Kebaikan Dan Khasiat Asam Jawa

Share

As-Salam untuk semua pengunjung blog disini harap-harap kalian semua sihat disamping insan yang tersayang, dicintai dan dirindui selalu.

Post kali ini Suri ingin kongsikan kebaikan asam jawa yang boleh digunakan disepanjang kehidupan kita.

Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.

Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 – 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.

asam-jawa

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.

Berikut adalah pengalaman dan pembacaan Suri yang boleh kita kongsikan bersama.

DEMAM PANAS

Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuku air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

SAKIT PERUT

Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA

Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK

Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

LUKA/BISUL

Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN

Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH

Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.

Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

SELAMAT MENCUBA! :) (1168)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

12 thoughts on “Kebaikan Dan Khasiat Asam Jawa

  1. Thanks atas maklumat nie..
    sebelum nie yg sya thu utk kurangkan kepanasan demam. sakit tekak, n bijik die plak ada sesetengah org cakap boleh buat hilangkan parut jerawat… rupanya ada lagi yg boleh kita buat dari asam jawa nie yek…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @safra, sama-sama safra..pasal biji asam jawa tu ada juga kegunaanya tapi tu antara fakta yang sempat yg suri sempat cari buat masa inilah..hehe..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam