Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Kaunseling Rumahtangga

Rekemen Page Ni Pada Kawan2 Rekemen Page Ni Pada Kawan2
Share

 Khusus untuk ANDA yang mahu mengecapi KEBAHAGIAAN dalam RUMAHTANGGA…

“Ketahui Cara Paling Praktikal

Dan Berkesan

Untuk Selesaikan

Masalah Rumahtangga Anda”

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh & Salam Ceria.

Kepada yang tak mengenali saya, izinkan saya perkenalkan diri sikit yer……

Saya GH Syukri, pengasas blog PakarHowTo.Com ini. Saya berasal dari Jerantut, Pahang dan kini bekerja di Petaling Jaya. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

pakarhowto dan isteri

 

“HIDUP INI PENUH DENGAN MASALAH!”

Saudara dan saudari sekalian,

Sejak saya buka ruangan ‘Aduan Masalah’ di blog saya ini, saya telah menerima beratus-ratus email aduan. Setiap hari, ada saja email yang saya terima. Macam-macam masalah dikemukakan.

Pada peringkat awalnya, saya telah cuba sebaik mungkin untuk menjawab setiap aduan yang diterima. Tapi disebabkan jumlahnya yang meningkat saban hari, saya dah tak mampu lagi menjawabnya.

Saya ada tulis 1 entri khas di blog PakarHowTo mengatakan saya dah tak mampu lagi nak jawab. Tapi  nampaknya pemberitahuan saya tu tak dihiraukan. Makin hari, makin ramai pula yang mengadu. Sampai ke hari ni, saya masih lagi menerima pelbagai aduan demi aduan.

Malah, disebabkan saya dah tak mampu lagi nak jawab email-email yang dihantar, dan pengadu pun mula komplen kata saya sombong sebab tak mahu jawab, saya telah letakkan nombor telefon saya untuk dihubungi. Sesiapa yang betul-betul terdesak untuk mendapatkan pandangan, mereka akan call nombor telefon yang saya kongsikan tu.

Sejak hari pertama saya letak nombor telefon tu lagi, telefon saya berdering-dering macam hotline. Ada saja orang menelefon. Sampaikan tengah-tengah malam, pukul 1~2 pagi pun masih ada orang yang ’kacau’ saya. Allahu akbar!

Pernah juga terjadi, satu ketika, ada orang call, tapi masa tu saya dah tidur. Isteri saya yang angkat. Belum sempat isteri saya berkata-kata, si pengadu terusmeluahkan masalahnya sambil menangis-nangis. Sampai isteri saya panik dan terpaksa mengejutkan saya…

Sejak itu, baru saya sedar, betapa ramainya orang yang bermasalah dalam hidup dan memerlukan nasihat dan bimbingan.

 

“SIAPAKAH YANG MAMPU SELESAIKAN MASALAH HIDUP KITA?”

Saudara dan saudari sekalian,

Sesungguhnya hati saya selalu tersentuh dan bersimpati dengan setiap aduan yang saya baca. Demi ALLAH, kalau boleh, memang saya nak bantu, seboleh mungkin, setakat yang termampu.

Tapi apalah sangat daya saya. Saya ni bukannya pakar kaunseling atau pakar motivasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi atau seni perhubungan manusia. Saya ni cuma seorang blogger biasa yang kebetulan suka berkongsi cerita dan pendapat saja.

Terus terang, saya memang tak mampu untuk jawab atau bagi respon kepada setiap permasalahan yang dikemukakan. Ada masalah yang terrrrlalu rumit dan kompleks.

 

“ADAKAH RUMAHTANGGA ANDA BAHAGIA?”

Saudara dan saudari sekalian,

Saya pernah membuat analisa dan statistik aduan masalah yang saya pernah terima melalui blog ini. Melalui rekod, saya dapati majoriti masalah (lebih 80%) adalah berkaitan dengan MASALAH RUMAHTANGGA.

Antara masalah yang biasa saya terima ialah :

Masalah dari isteri

  1. Suami terlalu ego
  2. Suami langsung tak mahu dengar nasihat
  3. Suami main kayu tiga, bercinta dengan orang lain
  4. Suami dingin, tak beri nafkah batin
  5. Suami tak romantik
  6. Suami pentingkan diri sendiri
  7. Suami kedekut, tak bagi nafkah
  8. Suami tak solat
  9. Suami tak hormat keluarga isteri
  10. Suami pentingkan kawan-kawan saja, keluarga sendiri diabaikan
  11. Suami ketagih tengok filem lucah
  12. Suami panas baran
  13. Suami suka menipu
  14. Sudah hilang percaya pada suami
  15. Suami lebih pentingkan adik beradik dia saja
  16. Suami tak pengasih pada anak-anak
  17. Suami malas bekerja
  18. Suami cakap kasar dan asyik menengking isteri
  19. Suami pantang ditegur, terusmelenting
  20. Suami tak pernah bantu buat kerja rumah

Dan pelbagai lagi masalah lain…

 

Itu dari pihak isteri. Ini pula aduan yang saya terima dari pihak suami.

 

Masalah dari suami

  1. Isteri queen control
  2. Isteri derhaka, tak dengar kata, keras kepala
  3. Isteri berlagak dan sombong
  4. Isteri curang main kayu tiga
  5. Isteri lebih pentingkan kerjaya, tak kisah pasal anak-anak
  6. Isteri pakai seksi, bila tegur diamelenting
  7. Isteri terlalu mendesak, nak itu ini
  8. Isteri terlalu materialistik (asyik fikir pasal duit jer)
  9. Isteri tak hormat suami
  10. Isteri pandang rendah pada suami
  11. Isteri asyik fikir dia saja yang betul, dia fikir dia lebih cerdik dari suami
  12. Isteri suka buat keputusan sendiri
  13. Isteri tak boleh ditegur
  14. Isteri rasa dia lebih bagus dari suami
  15. Isteri suka berhias bila keluar rumah, dalam rumah pakai selekeh
  16. Isteri tak suka ‘bersama’, bila ajak ada saja alasan dia
  17. Isteri suka berleter, ada saja benda yang tak kena
  18. Isteri gemuk dan tak pentingkan luaran. Dia kata yang penting hati kena baik
  19. Isteri terlalu sensitif, sikit-sikit terasa, sikit-sikit merajuk
  20. Isteri hanya mementingkan anak-anak. Suami, dia buat tak endah saja.

Dan macam-macam masalah lagi la, kalau saya nak senaraikan.

Apa yang menariknya di sini  ialah, kesemua mereka yang mengadu masalah, pasti akan bertanyakan 1 soalan yang lebih kurang sama, iaitu :

 

“Apakah ada JALAN PENYELESAIAN kepada masalah-masalah mereka?”

 

Hampir semua mereka yang mengadu meminta saya memberikan PANDUAN atau NASIHAT bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka? Seolah-olah saya ni seorang pakar kaunseling rumahtangga yang professional pula.

Malah, ada juga antara mereka yang mahu mengambil jalan mudah. Iaitu dengan meminta JAMPI-JAMPI PENGASIH supaya mereka dapat menawan hati pasangan masing-masing. Adoyaiii. Memang haru sungguh dibuatnya.

 

Saudara dan saudari sekalian,

Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa, TIDAK ADA sebarang UBAT AJAIB yang mampu menyelesaikan masalah-masalah dengan sekelip mata.

Dantidak ada juga sebarang JAMPI SERAPAH yang dapat menjamin kebahagiaan hidup kita semua.

Setuju?

 

Jika begitu…

 

“APAKAH CARA PALING PRAKTIKAL & BERKESAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH RUMAHTANGGA?”


Ini pendapat saya

Berdasarkan penelitian saya terhadap masalah-masalah yang diadukan kepada saya, saya dapati PUNCA UTAMA mengapa masalah rumahtangga ini tak pernah selesai adalah, tak lain dan tak bukan,

  • kerana SIKAP SUAMI, atau
  • SIKAP ISTERI itu sendiri.

Apabila berlakunya krisis rumahtangga, masing-masing, suami atau isteri biasanya hanya akan menyalahkan pasangannya saja.

”Suami saya ego. Dia hanya pentingkan diri sendiri. Yang dia tahu hanya pergi kerja dan berbual dengan kawan-kawan dia saja. Dia langsung tak nak tolong saya uruskan rumahtangga.Sedangkan saya terpaksa menjaga anak-anak kecil dan membuat kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Suami saya tak pernah faham kesusahan dan pengorbanan saya. Dia ingat ini zaman dulu, suami kerja, isteri duduk di rumah. Tapi sekarang, isteri pun kerja cari nafkah juga tau. Macammana saya nak bagi sedar suami saya..?”

Anda nampak tak? Si isteri hanya mengeluh dan menyalahkan suaminya saja…

 

Ini pula contoh luahan hati seorang suami….

“Isteri saya selalu tak berpuas hati dengan saya. Saya pun tak tahu apa puncanya. Ada saja perkara yang tak kena pada mata dia. Bila saya keluar rumah, dia kata saya utamakan kawan-kawan. Bila saya buat OT dia kata, saya pentingkan kerja saja..tak pentingkan keluarga.Sedangkan saya buat itu semua untuk kebahagiaan kami sekeluarga.  Saya rasa isteri saya tak faham tugas saya sebagai seorang suami. Apa patut saya buat?”

 

Itu adalah 2 contoh aduan keluhan dari seorang isteri dan seorang suami yang tak berpuas hati dengan pasangan masing-masing.

Kalau anda perhatikan, kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu, MENYALAHKAN PASANGAN.

Saya bangkitkan perkara ini bukannya untuk mencari SIAPA SALAH, SIAPA BETUL. Tapi apa yang saya nak katakan ialah, ramai diantara kita ni mempunyai :

  •  CARA BERFIKIR dan
  • SIKAP YANG SALAH

dalam menghadapi sesuatu masalah.

 

USAH HARAPKAN ORANG LAIN UNTUK SELESAIKAN MASALAH ANDA!

Saudara dan saudari sekalian,

Ramai diantara kita, apabila ada masalah, kita begitu mudah menyalahkan orang lain. Kita langsung tak nampak apa salah kita.

Pada saya, untuk selesaikan apa juga masalah, KITA TAK BOLEH HARAPKAN ORANG LAIN UNTUK SELESAIKANNYA UNTUK KITA. KITALAH YANG MESTI BERUSAHA UNTUK SELESAIKANNYA.

Malang sekali, ramai diantara kita ni, hanya tahu menyalahkan orang lain.

”Dia salah, dia tak betul, dia silap, dia sakitkan hati saya, dia cemburu buta, dia tak baik, dia tak hormati saya, perangai dia teruk, dia seorang yang kasar, dia ego, dia pemarah, dia tak pernah memahami saya…pendek kata, semuanya dia yang salah!!!”

Benarkah begitu?

Saya nak tanya anda :

  • Jika begitulah sikap dan cara anda berfikir (hanya salahkan orang lain saja, dan berharap orang lain yang kena berubah untuk anda), adakah ianya membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi???
  • Mampukah anda untuk mengubah perangai @ sikap orang lain? (jangan kata nak ubah orang lain, persoalannya sekarang, mudahkah anda untuk ubah perangai @ sikap anda sendiri?)

 

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud :

“Sesungguhnya, ALLAH tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka.”

 

Ini prinsip yang saya pegang

Apabila berhadapan dengan apa jua masalah :

  1. Saya tak akan menyalahkan orang lain
  2. Saya akan cuba mencari @ melihat apakah kesilapan @ kelemahan @ kekurangan yang saya telah lakukan
  3. Saya tak mengharapkan orang lain berubah, sebaliknya sayalah yang perlu berusaha untuk mengubah kelemahan @ kekurangan diri saya
  4. Saya yakin, apabila kita berubah menjadi baik, orang lain akan menerima kesan positif daripada kita. Apabila kita sudah cukup baik dengan orang lain, sudah tentunya orang lain juga akan menjadi baik dengan kita

 

Prinsipnya mudah saja.

  • Kalau kita mahu orang lain layan kita dengan baik, kita mesti melayani orang lain dengan baik terlebih dahulu.

Kata pepatah Inggeris :

  • WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK  (Bermaksud, apa yang anda beri, anda akan dapat balik)

 

Apakah kebaikannya sekiranya kita mengamalkan prinsip ini?

  1. Jiwa dan perasaan kita akan berasa lebih tenang. Sebab kita akan berjaya mengawal perasaan tak puas hati kita pada orang lain.
  2. Kita akan menjadi seorang yang positif dan proaktif. Sebab kita fokus kepada kelemahan @ kekurangan yang boleh kita perbaiki. Dan bukannya kita asyik tak berpuas hati dengan kesilapan @ kekurangan orang lain yang tak mampu kita ubah.
  3. Yakinlah, Allah pasti akan membantu kita, sebab kita tak pernah menyalahkan (bersangka buruk) pada orang lain. Sebaliknya kita sentiasa berusaha memperbaiki diri kita sendiri. Sesuai lah dengan janji Allah bahawa, Allah hanya akan ubah nasib seseorang itu sekiranya dia sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

 

Saudara dan saudari,

Menurut tok guru saya, ada 4 ELEMEN yang mempengarui anda untuk berubah menjadi baik atau sebaliknya. Elemen-elemen tersebut ialah :

  1. Apa yang anda BACA
  2. Apa yang anda DENGAR
  3. Apa yang anda LIHAT
  4. Apa yang anda CAKAP

Sekarang, cuba anda renung dan muhasabah diri.

  1. Apakah yang anda BACA setiap hari? Buku-buku yang baik atau hanya baca surat khabar, berita gosip sana gosip sini?
  2. Apakah yang anda DENGAR setiap hari? Dengar ceramah @ kuliah-kuliah ilmu atau hanya dengar lagu muzik yang melalaikan?
  3. Apakah yang anda LIHAT setiap hari? Lihat rancangan TV yang ada input positif, atau lihat program hiburan, cerita gosip artis saja?
  4. Apakah yang anda CAKAP setiap hari? Cakap tentang kebaikan, cakap tentang kebesaran dan kehebatan Allah, atau anda lebih suka mengumpat, mencaci, mengutuk dan mengata buruk orang lain saja?

 

Anda lah yang paling tahu mengenai diri anda. Anda nilailah diri anda sendiri.

  • Apakah anda SUDAH CUKUP BAIK dan berhak hidup bahagia???
  • Atau anda perlu berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri untuk mencapai maqam QALBUN SALIM (iaitu hati yang sentiasa tenang dan bahagia, serta mendapat keredhaan Allah)?

 

Saudara dan saudari sekalian,

Jika anda tanya saya, apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki diri?

Jawapan saya ialah CARILAH ILMU. Kerana ILMU adalah asas kepada segala-galanya.

Imam Syafie pernah berkata :

“Kalau kamu mahukan dunia, mestilah dengan ILMU.

Kalau kamu mahukan akhirat, mestilah dengan ILMU.

Dan kalau mahukan kedua-duanya, mestilah juga dengan ILMU.”

Jadi, jelas sekali, ILMU adalah ASAS KEPADA PERUBAHAN.

Justeru, kepada yang serius mahu berubah menjadi baik, saya ingin menyeru kepada anda. Carilah ILMU sebanyak mungkin, samaada dengan cara :

  1. Membaca buku-buku yang baik
  2. Mendengar audio-audio yang baik
  3. Melihat rancangan-rancangan TV yang baik

Terpulang kepada anda cara mana yang lebih sesuai dengan anda. Yang penting anda mesti berusaha untuk menambah ilmu.

 

“APAKAH CARA PRAKTIKAL DAN MUDAH UNTUK TAMBAH ILMU???”

Sebelum ini, ada seorang pembaca blog PakarHowTo pernah minta pandangan saya mengenai CARA TERBAIK bagaimana untuk tambah ilmu (khususnya bagi orang yang sibuk macam dia.)

Berikut ini adalah respon (idea) saya kepada persoalan yang dibangkitkan itu.

Sekiranya anda terlalu sibuk dan tak ada banyak peluang untuk menghadiri ceramah-ceramah atau majlis-majlis ilmu di surau @ masjid, saya sarankan anda :

  1. Beli lah handphone yang ada fungsi untuk mendengar audio MP3. Kalau tak mampu beli handphone canggih begitu, beli saja MP3 player yang murah-murah di pasaran. Downloadlah ceramah-ceramah yang berlambak-lambak di internet tu, dan masukkannya kedalam handphone anda. Setiap kali ada peluang samada semasa anda berjalan ker, masa tunggu lift ker, masa memandu ker, masa tunggu isteri shopping ker, atau bila-bila saja ada masa lapang, anda dengarlah audio mp3 ceramah yang anda download tu.
  2. Dengarlah hari-hari, lagi dan lagi, tanpa jemu. Catatkan isi-isi penting @ nasihat @ saranan dari ceramah yang boleh anda amalkan. Bulatkan tekad, kuatkan azam dan bermujahadahlah untuk cuba amalkan apa yang anda catatkan tu. Sentiasa tengok nota catatan anda, dan cari mana lagi amalan yang boleh anda cuba amalkan. Lakukan ini dengan istiqamah (berterusan), hari demi hari, lagi dan lagi.

Ada pelbagai lagi cara lain sebenarnya. Saya cuma fokus kepada medium PENDENGARAN. Sebab bagi saya, itu paling mudah dan tak membosankan. Anda cuma perlu cari masa 15~30 minit sehari untuk mendengar audio-audio ceramah, dan kenalpasti isi-isi penting dari ceramah tersebut. Catat/ingat isi-isi penting @ nasihat-nasihat yang anda dapat dan berusaha sedaya mungkin untuk amalkan. Dengarlah audio ceramah lagi dan lagi, berulang-ulang kali sehingga anda ada kekuatan untuk amal apa yang anda dengar. Saya yakin, jika anda boleh peruntukkan 15~30 minit sehari untuk dengar audio-audio ceramah, anda pasti akan dapat merasai kesan positifnya insyaAllah.

Yang paling penting ialah TINDAKAN ANDA! Carilah mp3 player atau smartphone dan downloadlah ceramah-ceramah yang baik. MULA MENDENGAR SEKARANG JUGA. Jangan tunggu @ tangguh lagi!

 

Ini gambar handphone saya. Saya sentiasa bawa handphone + earphone bersama, ke mana-mana saja saya pergi. Sekiranya ada masa terluang, terutamanya masa saya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, saya akan dengar audio-audio yang saya telah download. Pengalaman saya, dalam sehari saya boleh dengar sekurang-kurangnya 1 atau 2 ceramah. Biasanya, saya akan ulang dengar satu-satu ceramah sekurang-kurangnya 3 kali untuk memantapkan pemahaman dan supaya dapat kekuatan untuk amal. Alhamdulillah, cara ini memang sangat berkesan untuk saya.

 

“PESANAN AKHIR”

Saya rasa itu sajalah yang dapat saya kongsikan. Saya berharap, selepas daripada ini, jumlah email aduan masalah rumahtangga yang diterima di blog saya akan semakin berkurangan.

Terus terang saya cakap, kalau anda mengadu macam-macam pun, saya bukan boleh buat apa pun. Saya hanya boleh bagi nasihat dan pandangan saja. Selebihnya andalah yang perlu ambil tindakan. Andalah yang perlu buat perubahan.

Dan seperti yang saya katakan, untuk buat perubahan, anda perlu tambah ILMU.

Akhirnya, cubalah renungi dan koreksi diri:

  • Selama ini, apakah usaha yang anda lakukan untuk menambah ilmu di dada???
  • Apakah anda fikir, ilmu anda sudah cukup banyak dan tak perlu untuk belajar lagi???

Tepuk dada, tanya diri dan jawablah sendiri!

 

  • Anda mahu terus-menerus menyalahkan orang lain dan berharap orang lain akan berubah untuk anda, dan barulah anda berasa puas hati dan bahagia?

Atau…

  • Anda mahu berusaha sendiri (sebaik mungkin) untuk tambah ilmu anda, dan berubah menjadi insan yang lebih baik, seterusnya mengecapi rasa bahagia?

 

Anda berhak membuat pilihan.

Sekian. Semoga Allah mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan kepada kita semua, di dunia yang sementara ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Saya sekadar berkongsi rasa dan pandangan saja. Semoga ada manfaatnya insyaAllah.

http://pakarhowto.com

 

~ TAWARAN KHAS ~

Saya mempunyai koleksi (beratus-ratus) ceramah dalam bentuk fail MP3 yang saya kumpulkan sejak bertahun-tahun dulu. Ada pelbagai tajuk, termasuk ceramah mengenai ilmu-ilmu rumahtangga (para suami/isteri MESTI dengar untuk memantapkan ilmu menguruskan rumahtangga masing-masing) . Koleksi ceramah ini lah yang saya dengar setiap hari dan memberikan impak yang sangat baik kepada diri dan keluarga saya. Alhamdulillah.

Sekiranya anda berminat, saya boleh kongsikan semua koleksi ceramah tersebut. Tapi saiznya pula terlampau besar (beberapa GB) dan tak mungkin boleh dihantar melalui email.

Kalau anda sanggup datang jumpa saya, anda boleh download terus dari PC saya. Anda cuma perlu bawa pendrive @ external hardisk dan kita berjumpa di mana-mana untuk proses transfer fail-fail tersebut. Sambil-sambil tu, bolehla kita mengeteh dan berkongsi pandangan/pengalaman. Untuk ini, tiada sebarang caj dikenakan (kecuali anda mahu belanja saya minum teh, saya pasti tak akan tolak punya…hehe)

Kepada yang duduk jauh (luar kawasan KL/Lembah Kelang) pula, kalau nak minta saya poskan untuk anda pun boleh, tak ada masalah. Cuma, anda terpaksa la tanggung semua kos-kosnya. Kos yang perlu ditanggung ialah :

  1. Kos beli pendrive (8GB)
  2. Kos penghantaran pos laju

Apa-apa hal, kalau berminat, boleh kontek (call/sms) saya di 012-3075803 atau email ke pakarhowto@gmail.com

Atau boleh jer WhatsApp saya di : 015-9608 4708

Sekian, terima kasih.

http://facebook.com/gh.syukri

Share
Rekemen Page Ni Pada Kawan2 Rekemen Page Ni Pada Kawan2

2 Comments to “Kaunseling Rumahtangga”


  1. Terima kasih, Info yg cukup baik . Saya berminat dgn tawaran Pakar ..nanti saya email …

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

    2

1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Cara paling praktikal dan berkesan untuk bahagia dalam rumahtangga | Blog PakarHowTo 08 02 13

Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site