Jangan terlibat dengan saham dosa di facebook

Jangan terlibat dengan saham dosa di facebook

saham dosa facebook

Ni apa yang saya perhatikan di facebook.

Saya lihat, ramai benar orang yang suka berkongsi cerita (sebar) keburukan orang (samada melalui video, gambar, print-screen, cerita dan sebagainya), KONONnya untuk pengajaran dan iktibar.

Mereka berasa puas hati dan seronok bila apa yang mereka kongsikan tu, ramai pula yang beri komen, hentam, kutuk, caci maki si pelaku buruk (seperti yang dikongsikan).

Tapi, pernahkah kita terfikir atau bayangkan, kalaulah orang itu (yang melakukan keburukan itu) adalah diri kita sendiri, atau mak, kakak, adik-beradik, saudara-mara kita sendiri?

Bukankah kita sama sekali tidak mahu (tidak suka dan marah) kalau orang dedah dan sebarkan keburukan yang telah kita lakukan, hatta dengan tujuan kebaikan untuk pengajaran (kononnya)?

Yaa mungkin orang itu dah buat silap. Orang itu gagal kawal nafsunya.

Yaa mungkin orang itu telah berlebihan dalam tindakannya. Mungkin dia berdosa kepada Allah.

Tapi apakah kerana keterlanjurannya itu, kita BERHAK sebar aib dia.

Adakah kerana itu, kita ada lesen besar untuk canangkan pada dunia, keburukan dan kesilapan yang telah dia lakukan?

Wahai orang yang beriman, JAGA LIDAH mu. JAGA TULISAN mu.

Jangan sampai Allah buka aib mu dan “telanjang”kan kamu baru nak sedar.

  • Kita semua buat silap. Kita semua ada banyak kelemahan.
  • Berhentilah sebar keburukan orang.
  • Sudah-sudahlah komen negatif, kutuk dan caci maki orang, macam kita ni maksum (tak pernah buat dosa)… apa bagus sangat ker kita???

Saya bukan nak membela sesiapa. Cuma nak melahirkan rasa sedih melihat perangai akhlak kita di facebook ni.

Yaa, si pelaku buruk itu berdosa atas perbuatan buruknya.

Tapi silap-silap, kita mungkin berdosa berlipat kali ganda lebih banyak darinya kerana perbuatan kita yang melampaui batas.

Moga Allah ampunkan saya dan kita semua.

Nasihat dari PHT :
Di laman-laman sosial seperti facebook, twitter ni, kita pakat-pakat tulis, share dan komen benda yang baik-baik dah la.

Untuk apa kita share benda yang mengundang fitnah dan bermacam-macam keburukan itu?

Fikir dulu yer sahabat.

Sebelum share apa-apa, cuba tanya diri,

apa faedah atau kebaikannya kita share benda tu?

FIKIR kalau tak mahu jadi ‘FAKIR’ (di akhirat nanti).

Ingat!

Antara dosa besar di facebook ialah – kita kongsi @ sebarkan cerita, video, gambar, print-screen perbuatan buruk orang lain. Kemudian ramai pula yang komen, kutuk, caci, hina serta sebarkan pula pada kawan-kawan mereka yang lain. Kemudian lebih ramai yang kutuk, hina, caci dan mereka sebar pula pada kawan-kawan yang lain… 

Maka ketahuilah bahawa, inilah dia RANTAIAN DOSA atau SAHAM DOSA yang tak berkesudahan, yang mana anda yang menjadi punca penyebaran kepada perkara tersebut turut mendapat habuan saham-saham dosa itu.

Saya berlindung pada Allah atas saham dosa seperti ini.

Semoga Allah ampun kita semua.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(975)

1,874 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(9)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam