Perangai Lelaki Vs Perangai Wanita, mana lagi hebat?
Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Tahap pengorbanan
- Daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

Lelaki dan wanita saling memerlukan
Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.
Anda setuju dengan semua pernyataan di atas? Apa pendapat anda? Sila kongsikan di ruang komen di bawah. TQ
Sumber artikel diterima melalui email Tok Fakeh (tokfakeh@gmail.com)

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2












Salam. Minta maaf, saya ingin bertanya, adakah ayat ini hadis ataupun ayat2 Al-Quran..Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu.
[Balas Di Sini]
Bawang Goreng Reply:
February 7th, 2010 at 10:54 am
@Ar. Fauhus,
Salam,
Sefaham saya, tiada hadis mahupun ayat al-Quran yg mengukuhkan 9-1 vs 1-9 ini. Ia cuma kata-kata pujangga Arab yg di’rosak’kan utk merendah-rendahkan kaum wanita.
Habaq mai hadis atau nas al-Quran yg menyokong teori ini.
[Balas Di Sini]
salam ceria dan gembira..ntah..nk ckp betul tue xpasti la coz lum merasai alam rumah tangga.tp mungkin ada kebenarannya..lelaki mmg cepat cool n wanita plak lebih emo..hmm..Allah maha kaya..dijadikan lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 9th, 2010 at 5:31 pm
@najihah,
biasalah itu namanya perkahwinan..tanpa lelaki perempuan akan merasa sunyi..begitu juga sebaliknya..
hakikatnya TANPA dua insan ini (ADAM/ HAWA) pasti dunia akan suraM..
[Balas Di Sini]
najihah Reply:
February 9th, 2010 at 8:52 pm
yer kak suri..tue hakikatnya..
[Balas Di Sini]
mm..ader la jugak y betol nye…
p biasanya mmg gerak hati pompuan lagi tajam drpd laki…ehehe..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 9th, 2010 at 5:29 pm
@Asma’,
ya sebab perempuan ni teliti orangnya..hik3..
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
February 10th, 2010 at 12:53 am
@surihati_ku,
ehehe…betul3…
[Balas Di Sini]
Salam, kalau tak salah saya.. ayat yg lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan manakala perempuan itu satu akal dan sembilan nafsu hanyalah suatu perumpamaan yg dibuat oleh Rabiatul Adawiyah r.a.
Wallahualam =)
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:00 pm
@Rie,
salam terima kasih atas info anda. kerna ia juga merupakan perkongsian ilmu yang bisa kita kongsikan bersama disini.
[Balas Di Sini]
Post Post dalam ni semua menarik. Adakah penulis mempunyai cadangan menulis berkaitan politik semasa dimasa yang akan datang? =)
zamankini.wordpress.com
salam perkenalan.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:02 pm
@krzaman87,
hai,krzaman87
Alhamdulillah dengan rahmat yang dikurniakan maka itulah isi yang terpendam dlam blog ini untuk dimiliki bersama-sama.
hurm berkenaan dengan usulan anda itu adalah baiknya krzaman87 bertanya pada pakarhowto dulu. tapi suri rasa tisak kot sb kami disini hanya menginkan info ilmu semata..
[Balas Di Sini]
Antara lelaki dan perempuan, yang paling hebat adalah yang paling bertakwa di sisi-Nya.
http://laman-seri.blogspot.com/2008/11/kecantikan-lelaki-kegagahan-wanita.html
Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal
Tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik
Adalah lelaki yg mampu mengaliri airmata keinsafan
Adalah lelaki yang sedia menerima teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka dan tidak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan batin
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad yang ummi
Adalah kecantikan sempurna seorang lelaki
Kegagahan seorang perempuan
Bukan pada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhkan segala keinginan
Kegagahan perempuan yang berdiri di atas keteguhan iman
Seluruh kegagahan yang ada pada khadijah yang ihsan
Adalah kegagahan sempurna seorang perempuan
Kecantikan lelaki mendorong perempuan menjadi gagah
Kegagahan seorang perempuan menjadikan lelaki cantik menangis kerinduan
Renung-renungkan.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:03 pm
@Bawang Goreng,
Bawang Goreng,
owh, terima kasih atas puitis diatas.sungguh menarik sekali. kami disini amat menghargainya
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
March 6th, 2010 at 11:53 am
@Bawang Goreng, Bawang Goreng yang ni sama ke dgn Bawang Goreng yang sering hantar email ke Tmn2 Syurga. kalu org yg sama..mmg sy respect..email anda mmg bermanfaat.
[Balas Di Sini]
..hm,,hbatnyee kuasa Allah,mnciptakn ssuatu tue brpsngan,,dn seimbang dr stiap aspek,,trimalah hkikat trsebut………..
..t.ksih,,intrestng pst!! =D
[Balas Di Sini]
7salamualaikum
info yg menarik.ada benarnya,apa pun lelaki dan wanita saling memerlukan di antara satu sama lain.
[Balas Di Sini]
8SAlam,
Post yg menarik..
thanks…
[Balas Di Sini]
9kita orang perempuan memang sangat berbeza.perempuan lebih sensitif dan lelaki lebih egoistik.Namun sekarang seakan tiada beza di antara lelaki dan perempuan kerana perilaku dan tingkahlaku seakan sama.Sekarang perempuan yang semakin kasar semakin bertambah dan lelaki yang terlebih lembut juga bertambah.Tetapi siapapun kita harus tahu dan kenal diri sendiri melebihi dari orang lain yang hanya tahu menilai kita dari sudut luaran.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:09 pm
@Fazrein Sahrizal Azmi,
hai..Fazrein Sahrizal Azmi
benar tu Fazrein Sahrizal Azmi.
orang lain boleh baca luaran kita dengan apa hujah sekalipun. tapi kita sendiri jugalah lebih tahu siapa diri kita yang sebenarnya..r
enung-renungkanlah..
[Balas Di Sini]
Salam….Camane plak kalo sebelum kawin, cemburu tu keterlaluan tapi lepas kahwin, suami da takda pun rasa cemburu…Sedangkan bila dia tunjukkan rasa cemburu, itu tanda dia sayangkan kita
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:11 pm
@Mel,
jika anada sudah berkahwin 3 tahun…10 tahun sekalipun anda kenalah tawan hatinya semua. carilah titik tumpu aura anda dimana sure suami akan menghargai..mencintai anda kembali..apa yang penting usaha harus ditingkatkan..
[Balas Di Sini]
salam,
9 akal n 1 nafsu itu adalah kata2 dr org2 bijak pandai. Tp sy pernah lihat dlm 1 medical artikel berkenaan distribusi keinginan antara lelaki n wanita. Ruang lingkup keinginan sex lelaki di otak terlalu besar berbanding dgn wanita (yg se ciput sj). Ianya boleh di isi sebanyak 9 keinginan(nafsu) wanita seperti nafsu utk cantik, berhias,pakaian,shopping, masakan dll. wallahualam.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
February 12th, 2010 at 11:16 am
@kakchik,
Terima kasih atas perkongsian info.
Memang ada benarnya apa yang dikatakan tu…
[Balas Di Sini]
setuju sangat.. ada betulnya.. perempuan kalau dah kawin memang akan tutup pintu hatinya pada lelaki lain.. walau pun ada lelaki susah nak percaya hal ni, tapi itulah hakikatnya..
[Balas Di Sini]
13lebih kurang 100% kena…aku tak bangkang. contoh hari raya puasa dah le korang tengok sebagai contoh..orang lelaki macam aku ni dok fikir lagi seminggu camane la nak puasa bagi penuh. yang bini aku lagi seminggu dok fikir kaler apa la nak sedondon raya tahun ni…kadang2 tensen gak aku..
[Balas Di Sini]
14memang aku stuju…aku kalu seminggu lagi nak raya posa, aku fikir camane la nak posa kasi penuh takut ter miss. bini aku plak dia asyik fikir warna apa la nak seragamkan langsir, cadar, baju raya dan sebagainya untuk raya nak datang ni..yang bestnya tu pakai akaun aku jugakk…..
[Balas Di Sini]
15betullah tu..heheheh…seronok je baca artikel kt page ni..
[Balas Di Sini]
16Betul sgttt tu; tu pasal lah orng lelaki jgn take for granted bila orng pompuan diamkan diri
hati orng pompuan jgn di lukai, pasl tu bila hati meka dah dilukai, “TIADA MAAF BAGIMU”
[Balas Di Sini]
17