Panduan Hidup Berjiran

Share

Salam Ramadan untuk semua..

Pada umumnya manusia suka hidup berteman. Suka berteman ini umumnya didorong oleh pelbagai perkara, diantaranya kerana naluri kemanusiaan yang memerlukan hidup berkumpul. Dari hidup berkumpul inilah manusia dapat memenuhi segala hajat mereka.

Pada ketika manusia memerlukan sebuah rumah, ia tidak akan dapat dibagunkan sekiranya ianya tidak dapat dibantu  tanpa manusia yang laian. Pada manusia berfikir pula untuk mendapat keuntungan, maka sudah tentulah mereka akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti berniaga, menjadi buruh dan lain-lain lagi. Akhirnya terbentuklah sebuah manusia di dalam usaha memenuhi keperluan mereka sehari-hari. Mulai dari inilah terbentuk satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum, saling berhubungan kenal sebagai jiran tertangga.

Berbaik-baiklah dengan jiran anda...

* Klik Sini Untuk Download Panduan Adab Dengan Jiran *

Kehidupan berjiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlu juga sesekali cara hidup berjiran ini haruslah dipelajari kerana kerap juga berlaku sebuah keluarga berperang mulut dengan keluarga yang lain, bahkan kadang-kadang ia berlaku sampai ke tahap pukul-memukul. Sepatutnya perkara ini tidak wajar terjadi sekiranya di antara mereka benar-benar memahami apa itu sebenarnya kedudukan dan faedah hidup berjiran.

Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam tidak melupakan masalah berjiran ini di dalam ajaran baginda. Ini kerana baginda menganggap ia penting sehingga terdapat dalam hadis-hadisnya yang menerangkan peraturan berjiran…

Pada suatu hari baginda datang menemui Abu Zarr yang sedang memasak kuah. Baginda bersabda kepadanya: “Hai Abu Zarr, jika kamu memasak kuah, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tertanggamu dari masakanmu itu dengan baik”

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:Hai wanita-wanita Muslima! Janganlah menganggap remeh merasa rendah memberi sedekah kepada jiran kamu, walaupun, sekadar kaki kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Biasanya terdapat segelintir orang yang membatalkan niatnya memberi sedekah kepada jiran kerana menganggap apa yang akan mereka berikan itu tidak ada harganya dan tidak layak. Padahal, jika kita mengikuti tuntutan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sabagaimana tersirat di dalam hadis diatas, bukanlah begitu caranya. Kita hendaklah menghargainya walaupun barang yang diberikan itu tidak seberapa harganya. Demikian juga pada jiran yang lain. Hilangkanlah prasangka-prasangka buruk yang tiada asasnya dan tidak pula ada hujung pangkalnya.

Sesungguhnya hadiah atau pemberian seseorang itu boleh menimbulkan rasa persaudaraan dan kasih sayang. Tidak mungkin seseorang akan memberi sesuatu kepada orang lain tanpa didorong seseorang mahu memberi sedekah kepada orang lain.

Dari Abi Syuraih al-Khusa’i Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam”. (Riwayat Muslim)

Renung-renungkanlah bersama..


(498)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

18 thoughts on “Panduan Hidup Berjiran

  1. salam ramadhan pakar,
    dibulan puasa nie la peluang kita utk saling kenal mngenali jiran kita dgn lebih erat…
    byk aktiviti yg boleh dilakukan bersama spt berkongsi makanan yg dimasak, berterawih dimasjid, aktiviti moreh, dan berniaga…

    Jadi, kpd semua pembaca setia blog pakar, trus tingkatkan amalan anda semua dibulan Ramadhan ini….Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT….amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @man,

    Askum..
    Saya bersetuju degan pendapat kamu tu man..
    Kalu boleh janglah kita sombong diri pada jiran tertangga kita.
    Selalu-selalulah menyapa mereka.
    Tak pun berikan sdikt senyuman pada mereka itu sudah memadai..hehe..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    man Reply:

    @surihati_ku,

    klau nk bagi senyuman tu biar ikhlas wlaupon ckit…
    jgn senyum jer, tp xikhlas…wat skit ati lagi ada ler….huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @man,
    ai man?
    suri rasa hang ni macam penah mengalaminye jer..hik..hik..
    rasanyekan kalu orang tu senyum tak ikhlas suruh je dia senyum kat kambing kelak tentu dia blh senyum macm kambing..hik..hik..(mcm kt dalam suratkabar tulah ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. sebernarnya tidak ada istilah jiran yang tak baik.. semua jiran adalah baik. jika kita baik dgn dia, tentu la dia baik dengan kita.. kalau kita buat yang tak baik dengan dia, dah tentu dia akan terasa hati dengan kita dan tak mustahil la kalau dia mula cari pasal… bagi saya, anggap je la semua jiran kita tu baik walaupun dia ada buat yang tak baik dengan kita.. nanti lama2 dia malu sendiri bila tengok kita still ok dengan dia, padahal sepatutnya kita dah tak ok dengan dia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha,

    hik..hikk.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. huhuhu..x pernah tegur sape pn..baik kiri ngan kanan..mase br pindah bln 5 thn lepas..ade gak tersenyum tersengih xdek respon..pn.mase umah kena masuk br2 ni pn..jiran2 tpt lain yg dtg dulu..ape pn mudah2an raya ni..dpt la beraya kt umah sblh..2 pn klu dorang ajak..klu x..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @hati_emas,

    Salam ceria.
    Nama pun hidup berjiran.biasalah tu.
    tapi tak semua jiran macam tu.ada sesetengah jiran ramah, ada sebilangannya exsyen skt pd jiran tertangga yang lain, ada gak jiran yang suke ambil berat sesama sendiri, bahkan bukan itu sahaja malah ada juga jiran yang rapat macam adik dengan kakak. contoh kt taman perumahan saya ni..

    Tapi yang penting kita janganlah hidup memencilkan diri kelak bila susah tak der sapa yang nak datang menghulurkan bantun untuk kita nanti. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hati_emas Reply:

    @surihati_ku,salam jumaat.. time kasih cik surihati_ku..teringat kt umah lama dulu..jiran depan umah mmg baik gler.anak pakcik 2 ske ajak g jln2.sbb keja kena berpindah tp kami tetap baik cm dulu..klu ade kenduri mesti ader laksa johor..hmm bestnyer..ape pn..rambut sama hitam jasmani rohani lain..harap2 jiran2 yg ade skrg ni pandang2lah ea..x rugi pn..he he.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @hati_emas, Salam Ramadan..Laksa?wah best tu..em,oklah kalu begitu..
    selalu orang tidak pandang pada rupa paras sebab ia tidak bawa kemana-mana pun.tapi pandanglah pada budi, tutur bahasa yang luruh kelak orang akan hormat pada kita nanti..;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zalia Reply:

    @surihati_ku,
    betultu……saya nak tanya fasal faedah2 berjiran.boleh terangkan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Gunakanlah peluang bulan puase ni, hulur-hulur untuk sungkai/berbuka, paling tidak cucur kodok pun tak pe…”Tangan yang di atas lebih baik dari tangan di bawah”…. mudah-mudahan dapat amal bersama…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. assalamualaikum ,
    sye baru je menyewa di rumah sekarang ni,
    suami sye penah terkene sekli, bile die tegur dan senyum pada pakcik sebelah, pakcik tuh buat tak tahu saje, muka masam terus belah.

    dan selepas aritu, sye dan suami xbertegur sape dah dengan pakcik, makcik tu.

    ape ptot kami buat, kami bukan sombong, tpi sudah terkene sekli rase serik pulak. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hati_emas Reply:

    @as,

    salam,
    memang btollah 2..samer aje nasib kte…rase kecik aje kepala..klu bleh tanggal..nk tanggal kejap.he3…xpe..wt steady aje…mgkin suatu hari nnt ade guna jugak kte nih…sabar ea.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @as,
    tak mengapalah..mungkin dah fesyen mereka macm gitu..yang penting kita x sombong udah le..manusia ni susah sikit..macm-macm ragam..SABO jelah ya.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam