Hukum tulis lafaz salam, a’kum, askum…

Share

Sedang saya khusyuk membaca beberapa email dari kawan-kawan, saya terbaca satu email yang menerangkan tentang persoalan mengenai cara menulis kalimah salam. Ianya betul-betul menarik perhatian saya kerana sebelum ini saya pernah berkongsi 1 artikel di dalam blog ini yang menerangkan tentang Cara Betul Memberi Salam.

Apakah salam wajib dan perlu ditulis penuh “Assalamualaikum” atau boleh disingkatkan menjadi “Akum”, “Askum”, “Aslkum” dan sebagainya?

Berikut adalah penerangan yang saya terima melalui email seorang rakan, yang saya kira bagus untuk kita sama-sama ambil perhatian dan fikir-fikirkan.

Adakah wajib lafaz salam ditulis dengan penuh??


Salam,

Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email dan lain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yang pertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/) (1423)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

35 thoughts on “Hukum tulis lafaz salam, a’kum, askum…

  1. salam,

    saya pun suka menggunakan perkataan salam juga sekarang.

    Yg sy dgr perkataan a’kum itu ada maknanya yang tidak baik dari segi bahasa lain. jadi saya pun sudah berhenti menggunakan “akum, askum dsb” dan guna perkataan salam sebab salam itu kalau dari segi bahasa arab pun maknanya salam juga.

    tq :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mr.eims @ perfume,
    hai!!mr.eims @ perfume
    pergunakanlah ucapan Assalamualaikum dengan sebaik yang mungkin kerana ia merupakan satu doa

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PENDAKWAH ISLAM Reply:

    AMIN

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    awan Reply:

    @surihati_ku, Allah SWT atau Muhammad SAW…tu khan juga singkatan…artinya juga lebih sakral lagi, bukan hanya doa…knapa gak diperdebatkan…
    Bahkan kitab bulugul marom ja “Solallahu alaihim wassalam”disingkat Sol’ahum…
    Kitab bulugul marom yang isinya arab, dan penjelasannya juga arab aja dsingkat…dan artinya juga 2 kali do’a dbanding salam…
    Jadi hal kecil kya gtu gak usah djdikn perdebatan yang berarti…klo mw dsingkat, dsingkat aja..yng penting jgn mengandung arti yg enggak2 mungkin klo ass boleh tuh dlarang soalnya artinya udh g enak,tp klo aslkum dll khn g da arti sma skali…toh Qta juga ngerti maksud dri singkatn tersebut…klo qt ngerti singkatan tu adalah doa, apalagi Allah..iy gak?
    Islam itu agama yg mudah, bukn mempersulit..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam…
    sy jg sering menggunakan prkataan “salam” sja dlm sms.dulu prnh jg sy tulis “askum,”akum”..stlh ada sy trbaca,dgn mmbwa maksud yg tdk baik,maka sy tdk gunakn lg.t,ksh ats info ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @kak tie,
    salam..kak tie,
    sama-sama..ia juga sebagai peringatan untuk semua ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. maksudnya askum,akum n salam yang membawa erti assalamualaikum boleh digunapakai?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @najihah,
    ya…begitu lah adanya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    syukron kerana memperjelas..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ray Amikie Reply:

    @PakarHowTo, assalamualaikum.. pada pendapat saya,seeloknya kita menulis/menaip dengan penuh,terutama dalam sms,sebab apa,kalau dah terbiasa, terutamanya kanak-kanak, atau remaja, menggunakan akum,askum,bila hendak digunakan dalam penulisan dan sebagainya,dah tak tahu ejaan penuh.jadi,tidak ada salahnya menulis penuh,assalamualaikum,atau salam.Sekian,pendapat saya.terima kasih.Assalamualaikum..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    An Reply:

    @Ray Amikie, Allah SWT atau Muhammad SAW…tu khan juga singkatan…artinya juga lebih sakral lagi, bukan hanya doa…knapa gak diperdebatkan…
    Bahkan kitab bulugul marom ja “Solallahu alaihim wassalam”disingkat Sol’ahum…
    Kitab bulugul marom yang isinya arab, dan penjelasannya juga arab aja dsingkat…dan artinya juga 2 kali do’a dbanding salam…
    Jadi hal kecil kya gtu gak usah djdikn perdebatan yang berarti…klo mw dsingkat, dsingkat aja..yng penting jgn mengandung arti yg enggak2 mungkin klo ass boleh tuh dlarang soalnya artinya udh g enak,tp klo aslkum dll khn g da arti sma skali…toh Qta juga ngerti maksud dri singkatn tersebut…klo qt ngerti singkatan tu adalah doa, apalagi Allah..iy gak?
    Islam itu agama yg mudah, bukn mempersulit..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Sejak kali pertama sy terima sms mengatakan singkatan askum, a’kum dan seumpamanya mempunyai maksud tdk baik dlm yahudi, sy terus gantikan dgn perkataan salam. Tp setelah baca artikel ni br saya tahu yg penting adalah intipati.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna, ya benar tu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Assalamualaikum.

    Assalamualaikum adalah ucapan yg lebih afdal. Kalau nak singkat pun gunakanlah “Salam” yg membawa makna yg lebih nyata drp A’kum, Askum dan sepertinya sedangkan bilangan huruf “Salam” pun lima juga. Kata orang tua-tua Alah bisa tegal dek biasa. Memang Islam ugama yang mudah tapi dari perkara kecil pun suka ambil mudah kalau hal yg besar macam mana pulak. Sikap suka ambil mudah bukan lambang seorang Muslim.

    Wallahualam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. A’kum,

    Amat setuju dengan artikel tersebut … bila kita baca ayat ada tulisan “utk”, reti pulak kita baca sebagai “untuk”, kenapa kita x baca sebutan dia “uutke”? … sama jugak dengan tulisan “dgn”, reti pilak kita baca sebagai “dengan”, dan kita tak baca sebutan dia “degn”… jadi apa masalahnya pulak bila tiba kat “a’kum” yg kita nak pi baca sebagai “a’kum”, sepatutnya automatik kita buleh paham dan baca sebagai “assalamualaikum”.

    macam2la manusia ni, x cukup dgn hal2 khilafiyah yg dah dok ada … lagi mau kasi pening kepala :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  7. A’kum,

    Amat setuju dengan artikel tersebut … bila kita baca ayat ada tulisan “utk”, reti pulak kita baca sebagai “untuk”, kenapa kita x baca sebutan dia “uutke”? … sama jugak dengan tulisan “dgn”, reti pilak kita baca sebagai “dengan”, dan kita tak baca sebutan dia “degn”… jadi apa masalahnya pulak bila tiba kat “a’kum” yg kita nak pi baca sebagai “a’kum”, sepatutnya automatik kita buleh paham dan baca sebagai “assalamualaikum”.

    macam2la manusia ni, x cukup dgn hal2 khilafiyah yg dah dok ada … lagi mau kasi pening kepala epal

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  8. salam…..mmg mnarik perhatian artikel ini….tp sbaiknya gna salam dr askum n akum……krn seingat sy ‘askum’ bermakna rumah anggur atau lebih snang faham rmh yg d khas kn utk mmbuat arak….klau salah hrap tgur,….wallahu’alam….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Assalaamu'alaikum warahmatullah..
    1. Ustaz Zaharuddin adalah seorang ustaz yang tulisannya penuh ilmiah dan banyak ilmunya. Idea-idea yang bernas dan cara penyampaian yang menarik. Alhamdulillah semoga usaha dakwahnya dapat menggerakkan umat Islam. Amin.
    2. Mengenai perkataan salam, ia bukanlah sesuatu perkara kecil kerana dalam sebuah hadis dari Rasulullah saw; 
    Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042) Sahih Muslim
    Dengan memberi salam, ia adalah SALAH SATU 'mukadimah'  menandakan ia seorang muslim.
    3. Tidak perlu disamakan perkataan Assalaa'mualaikum itu dengan (dgn, a/p, dll) seperti kamus dewan. Ia adalah satu kalimah yang dimuliakan hingga diucap pula oleh para malaikat dan Nabi serta Rasul serta umat Nabi Muhammad.
    4. Andaikata, singkatan askum, akum dll dibolehkan dalam syariah (mengikut pendapat masing2), – perlu diingat jika sesuatu perkara harus itu membawa kepada salah faham atau fitnah, maka tidak dibolehkan.
    5. Kesilapan penulisan seperti ini, takut memberi kesan kepada menjadi kebiasaan. Mungkin sudah terbiasa, maka apabila berjumpa teman dsbnya, ia memberi salam seperti 'semekom, sekom, akhirnya kom'.
    5. Kalaulah, dapat kiranya dalam buku fardhu ain (diletakkan satu segmen khas) maka dapatlah mengajar cara menjawab salam dengan betul. Itu adalah lebih baik.
    6. Ini bukan kritikan, hanya pendapat berdasarkan keutamaan dan perbandingan. Walaubagaimanapun, dianjurkan supaya menulis salam dengan betul.
    Assalaamu'alaikum warahmatullah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. sy setuju.. :)

    1# mengapa hipokrit menyebut perkataan a’kum sbg AKUM tetapi fasih dan elok menyebut singkatan2 yang lain?

    2# nape la disebok2kan translet ke bahasa lain.. nama kita sndiri pon kalo translet bahasa jerman ke, itali ke kot2 ada makna lain tersembunyi (hehee)

    3# saya secara peribadi risau, kerana budaya memberi salam dengan sebutan assalamualaikum akan hilang dan diganti dengan ungkapan salam..

    sbbnya ungakapan “A’kum” jika suruh sapa2 baca pun akan berbunyi assalamualaikum.. tp “Salam” suruh la sapa2 baca, takkan bunyi assalamualaikum..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sunah suka sakura Reply:

    @Phy_fie, betul, memang orang baca macam tu..dari pemberi salam…tapi yang menerima dan menjawabnya kita kan? kita jawab dengan wa’alaikumussalam…;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    phy_fie Reply:

    @sunah suka sakura, kesimpulannya, bagi sy ni adalah perkara remeh.. tak perlu nak bincang pun.. kalo takde org yang google cari fakta “akum” tu, takkan ada sapa2 sebut akum.. semua akan sebut a’kum sbg assalamualaikum dengan elok..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. Allah SWT atau Muhammad SAW…tu khan juga singkatan…artinya juga lebih sakral lagi, bukan hanya doa…knapa gak diperdebatkan…
    Bahkan kitab bulugul marom ja “Solallahu alaihim wassalam”disingkat Sol’ahum…
    Kitab bulugul marom yang isinya arab, dan penjelasannya juga arab aja dsingkat…dan artinya juga 2 kali do’a dbanding salam…
    Jadi hal kecil kya gtu gak usah djdikn perdebatan yang berarti…klo mw dsingkat, dsingkat aja..yng penting jgn mengandung arti yg enggak2 mungkin klo ass boleh tuh dlarang soalnya artinya udh g enak,tp klo aslkum dll khn g da arti sma skali…toh Qta juga ngerti maksud dri singkatn tersebut…klo qt ngerti singkatan tu adalah doa, apalagi Allah..iy gak?
    Islam itu agama yg mudah, bukn mempersulit..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. hal besar dimulakan dari yang kecil
    tidak ada ruginya menulis dengan lengkap assalamu’alaikum.

    lagipula lebih terjaga dari khilaf. terjaga dari permainan olok-olok pihak-pihak yang ingin membuat muslim terlihat bodoh.

    hanya menulis beberapa huruf lebih banyak tidak akan ugi.
    karena assalamu’alaikum adalah doa.
    do’a merupakan amalan baik.
    semoga Allag SWT mengganjarnya dengan tiap–tiap huruf yang ditulis.

    wassalamu’alaikum

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam