walaupun kerjaya saya tidak sebagaimana orang lain tetapi alhamdulillah saya dapat menunaikan segalanya dengan lancar. bagi saya segala-gala yang mencukupkan adalah dari Allah dan bagi kita tidak lebih hanya berusaha sahaja.

    wAllahu A’alam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  27. salam…
    pendapat sy sama seperti yg lain. walaupun masih blum berkahwin, tp nie masalah r/tangga yg sering kita dengar.
    x dinafikan anak lelaki harapan keluarga, & suami isteri harus saling bantu-membantu dalam r/tangga. tapi sy rasa, klu bantuan untuk keluarga suami pun guna duit akak, kurang sesuai ckit la.
    BALANCE mmg penting dlm masalah nie. Suami kena seimbangkan antara keluarga dan famili sendiri. Jgn terlalu tumpu kan hanya sebelah pihak sahaja, nnt diri sendiri yg rugi. Masa depan akak n anak2 pun sama penting dengan keluarga suami.
    Seharusnya perbincangan tu penting, jgn jadikan masalah komunikasi yg jadi penghalang. Nnt lagi melarat, akak juga yg merana. Apa gunanya hubungan suami isteri kalau x dapat berkongsi masalah.
    Maaf la kalau pendapat sy kurang sesuai untuk dijadikan nasihat yg berguna.
    Apa pun, akak harus tabah n selalulah berkomunikasi dengan suami. Tak semua orang faham ‘non verbal message’ yg kita cuba sampaikan. Verbal communication lebih sesuai untuk semua masalah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. Assalaamu…

    Hail to All Commentators & Tauke Blog.

    Well, what to said dear abg Syuk? Lebih dari cukup sudah penjelasan & pendapat yang dikongsikan bersama oleh sekalian para pembaca setia PHT.

    Cuma apa yang hamba nak tokok sikit je lagi. Sungguh pun hamba ada beri komen di Topik berkenaan “Panduan Mengawal Perbelanjaan”, namun yang sebenarnya saving memanglah merupakan salah satu perkara yang sangat perlu ditik-beratkan & diberi perhatian yang cukup rapi.

    Namun seberat-berat & sepenting-penting saving, jauh lebih berat lagi & jauh lebih penting lagi memberi bantuan/pertolongan/sedekah kepada mereka & golongan2 yang memerlukan dan yang lebih memerlukan, walaupun kadang2 atau seringkali juga diri kita sendiri serba kekurangan lagi daif.

    Bahkan, pada hakikatnya inilah merupakan antara salah satu sebaik-baik & semuila-mulia saving, yakni saving untuk saham di AKHIRAT kelak. Apalah sangat yang ada pada dunia yang fana lagi bersifat sementara & temporary ini.
    Biar tergadai & terjual dunia kita ini, demi untuk membeli & memperolehi Kebaikan & Ganjaran di AKHIRAT (yang bersifat kekal lagi abadi selamanya) kelak, jangan sampai terjadi otherwise (sebaliknya) sudah la.

    Al-Kisah Wa Sirah…….

    Saidina Ali KW/Harimau ALLAH/Imamul Muhtadin dengan Pengemis.

    Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

    Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

    Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

    Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya “Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?”

    Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

    MORAL & IKTIBAR
    1. Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.

    2. Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.

    3. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

    4. Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

    * Kalau rajin… Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan dan pengajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia… *

    Sumber:- http://forum.kolejshahputra.edu.my/viewtopic.php?f=13&t=271

    Kata Hikmah Pujangga… “Jadilah seperti lilin, membakar diri sendiri (mengorbankan kepentingan diri sendiri) demi untuk memberi cahaya/panduan/bantuan/pertolongan kepada insan-insan lain.”

    Sekian sahaja, Wallahu’alam…

    Wassalaamu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. Assalammualaikum dan salam ceria pakarhowto,

    Kisah begini pernah terjadi kepada keluarga firadila iaitu kakak firadila no.4. Keluarga sebelah suaminya memang sebijik perangainya seperti di atas tapi itu dulu. Sekarang ni dah kembali kepada keluarganya. Kakak firadila pernah mendapatkan pendapat firadila dan begini caranya sehingga suami dia boleh berubah…

    Semasa kakak firadila ni baru kahwin, keluarga suaminya minta macam-macam kat suami dia. Kalau boleh duit gaji suaminya biar habis kat belah keluarga dia. Firadila cakap kat kakak firadila macam ni..”Kau kena jadi hati kering sikit..jangan bayar bil api air, kalau kena potong biar sama-sama bergelap, jangan beli barang dapur kalau boleh makan dulu sebelum balik kerja dan jangan tolong bagi dia duit minyak kereta kalau dia minta..dan jangan bayar duit rumah sewa kalau dia tak tolong bayarkan…dan lagi satu kau tu kena mekap cantik-cantik sikit bila nak pergi kerja..biar orang lain pulak yang puji..”..

    Mula-mula tu susah juga kakak firadila ni nak buat..bukannya apa kesian kat suami katanya..firadila cakap “kena kesian kat kita dulu baru boleh kesian kat dia”..hampir setahun juga nak suruh suaminya berubah. Selepas setahun suaminya berfikir balik yang dia ada tanggungjawab..sekarang ni suami dia dah tahu tanggungjawab kat keluarga sendiri lebih diutamakan….itu pun selepas suami dia susah sebab keluarga sebelah suami tak nak tolong dia sebab tak bayar duit kereta dan nyaris kena tarik (hutang).hehehe..padan muka..

    Senyum dan ceria selalu..
    firadila

    p/s : Suami kakak firadila ni membuat pengakuan, rupa-rupanya mak dia mengaku kat dia bahawa mak mentua ni tak suka kat kakak firadila..sebab tu kalau boleh gaji anak dia jangan bagi kat isteri dia..ishh..ada juga orang macam tu..ajarlah anak tu pasal tanggunjawab kat keluarga..ni tak nak pecahkan rumahtangga pulak..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. Assalammualaikum……….

    Saya amat berterima kasih kepada PHTO kerana dari sini saya mendapat berbagai2 manfaat dari perbagai sudut.

    Disini juga saya ingin memberi sedikit nasihat kepada akak supaya byk2 lah bersabar dan sentiasa mengingati ALLAH sesungguhnya setiap cubaan yang di turunkan ade hikmahnya. Kita sebagai seorang isteri harus mentaati suami kerana syurga terletak dibawah tapak kaki suami. Jgn hanya kerana masalah ini puan bergaduh dan minta cerai. Saya percaya satu hari nanti suami puan akan sedar kesilapannya.
    Puan cubalah berbincang dengan suami puan sebelum tidur atau bila ade mase lapang bersama dan cuba ingatkan suami puan tentang masalah puan

    Semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan dan bahagia sokmo… Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  31. sbnrnye,sye pnh mengalami situasi mcm ni..cume brbza c kt la…suami saye bru thn ni start bg duit blanje…tu pn setelah 4 thn brumgtngge n setelah sye berdoa selame ni,d mkbulkn Allah.2 pn blnje dpur,pempers ank n susu sye yg lbh byk kelua dr die.bkn nk brukkn suami.tp bile dh dtg kes ni sye pn meluahkan perasaan yg sye smpn 4 thn dh..tp pd sape sye nk ngadu..cumenye sye brtrus trang,mmg skt,tp trpkse..die tak trus trime,mkn mse gak nk brubh…ape2 pn,kene luahkan pada suami…kalau kaye gji bepluh rbu,nk pndm ikt la..tp kalau kite pn ckp2 mkn,lbh baik terus terang dr memendam.skt o…kalau pendam.bleh skt jiwe…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  32. Apapun permasalahan yang berlaku perlu dihadapi ,nama dah berkeluarga tetapi perlu cari jalan penyelesaian ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus tepung tak berselerakan.Itulah rencah dunia.Sebagai anak perlu menjalankan kewajipan terhadap ibu bapa kerana merekalah sumber segalanya.Namun,kehadiran isteri dalam tempoh yang singkat tidak boleh terus membelakangi kehendak keluarga.Untuk mengatasi masalah ini,ia memerlukan masa dan pelbagai pendekatan.Si isteri perlu banyak bersabar serta berbincanglah dengan sisuami untuk menyelesaikan masalah tetapi jangan secara desakan.Si suami perlu menjaga hati kedua ibu bapa di samping tidak melukakan hati si isteri.Buat Kajian Tindakan sendiri,cari yang mana perlu diberi keutamaan dan jangan berburuk sangka.Buatlah analisis sendiri apa cerita sebenarnya.Mungkin akan nampak jalan penyelesaiannya.Insyallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  33. em, rumit jugak masalah akak nie…saya sbenarnyer tak berpengalaman dalam soal nie, tapi sy cb untuk memberi pendapat peribadi saya sendiri…sy rasa, akak nie perlu berbincang dgn suami beliau kerana ini soal keluarga suami beliau. berbincang dan luahkan apa yang tidak puas hati, yang sepatutnyer dia lakukan dan tidak…lagi lamer akak memendam perasaan, makin buruk keadaan…jd, itulah yang terbaik…bncg ngan suami, then keluarga belah suami agar mereka paham situasi anda…k.. bye

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  34. setiap pihak perlulah memahami situasi orang yang selalu membantunya..bukan bermakna selalu membantu akan menjadi kewajipan untuk selama-lamanya begitu.membantu keluarga adalah satu tanggungjawap dan ianya perlulah mengikut keutamaan.
    pertama kita perlulah membantu keluarga diri kita dahulu dan sekiranya kita mempunyai kemampuan yang lebih maka barulah perlu
    untuk yang lain. Faham memahami antara keluarga perlu ada tambahan kalau kita bukan dari golongan yang kaya raya.
    Keluarga suami perlulah memahami bahawa isteri dan anak anak sisuami adalah tanggungjawap yang perlu dahulu
    diutamakan. Membantu adalah baik tetapi jangan sampai menjadi bebanan yang patut ditanggung sepenuhnya. Sisuami perlu
    berterus terang kepada keluarganya..dan dia ada tanggungjawap keluarganya sendiri. Tolong menolong keluarga adalah amalan mulia tetapi jangan sampai diri sendiri merana..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  35. Sebenarnya apa yang Allah bagi pada kita ni semua cukup, insyaAllah cukup. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk berbelanja dan menggunakan rezeki yang ada.

    Sebenarnya dari rezeki yang kita dapat tu mungkin kita sendiri banyak membazir. Bagaimana lah nak cukup. Bil elektrik dan air contoh nya adakah masing-masing berjimat cermat. Kipas kadang-kadang terlupa nak tutup. Lampu2 dibiar menyala. Makan di luar contohnya adakah kita berjimat cermat? Kalau order air pun bg saya dah cukup mahal.

    Cubalah masing-masing hidup dalam keadaan bersederhana. Mungkin kene sama sama memperingati. insyaAllah. Allah itu maha adil dari segi ujian nya. Semoga kita menjadi manusia yang berfikir. Jikalau adik beradik,ibu bapa mungkin hendak makan pun agak susah keadaannya, perlulah di tolong tetapi kalau lebih untuk bermewah mewah, mungkin perlu cara yang lebih berhemah untuk kita perbaiki masalah seperti ini.

    Hiduplah secara sederhana. Makanlah apa yang ada. Gunalah apa yang ada. InsyaAllah akan cukup segalanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  36. Salam..

    - The m0re u give..the m0re u’ll get.

    - Peringatan kepada lelaki@suami. Jaga redha yang ada pada ibumu.

    - peringatan kepada wanita@isteri. Jaga redha yang ada pada suamimu.

    - Bukankah doa itu senjata.

    - Bermunajatlah kepada Sang Pencipta.

    Wassalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  37. Hidup ini penuh dugaan…buat insan2 terpilih…..saya pun pernah melalui…nasib baik suami saya ni bertanggungjawab….lagipun saya jenis x kisah….hidup kami ala kadar saja….bertahun saya bersabar dan redho atas setiap rezeki yg Allah takdirkan untuk kami sekeluarga…hmm berkat kesabaran sekarang adalah lebih sedikit….Alhamdulillah…akak kena redho …..org leleki kekadang ego…x boleh dibw bbincang…nanti difikir kita nak ngajo nye…so jln mudah saya serah bulat-bulat pd Yg Esa…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  38. Menarik..

    Saya pun hadapi masalah sama…tapi saya sang suami…
    Saya tolong mak, ayah dan adik adik semenjak zaman bujang lagi..lepas kawin tahun lepas si isteri selalu cuba jadikan isu pasal duit nih..
    Bukan saya tak adil..isteri makan pakai semua cukup..entah ape yang dia nak saya tak faham..

    cuma peringatan sikit kepada kaum isteri..jangan sekali kali mintak si suami pilih samaada isteri atau mak…

    si suami akan pilih mak….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @John Doe,salam ramadan…ada juga kebenaran kata kamu tu john doe..tapi biasalah perempuan kalu dah terbiasa berbelanja tu biasalah tentulah untuk kecantikannya untuk para suaminya juga..

    erm tak pun sekadar menambah koleksi deko english kot…hehe…;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    luluh hati Reply:

    @John Doe, mungkinlah anda rasa cukup…mungkin anda tgk cukup tetapi sebenarnya si isteri menggunakan duitnya sendiri…seorang isteri inginkan pemberian suaminya walaupun sedikit..RM 100 PUN JADILAH…untuk beli keperluan dirinya sendiri contohnya baju, n alat2 make up…bukan bagi duit tapi suruh beli keperluan rumah..sori yer john sy hanya bagii pendapat…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  39. Salam..

    Hmmm..tertarik ngan topik ni..suami sy pula memang control duit sy..n klu bleh jgn bg mak sy..sejak berkawan lg..bayangkan mase mak sy pegi mekah dl ..sy hanya bg mak sy RM500 untuk duit belanja..sy sedih sgt..Nasibla skrg kami duduk berjauhan n blum ade anak.Klu pasal keta sanggup berhabis duit..2 pn gune duit sy..ble kte minta blk hehe.jwpnnya sgt memberangsangkan..abg bayar dgn kasih sayang..Mcmner da tinggal bersama nnt..gerenti sy yang kuar belanja..skrg sy bersabar n terus bersabar..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @fitri_adha, SALAM FITRI..kesabaran pun ada hadnya jua namun begitu ia juga disulami dengan sebab2 yang tertentu mengapa keadan sebegitu berlaku..

    fikirkanlah baik -baik sebelum membuat sesuatu keputusan dari segi kewangan anda. kalau boleh biarlah ia mengalir dalam saluran yang bermanfaat demi kebaikan pada masa akan datang..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sesuci lebaran... Reply:

    @surihati_ku,
    Salam suri_hatiku..terima kasih..

    Sedaya upaya sy akan cube trus bersabar..smg Allah beri petunjuk dan kesedaran kpd suami sy untuk ade rase tanggungjawab nye kepada sy..supaya die x trus mengambil kesempatan terhadap diri sy..yg ingin juga mcm org lain..

    Selamat Hari Raye..sy suke sgt bc artikel puan juga pakar howto..terjebak kt blog nih pn sbb nk dpt maklumat pasal ilmu hitam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    luluh hati Reply:

    @fitri_ad ha, suami saya cakap yang sama jugak..nanti abang bayar dengan kasih sayang….huhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  40. hai SEMUA…benar jugak akan kata pakar tu..

    ….sebenarnya tiada jalan lain melainkan,

    BERBINCANG DAN BERTOLAK ANSUR.

    masing2 kena hormat antara satu sama lain…

    ….Ingat, pasti ada SATU PIHAK KENA BERALAH

    dan SATU PIHAK KENA BUAT PENGORBANAN.

    Ini tak dapat nak elakā€¦

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    soulove Reply:

    @surihati_ku,
    family saya pun hadapi masalah yang sama.. ayah saya terlalu memberatkan adik-adik dan ibu bapanya sampai kami sekeluarga tak cukup keperluan. atuk saya tu kalu mak saya dapat kereta dia pun nak moto. nenek saya kalau mak sy dapat barang kemas dia pun nak jugek.. sblm ni ayah saya byk membantu adik-adik dia di dalam pelajaran sampai pelajaran anak sendiri tak ke mana.. adik dan abang saya nak sambung belajar pun bergolok, bergadai.. pinjam sana sini.. keluarga belah mak yang banyak membantu.. nak minta tolong belah ayah, jgn harap.. minta harini tak sampai sebulan dah tanye bila nak bayar.. kalau adik beradik mak saya bertahun-tahun tak bayar pun takpe.. tapi malu sey..
    dah banyak kali berbincang tapi takut ayah tertekan.. tak tahu nak wat camne lagi.. gaji besar tapi hidup mengalahkan pekerja bawahan je.. pekerja bawah ayah saya lebih hidup selesa.. mak saya nak basuh baju pun guna tangan.. dah le tak sihat.. kesian mak saya.. tapi mungkin dah takdir hidup dia begitu dapat keluarga mertua mcmtu.. harap lepas ni ada kebahagiaan buat ibu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  41. Saya ada satu masalah. mempunyai seorang kakak sulung yang sangat berira.mungkin kerana dia tinggal bersama2 keluarga mertua, dan terlalu bnayak masalah yang dia hadapi. walaubagaimanapun, masalah berkira daripada dia memang berlaku dari sejak sebelum dia kawin lagi..

    Smalam, puas saya berfikir tentang maslah ni..tak tahu adakah masalah ini adalah kesilapan didikan ibu bapa saya dahulu.

    Cerita yang membuatkan saya berasa amat marah apabila, suatu hari, suaminya diminta membawa bapa saya, ibu saudara kami dan kereta itu penuh untuk 5 org. dan segala belanja minyak dan tol dibayar secara sama rata dikalangan penumpang.

    Apa yang hairannya, selepas seminggu, kakak saya meminta ibu saya menelefon semua ibu saudara saya supaya membayar rm250 seorang yakni, rm50 untuk upah abg ipar saya memandu dan rm200 adalah wang utk servis kereta. Sedangkan perjalanan dari KL-Muar bukanlah satu jarak yang jauh..

    Sifat mata duitan dan berkira menyebabkan dia menjadi begitu.

    Saya yang berasa marah dan malu cuba menasihati tindakannya, tetapi ibu saya pula memarahi saya seolah2 kni, saya yang melakukan kesalahan.

    Adalah bukan tradisi keluarga untuk meminta2 kepada orang lain dan definasi “TOLONG” sudah tidak sesuai dalam hal ini.

    Saya masih risau dengan situasi kini yang mana saya menyewa rumah sewanya dan dia menawarkan saya untuk membayar sewa rumah lebih murah RM50 dari yang sepatutnya…dan ayat yang senantiasa keluar dari mulutnya adalah, AKU TOLONG KAU JE NI, BUKAN SEWA!
    Sedangkan saya membayar sewa rumahnya terus melalui bank selepas menerima gaji setiap bulan. sikap terlalu berkira nya mebuatkan saya seringkali terfikir2..kenapa darah dagingku bersifat begini..

    sehinggakan dia pernah mengenakan caj kepada abangku sewaktu meminta bantuan suaminya utk membuat pemasangan lampu dan kipas di rumah baru..saya, adik dan abang sy sendiri membantu ipar memasang nya dengan semua peralatan disediakan oleh kami.
    dan alangkah terperanjatnya, apabila die meminta rM1050 secara detail solah2 seperti membuat perniagaan yang mengambil keuntungan melampau seangkan kami semua mesangnya bersama2…

    Sedih..sehingga ke hari ini…

    tapi, saya sering kelru..kenapa ibu aku sering membela segala tindakannya sedangkan jelas yang dia mengambil kesempatan..
    sehingga aku pula diejek bahawa apa yang aku nasihati itu tidak perlu didengari malah ibu sy merestui tindakan nya…

    mmg sedih…sehinggakan sy rasa, tak perlu sy meminta tolong daripadanya..dan sedang memikirkan untuk mencari rumah sewa baru…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  42. assalamualaikum..
    aku pun nak tanya pendapat korang..
    kalau korang jadi aku..patut kah aku mengikut kehendak suami aku supaya memberi kereta milik aku…kepada adiknya untuk dipakai..dan hanya sambung bayar sahaja tanpa tukar nama..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  43. ringan sikit kepala sy..saya pun alami masalah yang sama…cara sy atasi adalah cuba pk kebaikan suami sy….tetapi adakanya stress juga.hope rezki sy dan suami bertambah dan suami sy sedar tanggungjawabnya..aminn…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  44. tak patut la mcm tu kan…bukan tak percaya kepada adiknya tetapi dunia sekarang ni susah sikit..eloklah ubah nama supaya tak nyesal di kemudian hari…cubalah berbincang……..lagipun tiada jaminan apa2 jika adiknya tak bayar…anda juga yang kena bayar nanti…susahlah kalo jadi mcm tu kan..bukan kita nak minta jadi mcm tu…but anything can happen in future…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  45. saya suka dengan perkongsian maklumat ini… sememangnya ada benar.. dalam kehidupan kita ini pasti akan ada pasang surutnya terutamanya bagi keluarga yang punya tanggungan or adik beradik dan bersemangat ingin mendiri kan rumah tangga tanpa memikirkan kesan dan risiko pada masa akan datang.

    pada saya perkahwinan dibentuk oleh satu jalinan kepercayaan dan kasih sayang… saya telih melihat orang di sekitar saya yang mana ada mampu mempertahankan kebahangiaan dan kunci utamanya ialah tolak ansur dan saling memahami…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam