Fadhilat Puasa Hari Arafah

Share

Esok adalah Hari Arafah. Kita semua ummat Islam sangat-sangat digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari tersebut. Jadi, kami di PakarHowTo ingin menyeru kepada semua pembaca semua untuk kita sama-sama berpuasa sunat pada hari esok.

Baca dan hayati apa yang Nabi SAW sabdakan ini.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Hari Arafah di Malaysia jatuh pada Selasa, 16 November 2010.

((Berita dari Bernama))

KUALA LUMPUR: Puasa hari Arafah untuk umat Islam di negara ini, ialah pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah, hari ini.

Katanya, pada tahun ini Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada tarikh yang sama.

Mengenai penentuan Hari raya Aidiladha tahun ini, katanya cawangan falak jabatan itu telah menggunakan kaedah rukyah atau cerapan dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah iaitu kebolehnampakan, yang turut diterima oleh Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak 1992.

“Berdasar rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di sebanyak 30 tempat cerapan rasmi di negara ini oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada Sabtu lepas, telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Hasil data cerapan tersebut kedudukan hilai atau anak bulan telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur rukyah atau kebolehnampakan,” katanya sambil menambah semalam telah ditetapkan sebagai hari genapnya bulan Zulkaedah dan hari ini sebagai permulaan Zulhijjah.

“Kriteria imkanur rukyah adalah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.

Wan Mohamad berkata, satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Beliau berkata, orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web jabatan itu di www.islam.gov.my. - BERNAMA-

p/s- Sebar-sebarkan… (383)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

5 thoughts on “Fadhilat Puasa Hari Arafah

  1. Alhamdulillah kita masih berksmpatan myambut aidiladha yg mulia…
    kita xpasti thun2 akn mdatang adaka msih berksmptan mymbutnya.
    tQ ats info puasa tu…
    slmat hari rya aidiladha u2 umat islam amnya, dan khasnya pmbaca blog pakarHowTo…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam