Harga barang naik, apa pegangan kita??

Hari ni kecoh pasal isu GST… kenaikan harga barang.

kenaikan harga barang

Saya BUKAN seorang penyokong GST. Saya pun tak setuju cukai dikenakan kepada setiap barang yang dibeli, kerana ia membebankan pengguna.

Namun, bagi seorang mukmin, yang percaya dan yakin dengan ALLAH yang berkuasa atas segalanya, kita mesti betulkan KEYAKINAN kita atas apa yang berlaku hari ini.

PEGANGAN dan KEYAKINAN kita mesti BETUL.

Sikap dan tindakan kita pula mesti selari, dan tak menyalahi kehendak syariat dalam berhadapan dengan sebarang isu. 

Berikut ini adalah isi ceramah Maulana Hamzah mengenai kenaikan harga barang. Saya rasa ianya sangat wajar untuk kita renungi dan fahami betul-betul.

Tuan-tuan yang mulia,

Kita kena betulkan YAKIN pada Allah. Apa jua perkara yang datang adalah ketentuan Allah subhanhu wata’aala. Allah mengawal segalanya.

Hakikatnya, krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis-hadis soheh.

Dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu dia berkata,

“Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi sollallahu’alaihi wasallam, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik. Maka para sahabat radhiallahu’anhum ajma’in bertemu Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam?

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah subhanahu wata’aala dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah, mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang.

Nabi menyatakan bahawa ALLAH lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan DIA juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah subhanhu wata’aala ;

“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun.

Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.

Ini seperti mana sabda Nabi sollallahu’alaihi wasallam,

“Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah. Wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

 

Dan ini pula adalah nasihat daripada al-Fadhil Ustaz Syed Syahridzan

Walau apa pun pendirian kita terhadap GST, tidak kira apa sahaja perasaan kita terhadap GST samaada suka, duka, marah atau tidak ambil tahu, namun sebagai muslim ada beberapa perkara yang WAJIB kita jaga :

  1. Jaga diri daripada melakukan fitnah dengan mereka-reka cerita yang tidak pernah wujud berdasarkan sangkaan yang tiada bukti.
  2. Tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak ketahui asal-usulnya dan tidak pasti keabsahannya.
  3. Bersikap adil dalam menilai dan jangan disebabkan kebencian menyebabkan kita berlaku zalim.
  4. Berakhlak mulia ketika menegur dan membetulkan sesuatu keburukan atau kezaliman.
     

Mesej dari PHT :
Mari kita fahamkan betul-betul pesanan dari Nabi sollallahu’alaihi wasallam itu. Betulkan keyakinan kita pada Allah. Kita usaha sebaik mungkin, dan selebihnya Allah tentukan yang terbaik untuk kita.

Wallahua’lam.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(837)

1,360 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

One Komen on “Harga barang naik, apa pegangan kita??

  1. Pingback: Bantah GST - tak guna merungut!! | PakarHowTo.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam