Kamu cuma ada 1 peluang saja, jangan sia-siakan

Hidup cuma 1 kali saja.

Ulamak memberi perumpamaan.

Ada seekor katak ditepi sungai nampak seorang pemancing sedang memancing. Katak tersebut teringat kawannya, ikan di dalam sungai. Lantas sang katak terjun masuk kedalam air. Ia ingin berjumpa ikan. Sang katak merperingatkan ikan supaya jangan sesekali makan umpan yang dipasang pemancing.

Katak berkata kepada ikan.

“Wahai kawanku… Jangan engkau makan cacing itu walau ia nampak menyelerakanmu. Kerana sebenarnya ia adalah perangkap. Kalau kamu makan juga, nescaya kamu akan ditangkap, perut kamu akan dibelah, kulit kamu akan disiang dan tubuhmu akan dibakar atas api. Kemudian mereka akan memakan kamu dengan lahap sekali.”

Sang katak cuba menasihati kawannya, kerana ia lebih faham keadaan di darat. Sang katak tahu benar apa yang akan dilakukan pemancing pada ikan yang ditangkap.

pancing ikan

Malang sekali.

Sang ikan langsung tak ambil peduli nasihat sahabatnya. Malah ikan mentertawakannya. Ikan percaya itu semua hanyalah cerita rekaan sang katak yang cemburu padanya.

Lantas ikan telah memakan umpan. Lalu ikan terus disentap dan ditarik naik ke darat oleh pemancing.

Ikan terkejut besar. Ohhh aku sudah terkena! Nak cakap apa pun tak guna.

Kini ikan telah nampak dan saksikan apa yang dikatakan oleh katak bukan rekaan, tapi semuanya benar belaka.

Disaat itu barulah ikan tersedar dan yakin yang kulitnya bakal disiang, perut akan dibelah dan tubuh badannya akan dibakar.

Ikan berasa sangat-sangat menyesal.

Tapi malang, ia sudah terlambat.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Kini ikan sudah tak ada peluang untuk kembali ke dalam air.

Ulamak beritahu…

Keadaan ini (kisah katak dan ikan) sama dengan kita, manusia.

Apabila ada orang beritahu dan memperingatkan kepada kita tentang keadaan kita…

  • tentang alam barzakh
  • tentang padang mahsyar
  • hari perhitungan
  • titian sirat
  • tentang azab neraka
  • nikmat syurga

Di dunia ini, kita tak ambil peduli. Kita buat tak endah saja.

Namun apabila Izrail datang menyapa tiba-tiba, malaikat maut siap menjalankan tugasnya… di saat nyawa kita sudah siap direntap.

Maka saat itulah hijab pandangan kita akan terbuka.

Di saat itulah kita akan menyaksikan apa yang akan kita hadapi di alam sana kelak. Kita tahu kita akan bertemu dengan Munkar & Nakir di alam barzakh, kita akan dihisab dan dipertanggungjawab di mahsyar hari penghisaban, kita bakal menititi titian sirat. Dan akhirnya kita tahu destinasi kita cuma 2. Samaada Syurga, atau Neraka yang penuh ahzab. Dan kita akan kekal selamanya di sana.

Sepertimana ikan yang telah saksikan bagaimana keadaan di darat seperti yang diperingatkan sang katak kepadanya. Begitulah kita manusia akan dapat saksikan apa yang diperingatkan ulamak pada kita di dunia ini. Kita tahu, percaya dan yakin benar kalau kita ‘termakan umpan’ di dunia ini, kita bakal disiang dan dibakar di sana kelak (wal’iya zubillah).

Oleh itu sahabat pembaca yang dihormati…

Kita cuma ada 1 peluang sahaja sekarang. Kita cuma ada masa di dunia ini saja sekarang untuk mempersiapkan amal sebanyak mungkin.

Ayuh jangan bazirkan baki usia dan keringat yang ada. Jangan kita sia-siakan peluang yang Allah kurnia pada kita.

Semoga Allah beri kita kefahaman dan kekuatan untuk terus beribadah dan melakukan kebaikan keranaNya. Aamiin.

Selagi hayat dikandung badan… ayuh mari kita manfaatkan peluang yang ada.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(395)

1,082 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam