Jampi paling mujarab

Share

Hari ni saya nak kongsi 1 info saja. Iaitu mengenai jampi paling mujarab. Tahukah anda apakah jampi yang paling mujarab?

Mari kita perhatikan catatan ini …

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah berkata :

Aku pernah sakit ketika berada di Makkah. Waktu itu aku tidak menemukan doktor atau ubat. Akhirnya aku mencuba mengubati diriku sendiri dangan surah al-Fatihah. Aku melihat kesannya yang amat menakjubkan.

Kemudian aku mengambil segelas air zam-zam. Aku bacakan surah al-Fatihah berulang-ulang ke dalam air tersebut, lalu aku minum. Setelah itu aku pulih seperti sediakala.

Dari pengalaman tersebut, aku melakukan hal yang sama apabila diserang sebarang penyakit. Dan kesannya sangat luar biasa.

Aku juga biasa mengubati dengan cara ini bila orang-orang yang datang mengeluh sakit kepadaku. Banyak di antara mereka sembuh dengan cepat

(Rujukan lanjut : Sila lihat kitab Zad al-Ma’ad)

Subhanallah. Penyembuh segala penyakit adalah Allah SWT. Kita hanya berusaha dan bertawakal sahaja.

(1072)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

16 thoughts on “Jampi paling mujarab

  1. Dari ALLAH kita ada(hidup di dunia) dan dariNYA juga kita akan kembali(mati).Dari ALLAH datang penyakit dan ALLAH juga menyembuhkan.ALLAH penyembuh yang paling mujarab.Yakinlah ALLAH yang menghidupkan dan mematikan manusia. Sementara, untuk sembuh dari sekelian penyakit kita hendaklah berusaha,berdoa dan bertawakkal kepadaNYA demi untuk meneruskan hidup kita semula sebelum kita betul betul dijemputkan pulang dengan izinNYA pada masa yang telah ditentukan,masa yang tidak boleh diubah ubahkan dan tidak dapat ditukar-tukarkan.wallahualam.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mengkudu,
    terima kasih atas peringatan ini. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. mmg ayt2 dr Al-Quran mmpu mgubat kskitn.Ia tbukti sjk zmn Nabi lg..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @joyzieta,
    yaaa sebenarnya tak perlu kita cuba buktikan dengan kata2…
    orang yang mengamalkannya saja dapat merasai kehebatan ayat-ayat Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam…

    TQ… rupa2nya alfatehah dah memadai untuk diamalkan…semoga Allah membalas jasa baik tuan menyebarkan maklumat ini…

    Wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @MamaSha,
    Salam

    Yaa sebenarnya al-Fatihah sudah memadai jika kita mengamalkannya dengan sungguh-sungguh.
    Tapi masalahnya, kita tak bersungguh dan tak yakin pun dengan ayat-ayat Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. ya memang benar dgn jampi surah al fatihah
    penyakit akan sembuh dgn izin Allah
    Saya dh cuba dan trbukti keberkesanannya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @EIia, sebenarnya itulah hadiah Rasulullah buat kita semua.kala yang indah pelbagai isinya namun sayang sekali tidak semua orang menggunakannya.
    surihati_ku´s last blog post ..15 Petua Mendidik Anak Cemerlang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam
    Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama. Badan saya teramat panas secara tiba-tiba..demam panas! esok pagi2 selepas sbuh saya perlu drive ke Pahang untuk hantar ibu dan adik pulang. Saya berserah..saya hanya baring berselimut sambil membaca Surat Al-Fatihah berulang-ulang sehingga saya terlelap.

    Alhamdulillah..esok pagi saya sihat seperti sediakala…… begitulah hebatnya penawar ayat-ayat Allah swt.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Salam
    Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama. Badan saya teramat panas secara tiba-tiba..demam panas! esok pagi2 selepas sbuh saya perlu drive ke Pahang untuk hantar ibu dan adik pulang. Saya berserah..saya hanya baring berselimut sambil membaca Surat Al-Fatihah berulang-ulang sehingga saya terlelap.

    Alhamdulillah..esok pagi saya sihat seperti sediakala…… begitulah hebatnya penawar ayat-ayat Allah swt.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Assalammualaikum…

    Pengalaman saya pula, sewaktu sedang sarat 9 bulan mengandungkan anak ketiga, sewaktu di pejabat, ketika saya ke blok yang lain, saya terserempak dengan seorang kakak yang bertudung labuh, wajah bersih. Dia tanya berapa usia kandungan saya kerana dia lihat saya seperti lelah. Saya kata sudah cukup bulan dan hanya tunggu masa. Dia berpesan supaya jika telah rasa sakit nak bersalin, isilah air di dalam gelas, suruh suami bacakan fatihah. Sambil membaca, jari telunjuk kanan suami disentuh ke atas permukaan air sambil membuat pusingan jam. Sampai ke ayat “iyaakanaqbudu”, suami kena niatkan di dalam hati supaya isteri selamat dan mudah bersalin. Oh ya, pesan kakak itu lagi, air itu hendaklah diminum selepas selawat tiga kali dan minum dengan satu nafas.

    Lalu bila masanya tiba, ketika sudah di wad bersalin, saya minta suami buat seperti pesanan kakak itu. Seperti satu keajaiban, saya yang dijangka bersalin pada jam 4.00 keesokan harinya tiba-tiba betul-betul hendak bersalin pada jam 12.20 tengahari itu juga iaitu selepas setengah jam minum air yang dibacakan fatihah itu. Saya bersalin dengan mudahnya.

    Selepas peristiwa itu, amalan tersebut kami teruskan ketika saya hendak melahirkan anak-anak yang lain.

    Untuk makluman pembaca semua, selepas balik dari cuti bersalin, saya kembali bertugas dan mula mencari kakak tersebut. Puas saya bertanyakan siapakah dia dan cuba mencari beliau tapi tidak berjumpa. Tidak seorangpun di dalam Kementerian saya yang mengenali beliau. Saya tertanya-tanya hingga kini siapakah kakak itu.

    Ini kisah benar yang saya alami. Bagi ibu-ibu yang akan melahirkan anak, cubalah amalan ini dan yakin. Seperti pengalaman saya, hanya untuk anak pertama dan kedua sahaja saya minum air selusuh dari akar fatimah. Selepas itu, hanya surah Al Fatihah ini sahaja yang menjadi air selusuh saya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    leena Reply:

    @leena,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Salam…

    Oh ya… jari telunjuk suami ketika membaca Al Fatihah itu mesti membuat pusingan lawan jam. Saya ulang, Pusingan Lawan Jam. Maaf kerana kesilapan saya di atas.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam