Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Kelebihan Dan Keistimewaan Bunga (Hasil Kajian Sains)

February 04, 2010 By: surihati_ku Category: Info Berguna

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.

Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.

Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.

red_rose_flower3

Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.

Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.

imgp0032

Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-

  • Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
  • Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
  • Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
  • Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.

Hurm, cara Suri pula dengan meletakkan pokok kecil dikiri dan kanan meja komputer pejabat untuk mengurangkan tekanan dan menambahkan kesegaran. Cara anda bagaimana pula..? marilah kita berkongsi disini :)

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

14 Comments to “Kelebihan Dan Keistimewaan Bunga (Hasil Kajian Sains)”


  1. salamualaikum
    Bunga, cantik dipandang,harum mewangi baunya,menyegarkan.mempesonakan dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang tahu menghargainya.saya suka makan bunga segar terutama bunga rose itulah hobi saya selain melihat pelbagai jenis bunga setiap hari di kawasan kediaman saya.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @salmi,
    salam salmi..
    segalanya tentang bunga semunya cantik jika nama pun diberi nama bungan itu pun sudah kira menarik bunyinya..

    owh,salmi makan bunga yang segar ke?hurm tentu nak sentisa nampak awek muda kan..kan..hehhe..

    [Balas Di Sini]

    1
  2. MrsRanggy says:

    A’kum. Saya hiasakan kawasan rumah dengan tanaman yang pelbagai. Untuk mencantikkan kawasan itu, menambahkan oxygen, menenangkan minda dan saya juga suka makan makanan yang ditanam sendiri. Saya tanam pokok cili padi sendiri. Saya pernah cuba tanam pokok bawang, daun pandan dll. Saya minat padi hobi menanam pokok. Arwah ibu dan bapa saya pun suka berkebun dan sejak dari kecil, saya hargai flora dan fauna yang dianugerahkan pada manusia oleh Illahi.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @MrsRanggy,
    salam jumaat..MrsRanggy
    Alhamdulillah MrsRanggy juga seorang yang pecinta alam semulajadi. Suri harap anda teruskanlah mengindahkan kawasan perumahan anda kerna ia akan tampak segar dalam suasana yang mententeramkan.

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Salam Pakar. Wah sejak dua menjak ni pakai aromaterapi untuk kesihatan badan. Memang ada kebenarannya. Aromaterapi dapat membuatkan minda lebih relax dan tenang dalam berfikir.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja,
    salam Motivasi Kerja,
    owh..suri rasakan sesekali kita bertukar angin apa salahnya tak gitu..hik..
    bisalah surikan perempuan so tak salah la jika entri kali ni banyak bunga dari lebihkan imu semata-mata ;) hehe

    [Balas Di Sini]

    3
  4. mm..bunga ni ader kuasa tuk mengharmoni kan suasana..
    sbb tu lelaki suka bg bunga kat pompuan…
    nak2 y ngah merajuk..ehehe

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Asma’,
    cak asma’
    huhu..sekali merajuk dapt bunga, dua kali rajuk belanja makan lagi..tiga kali merjuk adakah akan di beri bunga lagi??itupun kalu ada budget lebih..kalu untuk kemaafan atau permintaan dalam sesuatu maksud yang bermkna mungkin kita akan dapat bunga lagi kot..hehe..tapi jagan masuk wad sakit sudahlah,

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @surihati_ku,
    hah?
    ehehe…

    [Balas Di Sini]

    4
  5. subhanallah..

    segala kejadian ciptaan Tuhan..indah2 belaka..

    tiap kali p kerja mesti lalu kat kawasan yg ditumbuhi bunga2 tapi tak tau plak bunga apa hihihih..tapi at least kalau tengok bunga hati jadi damai plak..

    Itu lah salah satu kebesaran Allah s.w.t..setiap kejadian Tuhan pasti ada hikmat..manusia je yg kadang2 tak tau menilainya..

    p/s: belum pernah mandi bunga mahupun makan bunga hihihi (^_^)

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    ohw..ya ke..bunga tu memang ada aura yang tersendiri..apa lagi jika kita cuba menghidunya.pasti akan membuatkan hati gembira..tenang seketika..emm.. ;)

    [Balas Di Sini]

    5
  6. suka tengok bunga ros.. cantik, wangi dan mendamaikan hati..

    [Balas Di Sini]

    6
  7. mia_lara says:

    saya ni pminat bunga la sgt2…
    klu sehari x tgk bunga rs gelap dunia
    sbb tu rmh pnuh dgn bunga
    wangi dan cntik plk tu…

    (kcuali bunga taik ayam la)
    indah d pndang tp jgn d hidu………

    [Balas Di Sini]

    7
  8. LinaRossa says:

    Salam Suri,

    Saya sangat tertarik membaca ruangan yang disiarkan tentang bunga dan kuasa bunga itu sendiri. Di rumah saya ada menanam pelbagai tumbuh-tumbuhan hijau dan yang berbunga..termasuklah palma, heliconia, sepit udang, bunga raya, bougainvilla, zennia, ros, marigold dll. Yg sgt menarik ialah bunga-bunga ini menjadi kunjungan kepada lebah,rama-rama, pepatung,beburung kecil dan pelbagai spesies unggas. Kehadiran hidupan ini memeriahkan suasana taman kecil saya dengan bunyi-bunyian yang menghiburkan. Suasana inilah yg dpt meneutralkan emosi yang sedang berkecamuk@stress.

    Saya sangat menghargai anugerah Allah ini dan hubungan manusia secara horizontal terhadap tumbuhan dan hidupan ini mempamerkan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Terimakasih juga kepada Suri kerana memberi info berkenaan bunga. InsyaAllah dengan keizinanNya saya akan membuka perniagaan berteraskan gubahan dan hiasan bunga.

    [Balas Di Sini]

    8


Leave a Reply