Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Kubur Orang Islam HARAM Untuk Dihiasi

September 29, 2009 By: surihati_ku Category: Info Berguna

Hari ini pula saya ingin berkongsi dengan anda tentang 1 artikel mengenai hukum menghias kubur (orang Islam). Bacalah, semoga ada manfaat nya. Jika inginkan kepastian mengenai perkara ini, sila bertanya kepada ustaz atau imam yang selayaknya. Terima kasih.

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti kan?

pic01649

pic01735

kubur 6

Tapi tahukah anda, menghiasi kubur seperti ini hukumnya adalah HARAM. Mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Sila baca hadith di bawah ini ;


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan atau jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan, walaupun ia telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka.

Ia tidak dibenarkan kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

kubur

kubur5

kubur3

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Diterima melalui email daripada: Zaiton Aziz (zaiamin@hotmail.com) menulis)

Artikel lain yang best-best...

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Tolong Klik Banner Di Bawah Ni Yer ;)

17 Comments to “Kubur Orang Islam HARAM Untuk Dihiasi”


  1. salam ,

    mintak izin nak forward ngan kengkawan..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    hai! ocean,
    anda bebas utk ‘copy&paste’ mana2 entri yang anda suka dan kongsikan di blog anda”
    Tapi kalau boleh ‘credit’ kan lah alamat blog pakarhowto.com sebagai sumber maklumatnya.”

    [Balas Di Sini]

    1
  2. bintul fsna says:

    salam.. bleh tak britau sumber2 hukum ni.. sebab ia nya sgt penting sebelum disebarkan pada yg lain.. terima kasih

    selamat hari raya

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @bintul fsna,as-salam..utk pengetahun bintul fsna suri dapt maklumat ni melalui email daripada: Zaiton Aziz (zaiamin@hotmail.com) menulis)

    [Balas Di Sini]

    2
  3. tima kasih kongsikan ilmu ini..

    dh lama x masuk blog pakar
    rupenya dh byk article baru yg menarik
    nnt sy nk bace satu persatu
    thanks

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mas, SALAM CERIA MAS,
    terima kasih suri ucapkan kerana anda sudi singgah disini..
    ada masa tinggalkanlah komen anda disini.. :)

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Tahniah!!Blog yang bermaklumat!

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Editor MajalahSains.Com,
    hehe..terima kasih wahai editor majalah sains. com..semuga anda juga berpuas hati dengan penyampaian kami didalam bloh nie ;)

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    Salamun ‘alaikum, begitulah manusia, kebanyakan mereka amat suka mengikut tanpa usul periksa dan kemudian menambahkan lagi yg kononnya utk lebih baik. Sebenarnya mereka semakin dekat kearah kemurkaan Allah. Dan jika dilihat pada hari ini, lebih ramai manusia menuju kehancuran agama berbanding yang mencari keredaan Allah SWT yg sebenar. Lebih ramai menyukai majlis2 lalai dan amat sedikit yg meletakkan diri di rumah Allah SWT. Mereka masih berkeliaran mencari dunia yg sementara walau seruan tuhan (AZAN) sudah dikumandangkan. Mereka bermohon bermacam perkara baik kebaikan dunia mahupun akhirat dari Tuhan Semesta Alam, tetapi amat menyedihkan kerana ada di antara mereka hanya tahu memohon dgn tidak melaksanakan suruhan tuhan. Mereka lebih senang menghirup nikmat tetapi begitu sulit melaksana kewajiban. Jika lakukan pun seumpama perlaksanaan si munafik. Jadi dimanakah letakkan rasa sebagai makhluk. Adilkah manusia itu , hanya tahu mengambil tanpa tahu bersyukur. Kemudian memandai2 mengadakan hiasan2 yg sebenarnya menjatuhkan martabat agama. Tidak mustahil sedikit hari lagi akan diletakkan foto si mati pada kuburan tersebut seperti yg dilakukan oleh agama yg lain. WALLAHU A’LAM BISSAWAB.

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Amin Makmur says:

    Assalamualaikum…
    Saya ingin mengajukan bebrapa pertanyaan disini mengenai pengharaman menghiasi kuburan..Bagaimana jika kita dah buat dan baru mengetahui tindakan begitu tidak digalakkan..dan apakah harus kita lakukakan..

    Terima Kasih.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Amin Makmur, waalaikumussalam Amin..berkisar dengan persoalan awak di atas tu suri minta maaflah sb tidak dapat menjawabnya sb suri bukanlah ahli/guru agama yang boleh di beri pandangan tanpa asas yang kukuh..lebih2 lagi ia hal agama

    apa yang suri bentangkan ilmu didalam blog ini hanyalah utk perkongsian ilmu bersama2 utkl kita fikir2kan..renung2ka.mana yang baik kita ikutilah mana yang buruk kita jauhilah..sb ia tidak akan mendatangkan kebaikan utk diri kita jua..

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    As-Salam & Waalikumussalam%2

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Ai, cantik2 semua kubur kat atas nih. Kalau aku jadi sbhagian dari famili pemilik kubur kat atas tu, sumpah aku xpergi baca doa kat kubur tu lg. Malu doh. Bukan sbb anak derhaka ke ape, tapi nampak sgt aku jahil pi hias kubur pak mak aku sampai sebegitu rupa.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ahmad, hai ahmad..perkara yang lepas baiarkanlah ia berlalu..takan anda mahu perkuburan tersebut diganggu lagi..sudah tentu mrka akan terseksa..apapun anda mintalah pendapat ustaz agama yang pakar hal2 begini..

    yang penting anda layarkanlah doa buat mereka selepas anda selesai solat fardu..itu sudah memadai buat mereka kerana anak yang soleh adalah harapamn kedua ibubapa mu.
    suri amat simpat keatas pemergian kedua ibu bapa ahmad..moga roh2 mrka ditempatkan gologan yang beriman disisiNYA. AMIN

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    As-Salam. Tak mustahil suatu hari nanti, kubur org Islam akan diletakkan foto simati seperti yg dilakukan oleh sesetengah agama di negara kita ini. Dan Tidak mustahil suatu masa nanti ada orang buat kubur sebagai tempat tinggal seperti yg berlaku di Filipina. Wallahu a’lam bissawab.

    [Balas Di Sini]

    9
  10. As salam

    Terlebih dahulu tkasih diucapkan dgn kiriman artikel ni…sy ade jgk pertanyaan yg hendak diajukan..tetapi sebaik2nya kita rujuk kpd mereka yg lebih arif berkaitan hukum mencantikkan kubur….

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Gambar ni kat mana mungkin kat indonesia sebab artikel tu nampak macam indonesia.

    mmg masalah ni banyak terjadi juga lebih2 lagi di kawasan kuburan di bandar2 besar dimana org2 kaya. yg seperti ingin berlumba. kubur keluarga siapa lagi cantik.

    [Balas Di Sini]

    11


Leave a Reply