Fikir dulu sebelum tulis

Sebelum saya menulis dan share sesuatu di facebook…

saya akan fikir, fikir dan fikir dulu…

fikir dulu

Fikir dulu sebelum tulis

Saya akan tanya diri saya,

Apakah manfaat dari penulisan atau perkongsian saya ni…?

Setiap patah perkataan yang saya tulis, saya fikir dan tulis. Saya akan cuba guna perkataan dan bahasa yang paling mudah difahami, kerana bimbang ia akan disalah erti.

Mungkin ada yang berkata :

“Ahhhh ikut suka aku lah nak kongsi apa pun…bukan facebook ko pun kan?”

Yaa benar! 

Anda berhak tulis dan kongsi apa saja di facebook anda.

Tapi ingat!!!

Kita orang Islam ada dosa dan pahala.

Boleh jadi pahala dapat berganda-ganda kalau BETUL cara memanfaatkan facebook.

Namun, perlu diingat juga, kalau SALAH cara, main bedal jer tulis ikut suka, main kongsi jer secara semborono, kita bimbang, ia bakal menjadi saham dosa yang tak putus-putus hatta kita telah kembali ke alam sana.

Jadi, saya sarankan…

Usahlah kita terlalu ghairah berkongsi apa saja dalam facebook ni.

  • Tapis, tapis dan tapis.
  • Fikir, fikir dan fikir.

Sentiasa tanya diri;

“Apakah tulisan atau perkongsian aku ini bermanfaat atau berkongsi suka-suka untuk sekadar berhibur bergelak ketawa?”

Berhati-hati lah menggunakan laman sosial.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apalah gunanya.

Sebelum kita dihisab di yaumul mahsyar (hari pengadilan) kelak, maka ada baiknya kita hisab diri kita di dunia ni dulu.

“Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal 4 perkara, iaitu ;

  1. tentang usianya, pada apa dihabiskannya
  2. tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya
  3. tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya, dan
  4. tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya.”

(Mafhum hadith riwayat at-Tirmizi)

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(919)

2,522 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

2 Komen on “Fikir dulu sebelum tulis

  1. betui3...kdg 'ss' - syok sendiri bile buat post d laman sosial...
    akn lebey bhati2 slps nie..tq ats teguran & pkongsian yg sgt2 bgune,,,

      (Quote)

    BAGUS(0)TAK bagus(0)
    • memang susah jaga hati.
      kadang2 memang perasaan syok sendiri tu datang juga.
      tapi kita kena sentiasa lawan dan betulkan niat.
      istighfar banyak2 pada Allah dan bulatkan niat,
      kita buat apa pun hanya semata-mata mahu mencari redhaNYA.

        (Quote)

      BAGUS(0)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam