Jom jadi JUTAWAN SELAWAT

Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ni, saya nak kongsi 1 amalan yang paling mudah untuk diamalkan. Ia sangat mudah tapi pahala nya berganda-ganda.

Walaupun mudah, tapi tak ramai yang mampu beramal. Kalau amal pun, tak istiqamah. Tahukah kita, Allah sangat suka amalan yang istiqamah walaupun sedikit.

Jadi, apakah amalan yang mudah tu?

Jawapannya :

BERSELAWAT

Ayuh mari kita berselawat… setiap hari… setiap masa dan ketika. Teringat jer, kita selawat. Teringat jer kita selawat.

Selawat paling mudah ialah dengan menyebut :

selawat

“ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD. WA ‘ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD.”

Saya pernah baca dalam 1 status seorang ustaz di facebook. Ustaz tersebut beritahu, apa yang unik pada amalan berselawat ini ialah, kalau kita tak ikhlas sekalipun, ia tetap diterima sebagai ibadah dan diberi pahala.

Kalau amalan lain, ALLAH akan tengok dulu samaada ikhlas atau tak. Baru ia diterima.

Tapi amalan selawat ni, kalau tak ikhlas pun Allah terima.

Istimewa dan unik kan?

Bukan saja ia pasti diterima sebagai ibadah, malah diberi pahala yang berganda-ganda.

Tak mahu lagi ker offer istimewa dari Allah ini?

Ayuh mari kita jadikan amalan berselawat ini sebagai zikir harian kita. Ucapkanlah selawat sebanyak mungkin setiap hari.

Mungkin lebih elok kalau kita letakkan target, contohnya :

  • Setiap kali sebelum makan, kita ucap selawat dulu 3 kali.

Cubalah praktik sehingga menjadi tabiat. InsyaAllah kalau kita buat dengan istiqamah, pastinya kita akan dapat banyak kebaikan di dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.

Ayuh mari berselawat.

Mari kita jadi JUTAWAN SELAWAT.

Amacam?

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(274)

871 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam