Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Perompak semakin berani - peringatan untuk semua!

February 09, 2010 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Tadi, apabila saya buka inbox email saya, ada satu email yang menarik perhatian. Ia adalah email dari salah seorang senior saya.

Berikut adalah kandungan email yang beliau hantar. Saya kongsikan di blog ini kerana ia sangat penting untuk kita sama-sama beringat dalam keadaan masyarakat yang semakin haru-biru ni.

Salam semua.

Saya hampir-hampir terkena dengan modus operandi geng perompak asing. Kumpulan tersebut adalah dari South America. Ia berlaku pada Jumaat, 15-Jan 2010, kira-kira 8.15 mlm lalu di Cawangan Utama Maybank Shah Alam ( depan Muzium Shah Alam ).

Ketika saya hendak keluar wang dari ATM ( masa tu saya tengah check balanca), tiba-tiba seorang lelaki bertubuh gempal & rendah, memakai topi berwarna merah ( wajahnya kelihatan seperti orang South America). Mamat tu menegur saya dalam bahasa Inggeris, beliau kata duit saya terjatuh dilantai.

Apabila saya toleh ke belakang, memang pun terdapat 6~7 keping RM1, RM5 & RM10 (tapi yang banyak duit RM1) bertaburan di belakang tempat saya berdiri. Masa tu tiada orang lain dibelakang saya.

Apabila pandang saja duit yang bertaburan dilantai tu, memang saya yakin ianya bukanlah duit saya, kerana saya tidak lipat duit-duit saya.

Pada masa itu, fikiran saya terus teringat tentang beberapa insiden yang hampir serupa yang diforwardkan dalam e-mail yang banyak
saya terima. Saya dah syak, ini mungkin satu kes penipuan yang cuba dilakukan terhadap saya.

Disebabkan saya yakin ini merupakan satu helah untuk mengenakan saya, saya tetap buat bodoh dan teruskan saja prosese mengeluarkan duit sebanyak RM300. Saya tekad, apa-apapun, duit kena keluarkan dulu dan kad ATM kena masukkan dalam wallet dulu sebelum saya berinteraksi dengan mamat tu.

Mamat warga asing tadi masih lagi berada dibelakang saya. Dia terus mendesak dan mengatakan duit yang bertaburan di atas lantai itu adalah kepunyaan saya.

Saya memang benar-benar yakin, ini adalah taktik jahat untuk memperdayakan saya. Pada masa itu, orang ramai di sekeliling saya buat tak tahu saja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin mereka takut dan tak mahu masuk campur.

Setelah saya simpan duit dan kad ATM saya dalam poket dan pastikan semuanya selamat. Terus saja saya berhadapan dengan mamat tadi. Saya beritahu dia bahawa duit yang jatuh dilantai tu bukan duit saya kerana semua duit saya ada dalam wallet, dan saya nyatakan saya tak pernah lipat duit saya.

Saya pandang wajah lelaki tersebut, dan terus menuju kearahnya sambil
menyergah…. “ini adalah satu sindikit penipuan”. Dengan suara yang kuat dan lantang, saya nyatakan dengan tegas bahawa saya akan laporkan perkara ini kepada polis.

Mendengar sergahan dari saya itu, mamat tadi terus buka langkah seribu, melarikan diri. Saya berlari ke arah beberapa orang security guard yang sedang lepak-lepak di kawasan itu. Saya beritahu apa yang berlaku dan cerita mengenai percubaa mamat warga asing tersebut. Security guard kemudiannya turut sama berlari mengejar mamat yang tengah kelam kabut tu.

Mamat tu berlari kearah sebuah kereta yg diletakan tak jauh dari pintu masuk bank. Dia mencampakkan beg galas yang disandangnya ke jalan raya.

Menurut security guard di kawasan itu, kejadian seumpama ini telah beberapa kali dilaporkan kepada pihak polis.

Ramai pelanggan yang berada di dalam Maybank terpingga-pinga dengan insiden yang berlaku. Ia berlaku dalam masa agak singkat.

Dah macam drama swasta pula. Saya seperti menjadi hero dan begitu berani bertempik dan mengejar mamat warga asing tu. Rasanya ada tak kurang 15 ~ 20 org yang telah menyaksikan kejadian itu.

Tak sangka la pula, geng perompak South America ini dah semakin berani melakukan operasi mereka, walaupun di cawangan utama bank,tempat dimana terdapat ramai pelanggan dan ada security guard.

Pengajaran dari insiden ini… ;

  1. Kita kena selalu beringat sebelum terkena. Bak kata pepatah Melayu, “Jangan dah terhantuk, baru nak tengadah”.
  2. Jangan beranggapan bahawa tempat ramai orang berurusan, maka kita boleh merasa selamat.
  3. Jangan bersendirian terutama ditempat tak ramai orang.
  4. Kalau boleh, cuba elakkan berurusan pada waktu malam.
  5. Kalau nak pergi ke mana-mana, kena ada teman, jangan pergi sorang-sorang, terutamanya perempuan, kena bawa mahram untuk temankan.

Sekian, hari ini dalam sejarah.

-Lobo-

Kesimpulannya, sekali lagi diingatkan bahawa, setiap seorang daripada kita kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati sebelum terkena. Sediakan payung sebelum hujan.

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

17 Comments to “Perompak semakin berani - peringatan untuk semua!”


  1. Salam..

    huhuhuh..citer yg menarik tapi benar..heheheh

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    salam ocean,
    ya benar tu jadi dimana-mana pun kita harus berwaspada ;)

    [Balas Di Sini]

    1
  2. salam
    ya..benar.kita kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati selalu.

    [Balas Di Sini]

    2
  3. malang tidak berbau..seeloknya sebelum kuar rumah bc ayat pelindung diri dan bagi yg perempuan pastikan pepper spray sntiasa ade dlm handbag..kdg2 ditempat awam pun rs xselamat lg dh sekarang ni..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @arerin..,
    cak,arerin
    malang tidak berbau..kita kena sentisa waspada..slu klu suri bawak minyak wangi je. pistt!!..senag skit..biar tahu sebenrnya kita pun ada senjata juga..

    [Balas Di Sini]

    3
  4. ..hmm,,t.ksih ats crita anda,,sngguh mmberi kita smua stu pringatn yg sgt brguna….
    ..sbenrnye msih trdpt byk lg mslihat2 yg diamlkn mreka yg kita xtaw,,jdi sntyselh brwspada,,dn brhty2 wlau dmne jua……….. =)

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ndia,
    hai..ndia,
    sama-sama nadia.
    mana yang harus diingatkan bersama maka itu sudah satu tanggungjawab kami disini untuk mengumukannya kepada anda.

    [Balas Di Sini]

    ndia Reply:

    ye! sy kagum dgn knyataan anda..t.ksh skali lg.. ;)

    [Balas Di Sini]

    4
  5. aduh risaunya, dah lah saya ni lone ranger..tp alhamdulillah setakat ni masih terhindar dr bencana2 mcm ni walaupun pernah ada cobaan tapi allah masih melindungi, sentiasalah amalkan ayat kursi & fatihah mohon perlidungan,insyaallah.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @fossil,
    salam,fossil
    memang benar, sebut sahaja akan hal nie. semua orang akan risau.tapi dimana kita berada kita haruslah berhati-hati pada keadaan sekeliling..

    doa tu pun satu amalan yang baik juga jika kita pergunakannya.semoga ia dapat melemahkan mata-mata jahat yang memandangnya.Amin. :)

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Ingat kan modus operandi ni dah ditinggalkan sebab dah ramai orang tahu.
    rupanya masih berjalan lagi.. mmg berani atau boleh dikatakan bodoh juga derg nie. nway.. papehal pun kita yg seharusnya sentiasa berwaspada & selalu mengingatkan sesama sendiri.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mr.eims @ perfume,
    salam ceria mr.eims @ perfume,
    perkara begini memang tidak akan berhenti sampai disini sahaja. sewajarnya ia harus di banters dari akar umbinya lagikan….lagi..dan lagi..biar mereka tahu yang sebenarnya undang-undang tu tidak boleh terlepas pada sesiapa jua pun huu..

    [Balas Di Sini]

    6
  7. ya….mesti berwaspada….malang x berbau

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    dimana kita berada sentiasalah berjaga-jaga sebab perkara macam ni pantang je kita alpa, ha padahnya hanya Tuhan sahja yang tahu (jika terjadi pada sesipa juga)..mereka ni bukan jenis yang berperikemanusiaan..

    simpati suri pada perompak yang baru2 ni meragut laptop seorang wanita..huhhu

    [Balas Di Sini]

    7
  8. perompak sekarang makin berani.. jiran saya 2 kali rumah dia di intai perompak.. walau pun rumah dia berpagar depan belakang, tetap diaorang berani masuk.. oleh kerana rumah jiran saya ni, ada pagar dari dalam di setiap pintu dan tingkap tak dapat la diaorang masuk.. hanya boleh jengguk aje le.. agaknya nak tunjuk yang diaorang pernah datang, diaorang tinggalkan tingkap terbukak dengan seluasnya…

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Bile baca kisah2 mcm ni..takut rasanya perkara sebegini akak menimpa diri. Sama2 la kite mengamalakan ayat pendinding diri mudah-mudahan terselamat dari dugaan sebegini.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    salam leyna..salah satunya bacalah ayat kursi sebelum melangkah keluar rumah.. ;)

    [Balas Di Sini]

    9


Leave a Reply

CommentLuv Enabled


This page is copy protected