Tips penjagaan baby tumbuh gigi
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
As-salam buat semua sahabat..
Suri menjegahkan diri disini lagi. Alhamdulillah hari ini kita dapat lalui hari-hari yang baik dengan rasa kesyukuran kepadaNYA kembali. Moga-moga apa yang kita buat dan lakukan pada semalam dan hari ini adalah keranaNYA..dan bukan semata-mata mengejar keindahan diduniawi sahaja.
Hurm, sambil jalan-jalan membeli-belah di Tesco section 18 Ipoh Suri tertarik dengan artikel yang terdapat di ruang promosi iklan tersebut. Bagi yang dah tahu tentang artikel ni baguslah. Tapi bagi Suri ia mungkin juga satu ilmu yang bagus bagi ibu-ibu yang sedang mencari maklumat tentang pertumbuhan gigi si kecil.
Gigi pertama bayi anda biasanya tumbuh di antara usia 6 hingga 9 bulan. Di sini di selitkan beberapa tip tentang bagaimana untuk mengesan tanda-tanda awal pertumbuhan gigi, serta kaedah dalam memberikan keselesaan kepada bayi anda pada waktu sebegini.
TANDA-TANDA AWAL PERTUMBUHAN GIGI.
Simptom-simptom yang berlaku adalah:-
- Gusi si manja terasa sakit atau bengkak
- Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda
- Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus
- Ruam lampin akan sentiasa berlaku
- Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam
- Terdapat ruam pada muka dan dagunya
- Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri.
CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-
- Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.
- Gel
Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja.
- Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali.
- Penjagaan gigi bayi.
Masih tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan gigi. Sebaik sahaja gigi si manja mula tumbuh, gosok gigi si manja setiap hari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida yang dirumus khas untuk kegunaan bayi anda sahaja.
Picit sedikit ubat gigi tersebut ke atas sehelai kain kasa dan gosok secara putaran dengan lembut. Sentiasa pastikan hanya sedikit sahaja ubat gigi yang digunakan bagi si manja anda tertelan dalam kuantiti yang banyak.
Apabila gigi si manja telah tumbuh dengan banyak, maka anda gunakanlah berus khas untuk bayi yang bertekstur lembut dan gosok dua kali sehari. Jika si manja anda mahu, biarkan sahaja dia mengunyah berus gigi tersebut supaya dia terbiasa dengan sesuatu yang bukan berbentuk makanan di dalam mulutnya!
Sediakan segelas air untuk si manja anda berkumur (jika dia mahu).
Kisah Suri pula
Suri selalu jadi mangsa gigitan si comel..Aduh lebam sana sini bahu Suri. Dalam diam-diam kita dukung, dia menggigit kita dari belakang! kalau dia bangun awas! jika dia ternampak betis.. kaki pasti habis di gigitnya sekali ..almari rumah,perabot tempat letak tv semua dah diasah dengan sebaik yang mungkin. ..uhuhu..anak..anak..
Kisah anda bagaimana? tentu ada yang menarik atau melucukan yer. Kongsikanlah di ruangan komen dibawah tu yer
Sumber dari tecso sedikit ubahsuai dari Suri
Artikel lain yang best-best :
Email Artikel Ini Kepada Kawan2










my baby br 5 bulan..tp skrg mcm mau menggigit semua brg dah.huhuuu…lucu..may be tgh praktis nk tmbuh gigi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 26th, 2010 at 1:11 pm
@umi balqis, sebab gusi dia dah gatal sangat tuh heee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
my baby lak dh 6 bln pun ada simptom2 mengigit brg permainan n jari…org tua i ckp..nk tumbuh gigi dah…hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 26th, 2010 at 1:12 pm
@bai, ya..itu satu perkara yang normal bagi seorang bayi.
sesekli melihat gelagatnya mencuitkan hati jua
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
skit nye gg x leh nk bt ape.. cm ne nk wt nie??????????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
3baby saya dah 8 bulan.. saya perasan yang dia dah tumbuh gigi bila semua kertas dan kotak yang dia main macam dah dimakan sikit.. huhu sian dia.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
4